Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Lawatan Pengerusi MPKS ke Perpustakaan Desa Kukuhkan Jalinan Komuniti |
KOTA SAMARAHAN: Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Abang Ismawi Abang Ali bersama Ahli Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Pelancongan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa Perpustakaan Desa di bawah seliaan MPKS yang terletak di Asajaya, Muara Tuang dan Sadong Jaya. Lawatan tersebut bertujuan meninjau kemudahan sedia ada serta pengurusan Perpustakaan Desa di kawasan terlibat, di samping memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan penghubung komuniti setempat. Sepanjang lawatan, rombongan MPKS turut beramah mesra dengan atendan perpustakaan serta pengunjung yang hadir, selain mendengar pandangan dan cadangan berkaitan penambahbaikan perkhidmatan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MPKS dalam memperkasa kemudahan awam di peringkat akar umbi serta menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
14 Tapak Warisan Diwartakan, Usaha Sarawak Perkukuh Pemuliharaan Sejarah |
KUCHING: Sebanyak 14 lokasi di Sarawak telah diwartakan sebagai tapak warisan, sekali gus memperkukuh usaha kerajaan negeri dalam melindungi aset sejarah dan budaya tempatan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara tapak yang telah diwartakan termasuk Rumah Panjang Melanau di Kampung Sok (Matu), Rumah Sri Tanjung di Tanjung Lobang, (Miri), Gereja Sacred Heart di Sungai Bawan (Kanowit), Makam Dato Permaisuri (Miri) dan Pusara Ali Wallace di Kampung Jaie (Sadong Jaya) . Turut tersenarai ialah Kubur Shariff Skrang, Kampung Igan, Tapak Masjid Bandaraya Kuching, Tapak Pertempuran Beting Maru, Lombong Arang Batu Brooke (Simunjan), Batu Ritung Pa’lungan (Bario), Tapak Pertempuran Kampung Jakar di Biawak (Lundu), Batu Tuang Semebak, Lipatan Batu Swiss (Demak) serta Tapak Pendaratan Kapal Tentera Jepun di Pantai Brighton. “Masih banyak lagi tapak yang dikenal pasti dan sedang diteliti sama ada ia mempunyai nilai warisan serta layak diwartakan atau tidak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Majlis-Majlis Warisan Sarawak 2025 di sini, hari ini. Menurut Dato Sri Abdul Karim, tugas Majlis Warisan Sarawak antara lain adalah untuk memberi nasihat kepada kerajaan mengenai langkah pemuliharaan serta merangka hala tuju strategik dalam melindungi khazanah negeri. Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Muzium Budaya Borneo telah merekodkan seramai 117,095 pengunjung dari Januari hingga 16 Jun tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sejak pembukaannya pada 2022 sebanyak 1,354,275 pengunjung. “Muzium ini mula dibuka pada 2022. Jadi, dari tarikh itu hingga semalam, kita telah menerima lebih 1.3 juta pengunjung,” katanya. Hadir sama, Timbalan - Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Datuk Sebastian Ting Chew Yew.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Rancang Jadi Tuan Rumah World Robotics Olympiad |
KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membida sebagai tuan rumah World Robotics Olympiad (WRO), kejohanan robotik berprestij di peringkat antarabangsa, dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan bakat digital dan inovasi serantau. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, langkah ini merupakan sebahagian agenda jangka panjang Sarawak dalam memperkukuh ekosistem teknologi dan menarik penyertaan bakat muda dari seluruh dunia. “Kita mahu membawa minda muda terbaik ke Sarawak dan menunjukkan bahawa negeri ini sedang berkembang sebagai pusat bakat digital dan inovasi,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Robotik sempena National Robotic Competition (NRC) di LCDA Tower, The Isthmus, pada Rabu. Sebagai sokongan awal, kementeriannya telah meluluskan geran berjumlah RM666,000 bagi memperkasakan inisiatif robotik termasuk pertandingan dan pembangunan program pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negeri. Majlis penyerahan tersebut turut menjadi sebahagian daripada program tahunan kementerian - STEM Trailblazers Sarawak - yang digerakkan di zon utara, tengah dan selatan negeri untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi. Mengulas lanjut, Dato Sri Roland berkata Sarawak juga akan menawarkan program pra-ijazah dan ijazah berteraskan STEM di universiti milik negeri bermula 2026, sebagai sebahagian strategi pembangunan modal insan digital. “Kita mahu anak muda kita bersedia untuk dunia digital. Semua kursus akan berfokuskan STEM,” jelasnya. Beliau turut menekankan bahawa pendekatan pendidikan berteraskan teknologi tidak hanya untuk melahirkan jurutera dan saintis, malah penting untuk membina tenaga kerja masa depan yang berkemahiran tinggi, celik teknologi dan mampu bersaing secara global. “Negara seperti Jerman, Australia dan Korea Selatan berjaya kerana mereka menekankan pendidikan teknikal. "Kita juga mahu lihat perkara sama berlaku di Sarawak,” tambahnya lagi.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Bintulu Port Prihatin Semarak Gawai Dayak Bersama SIDS Kemena |
BINTULU: Sebanyak 67 ibu dari kalangan ahli Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Kemena menerima sumbangan bakul makanan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bintulu Port Prihatin sempena sambutan Gawai Dayak 2025. Menurut Pengurus Besar Group Stakeholder Relations Bintulu Port, Maslihah Tioh, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Bintulu Port yang telah melaksanakan pelbagai program CSR sejak lebih sedekad lalu. “Bintulu Port Prihatin bukan sahaja platform untuk menyantuni komuniti, malah menjadi jambatan yang menghubungkan kami dengan pelbagai lapisan masyarakat,” jelasnya. Tambah beliau, sempena sambutan Gawai Dayak kali ini, pihaknya berkolaborasi bersama SIDS Kemena dalam menyampaikan sumbangan kepada kaum ibu, yang merupakan tulang belakang keluarga dan masyarakat. “Sebelum ini, kita turut bekerjasama dengan gereja sempena Krismas serta Tua Pek Kong bagi sambutan Tahun Baru Cina. “Usaha ini bukan sekadar meraikan perayaan, malah mendekatkan kami dengan komuniti secara lebih mesra dan menyeluruh,” katanya ketika ditemui pada program penyampaian sumbangan di Peace Garden, Bintulu, pada Selasa. Maslihah turut berharap agar sumbangan tersebut mampu menceriakan sambutan Gawai Dayak serta mengeratkan tali silaturahim antara pihak korporat dan komuniti setempat. Sementara itu, Pengerusi SIDS Kemena, Jenny Bangga merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak Bintulu Port terhadap kaum ibu yang menjadi penerima sumbangan. “Kami amat berterima kasih kepada Bintulu Port atas sokongan ini. Harapan kami agar kerjasama ini dapat diteruskan, bukan sahaja dalam program Gawai, malah dalam inisiatif berkaitan pendidikan dan pembangunan ekonomi wanita Dayak pada masa akan datang,” ujarnya. Program ini mencerminkan komitmen Bintulu Port untuk terus memainkan peranan aktif dalam membina masyarakat yang inklusif dan harmoni melalui penglibatan bersama komuniti pelbagai kaum di Sarawak.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越计划申办世界机器人奥林匹克大赛 |
古晋:砂拉越政府计划申办世界机器人奥林匹克大赛(WRO),这是一项享有盛誉的国际机器人赛事,旨在将砂拉越打造为区域数字人才和创新中心。 教育、创新与才能发展部(MEITD)部长拿督斯里罗伦沙嘉表示,此举是砂拉越加强科技生态系统、吸引全球年轻人才的长期计划之一。 “我们希望将最优秀的年轻人才带到砂拉越,并展示砂拉越正在发展成为数字人才和创新中心。” 他周三在The Isthmus的砂拉越土地保管发展局大厦主持全国机器人大赛(NRC)机器人器材移交仪式上,如是说。 作为初步支持,教育部已批准66万6000令吉拨款,用于加强全砂学校的机器人技术发展,包括竞赛和教育项目开发。 此次移交仪式也是该部年度项目“砂拉越科学、技术、工程与数学(STEM)先锋计划”的一部分。该项目目前正在砂拉越北区、中区和南区地区开展,旨在提升学生对科学技术的兴趣。 拿督斯里罗伦沙嘉进一步解释说,作为其数字人力资本发展战略的一部分,砂拉越还将从2026年开始在砂拉越所属的大学提供以科学、技术、工程与数学为基础的预科和学位课程。 “我们希望我们的年轻人为数字世界做好准备。所有课程都将以科学、技术、工程与数学为重点。” 他还强调,以技术为基础的教育方法不仅是为了培养工程师和科学家,而且对于打造一支高技能、精通技术、具有全球竞争力的未来劳动力队伍也至关重要。 “像德国、澳洲和韩国之所以成功,是因为它们重视技术教育。我们也希望看到砂拉越也能取得同样的成就。”— UKAS 刊 |
View |
|
news |
14处历史遗迹被列为遗产区,砂拉越加强历史保护工作 |
古晋:砂拉越共有14处地点被列为遗产区,加强了砂拉越政府保护本地历史文化遗产的努力。 砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林表示,已被列为世界遗产的地点包括位于玛都甘榜索(Kampung Sok,Matu)的马兰诺长屋、位于美里丹绒洛邦的斯里丹绒屋(Rumah Sri Tanjung)、位于加拿逸双溪巴湾的圣心教堂、位于美里的拿督珀迈苏里陵墓及位于砂隆再也甘榜惹伊(Kampung Jaie)的阿里华莱士墓地。 其他列入名单的遗址包括沙里夫斯克朗墓地 (Shariff Skrang Grave)、甘榜伊甘 (Kampung Igan)、古晋市清真寺遗址、伯汀马罗战役遗址 (Beting Maru Battle Site)、位于实文然的布洛克煤矿 (Brooke Coal Mine)、位于峇里奥的Ritung Pa’lungan石、伦乐比亚瓦 (Biawak) 的甘榜贾卡(Kampung Jakar)的战役遗址、Batu Tuang Semebak、位于德迈的岩层(Lipatan Batu Swiss)及布莱顿海滩(Pantai Brighton)日本海军舰艇登陆点。 “还有更多遗址已被确认,并正在接受审查,以确定它们是否具有遗产价值,是否值得列为遗产地。” 他是周三主持2025年砂拉越遗产理事会年度会议后召开新闻发布会上,如是说。 拿督斯里阿都卡林表示,砂拉越遗产理事会的职责包括就保护措施向政府提供建议,并制定保护砂拉越遗产的战略方向。 同时,他还透露,婆罗洲文化博物馆今年1月至6月16日共接待了11万7095名游客,自2022年开放以来,累计接待游客已达135万4275人次。 “该博物馆于2022年开放。因此,从那时到昨天,我们已经接待了超过130万名游客。” 出席活动的还有砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部副部长拿督史诺丹拉旺和拿督陈超耀。- UKAS 刊 |
View |
|
news |
Sarawak Merambu Nyadi Tuai Rumah World Robotics Olympiad |
KUCHING: Perintah Sarawak merambu deka nganjung nama dipilih nyadi tuai rumah ngatur World Robotics Olympiad (WRO), pekit robotik tebilang renggat antarabansa ba tuju nempa nengeri tu nyadi palan penyulut pengelandik digital enggau inovasyen serantau. Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn madah, singkang tu sebagi ari inisiatif timpuh panjai Sarawak ngenegap ekosistem teknologi sereta matak pengelandik biak ari selampur dunya. “Kitai deka mai penemu biak ke pemadu manah ngagai Sarawak lalu ngayanka nengeri tu ke benung mansang nyadi palan pengelandik digital enggau inovasyen,” ku iya madah maya bejadika Program Nyua Kit Robotik serimbai National Robotic Competition (NRC) di LCDA Tower, The Isthmus, kena Hari Tiga tu tadi. Dikena ngepun ke sukung, opis menteri iya udah ngemendar geran sepenyampau RM666,000 ungkup pengawa ngenegap inisiatif robotic, nyengkaum pekit sereta pemansang program pelajar ba sekula selampur nengeri. Program nyua kit nya udah nyadi sebagi ari program ninting taun opis menteri nya - STEM Trailblazers Sarawak – ke disua ari zon utara, tengah nyentuk ke selatan nengeri dikena nambah ke tikas pengerindu ati nembiak ba sains enggau teknologi. Nerang silik, Dato Sri Roland madah Sarawak mega deka nyendiaka program pra-ijazah enggau ijazah bepelasarka STEM di universiti enggi nengeri tu berengkah 2026, nyadi sebagi ari pelin pemansang modal mensia digital. “Kitai deka nembiak baru kitai besedia enggau dunya digital. Semua kus deka ngemerat pekara STEM,” ku iya nerang. Iya mega ngemeratka chara pelajar bepelasarka teknologi enda semina ngadaka injinir enggau saintis, tang besai reti dikena nempa orang gawa dudi hari ke bepengelandik tinggi, landik ngena teknologi sereta ulih besemekih ba renggat global. “Menua baka Jerman, Australia enggau Korea Selatan mujur laban sida iya ngemeratka pelajar teknikal. "Kitai mega deka meda pekara sama nyadi di Sarawak,” ku iya madah baru.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
14 Palan Pesaka Digazet, Sarawak Negap Pengawa Nyaga Sejarah |
KUCHING: Bisi 14 palan di Sarawak udah digazet nyadi palan pesaka, senutuk enggau pengawa perintah nengeri ransing nyaga sejarah enggau daya idup menua tu. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah madah, palan ke udah digazet tu nyengkaum Rumah Panjai Melanau di Kampung Sok (Matu), Rumah Sri Tanjung di Tanjung Lobang (Miri), Gereja Sacred Heart di Sungai Bawan (Kanowit), Kubur Dato Permaisuri (Miri) enggau Pendam Ali Wallace di Kampung Jaie (Sadong Jaya) . Bela dirintai, iya nya, Kubur Shariff Skrang, Kampung Igan, Palan Masjid Bandaraya Kuching, Palan Betempuh Beting Maru, Lombong Arang Batu Brooke (Simunjan), Batu Ritung Pa’lungan (Bario), Palan Betempuh Kampung Jakar di Biawak (Lundu), Batu Tuang Semebak, Batu Swiss Belipat (Demak) sereta Palan Kapal Soldadu Jepun Sangkai di Pantai Brighton. “Mayuh agi palan udah dipeda enggau benung ditisih, sekali ke palan nya ngembuan tikas pesaka sereta tau digazet ke enda,” ku iya ba aum media pengudah ngulu Aum Ninting Taun Kaunsil Pesaka Sarawak 2025 ti betuai ke iya, ditu, kena Hari Tiga tu tadi. Nitih ku Dato Sri Abdul Karim, pengawa Kaunsil Pesaka Sarawak ke bukai iya nya meri penemu ngagai perintah senentang singkang dikena nyaga sereta ngelangkar tunga kuing strategik ba pengawa nyaga reta berega nengeri. Ba pekara bukai, iya mega madah ke Muzium Budaya Borneo udah ngerikod 117,095 orang datai ari Januari ngagai 16 Jun taun tu, alai semua penyampau ke udah datai kenyau muzium nya dibuka kena 2022 bisi 1,354,275 iku. Sama datai Sapit Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Datuk Snowdan Lawan enggau Datuk Sebastian Ting Chew Yew.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
137 Penerima Dikurniakan Pingat & Darjah Kebesaran Sarawak |
KUCHING: Seramai 137 orang penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri di sini, pada Rabu. Mendahului senarai 10 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), ialah Ketua Biro Pendidikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datin Fauziah Mardiana Sepawi, serta Pengarah Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Ts Dr Shanti Faridah Salleh. Turut menerima penganugerahan ialah 20 individu yang dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) termasuk Dr Ho Ai Chia, Dr Sally Suriani Ahip, Dr Mohamad Norjayadi Tamam dan Dr Rudy Tawie Joseph Sipi. Sementara itu, seramai 18 penerima menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) dan juga 18 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K). Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 39 individu telah menerimanya, antaranya ialah Abdul Aziz Kadri, Abdul Karim Dollah, Ain Lamat, Amin Mangi, Amirul Syafiq @ Kertini Karnil dan Amir Hamzah Jahidin. Manakala seramai 32 individu dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S), termasuk Awang Sahpura Awang Mangku, Aidel Jemat, Bohari Mohamad Zini, Chundi Jipon dan Emran Pa’ee. Turut hadir dalam istiadat penganugerahan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki. Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, Setiausaha Sulit Kanan kepada Premier Sarawak, Datuk Khir Busrah, Ketua-Ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂AZAM是区域发展催化剂 |
古晋:砂促进发展意识协会(AZAM)在支持 朝向2030年及以后的区域发展议程方面发挥着重要作用。 砂副总理拿督阿玛道格拉斯强调,该组织不仅发挥着战略沟通渠道的作用,还直接为建立一个包容、有韧性、随时准备应对未来挑战的社会做出了贡献。 “砂促进发展意识协会在推动2030年后冠病发展策略方面的角色日益重要,尤其是以符合各阶层社会的沟通方式,确保该策略能够包容性地传达至全体人民。你们必须继续以催化机构的角色推动2030年后冠病发展策略的使命,为政府的发展努力增值,通过具影响力的发展计划和倡议来赋能人民。” 他于周二在砂促进发展意识协会达雅节庆典上致词时,这么说。 他补充,砂促进发展意识协会通过多项发展计划和倡议,协助赋能人民,让社会更有能力把握未来的机会,并理解自身在实现砂拉越发展蓝图中的责任。 此外,拿督阿玛道格拉斯也坦言,尽管砂拉越已正式迈入高收入区域,但仍有一部分社会群体未能全面享受发展带来的成果。 “这正是该会能发挥关键作用的地方,即为人民提供引导和方向,让他们也能一同共享2030年以前所达成的进步,无论种族、宗教或背景。” 因此,他有信心,砂促进发展意识协会将继续保持其相关性与前瞻性,积极配合砂拉越政府,特别是在砂盟(GPS)领导下的愿景与方向。 出席活动的嘉宾包括砂总理署副部长(企业事务、资讯及砂公关单位)拿督阿都拉赛多、砂促进发展意识协会主席拿督威廉、首席执行员阿里苏海里以及砂妇女、儿童及社区和谐发展部常务秘书拿督陈月花。-UKAS刊 |
View |
| FirstPrevious1021102210231024102510261027102810291030NextLast |