Miri Akan Anjurkan Enam Sukan Pada Temasya Sukan SUKMA XXI

Disiarkan pada 25 May 2024
Sumber Berita: UKAS



MIRI: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan telah mengadakan lawatan tinjauan ke lokasi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang bakal diadakan di Miri, pada Khamis.
 
Miri merupakan antara venue Sukan Malaysia Sarawak ke-21 dan akan menganjurkan enam sukan termasuk sukan pelayaran, ragbi, lawan pedang, karate, sofbol dan pencak silat.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meninjau lokasi persiapan serta bertemu dengan pemilik lokasi bagi memastikan acara SUKMA berjalan dengan lancar.
 
Hasil tinjauan pada hari selepas lawatan lokasi agak memuaskan.
 
Turut hadir dalam tinjauan Ketua Zon Utara, Perbadanan Sukan Sarawak, Netty Elvis serta tetamu lain.-EDISI UKAS