Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

砂拉越学生受促把握明年起实施的免费教育机会

甲望:砂拉越教育、创新与人才发展部呼吁全砂学生积极把握砂拉越政府所提供的免费教育机会。 该部副部长拿督安华拉拜医生表示,这项措施是砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士在砂经济实力支持下所推行的倡议,将从明年起在本地大学落实学士及文凭课程的免费教育制度。 “家长和学生无需再担心国家高等教育基金(PTPTN)的贷款偿还问题,因为所有学费将由砂拉越政府全额承担。” 同时,他指出,砂拉越在教育方面的做法与其他州属有所不同,包括向大学生提供1200令吉的津贴,目前已陆续汇入学生账户。 这一举措也旨在为学生创造机会,以符合入读砂拉越所设立国际学校的录取条件。 “一切都是免费的,学生只需努力达标并考入这些学校。” 拿督安华表示,砂拉越希望确保本地学生能够在更高层次竞争,并享有完善的教育设施。 此外,他也巡视了甲望阿邦勒曼国小(SK Abang Leman)的建设项目。 出席活动者还有甲望区立法议员拿督莫哈末吉卡迪尔、砂拉越教师理想组织主席慕达立卡欣、砂总理政治秘书赛安兹、砂教育局局长代表苏罗莫古迪、甲望县长达希尔莫哈末沙里以及阿邦勒曼国小校长马哲宁查哈。-UKAS刊

View

news

家庭是防止毒品滥用的第一道防线

诗巫:家庭是我国打击毒品滥用工作中的第一道防线。 砂拉越教育、创新及人才发展部副部长拿督安华拉拜表示,防范这种不良现象应从家庭开始,父母在保护孩子免于成为毒品滥用的受害者或施用者方面,扮演着关键角色。 “这份责任应由父母自己承担,而不是仅仅依赖外界力量。” 他周六在“昌明健康无毒社区计划”上致词时,这么说。 他说,虽然政府在执法和预防方面发挥着重要作用,但家庭和社区的努力同样至关重要。 也是南甲区立法议员的拿督安华拉拜也直批一些家庭的行为,即明知孩子涉毒,却仍愿意包庇他们逃避法律制裁。 “父母应当接受辅导,正视孩子出现问题的事实,并获得正确的引导来处理这一问题。” 同时,他强调,防止毒品滥用的工作必须与相关机构紧密协作,确保预防策略得以有效落实。 “毒品问题不仅是个人问题,更是有组织犯罪的一部分,因此在问题变得更加严重之前,必须考虑更有效的防范措施。” 出席活动的还有“昌明健康无毒社区计划”筹委会主席法蒂玛娜娃丽。-UKAS刊

View

news

砂政府秘书主持8月份“祖国旗帜”升旗仪式

古晋:砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基今天在祖国广场为8月份“祖国旗帜”主持常月升旗仪式。 一如既往,象征祖国荣光的旗帜在隆重的礼仪中冉冉升起。 这面旗帜长25米、宽12.4米,悬挂在高达99.4米的旗杆上,象征着市民不曾褪色的爱砂精神与团结力量。 仪式以古晋北市市政局(DBKU)队伍的敬礼检阅仪式拉开序幕,接着全场齐唱砂拉越歌《Ibu Pertiwi》。 现场也安排了带有本地文化遗产元素的特别表演,展现了犀鸟之乡多元族群的和谐共处。 “祖国旗帜”升旗仪式是古晋北市市政局为加强砂拉越人民爱砂与团结精神而推行的倡议。 自2024年7月首次举办以来,该活动已成为每月固定项目,首场由砂拉越总理亲自主持。 古晋北市市政局希望以此仪式作为表达爱国情怀的平台,通过在古晋市地标性地点庄严升起“祖国旗帜”,进一步巩固市民的身份认同感与爱国精神,呼应砂领导的施政愿景。 出席此次活动的还包括砂拉越总理署副部长(负责区域发展机构、古晋北市市政局及伊斯兰事务协调)拿督阿都拉曼朱乃迪医生、北市市长拿督希尔米奥斯曼、各部门主管及其他受邀嘉宾。-UKAS刊

View

news

多元族群文化遗产与身份必须持续保存

古晋:砂拉越的多元族群文化遗产与身份必须持续保存与强化,以免被现代化浪潮吞没而消失。 砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部副部长拿督史诺丹拉旺表示,砂拉越共有34个已获政府承认的族群,每个族群都有独特的历史与文化价值。 因此,他强调,介绍、保存与推广这些族群身份的工作,尤其是在年轻一代中,应当受到高度重视。 “有时年轻人太沉迷于科技等事务,以至于忘了砂拉越到底有哪些族群。这就是为什么我们必须确保这些族群得以延续,因为这是我们的身份——砂拉越的身份。” 他于周六在达雅比达友国民协会(DBNA)综合礼堂出席“2025年朋尼逊瑟谷布诺协会(PSBP)Ngarom Bisamah晚宴上致词时,如是说。 拿督史诺丹补充,文化遗产是塑造砂身份的重要元素,也是吸引国内外游客的主要亮点之一。 “当游客来到砂拉越,他们最想看到的第一件事就是我们的族群,因为我们极具特色——传统服饰与多元文化让我们在世界舞台上显得格外独特。” 因此,他呼吁在外求学或工作的砂拉越子弟,无论是在马来西亚半岛、沙巴或海外,都应随身带上能代表族群的物品,以此作为骄傲与身份的象征。 “如果是比达友人,就带比达友服饰;如果是伊班人,就带伊班服饰;如果是乌鲁人,就带能代表该族群的物品。这很重要,尤其是在正式场合,让别人知道你是谁。” 在活动上,拿督史诺丹也宣布拨款2万令吉予朋尼逊瑟谷布诺协会,以支持其保存本地文化与传统的努力。 另一方面,婆罗洲高原区国会议员兼朋尼逊瑟谷布诺协会名誉顾问拿督威利莫因致词时也建议,该会应与其他团体合作,以强化社群的团结与力量。 “如果其他协会快要支撑不住,我们就伸手相助。我不希望看到我们的协会只是‘三分钟热度’,成立时热情高涨,但渐渐热情消退,最终沉寂。我们必须持续行动、彼此扶持。” 他补充,朋尼逊瑟谷布诺协会已开展多项协助本地社群的计划,但仍有许多工作需要继续努力。 “我们会继续努力工作,支持政府,并在砂内经济与政治发展中发挥作用,履行我们作为社会一份子的责任。” 同时,他也感谢砂拉越交通部副部长兼曼旺区立法议员拿耶理苏修批准拨款兴建朋尼逊瑟谷布诺协会文化中心,并透露目前正着手物色合适土地。 “我们希望在有了拨款之后,未来能拥有属于我们自己的文化中心,成为本社群文化与身份的象征。”-UKAS刊

View

news

Graduan TVET Berkemahiran Disaran Ceburi Bidang Keusahawanan

SERIAN: Para graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memiliki kemahiran teknikal disaran menceburi bidang keusahawanan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, mereka perlu memanfaatkan sepenuhnya kepakaran mereka dan seterusnya menjana peluang pekerjaan baharu selari dengan dasar kerajaan Sarawak membangunkan modal insan berdaya saing. Menurutnya, keupayaan graduan TVET bukan sahaja terletak pada kemahiran teknikal, tetapi juga pada kebolehan mereka mengembangkan perniagaan yang memberi impak kepada ekonomi tempatan. “Program seperti Hari Keusahawanan ini memberi pendedahan awal kepada murid untuk berfikir bagaimana memulakan perniagaan dan menjadi usahawan. "Saya berharap graduan TVET kelak dapat memanfaatkan kemahiran teknikal mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya ketika merasmikan Hari Keusahawanan 2025 SJK Chung Hua Batu 35, Serian, pada Sabtu. Program anjuran Lembaga Pengurusan Sekolah SJK Chung Hua Batu 35 yang memasuki edisi kedua ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai konsep keusahawanan, di samping menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif selari dengan promosi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) oleh kerajaan Sarawak. Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek, Penghulu Philip Lee, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJK Chung Hua Batu 35, Jennifer George Gantung, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Serian dan Guru Besar SJK Chung Hua Batu 35, Chai Fui Chiew.-EDISI UKAS  

View

news

Street Bite Fest Asajaya Tarik 2,000 Pengunjung, Lonjak Usahawan Tempatan

ASAJAYA: Street Bite Fest edisi pertama di Daerah Asajaya mencipta fenomena apabila berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung sekali gus melonjakkan pendapatan peniaga tempatan dengan 90 peratus jualan habis terjual sepanjang empat hari penganjuran. Festival empat hari anjuran Gadzeetent Co. dengan kerjasama Persatuan Pusat Penjaja MPKS Tambirat, Asajaya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambirat serta Ketua Masyarakat Tambirat itu berlangsung meriah di Pusat Penjaja MPKS Tambirat, Asajaya. Acara ini menampilkan persembahan artis tempatan, artis jemputan dari Semenanjung Malaysia dan pempengaruh media sosial yang beramah mesra bersama pengunjung. Pertunjukan lampu neon pada waktu malam menjadi tarikan utama, dengan pengunjung mempamerkan semangat dan keterujaan yang tinggi. Pengurus Street Bite Fest, Tuan Mol Bin Dirim, berkata sambutan yang diterima amat memberangsangkan walaupun festival ini pertama kali diadakan di Asajaya. “Walaupun ini kali pertama Street Bite Fest diadakan di Daerah Asajaya, saya boleh katakan semuanya berjalan lancar. Malah, peniaga-peniaga memaklumkan 90 peratus hasil jualan mereka habis terjual sepanjang festival ini berlangsung,” katanya kepada pemberita UKAS pada Sabtu. Selain persembahan hiburan, penganjuran festival ini bertujuan membantu usahawan tempatan menambah pendapatan di samping menyediakan platform mempromosikan perniagaan mereka. Seorang peniaga asal Asajaya, Qayyum, turut berkongsi pengalaman manis apabila produknya Lemantak Qayyum menjadi tumpuan pengunjung yang sanggup beratur panjang untuk mencubanya. Pemilihan lokasi strategik serta sokongan padu penduduk tempatan menjadi faktor kejayaan festival ini. Kawasan di bawah DUN Asajaya yang turut berada dalam tanggungjawab Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan disifatkan sebagai lokasi yang tepat bagi acara berskala besar seperti ini. Penganjuran Street Bite Fest bukan sahaja memperkukuh jaringan hubungan antara komuniti setempat dan pengunjung luar, malah diharap dapat menjadi acara tahunan yang menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi dan industri kreatif di Daerah Asajaya, selain memberi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif yang mampu memberi impak positif kepada komuniti.-EDISI UKAS  

View

news

砂拉越持续推动人工智能发展以加速数字转型

美里:砂拉越政府持续强化数字转型议程,通过落实多项以人工智能(AI)为核心的举措,包括成立砂拉越人工智能中心(Sarawak AI Centre),以作为推动砂人工智能技术发展的主要引擎。 砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部长兼青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林表示,砂拉越人工智能中心将通过与学术机构、产业界及政府机构的战略合作,引领人工智能技术在州内数字基础设施的整合与应用。 “该中心的重点计划之一是‘人工智能智慧农业’项目,利用人工智能驱动的数据分析来优化农作物产量,并推动农业的可持续发展。该中心还在健康领域开展项目,例如通过预测分析进行疾病的早期检测,以及利用人工智能驱动的智能电网系统提高能源效率。” 拿督斯里阿都卡林周六在砂拉越伊斯兰中心举行的北区青统人工智能素养工作坊闭幕礼上致词时,这么说。由于他不克出席,所以其讲稿由美里市长兼埔奕区立法议员俞小珊代读。 拿督斯里阿都卡林指出,砂政府也在推动人工智能人才发展,包括在公共服务体系内设立人工智能专责单位,以及建设人工智能数据中心,以配合砂拉越成为东南亚高科技枢纽的目标。 他强调,人工智能在行政管理领域的重要性,包括自动化日常事务、数据分析、提升用户体验,以及强化网络安全。 他说,人工智能的应用不仅能节省时间、降低运营成本,还能提高行政流程的精准度。 他也特别提到,砂拉越已成功研发出全球首个由本地人才完全自主设计的人工智能电力转换器——KETEQ AI,该项目属于砂拉越《2030半导体路线图》的一部分。 “砂拉越不仅致力于追求卓越,更要成为在全球范围内因创新、技术进步与可持续增长而备受认可的地区。我们不会忽视此战略中的关键组成部分,包括稳健的数据治理与安全的数字环境建设,这将保护砂拉越系统的完整性与隐私。” 此外,拿督斯里阿都卡林也提醒学生应负责任地使用人工智能,不要将其当作学习的“捷径”,因为目前人工智能在中学生与大学生群体中的使用已日趋普及。 “通过自身努力获得的知识,比那种只带来短暂虚荣的‘假胜利’更有价值。人工智能是辅助工具,而不是取代人类批判性思维的替代品。” 为此,他呼吁与会者明智使用人工智能,积极分享所学知识,并协助政府推动人工智能的普及化应用,以造福全体社会。 此次闭幕礼共获得超过60名来自北区青统及各青年团体的参与者出席。该工作坊由砂拉越青年统一机构(青统)主办,并由埔奕分会协办,内容涵盖由砂卓越技术中心(CENTEXS)、A.K. Resources、i-CATS大学学院、砂拉越子民经济基金会(TEGAS)、明讯(Maxis)及Zeitgeist Inspira Technologies有限公司等机构带来的简报与专题分享。-UKAS刊

View

news

Pendidikan Berkualiti Teras Pembangunan Modal Insan Sarawak

BAU: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sentiasa komited memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dinikmati semua anak Sarawak tanpa mengira lokasi bandar atau luar bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, komitmen tersebut dizahirkan menerusi pelbagai program termasuk penganjuran Ekspo Pendidikan Sarawak yang menjadi platform penting dalam membimbing hala tuju pendidikan dan kerjaya generasi muda. “Ekspo ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan bakat serta modal insan berdaya saing. Ia juga menjadi titik tolak penting ke arah masa depan yang lebih gemilang untuk anak-anak Sarawak melalui pendidikan, kemahiran dan pembangunan kerjaya,” katanya ketika merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 di Dewan Panglima Kulow, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau, pada Sabtu. Dato Henry turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, Yayasan Sarawak serta institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Kolej Universiti i-CATS, Kolej Laila Taib, Sarawak Skills dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS). Katanya, kejayaan penganjuran ekspo ini juga tidak terlepas daripada sokongan padu pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam memperkukuh ekosistem pendidikan negeri. Dalam majlis perasmian itu, Dato Henry turut menyampaikan anugerah kepada SMK Bau, guru dan pelajar atas pencapaian cemerlang mereka. Penerima anugerah ikon guru 2024 adalah Chung Sze Meang dari SMK Lake, Liew Tho Lip dan Annie Kon May Join dari SMK Bau serta Julia Atien dari Sekolah Kebangsaan (SK) Skibang. Turut disampaikan anugerah kepada 18 pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024. Sementara itu, SMK Bau turut menerima anugerah pencapaian terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 apabila 17 pelajarnya menerima anugerah cemerlang dalam peperiksaan awam itu, manakala SMK Lake, SMK Paku dan SMK Singai masing-masing tiga penerima. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Bau Edward Ngelai dan Pegawai Daerah Bau Eddy Nayoi.-EDISI UKAS  

View

news

Model Pinjaman Tanah Bagi Penanaman Padi Terbukti Berjaya

TANJUNG MANIS: Model pinjaman tanah bagi projek penanaman padi telah terbukti berjaya di Kuala Rajang yang membolehkan pengusaha dan pemilik tanah dalam situasi menang-menang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, tanah orang kampung di kawasan ini telah diusahakan oleh pihak swasta melalui satu jaringan kerjasama antara kedua-duanya dengan pihak swasta melabur untuk membangunkan tanah tersebut untuk penanaman padi. "Hal ini kerana (tanah) tidak digunakan dan diusahakan oleh orang kampung disebabkan kos yang tinggi, maka dengan adanya pihak swasta membantu meneruskan penanaman padi secara moden menggunakan alatan-alatan canggih meningkatkan ekonomi 'subscale'. "Ini juga membolehkan pemilik tanah pun mendapat rezeki daripada penyewa atau pemajak antara pemilik tanah dengan pihak swasta. "Itulah satu model yang sudah berjaya di sini bermaksud situasi 'win-win' di mana pihak pengusaha dan pemilik tanah mendapat pendapatan," katanya. Beliau berkata demikian ketika dalam sesi sidang media selepas melawat sekitar Jelapang Padi Tanjung Manis di Sawah Padi Ta Ann Padihead pada Ahad. Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, Padihead Sdn Bhd bersama rakan-rakannya yang diketuai oleh Dato K.H. Wong telah berjaya menghasilkan empat tan padi yang dihasilkan selama dua musim dalam satu tahun dengan 865 ekar tanah dibangunkan. Ujarnya, potensi penanaman padi di Kuala Rajang mampu mencecah sehingga 10,000 hektar termasuk kawasan Daro hingga Pulau Bruit. "Kita di Sarawak kalau dapat menanam 14,000 hektar seluruh Sarawak dapat mengeluarkan beras kira-kira 240,000 tan metrik yang mencukupi untuk kegunaan dalaman. "Kalau kita tambah lagi 14,000 hektar, maka akan jadi dua kali ganda sehingga 480,000 tan metrik yang kita akan luaskan kira-kira pada tahun 2030. "Mungkin kita boleh eksportkan beras yang lain selain daripada kegunaan kita sendiri," jelasnya. Hadir sama, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datu Sirai Daha serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS  

View

news

Bakat Baharu Serlah Dalam Festival Tari & Lagu Melayu Asli Zon Tengah

BETONG: Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) Ke-35 Peringkat Zon Tengah berjaya menyerlahkan bakat baharu dalam bidang seni suara dan tarian apabila berlangsung penuh meriah di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, malam tadi. Penganjuran oleh Majlis Seni Sarawak (MSS) itu menyaksikan penyertaan peserta dari pelbagai kawasan zon tengah Sarawak yang tampil dengan persembahan memukau, sekali gus memartabatkan seni budaya tradisional Melayu di negeri ini. Dalam pertandingan kategori lagu Melayu asli, Noorainina Safiah Ahmad Zaidi muncul juara wanita manakala Mohamad Nizam Jamil dinobatkan sebagai juara lelaki. Bagi kategori tarian pula, kumpulan Sibu D Tari meraih tempat pertama, diikuti Canda Kirana dan ASTALA. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu yang hadir mewakili Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu. Beliau dalam ucapannya berkata festival ini bukan sahaja platform mencungkil bakat baharu, malah berperanan memperkukuh perpaduan masyarakat melalui seni dan budaya. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas, wakil Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Easter Melebeh, Temenggong Masyarakat Cina Bahagian Betong Kueh Tu Teck serta Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Betong Piee Alwi. Festival ini sekali lagi membuktikan bahawa warisan seni budaya terus mendapat tempat di hati masyarakat dan wajar diteruskan sebagai wadah penyatuan generasi kini dan akan datang.-EDISI UKAS  

View
FirstPrevious531532533534535536537538539540NextLast