Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Bangunan Lama MBM Diangkat Sebagai Tapak Institut Perubatan Integratif Fudan |
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah apabila berlangsungnya majlis menandatangani Perjanjian Sewa Bangunan Lama MBM bersama syarikat Imasa Dinasti Sdn. Bhd., serta satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Imasa Dinasti dan D’Sunlit Group dari Brunei Darussalam, yang diadakan di Dewan Bandaraya Miri pada Khamis. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian yang hadir sebagai tetamu kehormat dan saksi utama bagi kedua-dua sesi menandatangani dokumen penting tersebut. Turut hadir ialah Konsul Jeneral Republik Rakyat China, Xing Wei Ping; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sebastian Ting Chiew Yew; Datuk Bandar Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang; serta wakil-wakil dari agensi kerajaan tempatan dan luar negara. Perjanjian sewaan yang dimeterai melibatkan pembangunan semula bangunan warisan milik Majlis Bandaraya Miri untuk dijadikan Institut Perubatan Integratif Fudan, hasil kerjasama strategik antara Imasa Dinasti Sdn. Bhd. dan Fudan University dari China, salah sebuah universiti paling berprestij di Asia. Dalam masa yang sama, pemeteraian MoU antara Imasa Dinasti dan D’Sunlit Group dari Brunei menandakan permulaan kepada kolaborasi serantau dalam bidang pembangunan, pelaburan serta penyelidikan, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi antara Sarawak dan negara jiran itu. Sementara itu, Datuk Amar Profesor Dr Sim ketika dalam ucapannya menyifatkan majlis tersebut sebagai permulaan kepada satu inisiatif besar yang bakal mengubah landskap pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di Sarawak. Beliau menjelaskan bahawa penubuhan institut ini adalah antara langkah penting dalam merealisasikan aspirasi kerajaan negeri untuk memperoleh autonomi dalam bidang kesihatan dan pendidikan sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Projek ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak terhadap pembangunan sektor perubatan integratif dan membuka laluan kepada pembinaan sekolah perubatan, hospital pengajar serta pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa di negeri ini,” katanya. Beliau turut menekankan bahawa Fudan University adalah satu daripada dua institusi pengajian tinggi dari China yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia, menjadikan projek ini amat signifikan dalam membangunkan modal insan perubatan Sarawak. Penandatanganan perjanjian dan MoU ini turut dilihat sebagai simbolik kepada kebangkitan semula bangunan bersejarah di tengah bandaraya Miri, yang kini diberi nafas baharu sebagai mercu tanda pembangunan berimpak tinggi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
ADUN Batu Danau Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ketua Masyarakat |
LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang meluangkan masa hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Penghulu Siga Weng pada Khamis. Ia mencerminkan keprihatinan dan komitmen beliau terhadap masyarakat akar umbi, khususnya di kawasan Batu Danau. Mendiang Penghulu Siga, yang berusia 81 tahun dan berketurunan Tabun, merupakan seorang pemimpin masyarakat yang dihormati, dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti di Kpampung Kuala Medalam dan sekitarnya. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah para pemimpin tempatan dan wakil Pegawai Daerah. Ia menunjukkan solidariti serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mendiang sepanjang hayatnya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
MoU Between RECODA & Curtin Malaysia Strengthens Socio-Economic Development In Sarawak |
MIRI: An important step towards sustainable development and community empowerment in Sarawak was sealed through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between the Regional Corridor Development Authority (RECODA) and Curtin University Malaysia. The ceremony took place at 3 p.m. at The Council Room, Heron Building 1, Curtin University Malaysia, Miri, on Thursday. Among the guests of honour present were RECODA Chief Executive Officer, Datuk Ismawi Ismuni, RECODA Corporate Services Division Director, Dr. Hadysyam Junaidi, Curtin Malaysia Acting Pro Vice-Chancellor, President and Chief Executive, Professor Vincent Lee Chieng Chen and Curtin Malaysia Chief Operating Officer, Sharon Chong Pau Fang. In his welcoming speech, Professor Vincent Lee described this MoU as the beginning of a meaningful collaboration based on a shared commitment to inclusive and sustainable socio-economic development in Sarawak, particularly in the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) area. He also highlighted the potential for collaboration in the fields of research, community development, innovation and knowledge transfer. Datuk Ismawi in his speech emphasised that this strategic collaboration is important to achieve Sarawak's aspiration to become a high-income state by 2030, in line with the Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030). He also shared the success of various initiatives such as EMPLOY@SCORE and COMMUNITY@SCORE which have had a positive impact on the rural community. The ceremony continued with the signing and exchange of MoU documents, followed by a photo session and exchange of souvenirs. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
EV Dealers & Owners Encouraged To Comply With JPJ’s ePlate Specifications |
KUCHING: Sarawak Minister for Transport, Dato Sri Lee Kim Shin has called on all electric vehicle (EV) dealers and owners in the state to ensure that their number plates comply with the specifications under the Road Transport Department’s (JPJ) ePlate initiative, even though the policy is currently not mandatory. This reminder follows a recent case where an EV owner received a notice from JPJ regarding non-compliance with ePlate specifications, which later drew public concern. According to a clarification from JPJ Sarawak, the notice was issued as part of advisory enforcement. The owner subsequently filed a complaint and upon investigation, JPJ confirmed that the number plate in question complied with the approved specifications, and the case was closed. Dato Sri Lee said that while the ePlate policy is a federal initiative and currently applies only to cars, it remains in a voluntary phase. Enforcement during this period is advisory in nature, and no compound is imposed. “We appreciate JPJ’s responsiveness in reviewing the case and providing clarification. This incident highlights the importance of public awareness and understanding of new initiatives,” he said on Friday. According to Dato Sri Lee, the Sarawak Ministry of Transport, though not the implementing agency, plays a supporting and communicative role in helping ensure that the public and vehicle industry stakeholders receive timely and accurate information. “Although not yet compulsory, all EV owners are strongly encouraged to adopt the JPJ ePlate to align with national efforts toward better enforcement, standardisation, and play an important role in supporting road safety and emergency response operations,” he said. He added that in the case of EVs, fire and rescue operations carried out by Bomba require different handling protocols due to the presence of high-voltage battery systems. “When emergency services can quickly recognise that a vehicle is electric, they are able to respond more effectively and safely using the appropriate rescue techniques,” he explained. He stated that green mobility is not only a global trend but a key pillar of Sarawak’s Post Covid Development Strategy to become a developed and sustainable region. Dato Sri Lee concluded by calling on the public and private sectors to work hand in hand to embrace cleaner, more sustainable transport options that will benefit current and future generations. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Razaili Seru Kerjasama Koperasi Perkasa Ekonomi Beting Maro |
BATANG LUPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor menyeru semua pengerusi koperasi kampung dalam kawasan beliau agar terus memperkukuhkan peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi setempat. Dalam ucapan beliau sempena satu mesyuarat bersama wakil koperasi, beliau menegaskan bahawa mesyuarat tersebut diadakan bagi memastikan setiap koperasi yang ditubuhkan benar-benar wujud dan menjalankan fungsi seperti yang diharapkan. "Saya ingin mendapatkan maklum balas berkenaan usaha dan kegiatan koperasi, terutama yang beroperasi di premis yang telah ditentukan oleh kampung masing-masing," katanya. Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya kerjasama antara ahli koperasi dalam menghasilkan produk tempatan yang boleh diniagakan serta memanfaatkan potensi kawasan Beting Maro sebagai pengeluar produk makanan utama bagi wilayah Sarawak. Menurut beliau, perkembangan positif yang ditunjukkan oleh koperasi amat digalakkan, di samping membentangkan sebarang isu yang boleh ditangani bersama. Beliau juga memaklumkan bahawa Karnival Beting Maro (KBM) akan diadakan pada bulan September, yang akan menjadi platform utama bagi mempromosikan produk tempatan dan sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk. "Koperasi berperanan besar membantu para usahawan tempatan mengembangkan produk berasaskan pertanian. “Dengan adanya Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di kawasan ini, projek-projek pertanian juga dapat dipertingkatkan, seterusnya merangsang ekonomi setempat," jelas beliau. Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan komuniti setempat agar mengambil peluang untuk membangun bersama koperasi, sambil memanfaatkan kemudahan seperti pusat internet bagi tujuan promosi dan penyebaran maklumat produk. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Perkukuh Persediaan Hadapi Status Negeri Tua Menjelang 2028 |
MELAKA: Sarawak terus memacu usaha memperkukuh infrastruktur sosial dan kesihatan dalam menghadapi cabaran status negeri tua menjelang 2028. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, model pusat rehabilitasi seperti yang diguna pakai oleh Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak menawarkan inspirasi dalam mewujudkan ekosistem pemulihan menyeluruh yang merangkumi rawatan perubatan, sokongan psikososial, latihan vokasional dan pemulihan semula ke dalam masyarakat. Menurut beliau, pendekatan ini amat relevan dan boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuh dasar serta program sosial di Sarawak, khususnya untuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan rentan. “Dalam konteks ini, pendekatan yang diguna pakai oleh Pusat Rehabilitasi PERKESO amat bertepatan kerana keupayaan institusi ini dalam mengintegrasikan elemen perubatan dan latihan pemulihan dalam satu pusat boleh dijadikan rujukan oleh Sarawak dalam membangunkan model pemulihan komuniti yang mesra warga emas. “Kami juga ingin melihat bagaimana perkhidmatan pemulihan yang bersifat ‘person-centered’ dan berasaskan bukti (evidence-based) boleh diadaptasi ke dalam dasar dan amalan sosial di Sarawak. “Malah, pendekatan ini menjadi semakin penting apabila mengambil kira realiti demografik yang sedang dan bakal dihadapi oleh Sarawak berkaitan isu penuaan penduduk,” katanya semasa berucap sempena lawatan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, di sini, baru-baru ini. Mengambil kira unjuran bahawa Sarawak akan mencapai status negeri tua menjelang 2028 lebih awal daripada Malaysia yang dijangka mencapai status negara tua pada 2030, Kerajaan Sarawak turut memperhebat pelbagai langkah proaktif dengan pelaksanaan inisiatif utama seperti penganjuran ‘Sarawak International Conference on Ageing’ (SICA) 2025 yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2025 di Kuching. Persidangan ini akan menjadi medan antarabangsa untuk membincangkan isu-isu penuaan secara holistik termasuk peranan teknologi, penjagaan jangka panjang dan sokongan komuniti. Sementara itu, satu kajian menyeluruh bertajuk ‘Research on Preparation for An Ageing Sarawak: The Profile of And Ageing Issues of Older Persons in Sarawak’ juga sedang dijalankan. Kajian ini melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas, penjaga, penyedia perkhidmatan, pelaksana program serta penggubal dasar di seluruh negeri. Kajian tersebut meneliti 11 bidang utama berkaitan penuaan termasuk keselamatan kewangan, kesihatan, pengangkutan, pembelajaran sepanjang hayat, penjagaan keluarga, peranan penjaga, serta peluang pekerjaan dan kesukarelawanan. Langkah-langkah ini menandakan komitmen serius kerajaan Sarawak untuk memastikan tiada golongan warga emas yang tercicir dalam arus pembangunan menjelang era penuaan populasi yang semakin hampir. Hadir sama, Pengasas dan Penasihat OBYU Group, Tan Sri Bustari Yusuf; Pengerusi OBYU Group, Dato Ahmadi Yusof; Pengerusi Eksekutif One Medicare, Dato Anthony Bujang; serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Brunei-Miri Relations Strengthens Cross-Border Economic Cooperation |
MIRI: Bilateral relations between Miri and Brunei Darussalam continue to be strengthened through an economic collaboration session organised by the Miri City Council (MBM) on Thursday. Held at the Miri City Hall, the session called the Brunei-Miri Economic Collaboration Session brought together 30 delegations from Brunei along with local leaders, industry members and stakeholders. The session began with a welcome speech by the Mayor of Miri City and Pujut Assemblyman, Adam Yii Siew Sang. In his speech, he stressed the importance of strengthening the close relationship that already exists between Miri and Brunei, especially in strategic sectors such as tourism, energy, services and education. “This courtesy visit not only reflects the geographical proximity we share, but also demonstrates our shared desire to strengthen economic cooperation, forge joint ventures and explore new opportunities that can benefit both parties,” he said. This dialogue session also served as an important platform for exchanging ideas and identifying key sectors with potential to be explored together towards sustainable development and regional prosperity. Among the main focuses of the discussion was investment opportunities in the Kenyalang Smart City project, an integrated smart city initiative being developed near Curtin University Malaysia. This project is expected to be a catalyst for Miri's economic transformation and open up vast opportunities for Bruneian investors in areas such as smart infrastructure, green energy, medical tourism and education. The session was also followed by a site visit to the project location and a lunch with industry leaders and business representatives from both sides. MBM also expressed hope that this session will produce a concrete action plan towards establishing more structured, high-impact cross-border economic cooperation that will provide long-term benefits to the people in both regions. Also present was the Deputy Mayor of Miri City, Councillor Ariffin Mohamad. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Sarawak Government Strives For Mandatory AED Installation In Every Building |
KUCHING: The Sarawak Government is working to make it mandatory to install Automated External Defibrillators (AEDs) in every building in the state in the future. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian said that the government through the Ministry for Public Health, Housing and Local Government (MPHLG) will hold discussions with the Sarawak Attorney General, Dato Sri Saferi Ali to table a Building Ordinance to make the matter mandatory. “I have asked the Sarawak Attorney General to see whether we can bring forward a Building Ordinance or not, so that in Sarawak, all public places are required to have AEDs on a mandatory basis. “This is because our number one disease is heart disease with more and more people collapsing suddenly, that is why we want this matter to be mandatory through law. “To table a law under the Building Ordinance, I need the State Attorney General because I cannot arbitrarily table it in Parliament and announce it myself since there are procedures and processes that need to be followed,” he said. He said this when speaking at the Handover Ceremony of New Ambulances to PBSM Malaysia Sarawak Branch, here, on Thursday. Datuk Amar Professor Dr. Sim added that his ministry is currently considering installing AEDs in Sarawak Government buildings first, before proceeding to public buildings after the Building Ordinance is approved. During the ceremony, he also witnessed the handover of a cheque worth RM43,270.05 from Thian Lee Marketing Sdn Bhd Managing Director, Joseph Ho to PBSM Malaysia Sarawak Branch. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Kumpulan Pertama Jemaah Haji 1446H Dari Miri Berlepas Ke Tanah Suci |
MIRI: Seramai 16 orang jemaah haji dari Bahagian Miri selamat berlepas menuju Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima, pada Jumaat. Mereka merupakan kumpulan pertama dari kawasan ini bagi musim haji 1446 Hijrah, dan dijadualkan berangkat ke Madinah secara berperingkat di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji. Jemaah menaiki penerbangan AirAsia AK6193 pada jam 11.40 pagi menuju Kuching, sebelum menyambung perjalanan ke Madinah keesokan harinya menerusi penerbangan khas Malaysia Airlines MH8421. Majlis pelepasan jemaah telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus. Turut hadir ialah Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad; Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Ustaz Shamsudin Basir serta Pengurus Baitulmal Sarawak Miri, Marini Juraibi. Terdahulu, para jemaah diberikan taklimat oleh pegawai Tabung Haji sebelum mendaftar masuk dan memasuki balai pelepasan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Strengthens Preparations To Face Aging State Status By 2028 |
MELAKA: Sarawak continues to drive efforts to strengthen social and health infrastructure in facing the challenges of aging state status by 2028. Sarawak Minister of Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development, Dato Sri Fatimah Abdullah said that the rehabilitation centre model as adopted by the Tun Abdul Razak SOCSO Rehabilitation Centre offers inspiration in creating a comprehensive recovery ecosystem that includes medical treatment, psychosocial support, vocational training and rehabilitation back into the community. According to her, this approach is very relevant and can be used as a reference in strengthening social policies and programmes in Sarawak, especially for the elderly, people with disabilities (OKU) and vulnerable groups. “In this context, the approach adopted by the SOCSO Rehabilitation Centre is very appropriate because the institution’s ability to integrate medical elements and rehabilitation training in one centre can be used as a reference by Sarawak in developing a community rehabilitation model that is friendly to the elderly. “We also want to see how ‘person-centred’ and evidence-based rehabilitation services can be adapted into social policies and practices in Sarawak. “In fact, this approach becomes increasingly important when considering the demographic reality that Sarawak is currently and will be facing in relation to the issue of population ageing,” she said during a speech in conjunction with a visit to the SOCSO Tun Abdul Razak Rehabilitation Centre, here, recently. Taking into account the projection that Sarawak will achieve the status of an ageing state by 2028 earlier than Malaysia which is expected to achieve the status of an elderly nation in 2030, the Sarawak Government has also intensified various proactive measures with the implementation of major initiatives such as the organisation of the ‘Sarawak International Conference on Ageing’ (SICA) 2025 which will be held on 28 to 29 October 2025 in Kuching. The conference will be an international forum to discuss issues of ageing holistically including the role of technology, long-term care and community support. Meanwhile, a comprehensive study titled ‘Research on Preparation for An Ageing Sarawak: The Profile of And Ageing Issues of Older Persons in Sarawak’ is also underway. The study involved individuals aged 60 and above, carers, service providers, programme implementers and policy makers across the state. The study examined 11 key areas related to ageing including financial security, health, transport, lifelong learning, family care, the role of carers, as well as employment opportunities and volunteering. These measures mark the Sarawak Government’s serious commitment to ensuring that no senior citizen is left behind in the ongoing development as the era of population ageing approaches. Also present were OBYU Group Founder and Advisor, Tan Sri Bustari Yusuf, OBYU Group Chairman, Dato Ahmadi Yusof, One Medicare Executive Chairman, Dato Anthony Bujang, and other guests of honour. -UKASnews |
Lihat |
| PertamaSebelumnya801802803804805806807808809810SeterusnyaTerakhir |