Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)


Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)



Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula 5S Sektor Awam dengan tujuan untuk menekankan perlunya persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif agar lebih relevan dengan jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Objektif EKSA adalah:

• Meningkatkan imej korporat;
• Menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan kehendak pihak berkepentingan;
• Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pengamalan Amalan Hijau;
• Memperluaskan pelaksanaan di agensi kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif;
• Memastikan elemen audit memenuhi keperluan pelbagai agensi kerajaan