Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
SCaT Fair 2025 Tawar Lebih 1,500 Peluang Pekerjaan dan Program Interaktif Pendidikan |
KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) bakal menganjurkan edisi ke-11 Sarawak Career and Training (SCaT) Fair 2025 pada 5 dan 6 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Penganjuran kali ini merupakan kerjasama strategik MEITD bersama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan sokongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Dijadual hadir merasmikan acara berprestij ini ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dalam sidang media khas di BCCK pada Jumaat, SCaT Fair merupakan platform tahunan terbesar Sarawak dalam bidang pendidikan dan kerjaya sejak mula diperkenalkan pada 2012 oleh Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Premier Sarawak. “Dengan sokongan PERKESO, SCaT Fair 2025 turut akan mengadakan sesi temu duga terbuka yang menawarkan 1,561 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. “PERKESO juga akan menganjurkan Career Exploration Session untuk membantu pencari kerja khususnya pelajar membina hala tuju kerjaya yang lebih jelas,”ujarnya. Tahun ini juga menyaksikan pengenalan Zon Minyak & Gas yang dikendalikan oleh PETROS, menampilkan penyertaan syarikat gergasi industri seperti PETRONAS, ENEOS Xplora, Mubadala, Brooke Dockyard, Petra Energy dan lain-lain. Tambahnya, Edisi 2024 yang berlangsung di Kuching dan pertama kali diadakan di Sibu berjaya menarik seramai 29,068 pengunjung, dengan 20,240 orang hadir di Kuching dan 8,828 orang di Sibu. Acara ini jelasnya, dijangka menarik lebih 18,000 pengunjung secara fizikal dan 50,000 tontonan dalam talian dari seluruh Sarawak. Menambah tarikan kepada pengunjung, SCaT Fair turut menyediakan pelbagai program sampingan termasuk Sarawak Initiative Information Wall, Sarawak Mega Quizzes Challenge, STEM Playground, Skills Master Competition, Sarawak Blockchain & Crypto Day 2025, Sarawak Rocketeer CAN-SAT Challenge, Planetarium Sultan Iskandar Dome, Kid’s Fun Zone, Youth Icon Speaker Corner serta S-CaT Kamboh Stage. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat), Datuk Francis Harden Hollis; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh serta Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025 Penuh Pengisian |
KUCHING: Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) tahun ini bakal berlangsung penuh warna-warni dengan pengisian bermanfaat sepanjang minggu bermula 20 Jun hingga 29 Jun 2025. Pelbagai program telah disusun bagi mengimarahkan sambutan termasuk Ceramah Perdana Maal Hijrah, Pertandingan Badminton, Pickleball, Boling, serta Pertandingan Berzanji dan Marhaban, selain pertandingan Nasyid, Majlis Kesyukuran serta Doa Awal Tahun. Lebih menarik, penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti santai untuk seisi keluarga seperti Pameran Foodies Street dan Flea Market, Pameran Infokiosk, Program Kesihatan serta Pameran Badan Beruniform yang akan bermula pada 27 Jun sehingga 29 Jun 2025. Hadiah cabutan bertuah yang lumayan seperti pakej Umrah dan motosikal juga disediakan kepada pengunjung bertuah sepanjang minggu festival. Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata kemuncak acara akan berlangsung pada 29 Jun melalui Majlis Penangguhan Rasmi Festival Maal Hijrah yang dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Fadillah Yusof. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Perasmian Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025 di Anjung Utama Masjid Jamek Negeri Sarawak pada Jumaat. Orang ramai dijemput hadir dan turut serta dalam mengimarahkan sambutan penuh keberkatan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara dan pengisian program, sila layari laman rasmi festival di www.fmhlakmns.com. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Lembaga Amanah Kebajikan Melanau Terima Geran RM193,006 Bagi Pembangunan Galeri Warisan Di Oya |
KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Melanau menerima geran berjumlah RM193,006 daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Jumaat. Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, geran berkenaan adalah untuk menyokong pembangunan dan pengoperasian Galeri Warisan Melanau yang terletak di Oya, Mukah. Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak dalam usaha berterusan memelihara, memulihara dan mempromosikan warisan budaya masyarakat Melanau. "Galeri Warisan Melanau merupakan sebuah projek rakyat yang telah siap dibina hasil peruntukan daripada Premier Sarawak dan kini telah dibuka kepada kunjungan orang ramai. “Selain menjadi pusat pameran sejarah dan kebudayaan Melanau, galeri ini juga berfungsi sebagai platform pendidikan dan pelancongan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat serta pelawat dari luar,” jelasnya kepada media selepas selesai majlis itu. Dato Sri Fatimah turut memaklumkan bahawa dua fasa pembinaan galeri tersebut telah berjaya disiapkan, dan kini dalam perancangan untuk memulakan fasa ketiga. “Fasa ini akan menampilkan sepuluh komponen utama berkaitan adat dan tradisi masyarakat Melanau serta tokoh-tokoh tempatan. "Kita juga akan memperkenalkan elemen interaktif seperti bengkel tarian, makanan tradisional dan perubatan lama, bagi memberi pengalaman lebih mendalam kepada para pengunjung,” katanya lagi. Terdahulu dalam majlis sama, turut menerima geran daripada Premier Sarawak ialah Presiden Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok, mewakili Jawatankuasa Perundingan Sekolah Cina Sarawak; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Cina Swasta Sibu, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, mewakili Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Persatuan Bersatu Sarawak dan Penasihat Persatuan Veteran Sarawak, Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw, mewakili Tabung Jasamu Kebajikan Veteran Tentera Anak Sarawak.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
New JPJ Sarikei Complex Symbolises Improved Infrastructure & Public Services |
SARIKEI: The opening of the Road Transport Department (JPJ) Sarikei Branch Complex marks a new milestone in the landscape of government infrastructure development in Sarikei, reflecting a high commitment to improving the quality of public services. Deputy Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, Dato’ Sri Huang Tiong Sii said the construction of the complex is not only a source of pride for JPJ personnel and the local community but also strengthens public trust in government institutions. “This new complex will improve administrative efficiency and strengthen the people’s trust in government institutions. It is also hoped to serve as a catalyst for a more dynamic, transparent, and people-centric public service system,” he said. He said this while attending the opening ceremony of the JPJ Sarikei Branch Complex officiated by Deputy Minister of Transport, Datuk Hasbi Habibollah at the Multipurpose Hall of the complex, on Thursday. Also present were Deputy Secretary-General (Policy) of the Ministry of Transport, Dato' Normah Osman, JPJ Director-General, Datuk Aedy Fadly Ramli, Sarikei Division Resident, Datu Michael Ronnie Langgong, and JPJ Sarawak Director, Norizan Jili. Dato’ Sri Huang also expressed his appreciation to Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg for his visionary leadership in driving the state’s development agenda. According to the Sarikei Member of Parliament and Repok Assemblyman, under the leadership of the Sarawak Premier, various development initiatives such as the Sarawak Mobility Plan, Transit Signal Priority (TSP) and smart traffic lights have been successfully implemented, thus providing direct benefits to the people. “Hopefully this complex will become a symbol of the excellence of JPJ services in Sarikei as well as proof of our commitment in strengthening the infrastructure network for the well-being of the people,” he added. Notably, the JPJ Sarikei Branch Complex has made history by becoming the only JPJ office in Sarawak equipped with staff quarters for officers and personnel, thereby enhancing staff welfare and the operational efficiency of the agency. -UKASnews |
View |
|
news |
Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 Platform Penting Cungkil Bakat Baharu |
KOTA SAMARAHAN: Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform penting dalam pembangunan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan belia. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, penganjuran kejohanan seperti ini memberi ruang kepada bakat-bakat muda untuk menyerlah dan digilap ke peringkat lebih tinggi. “Saya amat bersyukur kerana kejohanan ini mendapat sambutan yang sangat baik, bukan sahaja dari 10 bahagian seluruh Sarawak, malah turut melibatkan penyertaan belia dan wanita. “Ini membuktikan bahawa sepak takraw terus relevan dan mendapat tempat dalam kalangan generasi muda,” katanya semasa menyempurnakan majlis pembukaan kejohanan tersebut pada Jumaat. Beliau menambah, kejohanan yang berlangsung dari 18 hingga 22 Jun ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kesukanan, tetapi turut berperanan sebagai tapisan awal untuk mengenal pasti pemain berpotensi tinggi yang boleh diketengahkan, termasuk menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang. “Kita lihat potensi besar dalam kalangan pemain muda yang bertanding kali ini, khususnya di bawah usia 20 tahun. "Ini penting dalam usaha melahirkan pasukan SUKMA Sarawak yang lebih mantap menjelang edisi di Selangor kelak,” tambahnya. Majlis turut dihadiri Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Dato Ismail Abang Saufi, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang; Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak serta Timbalan Presiden PSS, Mohammad Nizam Wang. Beliau dalam pada itu turut berkesempatan menyaksikan perlawanan pembukaan antara pasukan belia Samarahan dan Betong. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Melanau Welfare Trust Board Receives RM193,006 Grant For Development Of Heritage Gallery In Oya |
KUCHING: The Melanau Welfare Trust Board received a grant amounting to RM193,006 from Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg in a brief ceremony held at Wisma Bapa Malaysia, here on Friday. The handover ceremony was also witnessed by Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian. Minister for Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development, Dato Sri Fatimah Abdullah said the grant is intended to support the development and operation of the Melanau Heritage Gallery located in Oya, Mukah. According to her, it is one of the Sarawak Government's initiatives in its ongoing efforts to preserve, conserve, and promote the cultural heritage of the Melanau community. "The Melanau Heritage Gallery is a Projek Rakyat that has been completed through allocations from the Sarawak Premier and is now open to the public. Apart from serving as an exhibition space for Melanau history and culture, the gallery also functions as an educational and tourism platform that benefits both the local community and visitors,” she told reporters after the ceremony. The Dalat Assemblywoman added that two phases of the gallery’s construction have been successfully completed, with plans underway for the third phase. "This phase will feature ten main components related to customs and traditions of the Melanau community and local figures. "We will also introduce interactive elements including dance as well as traditional food and medicine workshops to provide a more in-depth experience for visitors," she said. Earlier in the same ceremony, several other recipients also received grants from the Premier of Sarawak, including the Consultative Committee for Chinese School Sarawak represented by Chairman of the Association of the Boards of Management of Aided Chinese Primary Schools in Kuching, Samarahan and Serian, Dato Jonathan Chai Voon Tok. Other recipients were the Sarawak United Association of Private Chinese Secondary School Management Board represented by Chairman of the Sibu Private Chinese Secondary School Management Board, Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming, and Tabung Jasamu Kebajikan Veteran Tentera Anak Sarawak represented by Advisor to the Sarawak Veterans Association, Lt-General (R), Datuk Stephen Mundaw. -UKASnews |
View |
|
news |
Pesta Babulang 2025 Tampil Kelainan, Premier Sarawak Dijadual Hadir Acara Kemuncak |
LIMBANG: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2025 bakal kembali dengan kelainan tersendiri apabila menampilkan aktiviti baharu seperti perlumbaan rakit dan perahu kecil, sekali gus menjanjikan pengalaman lebih menarik kepada pengunjung tempatan mahupun antarabangsa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang berkata, acara tahunan masyarakat Bisaya yang memasuki edisi ke-20 itu dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh Sarawak, Sabah, Brunei dan kawasan serantau seperti tahun-tahun sebelumnya. “Pesta tahun ini akan diadakan di Batu Danau, lokasi tetap yang telah menjadi tapak utama acara saban tahun. "Selain perlumbaan kerbau yang menjadi acara kemuncak, kita adakan elemen baharu seperti perlumbaan rakit dan perahu kecil termasuk acara tradisi iaitu Ratu dan Panglima Babulang serta persembahan gendang,"jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, di Wisma Bapa Malaysia, pada Jumaat. Mengulas lanjut, Dato Paulus memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Premier Sarawak bagi menyempurnakan acara kemuncak pesta yang berlangsung pada 28 Jun ini. "Kita telah memberikan taklimat kepada beliau (Premier Sarawak), mengenai setiap aktiviti yang akan diadakan selama tiga hari berlangsungnya pesta ini, bermula 27 hingga 29 Jun 2025,"tambahnya lagi. Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Penasihat Persatuan Bisaya Sarawak (PBS), Datu Antonio Kahti Galis; Presiden PBS, Joseph Blandoi dan Naib Presiden 1 PBS, Datu Jack Liam.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Raptai Perarakan Gawai Dayak 2025 Berlangsung Lancar |
KUCHING: Raptai penuh sempena Perarakan Gawai Dayak 2025 berlangsung dengan lancar di sekitar Bangunan Tun Jugah, di sini pada Jumaat, sebagai persiapan menjelang acara kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu. Raptai tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Gerawat Gala serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perarakan Gawai Dayak 2025, Kennedy Chukpai Ugon bagi meninjau persiapan akhir menjelang acara sebenar. Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I, Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau serta ADUN Ba’kelalan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perarakan Gawai Dayak 2025, Baru Bian. Sesi taklimat keselamatan dan pergerakan perarakan telah diadakan terlebih dahulu sebelum raptai dimulakan, melibatkan semua pasukan dan urus setia yang terlibat. Perarakan yang dijadualkan esok akan menampilkan 90 kontinjen termasuk 12 perarakan kenderaan berhias daripada pelbagai suku kaum Dayak di Sarawak seperti Orang Ulu, Iban dan Bidayuh. Perarakan akan bermula pada jam 2 petang dari Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Pentas Utama Kuching Waterfront, meliputi laluan sepanjang 1.2 kilometer. Acara itu bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan serta pelancong domestik.- EDISI UKAS |
View |
|
news |
Enam Menara Baharu Masjid Jamek Mula Dibina Julai Ini |
KUCHING: Proses pembinaan enam menara baharu di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak dijangka akan bermula pada Julai ini, sebagai sebahagian daripada usaha memperindah semula kawasan berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata projek tersebut kini berada dalam peringkat akhir proses tender dengan penyertaan sebanyak 26 syarikat yang menunjukkan minat. “Tempoh pemilihan syarikat untuk tender telah pun ditutup dan kini kita sedang menjalankan proses penilaian secara menyeluruh terhadap semua syarikat yang terlibat. In Shaa Allah, menjelang bulan hadapan usaha mendirikan menara baharu ini akan dimulakan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Anjung Utama Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini pada Jumaat. Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa reka bentuk enam menara baharu itu kekal seperti diumumkan sebelum ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, iaitu mengekalkan inspirasi seni bina Masjid Hagia Sophia di Istanbul, Turki dan Masjid Nabawi di Madinah. “Empat menara tinggi dan dua menara bersaiz sederhana akan dibina tanpa sebarang perubahan reka bentuk seperti perancangan asal,” ujarnya. Sebelum ini, menara tunggal berketinggian 99 meter di lokasi tersebut telah dirobohkan dan proses merobohkan struktur lama itu dijangka mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk diselesaikan sepenuhnya. Pembinaan enam menara baharu ini dilihat bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu Masjid Jamek dan simbol kemegahan seni bina Islam di Sarawak.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Struktur Baharu Perkukuh Peranan Majlis Kraf Sarawak |
KUCHING: Industri kraf di Sarawak memasuki era baharu apabila Majlis Kraf Sarawak (SCC) kini beroperasi secara rasmi dengan struktur organisasi yang lebih tersusun susulan pewartaan Ordinan Majlis Kraf Sarawak 2023 pada 1 Mei lalu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pewartaan itu membolehkan SCC berfungsi sebagai sebuah badan berstruktur di bawah kementeriannya dengan pengurusan dan hala tuju yang lebih jelas. “Sebelum ini kita ada SCC, tetapi ia tidak mempunyai struktur yang betul. Sekarang, dengan ordinan yang telah digazetkan pada 1 Mei 2025, kita akhirnya mempunyai badan yang sah dan lengkap di bawah kementerian,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama SCC di sini, pada Jumaat. Dalam pada itu, Dato Sri Abdul Karim memberitahu, SCC bukan sekadar memelihara warisan seni kraf tetapi akan memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi luar bandar, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengangkat kualiti produk tempatan. Menurutnya, SCC merancang pelaksanaan program pensijilan dan penjenamaan kraf tempatan seperti “Sarawak Best” bagi menetapkan standard harga dan kualiti, di samping melindungi hasil tangan pengusaha kraf. “Kita mahu produk kraf Sarawak ada standard dan nilai. Tidak adil bila bakul rotan yang ambil masa berminggu untuk dihasilkan dijual murah. “Inilah peranan SCC, menetapkan penanda aras dan membantu promosi serta pasaran,” jelasnya lagi. Selain itu, beliau berkata, SCC akan meneruskan penganjuran program seperti Borneo Global Craft dua tahun sekali, serta menjalin kerjasama dengan negara jiran dan syarikat korporat untuk memperkukuh jaringan pasaran kraf Sarawak ke peringkat antarabangsa. “Kita lihat contoh seperti INA Craft Expo di Indonesia – ribuan penggiat kraf dipamerkan dua kali setahun. “Kita di Sarawak juga mampu sampai ke tahap itu dengan perancangan strategik dan pembangunan menyeluruh, terutama di kawasan luar bandar,” katanya. Pada mesyuarat tersebut, Dato Sri Abdul Karim mengumumkan barisan penuh Ahli Lembaga SCC yang terdiri daripada individu berwibawa dalam pelbagai bidang termasuk tekstil, anyaman, reka bentuk, pembangunan komuniti serta penggiat kraf berpengaruh di peringkat serantau. Katanya, pelantikan dibuat secara teliti dengan mengambil kira latar belakang etnik dan kepakaran, bagi memastikan perwakilan yang menyeluruh dalam landskap kraf Sarawak. “Kita ada Orang Ulu, Melayu Melanau, Cina, Iban, Bidayuh… Jadi sekurang-kurangnya kita tahu semua orang diwakili,” jelasnya. Antara yang dilantik dalam Lembaga SCC termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan selaku Timbalan Pengerusi, Setiausaha Tetap Kementerian Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datu Sherrina Hussaini, Pegawai Pentadbiran Khas kementerian, Datu Dr Rashidah Bolhassan, Pengasas Tanoti Sdn Bhd, Dato’ Jacqueline Fung, Ketua Pegawai Pentadbiran CENTEXS, Dr Nadianatra Musa, Naib Presiden Kanan Majlis Kraf Dunia Rantau Asia Pasifik, Edric Ong Liang Bin, Managing Trustee Yayasan Tun Jugah, Melia Linggi, Presiden Persatuan Kraf untuk Kemajuan Rakyat Luar Bandar Sarawak (SCARFS), Nur Rahmah Ranong Abdullah, Pengasas Batik Linut Sdn Bhd, Diana Rose dan Pengasas Punggu Borneo Sdn Bhd, Lucille Awen Jon.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1051105210531054105510561057105810591060NextLast |