Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Subis District Unites In Patriotism Through Jalur Gemilang Campaign

NIAH: The spirit of patriotism and unity was celebrated at the Subis District Jalur Gemilang Flying Campaign 2025, officiated by Deputy Minister of Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development and Bekenu Assemblywoman, Datuk Rosey Yunus, at Niah Waterfront on Saturday. Organised by the Miri Division National Unity and Integration Department with the support of the Rukun Tetangga (KRT), the event gathered 14 KRT zones across Subis, reflecting the strength of community participation in fostering solidarity and love for the nation. Datuk Rosey emphasised that the Jalur Gemilang is more than a national flag, it represents Malaysia’s dignity, sovereignty, and identity. “Every time the flag is flown, it is a symbol of unity, togetherness, and our commitment to safeguard the nation’s peace and harmony,” she said. She further stressed that this year’s theme, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, highlights that nation-building goes beyond physical development, encompassing compassion, inclusivity, and respect for Malaysia’s diversity. The Deputy Minister also expressed pride in seeing KRTs as community movers and pillars of unity, welfare, safety, and well-being at the grassroots level. She hoped the campaign would encourage stronger neighbourly bonds, greater involvement in volunteerism, and instil pride in being Malaysian. She called on households, businesses, and government offices in Subis to proudly display the Jalur Gemilang as a sign of unity and patriotism. The programme featured a patriotic poetry recital, a presentation of the Jalur Gemilang to government department heads, community leaders, KRT members, and the public, and spirited renditions of patriotic songs, including Malaysia Madani, Rakyat Disantuni, Jalur Gemilang, Kerana Mu Malaysia, and Tanggal 31 Ogos. Datuk Rosey extended appreciation to the Miri Division Unity Department, government agencies, NGOs, and all KRT communities in Subis for their dedication to making the campaign successful. “This close cooperation proves that togetherness and sincerity in service will continue to strengthen our nation, especially in Subis, Sarawak, and throughout Malaysia,” she said. Subis District Officer, Norlila Ulis, Miri Division Unity Officer, Wilfred Ugap, community leaders, and KRT representatives from across Subis were also present. -UKASnews

View

news

Komuniti MADANI Satukan Rakyat Stakan Sempena Hari Kebangsaan

KOTA SAMARAHAN: Gelanggang Sepak Takraw Kampung Stakan Melayu bergema dengan semangat patriotisme apabila ratusan penduduk setempat hadir memeriahkan Program Jiwa@Komuniti MADANI Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama Komuniti MADANI Kampung Stakan Melayu pada Ahad. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim yang menegaskan bahawa Sarawak adalah wilayah penting dalam pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjamin hak negeri itu dalam Persekutuan. “Tidak kira apa jua tema sambutan, kita mestilah bersatu hati supaya Sarawak terus disegani dan dihormati. Saya melihat penganjuran program atas nama komuniti ini berjaya kerana ia menghimpunkan pelbagai pihak dan menarik penyertaan ramai penduduk kampung. Syabas kepada masyarakat Kampung Stakan kerana sambutannya sentiasa baik,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada JaPen sebagai agensi persekutuan yang dekat dengan masyarakat luar bandar kerana memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar kerajaan serta menyeru penduduk terus bekerjasama dengan agensi lain termasuk KEMAS dalam mendidik generasi muda. Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Samarahan, Abdul Latip Shamsuddin, berkata Komuniti MADANI berfungsi sebagai badan sukarela yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat, melibatkan pelbagai kaum, agama dan budaya dengan JaPen sebagai penggerak utama. Menurutnya, program Jiwa@Komuniti MADANI menjadi platform komunikasi dua hala yang berkesan kerana dasar kerajaan dapat disampaikan secara jelas, manakala maklum balas rakyat juga didengar secara langsung. “Di Samarahan sahaja terdapat 12 Komuniti MADANI di bawah JaPen dan setiap satu melaksanakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepanjang Ogos hingga 16 September. Tema tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, menekankan nilai kasih sayang, toleransi dan kerjasama dalam masyarakat majmuk,” ujarnya. Selain itu, inisiatif 1Rumah 1Jalur Gemilang (1R1JG) turut digerakkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme melalui pengibaran bendera di setiap kediaman. Bagi memeriahkan acara, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan termasuk hebahan awam, edaran bahan penerbitan, senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak dan ibu bapa, pakaian beragam, basikal berhias merdeka, gotong-royong menghias kampung serta perarakan sambutan HKHM. Turut hadir, Pengerusi Kelab KMKK DUN Stakan merangkap Penghulu Kampung Pangkalan Kuap, Buhari Abu Sapian, Ketua Kaum Kampung Stakan Melayu merangkap Ketua Komuniti MADANI Kampung Stakan Melayu, Mohamad Subari Beni, Ketua Kaum Kampung Pangkalan Kuap, Sabawi Bahar, Ketua Kaum Kampung Bukit Berangan, Rizal Abu Seman, Ketua Kaum Kampung Sungai Pendam, Farida Zainuddin, Ketua Wanita PBB Cawangan DUN Stakan, Lela Adini, Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Stakan, Mohd Azmizan Karim serta Ketua Ranting PBB Kampung Stakan Melayu, Hepni Amat.-EDISI UKAS

View

news

Awla Seru Hayati Jiwa Merdeka Dengan Semangat Perpaduan

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris menyeru rakyat agar terus menghayati semangat kemerdekaan dengan menjiwai nilai perpaduan, kasih sayang dan tanggungjawab bersama. Menurut beliau, kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang dicapai dengan mudah, sebaliknya hasil daripada pengorbanan besar generasi terdahulu yang berjuang menentang penjajah dengan penuh keberanian. “Kemerdekaan ini dibayar dengan darah, air mata dan keringat para pejuang tanah air. “Sebab itu, sebagai generasi hari ini, kita mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan keamanan, memelihara perpaduan dan mengisi kemerdekaan dengan pembangunan yang berterusan,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Jiwa@Komuniti Madani sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan dan Gedong, anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Simunjan di Rumah Panjang Kampung Sungai Buluh, pada Ahad. Beliau menegaskan bahawa perpaduan masyarakat berbilang kaum merupakan asas kekuatan Malaysia, justeru rakyat perlu menolak sebarang unsur kebencian, hasutan dan perpecahan. “Rumah panjang ini adalah lambang semangat kekitaan, hidup bersama, saling menghormati dan saling membantu. “Begitulah juga Malaysia, jika perpaduan kita rapuh, negara akan mudah goyah, tetapi jika kita kukuh bersama, tiada kuasa yang mampu memecah-belahkan kita,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Awla turut merakamkan penghargaan kepada JaPen Daerah Simunjan selaku penganjur serta semua pihak yang menjayakan program berkenaan. Beliau turut mengingatkan peserta konvoi agar menjadi duta kecil semangat kemerdekaan dengan menyebarkan mesej perpaduan, hormat dan keamanan ke mana sahaja mereka pergi. Program konvoi tersebut disertai 14 kenderaan dengan 42 peserta terdiri daripada ahli komuniti Madani kawasan DUN Simunjan dan Gedong. Ia bertujuan membawa mesej patriotisme serta mengibarkan Jalur Gemilang ke seluruh pelosok kampung dan rumah panjang. Sebagai simbolik pelancaran, Awla Dris turut melakukan flag off pelepasan konvoi yang berarak menuju ke beberapa kampung sebelum ke destinasi yang seterusnya iaitu Daerah Gedong. Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan Mohammad Subuh Jamali, Penghulu Zon Pangkor, Musa Pozi, Ketua Kaum Kampung Sungai Buluh Sili Bunsi dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan Bojeng Ali. -EDISI UKAS

View

news

Lebih 1,300 Penerima Manfaat Program Bantuan Perkahwinan, Bayi Baharu dan Pendidikan DUN Pelawan

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee menegaskan komitmennya dalam membantu golongan muda melalui pemberian bantuan khas kepada pasangan pengantin baharu, keluarga bayi baharu dan pelajar di kawasannya. Sehingga tahun ini katanya, jumlah keseluruhan agihan bantuan sejak 2022 telah mencecah RM476,900. Daripada jumlah itu, sebanyak RM81,500 diagihkan pada 2022, RM162,500 (2023), RM134,800 (2024) dan sehingga Ogos pada tahun ini sebanyak RM78,200, melibatkan penerima daripada kategori perkahwinan, kelahiran bayi serta pendidikan. “Majlis ini bukan sahaja memberi bantuan kewangan, tetapi juga ruang untuk anak muda dan ibu bapa baharu berkumpul, berkongsi pengalaman serta mendapat bimbingan. “Tahun ini kita jemput penceramah untuk berkongsi ilmu keibubapaan agar mereka bukan sekadar datang menerima bantuan, tetapi pulang dengan ilmu yang bermanfaat,” katanya pada Majlis Bantuan Perkahwinan, Bayi Baharu dan Pendidikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan di Kingwood Hotel Sibu, pada Ahad. Beliau berkata, peningkatan jumlah bayi yang didaftarkan saban tahun merupakan perkembangan positif, mencerminkan semakin ramai pasangan muda berani membina keluarga meskipun berdepan cabaran kos sara hidup dan pendidikan. Dalam perkembangan lain, Datuk Micheal Tiang yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mendedahkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat. “Kerajaan Persekutuan dan Sarawak tegas menolak vape kerana ia lebih berbahaya daripada rokok. “Malah kini ia menjadi saluran penagihan dadah. Masyarakat perlu ambil maklum bahawa vape bukan lagi isu gaya hidup, tetapi ancaman kesihatan dan sosial,” tegasnya.-EDISI UKAS

View

news

逾1300人从柏拉旺选区婚姻、新生儿与教育援助计划中受惠

诗巫:柏拉旺区立法议员拿督程明智强调,他将继续致力于通过特别援助计划,协助该选区的新婚夫妇、新生儿家庭以及学生。 他透露,自2022年以来,这项援助计划的总额已达到47万6900令吉。 其中,2022 年发放8万1500令吉、2023年16万2500令吉、2024年13万4800令吉,而截至今年8月则已发放7万8200令吉,受惠者涵盖婚姻、新生儿及教育三大类别。 “这项计划不仅仅是金钱援助,也为年轻人和新手父母提供了一个聚会、交流经验和获取指导的平台。今年我们也邀请讲师分享育儿知识,让大家不只是来领取援助,而是能够带着实用的知识回去。” 他于周日在诗巫晶木酒店出席柏拉旺选区婚姻、新生儿与教育援助颁发仪式及致词时,如是表示。 拿督程明智补充,逐年增加的新生儿登记数量是一个积极的发展,显示越来越多年轻夫妻即使面对生活与教育成本的挑战,仍然愿意勇敢建立家庭。 另一方面,也是砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部副部长的他也披露,砂政府已决定近期全面禁止电子烟的使用。 “联邦政府和砂拉越都坚决反对电子烟,因为它比香烟更具危害。事实上,现在电子烟甚至成为吸毒的途径。社会大众必须意识到,电子烟已不再是生活方式的问题,而是健康与社会的威胁。”-UKAS刊

View

news

政府通过2025年UKAS资讯趣学计划赋能青年

沐胶:2025年UKAS资讯趣学计划沐胶站于周六在沐胶晶木度假村宴会厅举行,为沐胶、万年烟及达叻一带的青年带来多元机会与直接体验。 该活动由砂拉越公关单位(UKAS)主办,吸引了逾300名来自沐胶卓越技术中心、沐胶理工学院、砂拉越技术发展中心(Sarawak Skills)、沐胶玛拉促进中心(GiatMara)及当地青年社区的参与者出席。 本次活动道具版旨在提升年轻一代对砂政府发展政策的认知,同时加强青年与领导层的互动。 万年烟区立法议员阿都雅谷阿比指出,此类活动极具意义,因为它让青年更好地理解政府政策,并为迎接未来挑战做好准备。 “年轻人应善用这一机会学习知识,认识政府机构,并充分利用州政府所提供的支持。” 他星期六为活动主持闭幕仪式时,这么表示。 出席活动的还有特连区立法议员罗斯顿,他与参与者展开互动问答环节,答对问题的青年更获颁现金奖励。 活动现场设有多个政府机构展览,包括砂拉越教育、创新与人才发展部、砂拉越基金会、国家反毒机构、砂拉越国际贸易、工业与投资部、砂子民经济基金会(TEGAS)、沐胶警方以及砂拉越数字经济机构。参与者们也参与了小组训练与 iReka-cipta 创意比赛。 其中,丹绒玛尼队还荣获小组训练总冠军。 该活动充分体现了砂政府的承诺,确保砂拉越青年,尤其是沐胶区的青年,能够掌握知识、机遇与支持,携手建设更光明的未来。 闭幕礼上还举行了颁奖仪式、幸运抽奖及合影环节,出席嘉宾包括沐胶副省长沙夫里赛礼、沐胶县长巴力阿兹曼阿希以及 砂公关单位副助理总监安华哈纳菲。-UKAS刊

View

news

媒体从业者是塑造国家独立思想的“武器”

古晋:媒体从业者可被视为塑造民众思想、维护国家自由的重要“武器”。 砂拉越总理署副部长(企业事务、资讯及砂公关单位)拿督阿都拉赛多表示,无论是政府机构还是私人机构的媒体人,都扮演着政府与人民之间的桥梁角色,在塑造社会思维方面发挥关键作用。 “媒体人肩负着重要使命,他们在塑造国家独立与自由的过程中,成为社会与政府之间的‘桥梁’,可以说是一种‘武器’,在决定人民思想方面起着举足轻重的作用。” 他于周日在古晋英雄纪念碑举行的UKAS社区活动开幕仪式后,接受记者访问时,如是指出。 与此同时,拿督阿都拉指出,媒体人也肩负重大责任,确保国家的和平持续得到维护,不应因追逐关注度而忽略对敏感议题的谨慎处理。 他也呼吁各媒体机构在发布涉及社会敏感度的报道时必须更加小心。 “在一个多元种族、文化、宗教及历史背景的社会中,有些涉及人性与敏感的课题,必须特别谨慎,避免出现不当的评论。”-UKAS刊

View

news

UKAS社区活动弘扬爱国精神,感恩退伍英雄

古晋:砂拉越公关单位(UKAS)举办的社区活动,是其中一项向曾经为国捍卫主权、付出牺牲的退伍英雄们表达敬意的举措。 砂拉越总理署副部长(企业事务、资讯及砂公关单位)拿督阿都拉赛多指出,该活动与战略伙伴联合举办,象征着铭记英雄们的贡献与牺牲。 “配合7月31日的英雄日、8月31日的国庆日,以及9月16日的马来西亚日,这3个月里,不妨让我们回顾历史,思考为何我们今日能享有如此安宁。虽然历程中有过曲折,但与外界动荡相比,我们依然是幸运的。” 他于周日在古晋英雄纪念碑举行的UKAS社区活动开幕仪式上致词时,这么说。 拿督阿都拉补充道,这类活动应持续推动,因为它让年轻一代有机会聆听退伍军警维护国家和平与和谐的亲身经历。 活动上,砂公关单位职员福利俱乐部也移交支票给马来西亚武装部队退伍军人协会砂拉越分会及砂拉越退伍警察协会,并由拿督阿都拉亲自主持移交仪式。 主要活动还包括在英雄广场展开清洁美化工作,以及为部分褪色的建筑物重新上漆。 出席嘉宾包括砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部常务秘书拿督瑟丽娜、砂公关单位总监阿旺普特拉尤斯里、马来西亚武装部队退伍军人协会砂拉越分会主席金宝嘉劳、砂拉越退伍警察协会秘书扎卡里亚以及其他受邀宾客。-UKAS刊

View

news

Sarawak Perkukuh Agenda Digital dan Perkenal KETEQ AI

SIBU: Sarawak terus mengorak langkah dalam transformasi digital dengan memperkenalkan KETEQ AI, peranti penukar kuasa pertama di dunia berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Presiden SABERKAS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, AI kini menjadi teras penting dalam pembangunan teknologi kerana berupaya melengkapkan mesin dengan kemampuan untuk belajar serta meningkatkan prestasi melalui pembelajaran mesin. “AI kini diaplikasikan dalam pelbagai sektor termasuk pentadbiran, pertanian, kesihatan dan keselamatan siber. Antara aplikasinya ialah automasi tugasan rutin, chatbot interaktif, sistem maklum balas automatik serta pengesanan ancaman siber,” katanya. Beliau berucap demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek sempena Majlis Penangguhan Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) SABERKAS Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Sibu pada Sabtu. Ia merupakan siri kedua selepas penganjuran di Zon Utara awal Ogos lalu. Tegas Dato Sri Abdul Karim, data merupakan intipati utama AI, justeru kerajaan negeri melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital memberi penekanan terhadap pembangunan ekosistem data yang mantap. “Tanpa data, AI tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, Sarawak memberi fokus kepada pembangunan ekosistem data yang kukuh sebagai asas transformasi digital negeri,” ujarnya. Selain itu, kerajaan katanya turut merancang menubuhkan Pusat AI Sarawak bagi memacu penyelidikan, pembangunan dan integrasi teknologi ke dalam infrastruktur digital. Antara inisiatif utama yang dirangka termasuk AI untuk Pertanian Pintar, analitik prediktif kesihatan, grid pintar tenaga serta penubuhan Unit AI dalam perkhidmatan awam. Jelas Dato Sri Abdul Karim lagi, pencapaian pembangunan KETEQ AI pula selaras dengan Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030, yang memperkukuh aspirasi negeri menjadi hab teknologi tinggi rantau ini. “Pencapaian ini membuktikan Sarawak bukan sahaja berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang teknologi, malah berhasrat muncul sebagai hab teknologi tinggi yang diiktiraf di peringkat global,” jelasnya. Dalam pada itu, beliau turut menyeru belia SABERKAS untuk memanfaatkan ilmu sepanjang program tersebut. “Sekiranya berkelapangan, kongsikanlah ilmu yang diperoleh dengan sahabat di luar sana supaya usaha kerajaan dan SABERKAS dalam membudayakan AI dalam kehidupan seharian dapat direalisasikan,” tambahnya. Program yang dihadiri kira-kira 90 peserta termasuk 70 peserta dari 23 kawasan DUN ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Sains, Teknologi dan Inovasi SABERKAS Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Bukit Assek. -EDISI UKAS  

View

news

Pelajar & Penyerakup Majak Tegap, Balai Mayuhguna SK Kapit Dipenyadi

KAPIT: Pemansang pelajar enggau negap penyerakup raban bansa terus dikemerat perintah nengeri lebuh Balai Mayuhguna Sekula Primari (SK) Kapit dipenyadi ba siti pengawa ti diumba enggau Pengerami Makai Lemai Serakup Apai Indai enggau Pengajar (PIBG) kena Hari Enam.   Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat ti bejadi pengawa madah, balai nya ukai semina meri pemaik ngagai raban sekula aja, tang nalan mayuh guna ungkup komuniti ngatur bemacham aktiviti.   “Perengkaguna tu ukai semina dikena raban sekula ngatur bemacham program pelajar, main asal, main enggau jalai pengarap aja, tang meri pemaik ngagai komuniti ditu,” terang iya.   Iya mega madah ke pemesai guna nembiak diajar tumu ba bidang Sains, Teknologi, Injiniring enggau Matematik (STEM) nentuka rebak biak Kapit sedia besemekih ba tikas global.   Kelimpah ari nya, iya ngansah pengawa munas ulah beduan ba sekula meseti ditegap begulai ungkup nyamin rampa belajar ti lantang enggau likun.   Lebuh bejaku, Datuk Jefferson mega ngemendarka RM30,000 ari Projek Mit Pemansang Menua Pesisir (MRP) ungkup PIBG ngatur aktiviti sekula.   Pengawa nya digulu lebih 250 temuai bela richah beperindang enggau bala pengajar belagu sereta bala nembiak SK Kapit ngajat.   Sama datai, Sapit Residen Bagi Menua Kapit, Robert Liman Deli, Pegawai Pelilih Kapit, Cerisologo Sabut, Kepala Pengajar SK Kapit, John Rimbar enggau Yang Dipertua PIBG SK Kapit, Merdeka Sangai.-EDISI UKAS    

View
FirstPrevious291292293294295296297298299300NextLast