ADUN Batu Danau Beri Penghormatan Terakhir Kepada Ketua Masyarakat

Disiarkan pada 09 May 2025
Sumber Berita: UKAS


LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang meluangkan masa hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Penghulu Siga Weng pada Khamis.

Ia mencerminkan keprihatinan dan komitmen beliau terhadap masyarakat akar umbi, khususnya di kawasan Batu Danau.

Mendiang Penghulu Siga, yang berusia 81 tahun dan berketurunan Tabun, merupakan seorang pemimpin masyarakat yang dihormati, dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti di Kpampung Kuala Medalam dan sekitarnya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah para pemimpin tempatan dan wakil Pegawai Daerah.

Ia menunjukkan solidariti serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mendiang sepanjang hayatnya. -EDISI UKAS