Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Gabungan JPS & MPKS Juara Keseluruhan Berpasukan Tenpin Bowling MAKSAK Sarawak 2024

KUCHING: Gabungan Jabatan Premier Sarawak (JPS) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara Pertandingan Tenpin Bowling Antara Kelab Gabungan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) 2024 yang berlangsung di Megalanes Emart, Batu Kawa di sini pada Jumaat. Kejayaan manis itu suatu yang amat membanggakan selepas JPS turut menjuarai sukan yang sama pada Sukan Kementerian Sarawak (SUKEMSAR) Februari lepas. Bagi Pengurus JPS dan MPKS Naliyah Saimin, kejayaan tersebut tidak dijangka memandangkan pasukan-pasukan yang bertanding kali ini turut menampilkan saingan yang hebat. “Kemenangan ini adalah suatu yang tidak diduga dan semestinya ia hari yang gembira buat kami pasukan gabungan JPS dan MPKS. “Ini memandangkan pasukan yang bertanding ini terdiri daripada pasukan hebat dan mempunyai reputasi tinggi dalam sukan tenpin boling berbanding pasukan kami yang hanya berstatus ‘underdog’. “Namun, berkat kerja kuat dan semangat berpasukan selain bakat sedia ada yang ada pada setiap ahli pasukan membolehkan cabaran itu berjaya diatasi dan hasilnya kami berjaya mencipta kejuaraan keseluruhan berpasukan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) selepas upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KRES) SALCRA Henray Daris. Pasukan gabungan JPS dan MPKS telah dibarisi Awang Mohamad Razif Awang Yusuf, Raphael Edward, Mohd Faizal Aris Latipah, Nazirul Hamizan Ismail, Nor Rashidah Nawawi, Naliyah Saimin, Zalina Abdul Rahman dan Siti Zubaidah Bujang. Terdahulu, pada Khamis telah diadakan pertandingan bagi kategori individu lelaki dan wanita serta pasukan campuran yang menyaksikan pasukan gabungan JPS dan MPKS mencatat keputusan baik. Dalam pada itu, Naliyah turut bersyukur apabila tiga pemain JPS dan MPKS turut berjaya mengungguli acara Master Wanita dan mencatat keputusan terbaik bagi acara Master Lelaki yang berlangsung pada hari kedua. “Nor Rashidah berjaya menduduki tempat pertama apabila berjaya membuat 1,400 jatuhan pin dalam lapan set permainan. Seorang lagi pemain, Zalina telah berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-17 dengan membuat 1,154 jatuhan pin. “Sementara itu, bagi acara Master Lelaki, Mohd Faizal menduduki kelompok empat terbaik apabila berjaya mencatat 1,382 jatuhan pin. Nazrin Wagiman dari Kelab Rekreasi UNIMAS A pula mengungguli Master Lelaki dengan 1,591 jatuhan pin. “Kemenangan mereka bertiga sangat bermakna bagi kami yang kini berusaha menaikan nama dan imej JPS dalam sukan tenpin boling ini,” jelasnya. Pertandingan anjuran Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) itu telah berlangsung selama dua hari bermula 6 hingga 7 Jun lepas melibatkan penyertaan sebanyak 46 pasukan dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan. -Edisi UKAS

Lihat

news

51 Peserta Sertai Program ‘Canva For Classrooms: Designing The Future’

SIMUNJAN: Seramai 51 peserta yang terdiri pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 di bawah konstituensi Simunjan telah menyertai Program ‘Canva For Classrooms: Designing The Future’ anjuran bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan dan Pusat Pembangunan Pelajar Kursus MPU Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah hadir bagi menyempurnakan majlis penangguhan program tersebut di Dewan Mesra Simunjan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak UNIMAS kerana telah memilih Daerah Simunjan sebagai lokasi program. "Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat di mana saya difahamkan bahawa seramai 51 orang peserta dari Simunjan dan 31 orang pelajar daripada UNIMAS terlibat sebagai fasilitator bagi menjayakan program hari ini. "Program seperti ini sememangnya perlu dilaksanakan terutamanya di kawasan luar bandar kerana pelajar-pelajar di sini kurang mendapat pendedahan awal dengan program seperti ini dan dengan adanya program kesukarelawan seperti ini, pelajar-pelajar di luar bandar mendapat pendedahan awal berkaitan dengan dunia digital yang sangat penting pada masa sekarang," katanya. Jelasnya, cabaran pendidikan di negara sekarang sangat tinggi yang mana pelajar-pelajar kini terdedah dengan pengetahuan terkini. Justeru itu katanya, para pelajar hendaklah merebut peluang seperti program seumpama ini untuk memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan. Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi poster dan video terbaik dalam program tersebut. Hadir sama, Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profesor Ir. Dr. Al-Khalid Othman, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS Profesor Madya Dr. Faisal Ali Anwarali Khan, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd. Rizal Zakaria dan Pengarah Program ‘Canva For Classrooms: Designing The Future’ Raynold Kabai. -EDISI UKAS

Lihat

news

MLNG’s CSR Initiative Mobilises Bintulu & Sebauh Communities For Disaster Relief

BINTULU: The Disaster Relief Life-Boosting Programme, organised by Malaysia LNG Sdn. Bhd (MLNG), a subsidiary of PETRONAS, is a corporate social responsibility (CSR) initiative focused on community development and well-being, aimed at assisting those affected by disasters. Through this programme, MLNG has provided donations such as personal hygiene kits and basic school supplies to about 325 residents of Rumah Ugop Umpin, who experienced a fire on the morning of June 2, 2024. The donations were handed over by Minister of Commodities, Food Industry, and Regional Development of Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi and Mohamed Syazwan to Tuai Rumah Ugop, representing all 43 units of the longhouse. Dato Sri Dr. Stephen mentioned that the Social Welfare Department (JKM) is currently working to gather data on the fire victims of Rumah Ugop Umpin to ensure that all affected individuals receive the necessary aid and no one is left out. “At the same time, JKM has also provided donations such as clothing, tents, dry food, and cooking water. “Follow-up assistance from JKM includes RM5,000 for building materials per household, RM200 for daily clothing per person, RM200 for school clothing per student, RM100 for school supplies per student, and RM100 in cash per person. “The Temporary Relief Centre (PPS) set up by the police at SK Kuala Sigu is now empty as the victims have returned to their families in town or moved to temporary accommodations in the Ugop longhouse,” he added. He also emphasised the importance of safety awareness when using gas stoves. "This year alone, Sebauh has recorded four fires involving longhouses. “I hope the Fire Department can provide support through safety programs on the use of fuels, including gas stoves,” he said. Also present during the programme were Bintulu Resident, Nyurak Keti, Sebauh District Officer, William Manggoi and Managing Director and Chief Executive Officer of Malaysia LNG Group of Companies, Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi. -UKASnews  

Lihat

news

伐木不再是砂拉越主要收入来源,碳交易是正确替代品

实文然:伐木业如今已不再是砂拉越的主要收入来源,相反,碳交易是为砂拉越创收的正确替代品。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,砂拉越现在已将伐木面积从800万立方米减少至500万立方米。 他解释,目前的计划是将马来西亚的森林覆盖率维持在65%,其中砂拉越的贡献最大,占马来西亚62%森林覆盖率的42%。 “砂拉越政府以前使用木材资源作为收入来源,但现在我们有碳,而这些树木将被用作碳储存之地。如今我们有了碳交易,我们不再依赖砍伐树木作为主要收入来源。” 他星期六在沙峇(Sabal)森林保留区举办的2024年砂级国际森林日庆典推展礼后,接受媒体访问时,这么说。 拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士补充说,先进的激光雷达(LiDAR)技术是一种能够测量树木碳含量的数据分析方法,并将其作为碳信用额的数据中心,同时也成为森林管理的新方法。 他解释,简而言之,重新造林作为重要的集水区区,有助于生产比非受污染水更清洁的氢气。 “如果我们保留我们的森林,那么我们的水源就有保障,不会像双溪拉让(Sungai Rajang)伐木区那样受到污染。当我们的水质良好时,水分解成氧气和氢气的质量也会变好。”-UKAS刊  

Lihat

news

Sarawak Government Collaborates With World Bank To Assess Price Of Carbon Credits

SIMUNJAN: The Sarawak government is currently working closely with the World Bank in assessing the price of carbon credits. Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said that although there is no fixed international protocol on the calculation of carbon credits, there is a baseline for carbon calculation and the principle of carbon trading which now depends on the London Protocol. "Now we are working with the World Bank to assess the accounting principles for assessing carbon prices. "Carbon in trees where the value is compared to the price of carbon stored in mangroves has a different price because mangrove storage is greater than trees," he explained. He said this when met by reporters after officiating the Sarawak State Level International Forest Day 2024 at the Sabal Forest Reserve here on Saturday. To note, the London Protocol outlines strict monitoring and security measures for the transnational export and storage of CO2 with this legal framework ensuring that contracting parties must comply with regulations and restrictions to ensure marine protection while working towards a global energy transition. The Premier of Sarawak added that a protocol for setting carbon price values must be prepared and adopted based on the London Protocol. Meanwhile, he has also informed Prime Minister Dato' Seri Anwar Ibrahim that a protocol should also be implemented for carbon trading in Malaysia. "This is because carbon trading at the international level is between the governments of a country. "I told the (Federal) ministers that we need to upgrade the law from the point of view of energy and carbon trading where we need cross-border protocols between countries," he said. He further explained that the Malaysian Government needs a protocol as a start in carbon trading in addition to working with reliable sources such as the World Bank to avoid fraud in carbon trading. - UKASnews

Lihat

news

Timber No Longer Sarawak's Main Source of Income, Carbon Trading The Right Substitute

SIMUNJAN: The timber industry is no longer considered to be Sarawak's main source of income, but rather carbon trading as the right substitute to generate income for the state. Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said that now Sarawak has reduced up to five million cubic metres from eight million cubic metres of logging area. He explained that the current plan is to maintain forest coverage in Malaysia up to 65 percent with Sarawak the highest contributor of 42 percent of Malaysia's 62 percent. "The Sarawak government previously used timber resources as a source of income but now we have carbon where these trees are used as carbon storage. "Now that we have carbon trading, we no longer depend on tree cutting as the main source of income," he explained. He said this when met by reporters after officiating the Sarawak State Level International Forest Day 2024 at the Sabal Forest Reserve here on Saturday. The Premier of Sarawak added, the advanced technology of Light Detection and Ranging (LiDAR) which is a data analysis method capable of calculating the carbon on one tree will become a data center for carbon credits in addition to being a new method of forest management. He explained that the reforestation approach as a water catchment area is important in producing cleaner hydrogen than unpolluted water. "If we save our forest, then our water source is guaranteed where the water is not polluted like in Sungai Rajang which is a logging area. "When our water is of good quality, the breakdown of water into oxygen and hydrogen is also of good quality," he explained. - UKASnews

Lihat

news

砂拉越政府与世界银行合作评估碳信用额的价格

实文然:砂拉越政府目前正在与世界银行密切合作评估碳信用额的价格。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,虽然国际没有固定的碳信用额计算协议,但碳计算和碳交易的原则有一个基准,那就是以伦敦议定书为基础。 “现在我们正在与世界银行合作评估碳价格的计算原则。树木中碳的价值与红树林中储存的碳的价格相比,具有不同价格,因为红树林的碳储存量大于树木。” 他星期六在沙峇(Sabal)森林保留区举办的2024年砂级国际森林日庆典推展礼后,接受媒体访问时,这么说。 据了解,伦敦议定书概述了针对二氧化碳跨国出口和储存的严格监控与安全措施,有关法律框架确保缔约方必须遵守法规和限制,以确保海洋保护,同时努力实现全球能源转型。 砂拉越总理补充说,设定碳价格的协议必须根据伦敦议定书。 与此同时,他也知会首相拿督斯里安华,以便也在马来西亚实施碳交易。 “这是因为国际上的碳交易是在政府与政府之间进行的。我告诉(联邦)部长们,我们需要从能源和碳交易的角度提升法律,我们需要国家之间的跨境协议。” 他指出,马来西亚政府除了与世界银行等可靠银行合作之外,还需要一个协议作为碳交易的开始,以避免碳交易中出现欺诈行为。 -UKAS刊  

Lihat

news

Persembahan Kebudayaan Serikan Rumah Terbuka Gawai ADUN Tebedu

TEBEDU: Rumah terbuka anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada di kediamannya diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan. Antara persembahan menarik termasuklah tarian kebudayaan serta permainan peralatatan tradisional seperti persembahan permainan Pironcong, tarian sejinjag dengan menggunakan alat Pironcong oleh Kelab Mironcong kampung Pichin. Selain persembahan Pironcong, persembahan tarian lainnya turut di persembahkan oleh belia kampung Daha Kisau dan juga dari kampung Jenan termasuk dari kampung Krusen. Bukan hanya persembahan kebudayaan tetapi juga turut ditampilkan persembahan nyanyian Karaoke oleh artis tempatan seperti Harry dari kumpulan Acid Rain Jenny dan Morgan. Difahamkan rumah terbuka Dr Simon ini telah dibuka bermula jam 1.30 petang hingga jam 10 malam pada hari Sabtu. Setakat jam 3 petang tadi diramalkan sejumlah 1000 orang hadir ke rumah terbuka ini. Beliau berharap sambutan Gawai tahun ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturhim, toleransi, perpaduan diantara kaum khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dan Sarawak amnya. Hadir sama, ADUN Bukit Semuja John Ilus, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan) Datuk Amar Michael Manyin Jawong serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Tebedu. -EDISI UKAS

Lihat

news

200 Pelajar UNIMAS Anjur Program Khidmat Komuniti

SADONG JAYA: Seramai 200 pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan program khidmat komuniti melalui Program UNIMAS Riadah Komuniti bersama penduduk Kampung Sungai Putin di sini pada Sabtu. Dalam program tersebut, para pelajar terbabit telah meluangkan masa bersama kira-kira 200 penduduk kampung di situ dengan membuat pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, mengecat dewan, membersihkan kawasan tanah perkuburan, sesi pengenalan dan latihan memanah, ceramah kesedaran tentang alam semulajadi, pertandingan mewarna kanak-kanak dan banyak lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah hadir meluangkan masa beliau bersama pelajar-pelajar UNIMAS dalam majlis penangguhan program tersebut di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Putin. Awla berkata, program seumpama ini amat baik sekali sebagai pendedahan awal para pelajar dengan komuniti dan orang kampung. "Pada satu hari nanti, pelajar-pelajar di hadapan saya inilah yang akan mencorakkan negeri dan negara kita pada masa akan datang. "Dengan adanya program ini juga, ia boleh dijadikan sebagai satu pengalaman buat para pelajar semasa berada di alam pekerjaan satu hari nanti di mana kita juga akan bersemuka dan berinteraksi dengan komuniti-komuniti," katanya. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua para pelajar UNIMAS dan penduduk Kampung Sungai Putin di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Dalam kesempatan itu juga, Awla juga turut mengumumkan untuk menyumbangkan sebanyak 100 unit kerusi kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Putin. Hadir sama, Pengarah Program UNIMAS Riadah Komuniti Ahmad Nazit Morshidi, Pengerusi Program Projek Kesukarelawanan dan Khidmat Komuniti Yusup Mahrup, Penolong Jurutera UNIMAS Wan Hosen Wan Shekh, Penolong Hal Ehwal Islam UNIMAS Arif Mat, Ketua Zon 4 Rangawan Rafendy Ariffen dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Simunjan Bojeng Ali. -EDISI UKAS

Lihat

news

Persatuan Perlombongan British Columbia Berminat Jalin Kerjasama Bangunkan Industri Perlombongan Mineral Di Sarawak

Kuching: Persatuan Perlombongan British Columbia telah menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur dan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri perlombongan mineral di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama ini membawa peluang kepada pertukaran kepakaran, teknologi dan pelaburan yang boleh memberi impak positif kepada kedua-dua pihak. Katanya, ia selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mengembangkan industri berkenaan kepada ekonomi cergas berdasarkan prinsip Tata Kelola dan Ekonomi (ESG) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Beliau berkata demikian semasa mengetuai delegasi Sarawak dalam sesi libat urus dan perkongsian bersama Persatuan Perlombongan Kanada di Vancouver, Kanada pada Jumaat. Sesi libat urus itu turut memberikan pandangan dalam penggubalan dasar, strategi dan hala tuju perlombongan mineral di Sarawak serta rangka kerja perundangan dan institusi yang diperlukan. Pada masa sama, delegasi Sarawak juga berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver. Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Datu Lester Matthew.-Edisi UKAS

Lihat
PertamaSebelumnya2051205220532054205520562057205820592060SeterusnyaTerakhir