EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)


STIU merupakan agensi peneraju bagi inisiatif Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). STIU bertanggungjawab menjadi nadi penggerak dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan pelaksanaan EKSA dalam Pentadbiran Awam Sarawak. EKSA diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan persekitaran kerja yang kondusif di samping menggalakkan agensi kerajaan lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. 


EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi Kerajaan Sarawak

Amalan 5S Sektor Awam
 
 SISIH Merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja
SUSUN   Peralatan dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai.
SAPU Untuk memastikan ruang tempat kerja atau peralatan bersih daripada habuk/ debu yang boleh menjejaskan fungsi peralatan, kualiti produk dan kesihatan.
SERAGAM  Bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya.
SENTIASA AMAL Adalah usaha mengekalkan 4 amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di jabatan/ agensi masing-masing.



Penjenamaan Semula Amalan 5S Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu iaitu:
• Imej Korporat
• Kreativiti dan Inovasi
• Amalan Hijau
• Persekitaran Kondusif
• Kepelbagaian Agensi

Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan jabatan/ agensi kerajaan:
    a. Meningkatkan imej korporat;
    b. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
    c. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau;
    d. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
   e. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif 4 supaya lebih relevan kepada jabatan/ agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/ agensi sektor awam.