Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
砂拉越加大可持续发展力度应对气候变化 |
古晋:砂拉越政府致力于通过本地和国际研发合作,持续管理森林和生物多样性,以符合 2015 年巴黎协定。 砂拉越第二天然资源及城市发展部长拿督阿玛阿旺登雅表示,砂政府认真考虑加强各种举措,以应对气候变化和保护砂拉越宝贵的热带雨林资源。 “我们认真考虑加强森林碳排放计划并通过基于自然的解决方案 (NbS) 方法推动绿色经济。” 他于周三在第 19 届砂拉越立法议会 (DUN)进行部门事务总结时,如是说。 在国内层面,主要合作包括马来西亚半岛森林局(JPSM)、马来西亚森林研究所(FRIM)、天然资源和环境局(NREB)、马来西亚博特拉大学、砂拉越科技大学和马来西亚砂拉越大学。 砂拉越还与区域层面的亚洲森林合作组织(AFoCO)以及日本林业和林产品研究所(FFPRI)和日本国家环境研究所(NIES)等全球研究机构开展合作。 这项工作涉及使用光探测和测距 (LiDAR) 等森林监测技术,以及对与保护森林保护相关的官员进行科学培训。 “此外,与史密森尼学会、哈佛大学和大阪大学等国际机构的森林全球地球观测站(ForestGEO)的合作也在继续,包括在蓝卑尔山国家公园建立一个研究区。” 迄今为止,砂拉越已颁发了7项森林碳汇研究许可证和一项森林碳汇执照,另有六项新申请正在处理中。 目前,也正在重新检讨碳项目的法定收费结构,以吸引更多投资。 - UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Samarahan Fokus Kesedaran Pengguna Sempena Perayaan Gawai |
GEDONG : Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Samarahan Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya yang berlangsung di Simpang Jambatan Gedong/Kampung Kanchong pada Selasa, dengan tumpuan utama diberikan kepada usaha meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya menjelang sambutan perayaan Hari Gawai. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dalam satu acara ringkas yang melibatkan agihan sebanyak 34 buah topi keselamatan dan 45 beg cenderamata kepada para pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan. Langkah ini merupakan simbolik kepada komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan khususnya pada musim perayaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Program ini adalah hasil kerjasama erat antara Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Pejabat Daerah di bawah Jawatankuasa Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Bahagian Samarahan yang telah merangka pelbagai pendekatan bersifat mendidik dan menyedarkan masyarakat berhubung kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas. Ketika ditemui media, Rodiyah menegaskan bahawa kempen keselamatan jalan raya seumpama ini bukan sahaja bersifat simbolik malah memainkan peranan penting dalam menanam sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya terhadap keselamatan diri dan orang lain. “Usaha seperti ini penting lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti Hari Gawai di mana kebanyakan masyarakat akan pulang ke kampung halaman. Justeru, kesedaran tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya harus sentiasa diberi penekanan,” katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa statistik kemalangan jalan raya di Bahagian Samarahan bagi tempoh Januari hingga April 2025 menunjukkan peningkatan yang membimbangkan, dengan sejumlah 480 kes kemalangan direkodkan termasuk empat kes yang melibatkan kehilangan nyawa. “Statistik ini menunjukkan bahawa masih ramai pengguna jalan raya yang mungkin memandang ringan aspek keselamatan. Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada penunggang motosikal, pemandu kenderaan persendirian mahupun komersial agar sentiasa peka dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama,” ujar beliau lagi. Tambah beliau, program seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan lebih banyak agensi berkaitan, termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar mesej keselamatan jalan raya dapat disampaikan secara lebih meluas dan berkesan kepada masyarakat. Dengan penganjuran program seperti ini, pihak penganjur berharap agar masyarakat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap keselamatan jalan raya sekali gus membantu mengurangkan statistik kemalangan serta menyelamatkan lebih banyak nyawa. Turut hadir, Wakil Residen Bahagian Samarahan Merangkap Ketua Unit Transformasi Sosial Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Hasanal Abdul Wahid; Ketua Bahagian Kanan (Pengurusan), Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Christopher Alex Boniface Barau; Ketua Balai Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli; Wakil Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Negeri Sarawak, Faizul Azri Suhaili; Wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak Raymond Mejang; Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Rodiyah Serah Dana RM120,000 Kepada 40 JKKK Bagi Daerah Gedong |
GEDONG: Seramai 40 orang ketua kampung mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing dari Zon Ulu Gedong dan Zon Pangkor menerima cek peruntukan berjumlah keseluruhan RM120,000 dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, pada Selasa. Majlis penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee yang menyifatkan penyampaian dana itu sebagai usaha memperkasakan peranan kepimpinan akar umbi dan menyokong pembangunan komuniti setempat di bawah konstituensi Daerah Gedong. Dalam ucapan ringkasnya, Rodiyah menjelaskan bahawa dana yang disalurkan bertujuan untuk membolehkan pelaksanaan pelbagai aktiviti masyarakat, termasuk sambutan perayaan Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi selain program-program pembangunan komuniti secara kecil-kecilan. “Peruntukan ini adalah untuk memastikan kampung-kampung di bawah Zon Ulu Gedong dan Zon Pangkor dapat menjalankan aktiviti yang merapatkan hubungan komuniti memperkasakan pertubuhan dan persatuan setempat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program yang memberi manfaat langsung kepada mereka,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya pengurusan dana secara telus dan berkesan oleh para ketua kampung agar setiap dana yang diperuntukkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan penduduk di kawasan masing-masing. “Saya berharap agar semua penerima dapat menggunakan peruntukan ini sebaik mungkin kerana dana ini bukan sahaja untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan tetapi juga mencerminkan kepercayaan kerajaan kepada kepimpinan di peringkat akar umbi untuk terus berperanan aktif dalam pembangunan sosial dan ekonomi setempat,” tegas beliau. Program agihan dana tersebut turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin masyarakat dan pihak kerajaan dalam memastikan keperluan rakyat di peringkat kampung sentiasa diberi perhatian. Turut hadir, Wakil Pusat Khidmat Gedong, Awang Abdul Rahman Awang Hamid; Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong, Maharthir Oyak; dan Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Gedong, Hasanah Majais. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Rodiyah Saksi Penyerahan Projek Naik Taraf Bangunan Warisan Permata Songket di Kampung Perintah |
GEDONG: Usaha untuk memperkasa seni warisan tenunan songket tempatan terus diperkukuh apabila Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee telah menyaksikan majlis penyerahan projek naik taraf Bangunan Warisan Permata Songket yang terletak di Kampung Perintah, Gedong, pada Selasa. Majlis penyerahan tersebut menyaksikan pemindahan tanggungjawab pelaksanaan projek daripada agensi pelaksana di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) kepada kontraktor yang telah dilantik secara rasmi. Projek ini diluluskan di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2024 dengan kos keseluruhan berjumlah RM42,000. Skop kerja naik taraf melibatkan pelbagai penambahbaikan infrastruktur bangunan bagi memastikan keselesaan serta keselamatan para peserta dan penenun songket. Antara kerja-kerja utama termasuk pendawaian sistem elektrik, pemasangan paip air baharu, penambahan sistem penghawa dingin dan 'exhaust fan' jenis siling di kawasan tandas. Selain itu, kerja-kerja 'retesting' bagi permohonan meter elektrik serta pembaikan kecil sistem paip turut dilaksanakan. Projek ini dijadualkan siap dalam tempoh 16 minggu dengan tarikh penyempurnaan ditetapkan pada 25 September 2025. Namun begitu, Rodiyah menyuarakan harapan agar projek ini dapat disiapkan lebih awal daripada jadual asal, bagi mempercepatkan manfaat kepada komuniti setempat. “Saya amat berharap agar pihak kontraktor dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan komitmen penuh dan menyiapkan projek lebih awal daripada tarikh sebenar. Ini penting bagi memastikan para peserta yang terlibat dalam seni tenunan songket dapat menjalankan aktiviti mereka dalam persekitaran yang lebih selesa, bersih dan selamat,” ujar beliau. Beliau turut menekankan bahawa bangunan ini bukan sekadar sebuah fasiliti, tetapi lambang ketekunan serta identiti warisan masyarakat tempatan yang perlu dipelihara dan diperkasa untuk generasi akan datang. Pelaksanaan projek ini dijangka akan memberi impak langsung terhadap produktiviti para penyongket serta meningkatkan daya tarikan lokasi ini sebagai pusat komuniti dan warisan budaya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
31 Pangkalan Hadapan Diaktifkan, Sarawak Perkukuh Logistik Bantuan Hadapi Monsun Timur Laut |
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan gerak balas bencana menjelang Monsun Timur Laut 2025/2026 dengan penyediaan infrastruktur bantuan yang menyeluruh di seluruh negeri. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 661 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dikenal pasti setakat ini, manakala 31 Pangkalan Hadapan Bencana siap sedia untuk diaktifkan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan kepada mangsa bencana. “Bagi menyokong operasi bantuan bencana, kerajaan negeri turut mempunyai Depoh Simpanan Keperluan Bencana utama di Samarahan, dua mini depoh di Miri dan Lawas, serta 16 stor bencana yang ditempatkan di pejabat kebajikan bahagian dan daerah,” katanya ketika sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 pada Selasa. Menurut beliau, penyediaan kemudahan logistik yang menyeluruh ini merupakan langkah penting untuk mempercepatkan proses penghantaran makanan, keperluan asas, dan perlindungan kepada mangsa bencana, terutama di kawasan pedalaman dan yang berisiko terputus hubungan darat. Antara bentuk bantuan yang disediakan termasuk makanan harian di PPS pada kadar RM50 seorang sehari, serta bantuan makanan kering bernilai RM100 seorang bagi mangsa yang terputus hubungan selama seminggu. “Kerajaan amat menitikberatkan aspek kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan bencana, kerana kelewatan dalam penyampaian bantuan boleh memburukkan keadaan mangsa di lapangan,” tegasnya. Tambah beliau, dari Januari hingga 30 April 2025, JKMS telah menyalurkan bantuan berjumlah RM21.1 juta kepada 168,574 mangsa bencana di seluruh Sarawak, sebagai sebahagian daripada usaha meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir, tanah runtuh, ribut dan kebakaran. Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah berkata, pelbagai inisiatif telah digerakkan bagi mengenal pasti bakat serta membuka lebih banyak ruang kepada atlet Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menyerlah dalam pelbagai disiplin sukan, sama ada di peringkat negeri mahupun antarabangsa. Antaranya termasuk penganjuran Temasya Special Olympics Sarawak edisi ke-7 yang dilaksanakan oleh kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dengan kerjasama Special Olympics Kuching Chapter pada 2 hingga 5 Mei 2025. “Seramai 461 peserta, termasuk 358 atlet kecacatan intelektual, telah menyertai kejohanan tersebut yang mempertandingkan tujuh jenis sukan, antaranya olahraga, renang, ping pong dan bola sepak. “Hasil daripada temasya ini, 56 atlet cemerlang telah dikenalpasti untuk mewakili Sarawak ke Special Junior Developmental Sports Carnival 2025 di Ipoh, Perak, yang dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 30 Jun 2025,” katanya. Tambah beliau, selain penganjuran di peringkat negeri, Kerajaan Sarawak turut memperuntukkan sebanyak RM825,100 bagi membiayai penyertaan atlet para ke kejohanan sukan antarabangsa, sebagai satu bentuk pelaburan dalam pembangunan sukan OKU yang berdaya saing.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
SALCRA Perkenal Sistem Baharu Kurangkan Pembaziran Minyak Sawit |
KUCHING: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) terus memperkukuh peranannya dalam industri sawit dengan memperkenalkan sistem inovatif yang meminimumkan pembaziran minyak sawit dalam efluen kilang. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, SALCRA telah memulakan operasi Solid Removal and Oil Recovery System (SRORS) di Kilang Sawit Bau sejak Februari 2025, hasil kerjasama dengan penyedia teknologi swasta melalui model Build, Operate and Transfer (BOT). “Sistem ini mampu memaksimumkan pemulihan minyak daripada tandan buah segar (FFB), sekaligus mengurangkan pembaziran minyak dalam efluen kilang dan meningkatkan kecekapan operasi,” katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Selasa. Menurut beliau, pelaksanaan sistem tersebut sejajar dengan agenda ekonomi kitaran yang diketengahkan oleh Premier Sarawak, yang menekankan transformasi sisa kepada sumber kekayaan serta pemerkasaan amalan lestari dalam industri utama negeri. “Saya menyeru kesemua 80 kilang sawit lain di Sarawak untuk mengambil langkah sama dalam memastikan industri ini lebih mampan dan berdaya tahan,” tegasnya. Dalam pada itu, Dr Stephen Rundi turut mengumumkan bahawa SALCRA akan meluaskan pembangunan tanah adat ke kawasan baharu melibatkan 6,400 hektar di Bahagian Sarikei dan Sibu, yang dijangka memberi manfaat kepada 1,600 peserta baharu. “Pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM150 juta, dan merupakan sebahagian daripada usaha kementerian di bawah teras Inklusiviti Sosial Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030,” ujarnya. Tambah beliau lagi, penglibatan komuniti luar bandar secara langsung dalam projek pembangunan ini bukan sahaja memperkasa ekonomi mereka, malah memastikan tiada golongan terpinggir daripada arus pembangunan negeri. Inisiatif baharu ini katanya menyokong komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memajukan tanah adat secara komersial, menggalakkan kelestarian industri dan menjamin manfaat jangka panjang kepada generasi akan datang. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Pastikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Tidak Tercicir Dalam Pendidikan Digital Awal |
KUCHING: Seramai 1,435 kanak-kanak termasuk berkeperluan khas kini celik digital hasil pelaksanaan program literasi digital peringkat prasekolah di 64 pusat SeDidik seluruh Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, program KIDS: Bits and Bytes Digital Literacy memberi pendedahan awal kepada aspek pengkodan, keselamatan internet dan kemahiran digital yang sesuai mengikut usia kanak-kanak. “Pelaburan dalam kualiti dan kesaksamaan ini memastikan anak-anak kita tidak tercicir dalam era digital,” katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa. Program ini dimulakan secara perintis pada 2023 di enam pusat SeDidik dengan kerjasama The Dariu Foundation, Rolf Schnyder Foundation, Swinburne University Sarawak serta kementerian berkenaan. Sehingga kini, seramai 117 guru telah dilatih untuk melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan digital. Selain itu, sebanyak 427 tablet telah disumbangkan bagi memastikan akses kepada peralatan digital mencukupi dan menyeluruh, sekali gus membolehkan program ini diterapkan sepenuhnya dalam kurikulum prasekolah SeDidik di seluruh negeri.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
95 Permohonan DSITKS Diterima, Hanya 35 Diluluskan |
KUCHING: Sebanyak 95 permohonan bagi mendapatkan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) telah diterima oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 19 Mei 2025. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, hanya 35 permohonan atau 36.8 peratus telah diluluskan, manakala baki 60 permohonan (63.2 peratus) telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat. “60 permohonan (63.2%) telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat permohonan, antaranya tiada sijil lahir, bukan sijil lahir yang didaftarkan di Sarawak, tiada permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan pemohon berumur lebih daripada 21 tahun,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa. Dato Sri Fatimah turut menegaskan komitmen berterusan kementeriannya dalam membantu golongan tanpa kewarganegaraan, khususnya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak, agar mereka tidak terpinggir daripada akses kepada pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
4 Jun Diumumkan Sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan Bagi Perkhidmatan Awam Sarawak Sempena Hari Gawai Dayak & Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Pada 2 Jun 2025 |
KUCHING: Tarikh 4 Jun 2025 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am bagi Perkhidmatan Awam Sarawak termasuk Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam satu pekeliling yang ditandatangani pada 26 Mei 2025 memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 4 Jun 2025 (Rabu) adalah Hari Kelepasan Am berikutan pertindihan tarikh sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada 2 Jun 2025 (Isnin).- EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
KPWK Laksana Program Pemerkasaan Pembangunan Ekonomi Wanita |
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) giat melaksanakan program pemerkasaan bagi membangunkan ekonomi wanita di negeri ini. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu, program pemerkasaan ekonomi tersebut menyasarkan golongan ketua isi rumah wanita dan ibu tunggal dalam kumpulan B40. “Inisiatif ini merangkumi dua jenis bantuan keusahawanan iaitu Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) yang diberikan dalam bentuk tunai, dan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak yang disalurkan dalam bentuk peralatan perniagaan. “Sejak tahun 2022 sehingga 2024, seramai 1,814 usahawan wanita menerima manfaat daripada Bantuan KIRWaS. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,311 usahawan berhasil menjana pendapatan bulanan. Sehingga kini, pendapatan tertinggi adalah RM3,950.00. “Di samping itu, seramai 877, setara dengan 69 peratus usahawan daripada 1,274 penerima Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak berjaya merekodkan peningkatan pendapatan dalam tempoh setahun selepas menerima bantuan,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa. Bagi memperluas capaian maklumat serta meningkatkan kefahaman berkaitan proses permohonan kedua-dua bantuan tersebut, beliau menambah program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak telah dilaksanakan secara interaktif dan bersifat hands-on. Sementara itu, Dato Sri Fatimah berkata bahawa kementeriannya juga telah meluluskan geran pemerkasaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar aktiviti mampu dijalankan. “Pada tahun 2025, sejumlah RM200,000 telah diluluskan untuk Geran Pemerkasaan NGO bagi mengupayakan NGO yang memerlukan sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang selari dengan visi dan misi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS). “Sebanyak RM24,533 telah disalurkan kepada lapan NGO setakat April 2025,” katanya. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1151115211531154115511561157115811591160SeterusnyaTerakhir |