Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Longhouse Chiefs Play Crucial Role In Preserving Cultural Inheritance

BETONG: Longhouse chiefs in the division play a pivotal role in preserving and promoting the Ibans' cultural inheritance. Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas said among them are the oral traditions of "berbiau", " beganu", " pengap" (forms of ritual chantings), "berpantun"( poem recital), the "ngajat"( dance) and the traditional Kuntau martial art. "Efforts must be made not only to preserve but promote them, especially among the new generation. I hope our longhouse chiefs can come up with the relevant programmes in furtherance of this. "Come the Gawai Dayak celebration, our youth can put performances featuring them. Then there is no danger of them slipping into oblivion," he said. He said this in his speech as the guest of honour at a pre-Gawai Dayak gathering at the Betong Community Hall here on Sunday jointly organised by the Spaoh Longhouse Chiefs' Association and the Spaoh Paku Madani Community. Datuk Amar Douglas Uggah also said these cultural activities had their own special attraction in tourism. "Betong is now getting better linked to the outside world through the Pan Borneo Highway and soon, through the Bebuling Airport. Let us tap into our tourism sector. "On this note, I would like to announce here that tender for the construction of the replica of our legendary hero, Rentap's fort, will be issued in a few months' time. This project is expected to cost RM16million for its first phase development." During the event, Datuk Amar Douglas Uggah announced grants totalling of RM60,000 for the Spaoh Longhouse Chiefs' Association to organise its cultural activities and to cover its expenditures. He also announced another grant of RM10,000 to the Bukit Saban SIKAR Kuntau Group.-UKASnews  

Lihat

news

Kelab Muay Thai Kenyalang Celebrated As Overall Champion Of TYT Cup 2025

KUCHING: Senator Dato’ Ahmad Ibrahim, Patron of Kelab Muay Thai Kenyalang, hosted a celebratory luncheon on Saturday to honour the club’s outstanding achievement as the Overall Champion of the TYT Cup 2025. The event, held at ABC Indian Cuisine in Batu Kawa, was attended by the athletes, coaches, management team, and supporters of the club in a warm and appreciative atmosphere. Kelab Muay Thai Kenyalang made a remarkable impact in the tournament with 23 Gold Medals, 7 Silver Medals, 4 Best Boxer Awards, 1 Special Award and the 2nd Place Overall for the Borneo Cup. According to Dato' Ahmad, this victory is a clear testament to the capabilities of local young talents to make a name for themselves and bring pride to both Sarawak and Malaysia. “As the Patron of this club, I am extremely proud of their achievements. This is solid proof that our athletes can compete and win at the highest levels. I will continue to support them in their preparation for SUKMA and, perhaps, even the SEA Games if Muay Thai is contested,” he said. He further called on all stakeholders – the government, private sector, and community – to continue supporting the development of Muay Thai in Sarawak as a platform for nurturing disciplined, competitive youth.-UKASnews  

Lihat

news

Muay Thai Kenyalang Cemerlang Di TYT Cup 2025

KUCHING: Kelab Muay Thai Kenyalang mengukir sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan TYT Cup 2025. Pencapaian itu diraikan dalam satu majlis penghargaan khas bersama penaung kelab, Senator Dato’ Ahmad Dato’ Sri Ibrahim di Batu Kawa pada Sabtu. Majlis makan tengah hari yang berlangsung dalam suasana penuh semangat turut dihadiri barisan atlet, jurulatih, pengurusan dan penyokong kelab sebagai tanda penghargaan atas kejayaan cemerlang yang diraih. Antara pencapaian membanggakan yang diraih Kelab Muay Thai Kenyalang dalam kejohanan tersebut termasuklah 23 pingat emas, 7 pingat perak, 4 anugerah Peninju Terbaik serta 1 Anugerah Khas. Kelab itu turut muncul sebagai Naib Johan bagi Piala Borneo, menambahkan lagi kejayaan berganda mereka di pentas TYT Cup 2025. Senator Dato’ Ahmad dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga terhadap prestasi luar biasa pasukan itu, sambil menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti bahawa bakat muda Sarawak mampu menyerlah di peringkat tertinggi. “Ini bukti anak Sarawak boleh bersaing dan menang. Saya akan terus menyokong mereka dalam menghadapi SUKMA, malah mungkin ke Sukan SEA sekiranya Muay Thai dipertandingkan,” ujarnya. Beliau turut menyeru agar kerajaan, sektor swasta dan masyarakat terus berganding bahu menyokong pembangunan sukan Muay Thai di Sarawak sebagai platform membentuk generasi belia yang berdisiplin dan kompetitif.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Jalan Perhubungan Desa Kampung Pantong Iban Siap Sepenuhnya

SIMUNJAN: Penduduk Kampung Pantong Iban kini menikmati kemudahan jalan perhubungan desa baharu sepanjang 500 meter yang siap sepenuhnya pada Ogos 2024. Projek ini merupakan salah satu inisiatif di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang bertujuan meningkatkan akses dan keselesaan penduduk luar bandar. Perasmian jalan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dalam Majlis Perasmian Jalan Perhubungan Desa & Pra-Gawai Dayak 2025 anjuran JKKK Kampung Pantong Iban, pada Ahad. Menurut Rodiyah, pembinaan jalan itu merupakan hasil permohonan bersama beliau dan Awla kepada KKDW yang melihat keperluan mendesak bagi laluan alternatif dan lebih selamat untuk penduduk kampung. “Projek jalan ini amat bermakna kepada penduduk dan menjadi simbol kesungguhan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam memperkasakan kemudahan infrastruktur luar bandar,” kata beliau ketika berucap dalam majlis tersebut. Beliau turut menekankan bahawa keutamaan pembangunan luar bandar bukan sahaja terhad kepada jalan raya, tetapi turut melibatkan pembinaan dan penaiktarafan jambatan, titi, balai raya dan kemudahan asas lain mengikut keperluan setempat. “Pihak kami sentiasa menyokong dan meneliti setiap permohonan daripada kampung-kampung. "Setiap kampung mempunyai keperluan yang berbeza. Ada yang perlu jalan, ada yang perlukan dewan baharu, ada juga yang memerlukan titi untuk kemudahan harian. Keutamaan ini ditentukan berdasarkan perbincangan bersama kepimpinan tempatan serta penduduk sendiri,” ujarnya. Beliau turut menegaskan komitmen berterusan untuk bekerjasama rapat dengan ADUN Simunjan dalam menyelaras projek pembangunan kampung di kawasan tersebut. Sempena sambutan Pra-Gawai Dayak, beliau turut menyampaikan harapan agar perayaan tahun ini membawa semangat baharu serta perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. “Saya berharap Gawai Dayak kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan, sebagai simbol kekuatan serta harapan baharu untuk semua,” katanya lagi. Sementara itu, ADUN Simunjan, Awla Dris menyeru penduduk kampung agar tidak berasa takut untuk memohon sebarang projek pembangunan yang boleh memberikan manfaat kepada komuniti setempat. Menurut Awla, banyak saluran peruntukan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan kampung, antaranya melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) selain menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). “Saya ingin menasihatkan penduduk kampung, jangan malu atau takut untuk memohon. "Kita ada pelbagai sumber peruntukan seperti KKDW dan SDO yang boleh digunakan untuk membina jalan, menaiktaraf kemudahan asas dan sebagainya demi kesejahteraan penduduk luar bandar,” jelas beliau. Tambah beliau lagi, antara projek yang sangat digalakkan untuk dimohon termasuklah pembinaan jalan perhubungan desa dan jalan ladang yang amat penting bagi penduduk luar bandar, terutamanya petani dan pekebun. “Jalan-jalan seperti ini penting bagi memudahkan para petani membawa keluar hasil tanaman mereka ke pusat pengumpulan atau ke pasaran. Jika kemudahan ini ada, maka pendapatan penduduk luar bandar juga boleh meningkat,” katanya. Beliau turut menyatakan komitmen berterusan untuk bekerjasama dengan pemimpin lain di kawasan Simunjan termasuk Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee bagi memastikan setiap kampung mendapat akses yang sewajarnya kepada pembangunan infrastruktur asas. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional dan upacara simbolik ngetas ranyai yang disempurnakan oleh Rodiyah, Awla dan ketua-ketua kaum yang hadir. Hadir sama memeriahkan majlis tersebut adalah Penghulu Jubin Sili; Pengerusi JKKK Kampung Pantong Iban, Tr. Gabriel Elisha Tinos; Ketua Zon 3 Sungai Apin, Kr. Mohamad Alsagaf Mohd. Jaafar serta ketua-ketua kaum kawasan Zon 3 Sungai Apin.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Panggung Udara Kuching Bergema, Kuching Music Festival Meriah

KUCHING: Panggung Udara Kuching bergema malam Ahad apabila ribuan peminat muzik membanjiri kawasan sekitarnya sempena malam kemuncak Kuching Music Festival 2025, meskipun hujan renyai-renyai membasahi bandar raya ini. Kemeriahan memuncak apabila ikon seni suara tanah air, Dato Jamal Abdillah, tampil memukau pentas dengan persembahan penuh jiwa, mencetuskan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang tidak berganjak walau dalam cuaca yang tidak menentu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir memeriahkan acara, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan industri muzik dan seni persembahan di negeri ini. Festival selama dua hari yang berlangsung pada 17 dan 18 Mei itu menampilkan pelbagai persembahan memukau daripada artis tempatan, diiringi orkestra profesional dari Kuala Lumpur. Gabungan ini memberikan suntikan segar kepada karya-karya muzik klasik dan kontemporari, menjadikannya persembahan yang mengangkat martabat seni tempatan ke tahap lebih tinggi. Turut hadir menyaksikan malam kemuncak festival ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri; serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama isteri. Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman, juga turut hadir memeriahkan acara berprestij tersebut. Kuching Music Festival terus menjadi platform penting dalam menghimpunkan bakat-bakat seni tempatan, di samping memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab pelancongan dan kebudayaan yang dinamik di rantau ini. Meskipun cuaca tidak begitu mengizinkan, semangat penonton dan para penggiat seni tetap membara sepanjang acara berlangsung.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Projek Jalai Kampung Pantong Iban Tembu

SIMUNJAN: Peranak Kampung Pantong Iban diatu nyau berasai lantang ati sepengudah projek jalai baru 500 meter pemanjai udah tembu kena Ogos taun siti tadi. Projek tu sebagi ari inisiatif Opis Menteri Pemansang Genturung enggau Kandang Menua (KKDW) ti ngembuan tuju ngemanahka jalai enggau pengelantang peranak menua pesisir. Pengawa bejadi jalai nya udah dipenyadi Kaban Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee enggau Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris ba Program Bejadi Jalai Genturung Pendiau & Mantar Gawai Dayak 2025 ti diatur JKKK Kampung Pantong Iban, kena Hari Minggu tu tadi. Rodiyah madah, jalai nya digaga asil ari peminta iya enggau Awla ngagai KKDW. “Projek jalai tu besai reti ngagai peranak menua tu lalu nyadi ke kelai pengeransing perintah Sarawak dipegai Gabungan Parti Sarawak (GPS) ti betuai ke Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ba pengawa ngenegapka perengka guna menua pesisir,”ku iya lebuh bejaku ba program nya. Iya mega nyemetak madah pemesai guna pemansang menua pesisir ti ukai semina naka ngaga jalai alun, tang nyengkaum pengawa ngaga sereta nyeleti jematan, titi, balai mayuh guna enggau perengka guna ke bukai. “Bala kami semampai nyukung enggau berati tiap iti peminta ari genturung pendiau. "Tiap genturung ngembuan guna ke enda sebaka. Bisi ke begunaka jalai, balai baru, bisi mega begunaka titi ungkup guna ninting hari. Pekara tu dikemerat bepelasarka randau begulai enggau tuai genturung sereta peranak menua nya empu,” ku iya. Rodiyah mega madahka pengeransing bekerejasama rat enggau ADUN Simunjan ba ngatur projek pemansang genturung ba kandang menua nya. Serimbai ngintu Mantar Gawai Dayak, iya mega ngarapka Hari Gawai taun tu mai semangat baru sereta negap penyerakup rayat. Berebak enggau nya, ADUN Simunjan, Awla Dris ngelalau peranak genturung pendiau dia enda takut minta projek pemansang ke ulih meri pemaik ngagai sida. Nitih ku Awla, mayuh chara minta agih belanja ungkup pemansang genturung pendiau nyengkaum nengah Opis Menteri Pemansang Genturung enggau Kandang Menua (KKDW), Opis Pemansang Nengeri Sarawak (SDO) kelimpah ngena agih belanja Projek Transformasyen Menua Pesisir (RTP). Nambah ke jaku iya, Awla madah, entara projek ke amat diperansang dipinta nyengkaum pengawa ngaga jalai penyambung genturung enggau jalai kebun ti besai guna ungkup peranak menua pesisir, lebih agi ngagai orang ke betanam betupi. “Jalai baka tu besai reti dikena ngemuntangka bala ke betanam betupi mai asil tanam sida ngagai palan ngumpul tauka ngagai makit. Enti perengka guna tu bisi, penatai pemisi peranak menua pesisir mega tau nambah,” ku iya. Iya mega madahka pengeransing bekerejasama enggau tuai bukai ba sitak Simunjan nyengkaum Kaban Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee nentuka tiap genturung pendiau bulih pemansang infrastruktur ti patut. Sama datai ngerichahka pengerami nya, Penghulu Jubin Sili, Chairman JKKK Kampung Pantong Iban, Tr. Gabriel Elisha Tinos, Tuai Zon 3 Sungai Apin, Kr. Mohamad Alsagaf Mohd. Jaafar sereta tuai raban bansa kandang Zon 3 Sungai Apin.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Perarakan Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis 2025 Cipta Sejarah, Kukuhkan Semangat ‘Segulai Sejalai’

SUBIS: Perarakan Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis 2025 kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila pertama kalinya dianjurkan di kawasan Subis yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Batu Niah pada Ahad. Perarakan sejauh 2 kilometer ini menampilkan elemen budaya masyarakat Dayak, khususnya kaum Iban, dalam usaha melestarikan warisan budaya dan menyemarakkan semangat perpaduan dengan anjuran bersama daripada Pejabat Daerah Subis, Pengerusi-Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah, agensi-agensi kerajaan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat Jawatankuasa Pengelola Niti Daun Gawai Dayak Daerah Subis 2025. Lebih 1,800 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) dan komuniti tempatan mengambil bahagian dalam perarakan ini yang dimulakan dengan upacara Adat Miring dan Bebiau, serta dimeriahkan dengan iringan tabuh tradisional, persembahan gendang papat, tarian ngajat dan diakhiri dengan majlis perasmian rasmi. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom hadir menyempurnakan majlis perasmian tersebut. Dalam ucapannya, Dato Sri Dr Stephen Rundi menegaskan bahawa penganjuran program ini mencerminkan semangat perpaduan ‘Segulai Sejalai’ dalam kalangan rakyat berbilang kaum, khususnya di Daerah Subis. Jelasnya, majlis ini menjadi simbol usaha bersepadu antara pihak kerajaan dan komuniti tempatan dalam memperkasakan nilai perpaduan, melestarikan warisan budaya, dan mengangkat Daerah Subis sebagai destinasi warisan pelancongan. “Penganjuran pertama ini bukan sahaja mencipta sejarah, malah membuka ruang kepada generasi muda dan masyarakat luar untuk lebih mengenali kekayaan budaya masyarakat Dayak serta kepelbagaian etnik di Sarawak,” katanya. Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 sebagai tanda sokongan dan dorongan terhadap penganjuran program berkenaan. Turut hadir memeriahkan acara ialah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus; serta Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis. -EDISI UKAS  

Lihat

news

SMK Bukit Assek Catat Lonjakan Membanggakan Dalam SPM 2024

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek mencatat sejarah tersendiri apabila seramai 49 orang pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, peningkatan ketara berbanding hanya 13 pelajar pada tahun sebelumnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek, menyatakan rasa bangga dan penghargaan beliau terhadap pencapaian luar biasa tersebut ketika menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 yang dianjurkan pihak sekolah. “Saya amat berbesar hati atas jemputan ke majlis yang begitu bermakna ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Ia adalah hasil usaha gigih dan kesungguhan berterusan mereka,” katanya baru-baru ini. Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah insentif yang diberikan kepada pelajar cemerlang turut meningkat kepada RM10,800 sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan akademik. Tambahnya lagi, kejayaan ini membuktikan bahawa peningkatan prestasi sekolah adalah hasil kerjasama erat antara guru, pelajar, dan ibu bapa, serta sokongan berterusan daripada pihak komuniti. Majlis turut dihadiri oleh barisan guru, ibu bapa serta pelajar yang diraikan, menambahkan lagi semarak suasana penghargaan terhadap usaha dan kejayaan mereka. - EDISI UKAS  

Lihat

news

Program Mukah Car Free Day Sokong Gaya Hidup Sihat dan Pembangunan Mampan

MUKAH: Program Mukah Car Free Day yang berlangsung di Taman Boulevard, Jalan Boulevard Setiaraja pada Sabtu menerima suntikan semangat apabila disertai oleh Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato’ Hanifah Hajar Taib. Inisiatif bulanan anjuran Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat menerusi aktiviti fizikal, malah menyokong agenda pembangunan mampan dengan menekankan pengurangan pencemaran karbon dan pelepasan gas rumah hijau. Menurut Dato’ Hanifah, pendekatan akar umbi seperti ini amat penting dalam menyemai kesedaran terhadap isu alam sekitar serta meningkatkan kesejahteraan komuniti. Beliau turut menekankan bahawa penyediaan ruang terbuka bebas kenderaan perlu diberi perhatian agar masyarakat dapat menikmati aktiviti luar secara sihat dan inklusif. “Kita tidak mahu pembangunan bandar yang keterlaluan hingga mengetepikan kawasan hijau dan warisan tempatan. Kawasan rekreasi perlu dipelihara sebagai ruang santai dan simbol keharmonian antara manusia dan alam,” katanya ketika ditemui media. Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan pencemaran kenderaan, perubahan iklim, serta risiko banjir yang menuntut perancangan pembangunan masa depan lebih lestari. Dalam pada itu, Dato’ Hanifah turut menggesa agar masyarakat aktif menjaga kesihatan melalui aktiviti seperti tai chi dan zumba, serta memberi maklum balas terhadap dasar-dasar kerajaan agar lebih responsif dan tidak membebankan. Antara aktiviti yang menceriakan program ini termasuk senaman tai chi, zumba, pickleball, berbasikal, berjoging dan berjalan kaki, yang disertai pelbagai lapisan masyarakat tempatan. Program turut menyaksikan lawatan santai Hanifah ke Hub Usahawan Belia Mukah. Hadir sama, Pengerusi MDDM Kaunselor Aini Suhaili dan Setiausaha MDDM Awang Abdul Razak Awang Bini.-EDISI UKAS  

Lihat

news

KASUS Balingian 2025 Perkasa Perpaduan Belia Melalui Futsal

MUKAH: Pertandingan Futsal sempena Karnival Sukan Saberkas (KASUS) Tertutup 2025 anjuran Saberkas Cawangan Balingian bukan sekadar pentas sukan, tetapi menjadi pemangkin penyatuan belia dan pembangunan sahsiah di peringkat akar umbi. Disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Balingian, Abdul Yakub Arbi, acara yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Sungai Alo itu menyaksikan penglibatan aktif 14 unit Saberkas dari Balingian serta pasukan jemputan dari Cawangan Tellian. Menurut Abdul Yakub, penganjuran acara sukan seperti ini penting dalam membina jati diri belia serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan. “Melalui platform seperti KASUS, kita bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam arena sukan, tetapi turut membina sahsiah dan semangat berkomuniti dalam kalangan belia,” jelasnya. Beliau turut memuji inisiatif menggunakan fasiliti kampung seperti gelanggang futsal yang telah dinaik taraf, membuktikan kemudahan sedia ada boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan sosial dan sukan di peringkat tempatan. Karnival Sukan Saberkas yang diadakan secara tahunan ini dilihat sebagai satu pendekatan berkesan dalam merapatkan hubungan antara ahli-ahli Saberkas dari pelbagai unit, di samping mempromosi gaya hidup sihat, disiplin dan daya saing dalam kalangan generasi muda. Pertandingan futsal ini dijangka berlangsung sepanjang hari dengan penyertaan yang meriah dan semangat kesukanan tinggi daripada setiap pasukan. Ia turut dimeriahkan oleh kehadiran penduduk setempat, pemimpin masyarakat dan penyokong belia dari pelbagai latar belakang. Acara ini dianjurkan oleh Saberkas Cawangan Balingian dan dikelolakan oleh Unit Saberkas Tutus Ulu, dengan sokongan padu daripada barisan kepimpinan tempatan termasuk Bendahari Saberkas Cawangan Balingian, Kaunselor Ardyman Matan, serta Ketua-ketua Kaum sekitar.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya771772773774775776777778779780SeterusnyaTerakhir