Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Emily Renya Dinobat Ratu Sarikei Festival 2025 |
SARIKEI: Emily Renya Lenggang dari Sri Aman dinobatkan sebagai Ratu Sarikei Festival 2025 dalam satu majlis penuh gilang-gemilang yang berlangsung di Pentas Utama Sarikei Festival, bertempat di tempat letak kereta Dewan Suarah Sarikei, pada Sabtu. Tempat kedua disandang oleh Jatitup Nyambar dari Kanowit, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rosiah Arbi dari Meradong. Ketiga-tiga pemenang membawa pulang hadiah wang tunai – RM2,000 untuk juara, RM1,500 untuk naib juara dan RM1,000 bagi tempat ketiga – selain mahkota, piala, selempang dan jambangan bunga sebagai simbol kemenangan. Hadiah disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, iaitu Datin Asiah Awai. Pertandingan ratu cantik yang mengetengahkan tema “Etnik Kreatif Kontemporari” itu berjaya menarik penyertaan seramai 10 peserta dari pelbagai daerah termasuk Sarikei, Bintulu, Sibu, Kanowit, Pakan, Sri Aman dan Meradong. Pemilihan gaya yang berteraskan etnik kreatif kontemporari dilihat seiring dengan tema utama Festival Sarikei 2025, iaitu “Unite in Culture, Rich in Heritage”, yang menekankan elemen perpaduan melalui kepelbagaian budaya. Pertandingan ini terbuka kepada wanita berumur antara 18 hingga 30 tahun dan menampilkan pelbagai busana berasaskan warisan etnik pelbagai kaum di Sarawak. Lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana, menjadikan pertandingan tersebut antara acara tumpuan sepanjang penganjuran festival tahun ini. Turut hadir, Residen Bahagian Sarikei Datu Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen Badjuri Bidin dan wakil Pegawai Daerah Sarikei Ainur Yazmin Zaini. Festival Sarikei 2025 terus memainkan peranan penting sebagai platform dalam memperkasakan seni budaya, mengetengahkan keindahan warisan etnik serta mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Ceramah Perdana Bandarayaku Meriahkan Pesta Kuching 2025, Tekankan Perpaduan dan Keharmonian |
KUCHING: Lebih 500 penduduk tempatan membanjiri Masjid Demak Baru, Jalan Bako pada malam Sabtu bagi menghadiri Ceramah Perdana Bandarayaku, sebuah program sempena Pesta Kuching 2025 yang memberi penekanan terhadap mesej perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum. Program anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu menampilkan penceramah terkenal tanah air, Al-Fadhil Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, dengan ceramah bertemakan “Piagam Madinah: Simbol Perpaduan Masyarakat Majmuk” yang disampaikan secara penuh rohani dan reflektif kepada para hadirin. Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, serta isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin. Hadir sama ialah Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman. Penganjuran ini merupakan antara inisiatif DBKU untuk mengukuhkan nilai-nilai murni seperti harmoni, toleransi dan kesefahaman dalam kalangan warga bandaraya Kuching, selaras dengan semangat “Bandaraya Untuk Semua” yang menjadi tunjang dasar pembangunan sosial DBKU. Program bermula seawal jam 6.30 petang dan disokong oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Baitulmal Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak serta rakan strategik lain. Ia juga menyumbang ke arah pembangunan lestari menerusi fokus kepada kesejahteraan komuniti, pengukuhan jaringan antara agensi, dan pembangunan sosial yang inklusif. Ceramah yang menyentuh prinsip keadilan, kebersamaan dan kepimpinan melalui nilai Islam sejagat turut membuka ruang kepada warga Kuching untuk memahami bagaimana nilai-nilai ini dapat diaplikasikan dalam konteks masyarakat moden hari ini, khususnya dalam mendepani cabaran sosial dan perpaduan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
JKKK Pengkalan Amo Terima Watikah Pelantikan, Perkukuh Pentadbiran Kampung |
TEBEDU: Sebanyak 15 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pengkalan Amo telah menerima watikah pelantikan masing-masing dalam satu majlis yang berlangsung penuh semangat kebersamaan menerusi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, anjuran JKKK Kampung Pengkalan Amo di Tebedu, pada Sabtu. Majlis yang dihadiri lebih 300 orang penduduk itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada, dengan kehadiran pelbagai pemimpin komuniti dan agensi termasuk Pegawai Daerah Tebedu, Gerard George Entigar, Pengerusi Majlis Daerah Serian, Dato Peter Minos, serta wakil Residen Serian, Mohamad Nazreen Mayaddin. Dalam ucapannya, Dr. Simon menegaskan bahawa peranan, komitmen dan tanggungjawab ahli JKKK sangat penting dalam menjayakan pentadbiran kampung dan memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan serta berkesan. “Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk penduduk dan NGO adalah asas penting dalam menjayakan setiap projek pembangunan di peringkat kampung,” tegas beliau. Selain itu, beliau turut menyeru penduduk kampung agar terus menyokong kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg demi menjamin kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan menjelang aspirasi Sarawak sebagai Wilayah Maju tahun 2030. Majlis penyerahan Sijil Watikah Pelantikan kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ketua-Ketua Biro JKKK sesi 2025–2028 menjadi tumpuan utama acara, sebagai simbol komitmen baharu dalam memperkukuh sistem pentadbiran kampung. Sebagai tanda sokongan kepada aktiviti belia, Dr. Simon turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM5,000 melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi penubuhan Unit SABERKAS di kampung tersebut. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Temenggong Henry Bujang Senden, Pemanca Kane Manung, Penghulu Gaup Takip, Penghulu Donny Achan, serta barisan penghulu dari kawasan sekitar termasuk Penghulu Batang Ruben, Penghulu Rapeng Garak, Penghulu Sg. Tuna, Penghulu Sheling dan Penghulu Fong Soon Fah dari Kawasan Cina. Majlis yang berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam itu disifatkan sebagai bukti solidariti dan komitmen penduduk serta pemimpin akar umbi dalam menjayakan pembangunan komuniti secara kolektif.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Spirit Of MA63 Must Be Maintained |
KUCHING: Maintaining the original spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) is very important, especially in relation to court decisions that can violate the agreement. Sarawak Governor Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar took the example of the provisions under the Immigration Act which empowers the Sarawak Government to prevent the entry of individuals into Sarawak where the courts have the power to determine whether it can be implemented or not. He explained that the action completely continues to be a matter that violates the spirit of MA63 which will raise various issues from that power. "If this happens, the entire meaning of the Malaysia Agreement will change completely because the original spirit of the agreement will be set aside by the basic structural doctrine, so several problems have arisen from this issue," he said. He said this when speaking at the ICM Dinner in conjunction with the inaugural 'Bencher' Award Ceremony of the Sarawak Governor on Saturday. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi explained that although the Malaysia Agreement 1963 is not directly part of the text of the Federal Constitution, it still has significant legal and political value in shaping the relationship between the states and the Federation. He said that the court's decision in determining the rights contained in MA63 questioned whether it was considered a condition or part of what is called the basic structure doctrine. "If not, then the right given to Sarawak and Sabah to use immigration powers to prevent the entry of individuals who are accepted as something very fundamental to the people of Sarawak and Sabah will be subject to the court's decision," he said. Also present were the wife of the Sarawak Governor, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Deputy Prime Minister Dato Sri Fadillah Yusof, ICM Advisor Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi, ICM President Tun Ariffin Zakaria, Chief Justice Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Speaker of the Senate Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Sarawak Minister of Youth, Sports and Entrepreneur Development Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, US Ambassador to Malaysia Edgard D. Kagan, President of the Court of Appeal Dato Abu Bakar Jais, Chief Justice of Malaya Tan Sri Hasnah Dato Mohammad Hashim, Chief Justice of Sarawak and Sabah Datuk Azizah Nawawi and other dignitaries. -UKASnews |
View |
|
news |
ICM Drives Malaysian Legal Transformation, Launches New Era Of Local Benchers |
KUCHING: The Inns Of Court Malaysia (ICM) initiative, based on models in Britain and the United States but with a Malaysian touch, can be a catalyst for the transformation of the country's legal field. Deputy Prime Minister Dato Sri Fadillah Yusof said that ICM exposes and mobilises professionals from across the legal spectrum, especially students in nurturing high-caliber legal professional skills. "Soon, with ICM at the forefront, we will see Malaysian barristers who are born in the country, even if not 'King's Counsel', trained to be experts and competent in the law, both procedural and substantive "This will also enable them to have the confidence, grace and fine social skills to thrive in any environment and ultimately more outstanding Malaysian individuals will be recognised as 'Benchers'," he said. He said this when speaking at the ICM Dinner in conjunction with the inaugural 'Bencher' Awarding Ceremony of the Sarawak Governor Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar on Saturday. He added that this effort will further strengthen Malaysia's position in developing its own jurisprudence that is relevant to local conditions. In addition, Dato Sri Fadillah also stressed that there is no need for blind adherence to foreign precedents that can undermine justice and have adverse effects on the litigants. "We also have our own economic dynamics, social structures and local challenges that require local solutions. "Let Malaysian jurisprudence develop confidently, rooted in our unique identity, so that one day it will become a respected reference throughout the Commonwealth," he said. Also present were the wife of the Sarawak Governor Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, ICM Advisor Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi, ICM President Tun Ariffin Zakaria, Chief Justice of the State Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Speaker of the Senate Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Sarawak Minister of Youth, Sports and Entrepreneur Development Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, US Ambassador to Malaysia Edgard D. Kagan, President of the Court of Appeal Dato Abu Bakar Jais, Chief Justice of Malaya Tan Sri Hasnah Dato Mohammad Hashim, Chief Justice of Sarawak and Sabah Datuk Azizah Nawawi and other dignitaries. -UKASnews |
View |
|
news |
Customer Day Programme Delivers Direct Services To Rural Community |
LUNDU: The Sarawak government's ongoing commitment to delivering services and information directly to rural people was once again demonstrated through the organisation of the Customer Day Programme organised by the Sarawak Public Communications Unit (UKAS) at the Kampung Biawak Multipurpose Hall on Saturday. More than 800 residents of Kampung Biawak flocked to the programme, which provided various government agency services as well as a platform for direct engagement between the community and the authorities. UKAS Director, Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan in his speech stressed that initiatives such as this reflect the Sarawak government's continuous efforts to ensure that the people, regardless of geographical location, have access to authentic information and quality services. "Kampung Biawak, which has 890 residents and 214 houses, is part of the rural community that is our focus in expanding the reach of the state's development policies," he said. The opening ceremony was officiated by the Lundu District Officer, Awang Yusup Awang Mostapha representing the Opar Assemblyman, Billy Sujang. In his speech, he welcomed UKAS's approach of bringing government agencies directly to the rural community. "Programmes like this strengthen the people's understanding of government policies and open up a space for them to voice their views and needs directly," he said. He also emphasised UKAS's strategic role in channelling authentic and authoritative information, especially in the digital era which is fraught with the spread of fake news. A total of 14 government agencies participated in this programme including the Sarawak Agriculture Department, Lundu District Council, Sarawak Security and Enforcement Unit (UKPS), Sarawak Public Services Digitalisation Unit, Sarawak State Health Department, Royal Malaysian Police, National Registration Department, Social Welfare Department, Cocoa Research and Development Centre, SOCSO, EPF, i-CATS and UKAS itself. The programme was also enlivened with various side activities such as a children's colouring competition, interactive quizzes and engagement sessions which gave residents the opportunity to submit questions and suggestions directly. Awang Putrayusrie urged the rural community to continue to utilise such platforms as a channel for feedback and interaction with government agencies. “UKAS will continue to reach out to the people to ensure that every policy and aspiration of the Sarawak government is understood and its impact is felt by all levels of society, without exception those in the rural areas,” he said. This programme is part of UKAS’s outreach initiative to strengthen the relationship between the government and the people, in line with Sarawak’s vision of inclusive development.-UKASnews |
View |
|
news |
KMKK Main Peranan Penting Sebagai Penghubung Rakyat & Kerajaan |
KUCHING: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) berperanan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi dalam memastikan segala dasar dan agenda pembangunan sampai kepada masyarakat dengan berkesan. Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, KMKK bukan sahaja berfungsi sebagai pemimpin komuniti, malah turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada rakyat serta membawa suara masyarakat ke peringkat pentadbiran. “Melalui Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kuching Tahun 2025 ini bukan sahaja menambah ilmu dan kemahiran, malah memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak pentadbiran dan pemimpin komuniti. “Saya berharap KMKK akan terus menjadi agen penyampaian dasar dan pembangunan dengan penuh integriti dan dedikasi,” katanya demikian dalam majlis penangguhan seminar tersebut di Pustaka Negeri Sarawak pada Sabtu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong menambah, seminar ini dijangka akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang sebagai salah satu platform utama dalam memperkasakan institusi kepimpinan komuniti ke arah pembinaan masyarakat yang harmoni dan maju. Seminar anjuran Pejabat Daerah Kuching ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kepimpinan KMKK dalam mengurus hal ehwal masyarakat setempat agar selari dengan dasar pembangunan negeri. Program ini dijangka diteruskan pada tahun mendatang sebagai platform memperkasakan kepimpinan komuniti ke arah masyarakat harmoni dan maju. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Lebih 500 Hadir Ceramah Perdana Bandarayaku Sempena Pesta Kuching 2025 |
KUCHING: Lebih 500 warga Kuching membanjiri Masjid Demak Baru bagi menghadiri Program Ceramah Perdana Bandarayaku yang dianjurkan sempena Pesta Kuching 2025. Ceramah bertemakan ‘Piagam Madinah Simbol Perpaduan Masyarakat Majmuk’ itu menampilkan penceramah terkenal, Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, yang menyampaikan pengisian rohani dan mesej perpaduan kepada hadirin. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi telah hadir menyerikan program tersebut diiringi bersama Datuk Bandar Kuching Utara Dato Haji Hilmy Othman, dan pemimpin setempat. Program anjuran DBKU ini bertujuan memperkukuh nilai harmoni, toleransi dan kesefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum selaras dengan semangat “Bandaraya Untuk Semua”. Ceramah yang bermula seawal jam 6.30 petang itu turut disokong oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS, Baitulmal Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai agensi lain, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam membina komuniti bandaraya yang bersatu padu dan sejahtera. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Peranan Ahli JKKK Penting Pastikan Pembangunan Berterusan Di Kampung |
SERIAN: Peranan dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan di kampung. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada, menegaskan komitmen setiap ahli JKKK serta sokongan padu daripada penduduk kampung adalah kunci kepada kelancaran pentadbiran dan pengurusan Ketua Kampung selaku pengerusi JKKK. “Saya menyeru agar semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung, terus memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan setiap projek yang dirancang,” katanya demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pengkalan Amo pada Sabtu. Dalam majlis berkenaan, seramai 15 ahli JKKK menerima Sijil Watikah Pelantikan sebagai Ketua Biro masing-masing, selain pelantikan Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari bagi sesi 2025–2028. Dr. Simon turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 bagi menyokong penubuhan Unit Saberkas di kawasan tersebut. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Initial M Grand Prix: 17 Pengamal Media Berentap Dalam Perlumbaan E-Sim Pertama Sarawak |
KUCHING: Seramai 17 wartawan daripada sembilan organisasi media tempatan tampil sebagai pelumba maya dalam kejohanan sulung Initial M: Media SIM Racing Grand Prix yang dilakukan di Metadise, di sini pada Sabtu. Kejohanan anjuran Metadise Electronic Sports Club (MESC) dengan kerjasama Hazel Communication & Solutions Sdn Bhd (HazelComms) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) merupakan satu inisiatif baharu yang menggabungkan media, teknologi, dan potensi korporat dalam arena e-sukan yang sedang berkembang di Sarawak. Pusingan kelayakan di Metadise Sim Racing, Kuching menyaksikan peserta bersaing menggunakan simulator profesional untuk merebut tujuh tempat ke pusingan akhir pada 30 Ogos 2025 di litar maya Sepang. Tujuh organisasi yang layak ke pusingan Akhir Grand Prix adalah daripada Suara Sarawak, Sarawak Tribune, Dayak Daily, Borneo Post, KDJA, Bernama dan RTM. Presiden MESC, Afiq Fadhli Narawi berkata, acara ini menandakan peralihan dinamik daripada penceritaan tradisional kepada perlumbaan maya yang mengujakan, sekali gus menunjukkan potensi besar dalam pemasaran, penjenamaan dan penglibatan khalayak. “Apa yang kita lihat melalui Initial M Sim Racing Grand Prix ini ialah media mendahului dalam perlumbaan baharu yang menggabungkan inovasi digital dengan impak penonton sebenar. “Inisiatif ini bukan sahaja mempamerkan kuasa penglibatan secara imersif, tetapi juga membuka peluang kepada jenama korporat untuk memanfaatkan perlumbaan simulasi sebagai platform interaktif yang berani. Media telah memulakan momentum ini, kini masanya untuk korporat turut sama memacu,” katanya dalam satu kenyataan media. Tambahnya, Pertandingan perintis ini memposisikan perlumbaan e-sim sebagai platform strategik yang menghubungkan profesional media, membuka kemungkinan kandungan baharu, dan menggalakkan kerjasama inovatif dalam industri. Sementara itu, Pengarah Urusan HazelComms, Hazel Jasni memberitahu acara ini mengubah norma, wartawan bukan lagi sekadar melaporkan berita, tetapi kini menjadi sebahagian daripadanya. Jelasnya, ia adalah sempadan baharu di mana media dan sukan permotoran bergabung secara langsung. Ia menunjukkan model progresif kerjasama jenama dan media dalam landskap e-sukan yang semakin berkembang, Dalam pada itu, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Ronnie Teo memuji penganjuran kerana memberi peluang kepada media di Kuching untuk merasai pengalaman perlumbaan simulasi secara langsung melalui kejohanan sulung ini. “Lazimnya kami hanya memerhati dan melapor dari luar, jadi peluang untuk benar-benar menyertai dan mendalami dunia perlumbaan simulasi ini memberikan kami penghargaan lebih mendalam dan pemahaman yang lebih baik tentang potensinya. Kami berharap lebih banyak program sebegini dapat dianjurkan pada masa hadapan bagi memperluas wawasan media,” ujarnya. Pusingan Akhir pada 30 Ogos nanti dijangka menjadi kemuncak penuh aksi dengan penganugerahan, pengiktirafan eksklusif dan peluang kerjasama jenama, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai hab inovasi digital yang semakin menonjol. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious421422423424425426427428429430NextLast |