Program Gotong-Royong Anjuran Pejabat Daerah Beluru Erat Kerjasama

Disiarkan pada 08 Aug 2025
Sumber Berita: UKAS


BELURU: Pejabat Daerah Beluru telah menganjurkan satu program gotong-royong melibatkan kakitangan pentadbiran sebagai inisiatif memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan terhadap kebersihan tempat kerja.

Program yang berlangsung petang tadi menyaksikan penglibatan seramai 45 orang kakitangan daripada Pejabat Daerah Beluru dan Pejabat Daerah Kecil Tinjar.

Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu turut hadir dan bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong tersebut yang bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Program berkenaan bukan sahaja bertujuan membersihkan persekitaran fizikal pejabat, malah menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan melalui semangat kerja berpasukan.

Penganjuran program ini mencerminkan keprihatinan Pejabat Daerah Beluru dalam membudayakan nilai kebersihan dan kekemasan, di samping memperkukuh budaya kerja positif dalam kalangan penjawat awam di daerah tersebut.-EDISI UKAS