KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg merupakan antara pemimpin utama yang menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025) di sini, pada Khamis.
Forum yang dirasmikan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu merupakan platform untuk merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025.
Acara tahunan yang dianjurkan Kerajaan Malaysia itu berperanan mengenalpasti kemajuan inisiatif Kerajaan selain menetapkan neratif untuk tahun-tahun akan datang.
Forum itu turut menghimpun pelbagai pakar termasuk pengubal dasar, ahli ekonomi, korporat dan pelabur dari dalam dan luar negara
Selain daripada itu, forum juga melibatkan Menteri kabinet yang berkongsi pandangan mereka terhadap potensi ekonomi negara ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri kabinet dan dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS