Peranan Ahli JKKK Penting Pastikan Pembangunan Berterusan Di Kampung

Disiarkan pada 03 Aug 2025
Sumber Berita: ukas


SERIAN: Peranan dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan di kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada, menegaskan komitmen setiap ahli JKKK serta sokongan padu daripada penduduk kampung adalah kunci kepada kelancaran pentadbiran dan pengurusan Ketua Kampung selaku pengerusi JKKK.

“Saya menyeru agar semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung, terus memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan setiap projek yang dirancang,” katanya demikian dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pengkalan Amo pada Sabtu.

Dalam majlis berkenaan, seramai 15 ahli JKKK menerima Sijil Watikah Pelantikan sebagai Ketua Biro masing-masing, selain pelantikan Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari bagi sesi 2025–2028.

Dr. Simon turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 bagi menyokong penubuhan Unit Saberkas di kawasan tersebut. -EDISI UKAS