Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
108 Ahli JKKK Di Limbang Terima OG |
LIMBANG: Seramai 108 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Limbang menerima peruntukan dalam bentuk pemberian terus atau 'outright grant' (OG) berjumlah RM324,000. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah memberitahu, penerima OG itu terdiri daripada JKKK masyarakat Bisaya, Iban, Lun Bawang, Kelabit,Penan dan Cina bagi Parlimen Limbang. “Saya menyeru agar peruntukan yang disalurkan ini digunakan dan dimanfaatkan secara berhemah bagi membantu keperluan bersama penduduk-penduduk kampung,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Penyerahan OG di sini pada Rabu. Ahli Parlimen Limbang itu juga menyeru para Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar menjalankan tanggungjawab dengan baik dan telus. “Ini termasuk membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan serta memelihara dan mengukuhkan lagi keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat,” katanya. Dalam majlis sama, sejumlah RM165,000 OG diserahkan kepada JKKK dan ahli jawatankuasa Badan Kebajikan KEMAS Limbang bagi pelaksanaan projek naik taraf dewan dan jalan raya. Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan KMKK setempat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Dato Gerald Rentap Galas ‘Chef De Mission’ Kontinjen Sarawak |
KUCHING: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen atau ‘Chef De Mission’ (CDM) bagi kontinjen Sarawak untuk Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap dalam majlis ‘Our Star Our Pride’ 100 Hari Menjelang SUKMA XXI 2024 yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di sini pada Khamis. Menurutnya, Dato Gerald Rentap akan menggalas tanggungjawab yang berat dengan sasaran kontinjen Sarawak pada SUKMA kali ini untuk menjadi juara keseluruhan. “Atas bahu beliau memang amat berat. Saya pun mendorong beliau setiap masa untuk sentiasa melawat pelbagai venue untuk menyaksikan para atlet kita jalani latihan di samping dengan saya yang membawa naratif yang Sarawak ingin menjadi juara keseluruhan bagi SUKMA kali ini,” katanya. Tambahnya, berbaki 100 hari lagi untuk mencapai matlamat juara keseluruhan di mana ia bergantung kepada para atlet, Dato Gerald sebagai Ketua Kontinjen termasuk semua Penolong CDM termasuk pegawai-pegawai dan pelatih-pelatih yang terlibat. Justeru itu katanya, kementeriannya melalui Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak telah membuat perancangan dan persiapan rapi bagi menghadapi SUKMA tahun ini terutamanya dalam menyediakan atlet-atlet yang akan membawa cabaran Sarawak kali ini. Dalam pada itu, Dato Sri Abdul Karim memberitahu, lima perkampungan sukan utama juga telah dikenal pasti bagi memberikan tempat penginapan kepada 15 kontinjen yang bakal bertanding di sembilan bahagian di Sarawak. Katanya, perkampungan sukan utama adalah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Desa Sanyan di Sibu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Mukah, Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
在第21届马运会中表现出色的砂运动员将可获得奖励 |
古晋:即将在今年8月举行的2024年第21届马来西亚运动会(SUKMA)中代表砂拉越出战的砂运动健将们若能在这项两年一度的赛事中表现优异,将可获得奖励! 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,给予成功夺得金牌的运动员之奖励,将取决于他们的表现。 “我们确实为我们的运动员制定了奖励计划,不仅是 马运会,也包括在其他赛事有着标青表现者,以给予他们奖励。” 他星期四在主持2024年第21届马运会倒数100天仪式后,接受媒体访问时,这么说。 当被询及所承诺的奖励数额时,拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士则表示,奖励将取决于砂拉越运动员的表现和成绩。 “首先看看我们运动员的表现,如果砂拉越稍后赢得比赛,就会给予奖励。” 稍早前,他在致词时也向将参加于今年8月17日至24日举行的2024年第21届马运会的砂拉越健儿们传达所设下的任务和目标。 他相信,年轻的砂运动员在每项赛事中都肩负着责任,并且此次作为东道主参赛,定能够高举“祖国”(Ibu Pertiwi) 旗帜。 出席活动的嘉宾包括砂拉越青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林、砂拉越妇女、儿童及社区和谐发展部长拿督斯里花蒂玛阿都拉、砂拉越食品工业、原产业及区域发展部长拿督斯里史蒂芬伦迪医生、砂总理署部长拿督斯里约翰西基、砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基、砂拉越青年、体育和企业家发展部副部长拿督杰拉德、副部长们、砂副政府秘书(行动)兼2024年第21届马运会首席执行员拿督许赞麒和其他嘉宾。-UKAS刊 |
View |
|
news |
民都鲁港口控股有限公司移交总值120万令吉的伊斯兰税捐予砂伊斯兰财库基金 |
古晋:砂总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士星期四见证民都鲁港口控股有限公司(BPHB)移交2024年伊斯兰商业税捐给砂伊斯兰财库基金。 民都鲁港口控股有限公司主席拿督阿玛莫哈末阿布巴卡及集团首席执行员鲁斯兰甘尼代表移交总值120万令吉的伊斯兰税捐模拟支票予砂伊斯兰财库基金副总经理波哈山。 拿督莫哈末阿布巴卡指出,他与董事会成员及该公司管理成拜会砂总理,并向后者汇报民都鲁港口的运营状况和相关事宜。 “此外,我们也向砂总理汇报民都鲁港口控股有限公司的未来规划,而这也符合他推动民都鲁港口朝向砂新经济需求的使命与愿景。” 他是在拜会砂总理后,接受媒体访问时,这么说。陪同出席的嘉宾包括砂伊斯兰财库基金营运组副主任莫哈末尤斯里、民都鲁港口有限公司首席营运官玛沙烈及官员等。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Sarawak Urged To Reclaim Tourism Autonomy |
KUCHING: Sarawak should demand the return of tourism autonomy with the Malaysia Agreement 1963 (MA63) now enshrined in the Federal Constitution. Batu Kitang Assemblyman, Dato Ir Lo Khere Chiang said that tourism was never in the scheduled list under the Federal Constitution but was added under Item 25A of the Ninth Schedule in 1994. "As a result of tourism being placed under federal jurisdiction, issuing of all licences related to the tourism industry requires the approval of Putrajaya. "This federal control leads to unnecessary bureaucracy for even things like tour bus and homestay licences," he said. He said this while debating the Motion of Appreciation for the Address by the Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar during the 19th Sarawak State Legislative Assembly (DUN) Session on Thursday. Dato Ir Lo also cited other issues faced in the industry including agents of the Malaysia My Second Home (MM2H) programme having to go through the vetting and regulation processes by the Federal Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) once more after their licences expire. "Valid licences were issued by MOTAC in the first place. They should only penalise those who break its rules, not penalising all industry players in Sarawak by revoking their licences regardless of compliance," he said. Additionally, he said that the Sarawak MM2H programme also has its own unique conditions separate from those in Malaya. Therefore, the mishandling of this issue could seriously harm the economy as MM2H participants contribute billions in foreign exchange by buying houses, supporting education, and boosting local businesses, he said. Meanwhile, the Batu Kitang Assemblyman also noted that MOTAC only contributes RM30 million annually to Sarawak as development funds, while Sarawak contributes up to RM300 million annually. “Why should we let MOTAC dictate us? Our Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts (MTCP Sarawak) can handle regional tourism well and we can understand ourselves better than anyone," he stressed. In this regard, Dato Ir Lo urged for the issue to be resolved as soon as possible and for the Gabungan Parti Sarawak (GPS) government to take over all matters related to the tourism industry in Sarawak. -UKASnews |
View |
|
news |
‘Gawai Country Night’ Tarikan Utama Bazaar Gawai Dayak Sarawak 2024 |
KUCHING: Jawatankuasa Kerja Bazaar Gawai Dayak Sarawak 2024 akan menonjolkan kelainan kepada Bazaar Gawai Dayak pada tahun ini dengan menampilkan ‘Gawai Country Night’ sebagai tarikan terbaru pada sambutan 18 Mei kelak. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bazaar Gawai Dayak Sarawak 2024 Dato Henry Harry Jinep berkata, ‘Gawai Country Night’ ini dipilih dan diubah suai daripada ‘Siniawan Western Night’ yang popular. “Kepada sesiapa yang tidak pernah ke ‘Siniawan Western Night’, ini masanya untuk merasai pengalaman tersebut dengan berkunjung ke Bandar Baru MJC, Batu Kawah,” katanya dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis. Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bazaar Gawai Dayak Sarawak 2024, Miro Simuh dan Setiausaha II Sekretariat Perayaan Gawai Dayak Sarawak 2024 Datu Ik Pahon Joyik. Dato Henry menambah, penganjur menyasarkan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum dan agama di dengan mengambil kira jumlah pengunjung yang hadir di Siniawan yang mencecah 20,000 orang. Jelasnya, sebanyak 180 gerai akan dibuka yang menjual makanan, minuman, kraftangan serta pelbagai produk kaum Dayak yang lain. “Ia merangkumi 45 gerai halal, 45 gerai tidak halal, 35 gerai kraftangan, 39 gerai menjual pelbagai barangan, 10 gerai makanan kering serta tiga gerai yang mempamerkan tiga etnik terbesar Dayak-Iban, Bidayuh dan Orang Ulu,” katanya. Majlis pelancaran akan diadakan pada 17 Mei depan dan dijangka disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak 2024, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Tambahnya, Bazar Gawai Dayak 2024 di MJC Batu Kawah akan mempamerkan tiga malam persembahan etnik menampilkan kaum Iban, Orang Ulu dan Bidayuh dari 22 hingga 24 Mei. Pada 18 Mei pula katanya, pengunjung disajikan dengan uji bakat pertandingan Dayung Sangon dan Dari Pogan, saringan Gawai Idol termasuk malam Gawai Country Night yang menjadi tarikan utama. Pengunjung boleh menyaksikan pertandingan Ratu Gawai Bazar 2024 iaitu Dayung Sangon, Keligit dan Kumang bagi peringkat usia 14 hingga 17 tahun termasuk konsert oleh kumpulan dan artis Dayak popular yang diadakan pada 19 Mei ini. Katanya, pada 20 Mei pula akan menampilkan peringkat separuh akhir Gawai Idol 2024 manakala pada 21 Mei berlangsung peringkat separuh akhir ‘Battle Of The Band’. Hari terakhir bazar pada 26 Mei nanti akan dihangatkan dengan Sarawak Kids Got Talent, peringkat akhir Gawai Idol dan majlis penangguhan Bazar Gawai Dayak Sarawak 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perayaan Gawai Dayak 2024, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
民都鲁医院需要心脏科服务 |
古晋:民都鲁医院需心脏科服务来满足当地社区的需求。 丹绒峇都议员潘隆铭表示,民都鲁医院迫切需要相关基础设施和设备来开展心脏科服务。 “我们需要投资48万令吉来装备荧光血管造影和心肺套件,此外,这笔资金也将使我们能够增加两条 MA4 医用气体管道和重要的医疗设备,包括荧光血管造影室的 GA 医疗资产机,以及心肺套件的动态心电图机、超声心电图和肺量计。” 他星期四在第19届砂议会会议参与砂元首施政御词辩论时,如是表示。 潘隆铭补充,当地也迫切需要通过增加透析机来扩大肾脏护理设施。 他表示,这能够满足日益增长的肾病患者群体的需求。 “这是一项迫切需求,不仅仅是推出全面的心脏科和肾脏服务的改进,甚至可能挽救社区的许多生命。”-UKAS刊 |
View |
|
news |
Monument 0 KM To Be Erected, New Landmark For Kuching City |
KUCHING: A Kilometre Zero monument, also known as 0 KM, is set to be erected in Kuching, becoming a new landmark for the city. The proposed structure, standing at two metres tall and three metres wide, to resemble two cats holding a sign indicating 0 KM. Three locations have been identified for the monument's construction, including near the Old Kuching Courthouse, near the Darul Hana Bridge, and close to Gambier Road. This initiative is a contribution from the Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) in conjunction with its 50th anniversary celebrations. The launching ceremony of the 0 KM landmark was officiated by Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg at the 50th Gala Dinner of RISM held at the Borneo Convention Centre Kuching on Thursday. It is expected to be built within this year after finalising the design and location in collaboration with the Kuching North City Hall (DBKU). Traditionally, the 0 KM monument signifies a specific location or origin, usually in the capital city, from which distances are commonly measured, often from the post office.-UKASnews |
View |
|
news |
RISM Diperlawa Bekerjasama Dengan Kerajaan Sarawak Terokai Kawasan Baharu Luar Pesisir |
KUCHING: Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) diperlawa untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk meneroka kawasan baharu seperti luar pesisir pantai Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia adalah perkara yang baharu untuk meneliti kandungan hidrokarbon di luar pesisir pantai Sarawak untuk tujuan penyimpanan karbon. “Sekiranya itu berlaku, saya boleh memberitahu maklumat yang ada pada masa ini, Sarawak merupakan yang terawal dalam melaksanakan penyimpanan karbon di wilayah ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gala Ulang Tahun RISM Sarawak Ke-50 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Khamis. Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari mahu para Juruukur mengadaptasi pendigitalan dalam gerak kerja mereka. Langkah ini katanya akan memudahkan kerja-kerja ukur termasuk marin dan hydraulik untuk projek-projek kerajaan negeri yang kian bertambah. Dalam pada majlis sama, Premier Sarawak turut melancarkan pembangunan monumen 0 KM yang akan dibina di sekitar bandar raya ini!selepas reka bentuk dan lokasi ditentukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Pengerusi RISM Sarawak, SR Sharlene Toh Shiow Lin, Presiden RISM, Sr Adzman Shan Mohd Ariffin,Pengerusi Pengelola RISM, Sr Kenneth Wong, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datu Chiew Chee Yau, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak, Datu Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Kerja Sarawak, Datu Ir Richard Tajan dan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmood.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
RM2.5 Juta Diperuntuk Tambahbaik Infrastruktur Rumah Panjang Nanga Engkuah |
KAPIT: Seramai 658 penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song di sini, bakal menikmati penambahbaikan infrastruktur membabitkan kos berjumlah RM2.5 juta selepas dipilih sebagai Kampung Angkat Madani bagi Kementerian Kerja Raya (KKR). Menteri Kerja Raya Malaysia Dato' Sri Alexander Nanta Linggi berkata, penambahbaikan infrastruktur fizikal itu meliputi pembinaan jambatan yang merupakan satu-satunya laluan penghubung antara tiga rumah panjang serta pemasangan lampu jalan berasaskan tenaga solar. Tiga buah rumah panjang itu adalah Rumah Assan, Rumah Radiah dan Rumah Albert Lajong. Jelas beliau, pelaksanaan projek itu akan membawa manfaat kepada penduduk kampung untuk berhubung dengan selesa dan selamat kerana keadaan jambatan sedia ada yang telah uzur dan membahayakan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Kampung Angkat Madani Perkampungan Rumah Panjang Nanga Engkuah disini pada Ahad. Mengulas lanjut beliau berkata, proses penambahbaikan infrastruktur itu dijangka mengambil masa setahun dan pihaknya percaya ia akan memberi impak positif kepada kehidupan seharian penduduk di situ. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan, Setiausaha Politik Kepada Menteri Kerja Raya Malaysia Ambrose Abong Bugek, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Watson Awan, Temenggong Toh Tze Hua, Penghulu Taboh Sawing, Tuai Rumah Assan Munan, Ketua-ketua Jabatan dan Tuai-Tuai Rumah. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious2351235223532354235523562357235823592360NextLast |