Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

LHEIAM Berjaya Kumpul Beberapa Perkara Berkaitan Adat Melayu & Hal Ehwal Islam Di Sarawak

KUCHING: Beberapa maklumat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan adat Melayu dan hal ehwal Islam di Sarawak telah berjaya dikumpul semenjak Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu (LHEIAM) diaktifkan pada November tahun lepas. Pengerusi LHEIAM, Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata, pihaknya akan memperhalusi perkara tersebut menerusi beberapa siri penglibatan atau bengkel melibatkan pihak berkepentingan termasuk komuniti setempat bagi mengumpul lebih banyak maklumat sebelum mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan Sarawak. "Ini bukan untuk kepentingan orang Melayu sahaja, tetapi untuk hal ehwal Islam dan juga semua. "Insya-Allah kita akan lakukan perkara ini secepat yang mungkin,"katanya semasa ditemubual media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini pada Jumaat. Menurut Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim, pihaknya turut berbesar hati apabila Tun Dr Wan Junaidi sudi memberikan pandangan serta idea sebagai rujukan untuk terus bergerak ke hadapan. "Kita sangat menghargai dan berterima kasih kepada Tun Dr Wan Junaidi yang telah memberi pandangan serta idea, oleh kerana kita sedia maklum beliau berlatar belakangkan seorang peguam dan juga pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan Negara. "Maka pengalaman ini dan juga idea yang diberikan sangat sangat bermanfaat dan kita akan ambil sebagai tindakan kita seterusnya,"tambah beliau. Hadir sama dalam kunjungan itu ialah ahli-ahli LHEIAM, Datuk Abdillah Abdul Rahim, Datu Dr. Sulaiman Husaini, Dr Wan Ali Tuanku Madhi dan Temenggong Chek Bujang, Penyelidik UNIMAS Profesor Madya Dr. Mohamad Suhaidi Salleh dan Profesor Madya Dr Dayang Afizzah Awang Merikan, Sekretariat LHEIAM Azuan Jemat, Muhammad Khatib Johari dan Norfazirah Kamil.-Edisi UKAS  

View

news

Kerajaan Sarawak Pacu Sambungan Kemudahan Digital Luar Bandar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk memacu sambungan kemudahan digital di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, peranan infrastruktur telekomunikasi dan pembekal telekomunikasi adalah amat penting sekali dalam membantu mencapai sambungan digital di seluruh negeri.    Menurutnya, menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) merupakan satu komponen Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.   “Ini adalah intervensi kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempercepatkan ketersambungan digital di Sarawak,” jelasnya.   Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Smart600 Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) di HIKMAH Exchange Event Centre di sini pada Jumaat.    Dato Sri Julaihi berkata, sebanyak 600 menara SMART dirancang dibina di seluruh Sarawak dan sebanyak 512 menara telah siap dibina.   “Daripada jumlah 512 menara yang telah disiap dibina, 308 menara sedang berfungsi dan 247 menara telah menggunakan MOCN.   “MOCN merupakan satu pencapaian yang dapat mempercepatkan usaha kita untuk membolehkan agenda di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak dilaksana dengan berkesan,” ujarnya.   Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang turut hadir berkata, MCMC dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk menyediakan dana sebanyak RM116 juta bagi membantu menara SMART600 dilengkapkan dengan MOCN enam hala.    Dalam majlis sama, Dato Sri Julaihi yang mewakili Premier Sarawak telah menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bersama empat pengendali rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), UMobile Sdn Bhd (UMobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (YTL).    Beliau juga menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Maxis dan TM Technology Services Sdn Bhd bagi Domestic Roaming (DR) untuk menara SMART600.    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman dan dif-dif kenamaan lain. -EDISI UKAS

View

news

J-KOM与UKAS协作,向人们提供准确的信息

古晋:社区传播局(J-KOM)与砂公关单位(UKAS)合作,提供准确的信息,展现联邦政府尤其是砂拉越政府的良好形象。 社区传播局总监莫哈末凯鲁丁欧曼表示,其团队和砂公关单位将继续为砂拉越社区的利益而努力。 “社区传播局必须了解砂拉越的现实,以更好的方式来传达具有敏感性的信息。砂拉越总理向我们提出建议和观点,即我们应该留意敏感度,特别是在砂拉越。” 他指出,该局将不时与砂公关单位方面交换意见,保持密切合作。 他星期五拜会砂总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士后,接受媒体访问时,这么说。 砂总理署副部长(企业事务、资讯及公关组)拿督阿都拉赛顿陪同出席拜会。 莫哈末凯鲁丁欧曼补充,社区传播局将向社会提供正确的信息,特别是在西马,以确保提供正确且无人操纵的信息。-UKAS刊

View

news

砂拉越重要贸易伙伴中国,2023年对砂出口总额达188亿令吉

古晋:中国作为砂拉越主要贸易伙伴,于2023年对砂出口额达188亿令吉。 砂副总理拿督阿玛阿旺登雅表示,有关出口额涵盖液化天然气、食用油及金属等多个行业。 也是砂拉越国际贸易、工业及投资部长的他表示,同年砂拉越与中国之间的进口总额达99亿令吉,包括机械、制成品和消费品。 “砂拉越与中国的经济发展关系是由贸易、投资和跨部门强有力的合作项目所推动。” 拿督阿玛阿旺登雅指出,事实上,随着中国参与峇贡、姆仑和峇类水电开发,中国和砂拉越之间的经济合作持续增长,此举也支持砂拉越成为东盟强国的目标。 他星期四出席2024年马中峰会:砂拉越网络联系系列活动及致词时,这么说。 同时,他透露,2024年马中峰会将于12月17日至19日在吉隆坡举行。 他说,这将成为砂拉越进一步加强与中国社会经济合作的平台。 “马中峰会预计将汇聚来自中国、马来西亚和东盟的 500 家参展商和 1万个贸易代表团参与,为探索新前景和市场拓展提供策略见解。” 当天出席的嘉宾包括砂国际贸易、工业及投资部副部长拿督麦康慕森、砂商业联合会主席拿督斯里阿邦阿都卡林、中国驻古晋总领事邢伟平等。-UKAS刊

View

news

2024年HAWANA展览准备工作如火如荼展开

古晋:即将在古晋独立购物广场举办的2024年全国记者日(HAWANA)展览筹备工作正如火如荼展开。 砂拉越公共关系单位(UKAS)星期四到场巡视时,所有参与的17家参展商正积极进行最后的准备。 砂总理署副部长(企业事务、资讯及公关组)拿督阿都拉赛顿亲自到场视察,确保准备工作顺利进行。 2024年全国记者日 展览将于5月25日至27日,早上10时至傍晚5时展开,届时有超过20个展位,展出展品包括当时流行的旧媒体设备,如旧相机、旧收音机、录音设备、摄像机以及砂拉越媒体建立的历史。 期间也将举办各种活动,如展台采访及舞台活动等丰富多彩的活动,此外,参观者也可在砂公关单位展位亲身感受专业播报新闻的体验。 主办单位欢迎公众,特别是传播学学生到场参观。 2024年全国记者日 展览将于5月25日由通讯部长法米主持开幕,而于27日举行的峰会则将由首相拿督斯里安华主持开幕。-UKAS刊

View

news

China Rakan Dagang Penting Sarawak, Rekod Jumlah Eksport RM18.8 Bilion Pada 2023

KUCHING: China merupakan rakan perdagangan utama Sarawak dengan merekodkan jumlah eksport sebanyak RM18.8 bilion pada tahun 2023. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, nilai eksport itu merangkumi pelbagai sektor termasuk gas asli cecair, minyak masak dan logam. Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu memberitahu, jumlah import antara Sarawak dengan China pada tahun sama adalah berjumlah RM9.9 bilion merangkumi jentera, barangan perkilangan dan produk pengguna. "Hubungan pembangunan ekonomi Sarawak bersama China didorong oleh perdagangan, pelaburan dan projek kerjasama yang kukuh merentas sektor. "Malah, kerjasama ekonomi antara China dan Sarawak terus berkembang dengan penglibatan China dalam pembangunan tenaga hidro iaitu Bakun, Murum dan Baleh yang menyokong matlamat kita untuk menjadi kuasa besar ASEAN," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Malaysia-China Summit 2024: Networking Engagement Series in Sarawak di sini pada Khamis. Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Persidangan Malaysia-China Summit 2024 akan diadakan pada 17 hingga 19 Disember ini di Kuala Lumpur. Jelasnya, ia bakal menjadi platform untuk Sarawak mengukuhkan lagi kerjasama sosio-ekonomi dengan China. “Sidang kemuncak ini dijangka menghimpunkan seramai 500 peserta pameran dan 10,000 delegasi perdagangan dari China, Malaysia dan ASEAN yang akan memberikan pandangan strategik untuk meneroka prospek baharu dan pengembangan pasaran,” ujar beliau. Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, He. Xing Weiping dan tetamu jemputan lain.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak Terokai Potensi Luar Biasa Teknologi AI

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk meneroka potensi luar biasa teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membuka potensi penuh kesalinghubungan yang membawa kepada peningkatan kecekapan, produktiviti dan inovasi di negeri ini.  Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital serta menyediakan perkhidmatan kerajaan yang beretika dan telus untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warga Sarawak. “Kerajaan Sarawak mengesahkan komitmennya untuk memajukan wawasan Sarawak untuk menjadi kuasa besar ekonomi digital untuk negara dan wilayah. "Kami bercita-cita tinggi dan proaktif tentang masa depan digital Sarawak dan saya optimis bahawa kami akan mencapai objektif kami dengan Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh inovasi dan teknologi," katanya dalam ucapannya pada majlis menandatangani Perjanjian SMART600 SMART600 Multi Operator Core Network antara Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL di sini pada Jumaat. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi. Premier Sarawak turut menjemput pemain industri untuk menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 yang akan berlangsung dari 17 hingga 18 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Memasuki  tahun ketujuh dianjurkan tahun ini dengan bertemakan, ‘AI for Sustainable Development: Navigating the Green and Circular Future’, beliau berkata persidangan itu akan menghimpunan lebih 1,500 pemimpin global, inovator dan pihak berkepentingan untuk membincangkan topik utama seperti teknologi hijau dan inovasi, perkongsian kolaboratif, rantaian bekalan bulat dan topik lain yang berkaitan.  Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut hadir dalam majlis tersebut.-BERNAMA  

View

news

Boosting Rural Sarawak Digital Connectivity With SMART Towers & MOCN Technology

KUCHING: The Sarawak government aims to enhance digital connectivity facilities throughout the state, especially in rural areas.   In expediting efforts to achieve this goal, Sarawak Minister for Utility and Telecommunication, Dato Sri Julaihi Narawi said the state government has implemented the Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) initiative, with the Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) towers serving as one of the key components within this initiative.   According to him, out of the planned 600 SMART towers in Sarawak, 512 have been fully completed, with 308 operational and 247 utilising Multi-Operator Core Network (MOCN) technology.   “This (SMART towers initiative) is an intervention to what has been done by the Federal government through the Ministry of Communications and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to accelerate digital connectivity in Sarawak.   “MOCN is an achievement that can speed up our efforts to enable the agenda under the Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and the Sarawak Digital Economy Blueprint to be effectively implemented,” he added.   He said this in a press conference in conjunction with the Signing Ceremony of the SMART600 MOCN Agreement held at the HIKMAH Exchange Event Centre here, on Friday.   MOCN is a technology that enables multiple mobile network operators to share a common core network infrastructure while maintaining their own individual radio access networks (RANs).   This approach allows efficient resource sharing, reduces investment costs, and facilitates seamless services for end users, even when roaming across different operators’ networks.   Meanwhile, Communications Minister, Fahmi Fadzil, who was also present, said that MCMC and the Ministry of Finance agreed to provide funds amounting to RM116 million to help equip the SMART600 towers with six-way MOCN technology.   At the same event, Dato Sri Julaihi, representing Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, witnessed the signing of agreements between the Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) and four mobile network operators, namely CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), UMobile Sdn Bhd (UMobile), and YTL Communications Sdn Bhd (YTL).   He also witnessed the signing of an agreement between Maxis and TM Technology Services Sdn Bhd on Domestic Roaming (DR) for the SMART600 towers.   Also present were Sarawak Deputy Minister for Utility and Telecommunication, Datuk Liwan Lagang, MCMC Chairman, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, SDEC Chairman, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Chief Executive Officer of SDEC, Sudarnoto Osman, and other distinguished guests. -UKASnews  

View

news

Miri Akan Anjurkan Enam Sukan Pada Temasya Sukan SUKMA XXI

MIRI: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan telah mengadakan lawatan tinjauan ke lokasi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang bakal diadakan di Miri, pada Khamis.   Miri merupakan antara venue Sukan Malaysia Sarawak ke-21 dan akan menganjurkan enam sukan termasuk sukan pelayaran, ragbi, lawan pedang, karate, sofbol dan pencak silat.   Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meninjau lokasi persiapan serta bertemu dengan pemilik lokasi bagi memastikan acara SUKMA berjalan dengan lancar.   Hasil tinjauan pada hari selepas lawatan lokasi agak memuaskan.   Turut hadir dalam tinjauan Ketua Zon Utara, Perbadanan Sukan Sarawak, Netty Elvis serta tetamu lain.-EDISI UKAS  

View

news

Langkah ‘Diplomasi Orang Utan Bukan Tindakan Bijak

KUCHING: Idea untuk memperkenalkan ‘Diplomasi Orang Utan’ kepada negara-negara pembeli sawit di Malaysia bukan suatu langkah yang baik. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Orang Utan sememangnya spesies yang amat dilindungi bukan sahaja di Sarawak malah di Malaysia dan Indonesia, maka adalah tidak wajar untuk dijadikan sebagai barangan transaksi kepada negara luar. “Secara pribadinya, saya melihat sama ada itu benar bahawa cara kita ingin mempunyai diplomasi seperti itu di mana memberikan Orang Utan kita yang merupakan haiwan yang benar-benar dilindungi di sini bukan sahaja di Sarawak, Malaysia tetapi juga di Indonesia, itu mungkin bukan satu langkah yang sangat bagus. “Kita menjaga Orang Utan kita dengan baik di mana kita sentiasa boleh mempamerkan mereka (Orang Utan) dalam promosi kita dan bagaimana kita menjaga mereka, bagaimana kita cuba untuk memastikan bahawa habitat Orang Utan tidak dirosakkan oleh semua penebangan pokok, ladang dan perkara-perkara seperti itu. Tetapi tidak sampai kita memberi Orang Utan kita kepada orang lain,” jelas beliau. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Bengkel Kelestarian Destinasi Pelancongan Sarawak di Kuching pada Isnin. Jelas beliau lagi, habitat untuk Orang Utan terkenal hanya di Kepulauan Borneo, dibiarkan hidup secara liar dan bukannya dikurung di dalam sangkar mahupun zoo. “Lihatlah habitat yang betul untuk Orang Utan adalah Borneo dan sekiranya anda berikan Orang Utan kepada negara lain, ianya tidak begitu bagus. “Tempat terbaik untuk haiwan jenis ini adalah di habitat semulajadi mereka, bukan di zoo, bukan di dalam sangkar,” jelasnya lagi. Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) Noor Ahmad Hamid, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Dato Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious2111211221132114211521162117211821192120NextLast