Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
MUTS Komited Tingkatkan Tadbir Urus & Perkhidmatan Kepada Rakyat |
KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) terus komited untuk meningkatkan tadbir urus yang lebih efisien dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penyertaan MUTS dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 dan Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) merupakan langkah awal Kementerian untuk memartabatkan budaya kerja berintegriti dalam kalangan kakitangannya. Menurut beliau, MUTS turut mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Polisi Kualiti Kementerian untuk memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan dan memastikan kecemerlangan operasi di semua peringkat. “Penyertaan MUTS dalam AKPANS dan AIGA merupakan usaha yang sangat baik bagi menyokong dasar tadbir urus yang efisien serta memartabatkan integriti sebagai budaya kerja di kementerian dan pelancaran Polisi Kualiti Kementerian juga akan memastikan kita semua dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengagihan Bubur Pedas dan Penyerahan Sumbangan Perayaan Anjuran Kelab Sukan Dan Rekreasi (KESURIA) MUTS, di sini pada Isnin. Terdahulu dalam majlis sama, Setiausaha Tetap MUTS Datu Jafri Lias memaklumkan, pelancaran Polisi Kualiti Kementerian akan menjadi garis panduan kepada semua bahagian dan jabatan dalam Kementerian untuk mencapai tahap perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi turut berkesempatan mengagihkan bubur pedas kepada seluruh warga kerja MUTS yang hadir, yang mana lebih manis lagi disertakan dengan sumbangan perayaan bukan sahaja untuk Hari Raya, malah untuk semua perayaan di Sarawak. “Sumbangan perayaan pada hari ini adalah sempena seluruh perayaan sepanjang tahun 2025 termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai Dayak dan sebagainya,” ujar beliau. Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki, Timbalan Setiausaha Tetap MUTS Syed Mohamad Fauzi Shahab serta tetamu yang lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Dato Dr Richard Rapu Tinjau Infrastruktur Terjejas di Spak, Betong |
BETONG: Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi sekitar kawasan Spak bagi meninjau keadaan infrastruktur yang sering terjejas akibat banjir pada Khamis. Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada jambatan dan kawasan tanah runtuh yang memerlukan perhatian segera. Lokasi pertama yang dikunjungi ialah jambatan merentasi Sungai Spak di Nanga Mujau, yang sering mengalami kerosakan akibat banjir besar. Dalam perkembangan terbaru, Dato Dr Richard Rapu mengumumkan bahawa peruntukan untuk membina jambatan baharu telah diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Rancangan Malaysia Ke-12. Menurut beliau, lawatan ini merupakan susulan daripada pihak JKR Bahagian Betong selaku agensi pelaksana, di mana projek ini kini dalam proses pertapakan sebelum memasuki peringkat rekaan dan dijangka memasuki proses tender pada suku ketiga tahun 2025. “Jambatan baharu ini akan dibina dengan rekaan yang lebih praktikal, ketinggian lebih sesuai serta ketahanan lebih baik terhadap arus banjir bagi mengelakkan kerosakan berulang,” katanya. Lokasi kedua lawatan ialah Rumah Panjang Jambai Bunsu di Kerapa, Spak, di mana tinjauan dilakukan terhadap kawasan tanah runtuh di belakang rumah panjang serta jambatan Sungai Nyelutong yang turut terjejas akibat banjir besar. Dalam sesi perbincangan bersama penduduk dan pihak JKR Bahagian Betong, beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan dan akan dibawa ke Pejabat Residen Bahagian Betong serta Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Betong untuk tindakan selanjutnya. Antara yang turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Penolong Jurutera JKR Bahagian Betong, Steward Ludan, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Betong, Amir Ridzuan Mohammad, Jurutera Awam Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Raphael Churchill Raymond, serta Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Betong, Kaunselor Horace Entoi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Inisiatif Bantu RM1,200 Ungkup Nembiak IPT Deka Dipenyadi, Diberi Nengah S Pay Global |
KOTA SAMARAHAN: Inisiatif bantu RM1,200 deka diberi ngagai nembiak Sarawak ke belajar ba Palan Pelajar Tinggi (IPT) selampur Malaysia enda lama agi. Tuai Sekretari Politik ngagai Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman madah, bantu nya deka diberi nengah aplikesyen e-wallet S Pay Global. "Nya alai, aku minta bala nembiak ngerejista nama ba S Pay Global laban aku andal bantu tu deka diberi nengah aplikesyen nya," ku iya maya dirandau media sepengudah Program Nyua Pemeri Food Bank enggau Dapur Pekara Pelajar (HEP) di UiTM Pampang Sarawak ditu, Hari Lima. Iya ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tupong ngelalau bala nembiak ke deka pulai ke menua berati baru inisiatif ti bisi disediaka perintah Sarawak. "Ambika banding baka Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (IGPS) alai bantu nya ulih dikena ngelempung belanja meli tikit bilun," pia ku iya. Ba program nya Dato Fazzrudin Abdul Rahman bisi nyua geran ari Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sepenyampau RM20,000 ungkup Pemeri Foodbank enggau Dapur HEP. Pemeri nya diatur UiTM Pampang Sarawak dikena nyaup nembiak kurang penatai pemisi. Bela datai maya nya Rektor UiTM Pampang Sarawak Dr Firdaus Abdullah. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak To Host Final Qualifiers For ITF U14 Asia/Oceania World Youth Tennis Championships 2025 |
KUCHING: Sarawak has once again been selected to host the final qualifiers for the International Tennis Federation (ITF) Under-14 (U14) Asia/Oceania World Youth Tennis Championships 2025, which will take place here from March 31 to April 15, 2025. Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah said this selection follows the success of organising the same event last month for the U16 category and several previous tennis tournaments, putting Sarawak on the world map for international tennis events. According to him, this tournament will involve 18 countries competing for a spot to the final stage which will be held around July to August in European countries. “With a total of 18 countries participating, including some of the best in the sport such as Australia, China, Taiwan, Hong Kong, Iran, India, Japan, Kazakhstan, Korea, Malaysia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan and Indonesia, it will be a stage to showcase skills, determination and good sportsmanship. “The ITF has seen how we organised the event before and they were very pleased with the level of organisation we provided, so they requested for us to organise it again through the Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA), led by Dato Patrick Liew,” he said. He said this at the ITF U14 Asia/Oceania 2025 World Youth Tennis Championship Final Qualification press conference held at the Baitulmakmur II Building, here, on Friday. Regarding the selection of Kuching as the host, Dato Sri Abdul Karim revealed that the ITF has also provided a fund of RM230,000 to cover the needs of the athletes, coaches and officials of the tournament, including their food, transport and accommodation needs throughout the event. Apart from benefiting from the development of sports, the Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts added that organising international sporting events like this will further boost Sarawak's tourism sector. "Of course, for athletes competing at such a young age, from a tourism perspective, their parents will come to support their children and through this, the hospitality industry and the tourism industry will benefit greatly. "The general public will be able to know more about Sarawak, whether from their sharing of photos, videos, or from the live streaming of the tournaments by the organisers," he added. Also present at the press conference session were MYSED Permanent Secretary, Morshidi Fredrick, SLTA President, Dato Patrick and Acting Chief Executive Officer of Sarawak Sports Corporation (SSC), Khairul Nizam Morshidi. -UKASnews |
View |
|
news |
砂拉越在2027年东运会维持18项赛事,迄今7项目已确认 |
古晋:砂拉越是 2027 年东南亚运动会的联合主办地,将维持举办 18 项体育赛事,目前已确认举办 7 项赛事。 砂拉越青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林表示,确定举办这项体育赛事是经过评估,即现有场馆和设施是否达到举办相关体育赛事的国际标准。 “对于砂拉越来说,我们将继续保留 18 项运动,我们考虑的因素之一是体育设施是否可用,如果我们没有足够的体育设施,我们就不会举办这些运动。因此,我们确定在砂拉越举办的运动项目包括保龄球,因为这里拥有马来西亚最好的场地之一,位于Megalane,其他项目包括游泳、跳水、板球、跆拳道、射箭和射击。” 他周五在2025年ITF世界少年网球赛男女14岁以下资格赛新闻发布会上,做此表示。 对于射击项目,他表示将提升相关设施,因为目前还未配备相关项目中两个项目,即“多向飞靶射击”和“双向飞靶射击”的设施。 拿督斯里阿都卡林补充说,还将进一步讨论在砂拉越举行的其他几项活动方面,包括已同意在古晋举行的 2027 年东南亚运动会开幕仪式。 “包括体操在内的其他赛事仍在讨论中,据我们了解,马来西亚体操协会选择在古晋举办,尽管这项赛事在早期并不在我们的名单上。我们还拥有良好的草地滚球、跆拳道、武术、壁球设施,当然还有网球赛事设施,因为我们有一个非常好的网球场馆。还有就是希望开幕仪式在古晋举行,这已经达成一致。” 迄今为止,联邦政府已同意在古晋和哥打三马拉汉举办 18 项体育赛事,但完整名单尚未最终确定。 |
View |
|
news |
即将推出的1200令吉高等院校学生援助计划,通过S Pay Global发放 |
哥打三马拉汉:一项为在马来西亚各地高等院校就读的砂拉越学生提供的1200援助计划将在近期启动。 砂拉越总理首席政治秘书拿督法兹鲁丁表示,援助将通过电子钱包应用程式,砂支付(S Pay Global)发放。 “因此,我呼吁学生们尽早注册砂支付,因为这笔援助将通过该应用程式发放。不要等到最后一刻再注册,否则会出现‘拥堵’,” 他星期五出席马拉工艺大学(UiTM)砂拉越分校举行的食物银行和学生事务部厨房用品捐赠活动后接受记者采访时。如是说。 他补充道,在砂拉越以外的学生的援助也将通过砂支付发放,因为该电子钱包在马来西亚被广泛使用。 此外,身兼杜邦区立法议员的他也呼吁,那些想回乡的学生可了解砂拉越政府提供的相关援助措施。 “我们知道,砂拉越政府提供的‘砂拉越学生返乡计划(IGPS)’,可以用来减轻回乡的机票费用负担,但有一个条件,即每年最多只能申请两次。” 他进一步表示,砂拉越学生返乡计划的申请可以通过砂拉越基金会应用程式进行。 同时,拿督法兹鲁丁还代表砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士,捐赠2万令吉用于食品银行和学生事务部厨房用品捐赠。 食品银行和学生事务部厨房项目由马拉工艺大学砂拉越分校实施,旨在帮助经济困难的学生获取必要的食物,支持他们的生活。 出席活动的还有马拉工艺大学砂拉越分校校长菲道勿阿都拉。- UKAS 刊 |
View |
|
news |
砂拉越元首探访故乡 |
砂隆再也:砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士探访故乡,该镇前身名为朋丹(Pendam)。 他的探访活动从当地的达鲁依曼(Darul Iman)清真寺开始,砂元首与砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡、砂拉越基础设施与港口发展副部长兼砂隆再也区立法议员拿督艾登拉里伍、砂拉越伊斯兰事务局局长穆尔苏道以及马来西亚砂拉越大学(UNIMAS)校长阿末哈达教授,共同参加周五的集体祈祷开始。 周五祈祷是由砂拉越大宗教司拿督慕斯达法卡玛主持。 周五祈祷结束后,敦丕显斯里旺朱乃迪博士与妻子杜潘拿督巴丁宜弗兹雅继续前往甘榜砂隆再也的伊斯兰墓园,祭奠其父亲端姑查亚弗的墓地。 与他和妻子一起前往墓园的还有家族成员、政府官员及当地社区。 此次访问也为当地民众提供与领导人见面及交流的机会,进一步增强领导与民众之间的关系。 出席活动的还有峇当砂隆区国会议员罗蒂雅和三马拉汉省长莫哈末依旺。- UKAS 刊 |
View |
|
news |
Yang di-Petua Negeri Sarawak Ziarah Kampung Halaman |
SADONG JAYA: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan untuk menziarahi kampung halaman beliau di sini, yang dahulunya dikenali sebagai Pendam. Program ziarah beliau dimulakan dengan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di Masjid Darul Iman, di sini yang mana turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Datuk Ir Aidel Lariwoo, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Mual Suaud dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Ahmad Hata Rasit. Solat Jumaat tersebut dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Ustaz Dato’ Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Usai solat Jumaat, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan ziarah ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sadong Jaya untuk menziarahi makam ayahanda beliau, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Sham. Kehadiran beliau bersama isteri di Tanah Perkuburan Islam itu turut disertai oleh ahli keluarga, pegawai kerajaan, dan masyarakat setempat. Lawatan ini juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bertemu dan beramah mesra dengan beliau, sekaligus mengukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan rakyat. Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
25 JKP Masjid Terima Peruntukan RM62,500 Di DUN Muara Tuang |
KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 25 buah Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang telah menerima peruntukan ‘Outright Grant’ berjumlah RM62,500 dalam satu majlis penyampaian khas yang diadakan di Pusat Khidmat Marqas Operasi DUN Muara Tuang, di sini, pada Jumaat. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang. Berucap dalam majlis berkenaan, beliau menekankan bahawa peruntukan ini bertujuan untuk membantu masjid-masjid di kawasan tersebut melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan serta meningkatkan kemudahan yang ada. Beliau turut menyatakan bahawa masjid bukan hanya tempat beribadah, tetapi juga berperanan sebagai pusat pembangunan ummah. "Masjid bukan sekadar tempat beribadah, tetapi juga pusat pembangunan ummah dan dengan adanya sumbangan ini, saya berharap setiap JKP dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi manfaat jemaah dan masyarakat setempat," katanya. Setiap JKP menerima peruntukan sebanyak RM2,500 yang akan digunakan untuk pelbagai keperluan, termasuk penyelenggaraan masjid, program dakwah, serta aktiviti kebajikan. Salah seorang wakil penerima, Subahi Amit dari Masjid Darul Hana Kampung Endap, melahirkan rasa penghargaan kepada kerajaan negeri dan ADUN Muara Tuang atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan masjid serta masyarakat Islam di kawasan ini. Hadir sama, wakil Pegawai Daerah Samarahan Randy Claudia Nyala dan Ketua Marqas Operasi DUN Muara Tuang Aziz Mohamad. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan Santuni Penduduk Memerlukan |
KOTA SAMARAHAN: Program Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan Zon Muara Tuang diteruskan ke Kampung Baru dengan membawa misi kemanusiaan dan keprihatinan kepada penduduk setempat. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, dalam program ini berkesempatan melawat Rameno Leman, yang telah lumpuh sejak tahun 2022 akibat kemalangan semasa bekerja. Keadaan ini telah membataskan pergerakan serta aktiviti hariannya, menyebabkan beliau bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga untuk keperluan harian. Selain itu, lawatan turut diteruskan ke rumah Nadan Ayub, yang menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian selepas kehilangan sebelah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis yang mana kini beliau dijaga oleh isterinya, yang turut mengalami masalah kesihatan. "Saya berharap lawatan ini dapat membawa sedikit keceriaan serta sinar kebahagiaan kepada mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Saya turut mendoakan agar mereka diberikan kesabaran, kekuatan, dan kesihatan yang baik," ujarnya. Hadir sama, Ketua Kaum Kampung Baru Tengah Sourabaya Leman, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Muara Tuang Rozni Paee serta ahli-ahli Ranting PBB Kampung Baru. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious881882883884885886887888889890NextLast |