4 Jun Diumumkan Sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan Bagi Perkhidmatan Awam Sarawak Sempena Hari Gawai Dayak & Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Pada 2 Jun 2025

Disiarkan pada 27 May 2025
Sumber Berita: ukas


KUCHING: Tarikh 4 Jun 2025 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am bagi Perkhidmatan Awam Sarawak termasuk Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam satu pekeliling yang ditandatangani pada 26 Mei 2025 memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 4 Jun 2025 (Rabu) adalah Hari Kelepasan Am berikutan pertindihan tarikh sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada 2 Jun 2025 (Isnin).- EDISI UKAS