Persembahan Kebudayaan Serikan Rumah Terbuka Gawai ADUN Tebedu

Disiarkan pada 08 Jun 2024
Sumber Berita: UKAS




TEBEDU: Rumah terbuka anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada di kediamannya diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Antara persembahan menarik termasuklah tarian kebudayaan serta permainan peralatatan tradisional seperti persembahan permainan Pironcong, tarian sejinjag dengan menggunakan alat Pironcong oleh Kelab Mironcong kampung Pichin.

Selain persembahan Pironcong, persembahan tarian lainnya turut di persembahkan oleh belia kampung Daha Kisau dan juga dari kampung Jenan termasuk dari kampung Krusen.

Bukan hanya persembahan kebudayaan tetapi juga turut ditampilkan persembahan nyanyian Karaoke oleh artis tempatan seperti Harry dari kumpulan Acid Rain Jenny dan Morgan.

Difahamkan rumah terbuka Dr Simon ini telah dibuka bermula jam 1.30 petang hingga jam 10 malam pada hari Sabtu.

Setakat jam 3 petang tadi diramalkan sejumlah 1000 orang hadir ke rumah terbuka ini.

Beliau berharap sambutan Gawai tahun ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturhim, toleransi, perpaduan diantara kaum khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dan Sarawak amnya.

Hadir sama, ADUN Bukit Semuja John Ilus, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan) Datuk Amar Michael Manyin Jawong serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Tebedu. -EDISI UKAS