Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Program Gotong-Royong Anjuran Pejabat Daerah Beluru Erat Kerjasama |
BELURU: Pejabat Daerah Beluru telah menganjurkan satu program gotong-royong melibatkan kakitangan pentadbiran sebagai inisiatif memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan terhadap kebersihan tempat kerja. Program yang berlangsung petang tadi menyaksikan penglibatan seramai 45 orang kakitangan daripada Pejabat Daerah Beluru dan Pejabat Daerah Kecil Tinjar. Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu turut hadir dan bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong tersebut yang bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program berkenaan bukan sahaja bertujuan membersihkan persekitaran fizikal pejabat, malah menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan melalui semangat kerja berpasukan. Penganjuran program ini mencerminkan keprihatinan Pejabat Daerah Beluru dalam membudayakan nilai kebersihan dan kekemasan, di samping memperkukuh budaya kerja positif dalam kalangan penjawat awam di daerah tersebut.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Jalan MMMLL Bakal Ubah Landskap Sosioekonomi Kawasan Pedalaman Baram |
MARUDI: Projek pembinaan Jalan Miri–Marudi–Mulu–Long Lama (MMMLL) dijangka menjadi pemangkin utama pembangunan di kawasan utara Sarawak, khususnya bagi penduduk luar bandar di Bahagian Miri dan Baram. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, projek MMMLL merupakan “projek rakyat” yang akan memberi impak menyeluruh, bukan hanya kepada Marudi, malah seluruh kawasan Baram. Beliau memaklumkan bahawa tempoh siap projek dijangka dalam empat tahun, dan setelah siap kelak, jarak perjalanan dari Miri ke Marudi akan dipendekkan kepada hanya 30 minit berbanding masa perjalanan sedia ada. “Jaringan jalan ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, menaikkan nilai hartanah, serta memudahkan penyediaan kemudahan asas seperti elektrik, air dan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung terpencil,” katanya dalam sesi Dialog Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta agensi kerajaan di sini pada Jumaat. Sesi dialog tersebut turut memberi ruang kepada penduduk untuk melontarkan pertanyaan dan kebimbangan secara terus kepada agensi terlibat, menjadikan program ini sebagai platform penting untuk memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat. Sesi anjuran Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Utara (RECODA) itu diadakan di Dewan Suarah Marudi dengan kehadiran kira-kira 60 peserta. Turut hadir Wakil Residen Bahagian Miri Doris Ujai Langat, Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang dan Pegawai Daerah Telang Usan Ezra Uda.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Peluasan Kemudahan Gudang MASKargo KIA Dilaksana, Bakal Siap Tahun 2026 |
KUCHING: Projek peluasan kemudahan gudang MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini sedang berjalan dan dijangka siap pada April 2026, langkah yang dijangka akan meningkatkan keupayaan pengendalian kargo udara Sarawak secara signifikan. Projek bernilai RM2.5 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh MASKargo akan memperluaskan ruang pengendalian kargo sedia ada daripada 33,000 kaki persegi kepada 45,000 kaki persegi, membolehkan kecekapan yang lebih tinggi dalam memproses penghantaran domestik dan antarabangsa. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, yang baru-baru ini melawat lapangan terbang tersebut berkata dalam kenyataan media, kerajaan Sarawak menyokong sepenuhnya usaha memperkukuh infrastruktur logistik lapangan terbang dan komited bekerjasama rapat dengan agensi persekutuan serta pihak berkepentingan industri penerbangan. “Kami mengalu-alukan inisiatif peluasan oleh MASKargo dan akan melakukan bahagian kami bagi memastikan lapangan terbang memenuhi jangkaan tempatan dan global,” katanya. Sehingga Mei tahun ini ujarnya, KIA telah mengendalikan 22,557,173 kilogram kargo, dengan 90.3 peratus merupakan penghantaran domestik dan 9.7 peratus antarabangsa. Inisiatif ini tercetus selepas Kementerian Pengangkutan Sarawak, dua tahun lalu, mengadakan sesi libat urus dengan persatuan logistik, persatuan penghantaran dan pemain industri tempatan yang menyuarakan kebimbangan berhubung kesesakan kargo di KIA. Susulan itu, kementerian berhubung dengan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian sehingga terhasilnya pelan peluasan ini. Semasa lawatan, Dato Sri Lee telah diberikan taklimat mengenai kerja-kerja penambahbaikan di KIA yang sedang dan akan dilaksanakan. Antaranya, projek penambahbaikan KIA yang sedang berjalan, naik taraf kemudahan bernilai RM50.8 juta yang dijangka siap pada Disember 2025 serta pembinaan kawasan parkir kargo bernilai RM4.6 juta yang dijadual siap pada suku pertama 2026. Selain itu, beliau turut meninjau projek penambahan kemudahan mesra keluarga termasuk bilik menyusu dan zon permainan kanak-kanak, kerja menaik taraf jubin, pengurusan kesesakan di kawasan kerbside serta penyediaan ruang khas untuk perkhidmatan e-hailing dan pemasangan dinding ikonik bagi mempromosikan identiti Kuching sebagai destinasi pelancongan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
UTS Terima Dua Bas Mini 28 Tempat Duduk Sumbangan Kerajaan Sarawak |
SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menerima dua buah bas mini China Auto Manufacturers (CAM) Co-Star 28 tempat duduk sumbangan kerajaan Sarawak bagi memudahkan urusan pengangkutan pelajarnya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, sumbangan tersebut merupakan langkah penting dalam usaha menyediakan kemudahan menyeluruh serta persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar UTS. Menurutnya, UTS kini mempunyai lebih 4,000 pelajar yang kebanyakannya menetap di sekitar kampus, sekali gus memerlukan kemudahan pengangkutan yang efisien. “Seperti yang anda tahu, tidak banyak pengangkutan awam di sekitar Sibu, melainkan mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab, tetapi itu akan membebankan kewangan mereka. “Jadi, dengan pemberian pengangkutan ini, ia dapat membantu pelajar hadir tepat waktu ke kuliah atau sesi pembelajaran. “Bukan itu sahaja, satu lagi faktor penting kami sediakan pengangkutan adalah untuk keselamatan pelajar. “Seperti yang sedia maklum, terdapat banyak isu mengenai keselamatan pelajar di negara ini dan UTS komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk pelajar belajar,” katanya semasa majlis penyerahan bas mini berkenaan di sini, pada Jumaat. Datuk Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menjelaskan, meskipun UTS sudah memiliki bas sedia ada, saiz besar kenderaan tersebut menyukarkan pergerakan di laluan sempit berhampiran kawasan kediaman pelajar. Tambah beliau, penggunaan bas mini yang lebih kecil dan mudah dikendalikan dapat memudahkan pergerakan, terutamanya pada waktu malam. Beliau turut mencadangkan agar pihak pengurusan universiti menyediakan jadual perjalanan yang tetap dan kerap supaya kemudahan itu dapat dimanfaatkan secara optimum oleh pelajar. Dalam masa sama, beliau memaklumkan beberapa penambahbaikan sedang dirancang termasuk pembinaan asrama baharu dan penyediaan kafeteria yang lebih baik bagi memastikan keperluan asas pelajar dipenuhi. Turut hadir pada majlis penyerahan mini bas itu ialah Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr. Kharudin Ab Hamid, Pendaftar Sumber Manusia Universiti UTS Jimmy De Rozario Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Huong Seng Motor Trading Sdn Bhd Goh Kee Seng.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
STIU Anjur Kursus Juru Audit MS ISO 9001:2015 Perkukuh Tadbir Urus Perkhidmatan Awam |
SIBU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. menganjurkan Kursus Juru Audit MS ISO 9001:2015 pada 4 hingga 8 Ogos 2025 di Hotel RH, di sini, sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. Kursus yang disertai 25 pegawai kerajaan dari Unit-Unit, Jabatan Premier Sarawak dan Pentadbiran Bahagian itu bertujuan meningkatkan tahap kompetensi, pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kualiti dan audit dalaman. Pengarah STIU, Superi Awang Said berkata, Ketua Juru Audit yang cekap memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti berada pada tahap cemerlang serta menjadi pemacu kepada penambahbaikan berterusan dalam organisasi. “Kursus ini merupakan strategi utama membina kepimpinan audit yang mantap demi menjamin kualiti dan ketelusan dalam setiap aspek pematuhan. “Ia penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan diyakini rakyat,” ujarnya ketika berucap merasmikan kursus tersebut pada Jumaat. Fokus utama kursus ini adalah untuk melahirkan Ketua Juru Audit yang berwibawa dan berkredibiliti sejajar dengan keperluan piawaian antarabangsa ISO 9001:2015. Antara objektifnya termasuk memahami falsafah, konsep dan teknik pengauditan; memahami keperluan SPK; mentafsir piawaian ISO 9001:2015 secara menyeluruh; serta memperoleh kemahiran melaksanakan audit SPK yang berkesan. Sepanjang lima hari penganjuran, peserta turut didedahkan kepada simulasi audit dan perbincangan teknikal bagi meningkatkan keyakinan serta kecekapan dalam pelaksanaan audit. Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu agensi kerajaan negeri memperkukuh struktur tadbir urus melalui pelaksanaan audit dalaman yang berkesan, seterusnya membudayakan amalan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
STIU Anjur Kursus Ketua Juru Audit Perkukuh Tadbir Urus Perkhidmatan Awam |
SIBU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. menganjurkan Kursus Ketua Juru Audit pada 4 hingga 8 Ogos 2025 di Hotel RH, di sini, sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. Kursus yang disertai 25 pegawai kerajaan dari Unit-Unit, Jabatan Premier Sarawak dan Pentadbiran Bahagian itu bertujuan meningkatkan tahap kompetensi, pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kualiti dan audit dalaman. Pengarah STIU, Superi Awang Said berkata, Ketua Juru Audit yang cekap memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti berada pada tahap cemerlang serta menjadi pemacu kepada penambahbaikan berterusan dalam organisasi. “Kursus ini merupakan strategi utama membina kepimpinan audit yang mantap demi menjamin kualiti dan ketelusan dalam setiap aspek pematuhan. “Ia penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan diyakini rakyat,” ujarnya ketika berucap merasmikan kursus tersebut. Fokus utama kursus ini adalah untuk melahirkan Ketua Juru Audit yang berwibawa dan berkredibiliti sejajar dengan keperluan piawaian antarabangsa ISO 9001:2015. Antara objektifnya termasuk memahami falsafah, konsep dan teknik pengauditan; memahami keperluan SPK; mentafsir piawaian ISO 9001:2015 secara menyeluruh; serta memperoleh kemahiran melaksanakan audit SPK yang berkesan. Sepanjang lima hari penganjuran, peserta turut didedahkan kepada simulasi audit dan perbincangan teknikal bagi meningkatkan keyakinan serta kecekapan dalam pelaksanaan audit. Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu agensi kerajaan negeri memperkukuh struktur tadbir urus melalui pelaksanaan audit dalaman yang berkesan, seterusnya membudayakan amalan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越癌症中心发展计划将于下周一在1963年大马建国契约(MA63)委员会会议上讨论 |
古晋:砂拉越癌症中心的发展计划将于下周一在1963年大马建国契约(MA63)委员会会议上提出并讨论。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,已与砂拉越卫生局(JKNS)进行讨论,以确保癌症中心的规划能够满足最终使用者的实际需求。 “这件事已经定案,因为我们要兴建一所医院,所以必须询问最终使用者,他们真正需要的是什么。至于病床数量,我在4月的会议上就已提到,因为砂拉越专科医生和砂拉越中央医院(HUS)建议设置310张床位,所以我坚持支持这个建议,因为200张床位根本不够。” 他周六主持石角国家信息传播中心(NADI)开幕仪式后接受记者采访时,如是说。 同时,也是砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部长的拿督阿玛沈桂贤医生也表示,8月11日举行的卫生领域相关讨论,将会继续在8月18日举行的MA63技术委员会协调会议上讨论。 据了解,8月18日的会议将由副首相拿督斯里法迪拉尤索夫主持,讨论结果将提交给首相拿督斯里安华主持的最终会议。 - UKAS 刊 |
View |
|
news |
砂拉越考虑设立卫生控制中心,提升乡区医疗服务可及性 |
古晋:砂拉越正考虑效仿西澳洲模式,设立综合卫生控制中心,以提升乡区医疗服务的可及性。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,他近期访问澳洲后,已与砂拉越多媒体管理机构(SMA)和马来西亚通讯及多媒体委员会(MCMC)沟通此事。 “他们(澳洲)现在有一项名为‘卫生控制中心’的计划,提供专家支持、护理支持、救护车支援,并与城市地区的医院进行全面的协调。 “因此,我们或许可以与砂拉越多媒体管理机构和马来西亚通讯与多媒体委员会共同研究这个探讨,以便在砂拉越中央医院(HUS)和砂拉越的部分乡区医院开展一项私人试点研究。” 他于周六主持石角国家信息传播中心(NADI)开幕仪式后接受记者采访时,如是说。 也是砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部长的拿督阿玛沈桂贤医生强调,西澳和砂拉越在地域辽阔、人口密度低方面有相似之处,因此采用基于技术的方案对于确保乡区人民能够获得治疗至关重要。 他说,这种集中式系统可以减少对专科医生,包括来自马来西亚半岛的专科医生亲临现场的需求,从而能够更有效及更快速地引导医疗服务。 “也许在砂拉越,考虑到我们地域辽阔,我们负担不起派遣专科医生到所有地方的费用。事实上,从马来西亚半岛调派医生很困难,所以也许这是我们可以用来帮助解决乡区需要关注的医疗问题的一种方法。”— UKAS 刊 |
View |
|
news |
Ngena Manah Pengelandik Ngulih Belanja & Negap Menua Pesisir |
SIBURAN: Peranak menua tu diperansang nyadi ejen ngubah ekonomi komuniti ari ngena manah penemu enggau pengelandik ti diulih. Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn nyemetak madah ke pengelandik ti dipelajar ukai semina ulih nambah belanja ba ruang bilik aja, tang ngasuh komuniti menua pesisir ulih besemekih enggau meransang ekonomi tumbuh meruan. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tarat nya nerang, pelajar pengelandik beguna endar dikena meri peluang kedua ngagai raban orang tuai ti enda besekula ngulihka penemu enggau pengelandik dikena ngangkatka tikas idup enggau negap komuniti. Iya madah munyi nya lebuh bejadika Pengawa Bejadi Kus Pengelandik Quickwin Anta Profesional diatur KEMAS Parlimen Puncak Borneo Taun 2025, ba Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru ditu kena Hari Lima. Sama datai, Sekretari Politik Premier Sarawak, Damen Rejek, Direktor KEMAS Nengeri Sarawak, Anisah Saidin sereta bala pegawai bukai. Dato Sri Roland Sagah madah, kus ti diatur nya nipakka juluk perintah ngemansangka modal mensia enggau orang dagang. Iya nerang, tuju kus nya ngenapka pengelandik ti dipelajar ba kelas ti disedia, meri peluang raban diselinting nambah pengelandik lebih agi ba anta profesional ti bisi makit besai, kelimpah ngemayuh bansa penatai pemisi ngambi sida ulih ngiga belanja tambah ungkup diri sebilik. Berebak enggau nya, kus tu mega dikearap ulih nempa orang dagang pemungkal ba kategori PICO, NANO enggau MIKRO ti ulih besemekih chara progresif ba makit lokal tauka menua luar.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pembangunan Pusat Kanser Sarawak Dibincang Dalam Mesyuarat MA63 Isnin Depan |
KUCHING: Pembangunan Pusat Kanser Sarawak akan dibawa dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, perbincangan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) juga telah dilakukan bagi memastikan perancangan pusat kanser berkenaan memenuhi keperluan sebenar pengguna akhir. “Perkara ini telah dimuktamadkan semuanya kerana kita akan membina sebuah hospital maka anda perlu tanya kepada pengguna akhir apakah perkara yang mereka mahu perlukan. “Untuk jumlah katil, saya telah nyatakan dalam mesyuarat pada bulan April lalu, kerana pakar Sarawak dan Hospital Umum Sarawak (HUS) mencadangkan 310 jadi, saya tetap berpegang kepada itu, saya sangat menyokong mereka kerana 200 katil tidak mencukupi,” ujar beliau. Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Batu Kawa, di sini, pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak memaklumkan bahawa perbincangan berkaitan sektor kesihatan pada 11 Ogos ini akan disusuli dengan mesyuarat penyelarasan Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dijadualkan pada 18 Ogos. Difahamkan, mesyuarat pada 18 Ogos ini nanti akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof manakala hasil perbincangan tersebut kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat akhir yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious511512513514515516517518519520NextLast |