Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Datuk Rubiah Raikan 243 Asnaf Dalam Program P197 Samarahan Prihatin 2025 |
ASAJAYA: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkesempatan meraikan seramai 243 orang asnaf di kawasan Asajaya menerusi Program P197 Samarahan Prihatin 2025 yang berlangsung di Masjid Darul Rahmah, Kampung Tambirat Lot di sini, pada Jumaat. Program tahunan ini merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh beliau bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya menjelang ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Menurut Datuk Rubiah, program seumpama ini bukan sekadar bantuan malah menjadi tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan. "Saya berharap dengan bantuan yang diberikan, golongan asnaf dapat merasai sedikit kelapangan dan kebahagiaan serta menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan penuh keceriaan," katanya. Dalam program ini, pihak Tabung Baitulmal Samarahan turut menyumbangkan kain pelikat kepada asnaf lelaki dan telekung kepada asnaf perempuan. Datuk Rubiah dikesempatan itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Pejabat Daerah Asajaya, Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan, Ketua Kaum Kampung Tambirat Lot serta sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan program. "Tanpa sokongan dan usaha gigih daripada semua pihak, program ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan," tambahnya. Turut hadir, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin, Ketua Bahagian Tabung Baitulmal Samarahan Norzahan Bahani, Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang, Penghulu Kampung Tambirat Tamel Mohamad serta wakil agensi yang berkaitan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
GPS Tegas Perjuang Tuntutan Hak Minyak dan Gas Sarawak, Tidak Perlu Jawatankuasa Dwipartisan |
KOTA SAMARAHAN: Perjuangan tuntutan bagi minyak dan gas sudah jelas di bawah Gabungan Parti Sarawak dengan empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof merangkap Naib Yang Di-Pertua Kanan PBB berkata, tiada keperluan untuk PBB menubuhkan satu jawatankuasa dwipartisan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang tidak difahami tujuan cadangan tersebut. "Perjuangan sekarang di bawah GPS memang jelas di mana kita dulu konsisten dari dahulu. "Tetapi saya tidak pasti keikhlasan dan kesungguhan mereka sama ada ikhlas atau tidak tetapi mereka lebih banyak mengkritik GPS maka saya tidak tahu keikhlasan mereka di mana. "Maka saya anggap taklah (bagi penubuhan jawatankuasa tersebut)," katanya demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Masjid Darul Sabirin Kampung Empila pada Jumaat. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak yang mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Dwipartisan minyak dan gas yang dianggotai oleh PBB dan DAP bagi merangka strategi bersama dalam memperjuangkan hak negeri. Jelasnya, perjuangan minyak dan gas boleh disumbangkan melalui suara di Parlimen. Dalam pada itu, mengulas mengenai harga barangan dapur yang mencanak tinggi di Sarawak, Dato Sri Fadillah menyarankan agar membuat aduan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). "Saya akan rujuk kepada Menteri KPDN (Datuk Armizan Mohd Ali) bagi memantau keadaan harga termasuk stok barang dan sebagainya," jelasnya. Hadir sama, Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Residen Kota Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pan Borneo Dijangka Siap Sepenuhnya Tahun 2026 |
KOTA SAMARAHAN: Jalan Pan Borneo dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kemajuan yang kini masih berada di paras 99 peratus disebabkan isu pengalihan paip di Sibuti. "Kemajuan yang saya dimaklumkan adalah isu besar di sebelah Sibuti disebabkan pengalihan paip. "Kerja tidak dapat dibuat sehingga paip baru disiapkan maka sebab itu kemajuan Pan Borneo agak lambat. "Maka jangkaan di bahagian itu akan siap pada 2026 termasuk di kawasan Jakar, Sarikei yang mempunyai isu kini juga hampir siap. "Tapi boleh dikatakan Pan Borneo sudah siap sepenuhnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Masjid Darul Sabirin Kampung Empila, pada Jumaat. Ujarnya, kini fokus utama baharu adalah kepada pembangunan Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) di mana penganugerahan kontrak telah diberikan dengan fasa kini berjalan dengan baik. "Manakala Projek Trans Borneo yang dihubungi melalui negara Brunei Darussalam bagi menyambungkan jalan ke Lawas dan Limbang. "Yang ketiga adalah jajaran 'red line' iaitu jajaran di sepanjang jalan Trans Borneo dengan pakej pembangunan dibawah projek tersebut. "Jalan 'red line' ini adalah jalan raya lama namun standard bagi jalan tersebut tidak sama maka jalan ini perlu dinaik taraf, " tambahnya. Dalam pada itu, Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyaksikan simbolik penyerahan kemudahan dan sumbangan kepada 159 penerima dengan jumlah sumbangan bernilai RM27,710,693.90 Hadir sama, Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Residen Kota Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
KPWKM Anjur Majlis Iftar Kasih Ramadan, Perkukuh Ukhuwah |
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai program, termasuk Majlis Iftar Kasih Ramadan yang diadakan di sini, pada Jumaat. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, berkata kementerian dan agensi di bawahnya mengambil pendekatan berterusan bagi memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini. “Di peringkat kementerian, kita telah melancarkan Program Ihya Ramadan, 10 siri tazkirah Zohor, Kuiz Ramadan, Program Tadarus dan Khatam Al-Quran serta turut serta dalam World Quran Hour,” katanya dalam ucapan majlis berkenaan. Tambah beliau, jabatan dan agensi turut giat menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan ibadah Ramadan dalam kalangan warga kementerian. “Nampaknya, walaupun dalam keadaan berpuasa, warga kementerian kami tetap meriah dengan pelbagai aktiviti dan program,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa ibadah puasa bukan alasan untuk menjadi lemah sebaliknya ia mendidik umat Islam tentang kesabaran, ketahanan, dan keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab. Majlis tersebut turut dihadiri oleh 270 orang dari kumpulan sasar di bawah kementerian, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Datuk Abdullah Adakan Lawatan Kerja Di DUN Semop |
BINTANGOR: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol telah mengadakan lawatan kerja di beberapa buah kampung dalam kawasan DUN Semop selama dua hari berturut-turut. Dalam lawatan pada Jumaat itu, Datuk Abdullah telah mengunjungi Kampung Sebako, Kampung Kut, Kampung Semop, Kampung Sedo, Kampung Serdeng, Tanjung Bundong Bintangor dan Kampung Melayu Bintangor. Beliau juga telah menyampaikan peruntukan Geran Khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Noven, Kampung Perdana Selidap bernilai RM100,000 untuk menyimen perkarangan rumah panjang. Selain itu, JKKK Tanjung Bundong Bintangor turut menerima peruntukkan Geran Khas MRP bernilai RM 60,769.40 daripada Datuk Abdullah untuk membina sengkuap Dewan Tanjung Bundong Bintangor. Dalam masa yang sama, Datuk Abdullah turut menyampaikan peruntukan Geran Khas MRP kepada Masjid Darul Ibadah Kampung Tanjung Bundong Bintangor dan Surau Darul Taqwa Kampung Selemas Bintangor bernilai RM6,800 untuk menaiktaraf prasarana masjid dan surau masing-masing. Pada sebelah petang pula, Datuk Abdullah turut mengadakan perjumpaan bersama Exco PBB Cawangan N.46 Meradong dan Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Kampung Melayu Bintangor sempena Penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tahun 2025 di Kampung Melayu Bintangor. Manakala untuk Kampung Melayu di Sg Selemas Dan Tanjung Bundong diadakan di Dewan Tanjung Bundong Bintangor. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Program Pemerkasaan Panel Penilai AKPANS 2025 Jamin Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak Yang Cekap & Profesional |
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak, telah berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 yang berlangsung selama empat hari. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan panel penilai dalam meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam menilai agensi kerajaan. Fokus utama program ini adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan penilaian yang holistik. Elemen penting seperti ‘Malaysia Business Excellence Framework’ (MBEF) turut diterapkan bagi memastikan proses penilaian yang menyeluruh dan berkualiti. Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap aspek audit kualiti perkhidmatan, pematuhan prinsip tadbir urus yang baik, serta pembangunan komuniti dan kelestarian agensi pada masa depan. Pengarah STIU, Superi Awang Said, menyatakan bahawa pelaksanaan elemen Business Excellence ini menjadikan AKPANS setaraf dengan sistem penilaian antarabangsa yang digunapakai di 84 negara. “Pemerkasaan panel penilai menjamin ketelusan pemilihan penerima anugerah dan mendorong penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan awam,” katanya. STIU turut merakamkan penghargaan kepada 48 orang panel penilai atas dedikasi dan profesionalisme mereka sekaligus mencerminkan komitmen Perkhidmatan Awam Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Difahamkan, AKPANS 2025 akan bermula pada 8 April 2025 dengan taklimat kepada agensi yang terlibat, diikuti dengan penilaian kendiri, audit desktop, pembentangan, serta lawatan tapak. |
Lihat |
|
news |
政府研究修订儿童性犯罪法律的必要性 |
古晋:政府目前正在研究修改与儿童性犯罪有关的法律条款的必要性,以确保对犯罪者施加更严格、更适当的惩罚。 妇女、家庭及社会发展部长拿督斯里南茜苏克利表示,该部将对现有法律的实施情况进行全面研究,然后再对拟议的修正案做出任何决定。 “如果说这项法律需要修改,我需要首先审查和研究以前的惩罚措施是如何实施的,以及是否达到了预期的效果。” “此事需要调查,因为我们不想仓促做出涉及儿童福祉和安全的任何决定。” 她是在周五在马来西亚消防与拯救局(JBPM)砂拉越总部举行的山都望国会选区斋戒月捐赠仪式暨分粥活动后,在的新闻发布会上如是说。 她也接受访问,回应近期在社交媒体上引起广泛关注的案件,该案涉及一名继父在柔佛麻坡因偷拍并持有继女沐浴时的裸照及视频,被法院裁定有罪,并仅被判罚款6000令吉。 对此,拿督斯里南茜认为,该判决与罪行不相称,并希望检察官提出上诉,重新评估该判决。 “我们非常希望有关方面能进一步采取行动,因为儿童作为受害者,理应获得公正的裁决和适当的保护。” 她强调,虐待及性剥削儿童是一个严重的问题,需要各方重视,确保罪犯不会因轻判而逃脱应有的制裁。 另一方面,在当天的活动中,共有160名来自山都望国会选区的贫困受助者(asnaf)获得了斋戒月食品礼包。 作为斋月期间社区活动的一部分,拿督斯里南茜还花时间在大马消防与拯救局砂拉越总部前与公众打招呼,并向道路使用者派发粥。- UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
GPS坚决捍卫砂拉越石油与天然气权益,无需成立跨党派委员会 |
哥打三马拉汉:在砂拉越政党联盟下,捍卫石油和天然气权利的斗争非常明确,该联盟由4个成员党组成,即砂拉越土保党(PBB)、砂拉越人联党(SUPP)、砂拉越人民党(PRS)和民进党(PDP)。 副首相兼土保党高级副主席的拿督斯里法迪拉尤索表示,土保党没有必要与行动党(DAP)成立跨党派委员会,因为他们不了解该提议的目的。 “目前砂盟(GPS) 领导下的斗争非常明确,而我们一直保持一致。但我不确定他们的诚意和是否真的决心,他们更多是对砂盟的批评,所以我不知道他们的诚意在哪里。因此,我认为(成立该委员会)并不合适。” 他周五在甘榜恩皮拉(Kampung Empila)的达鲁沙比林清真寺(Darul Sabirin Mosque)举行的乡村及地区发展部(KKDW)2025年砂拉越级斋戒月慈善活动后,接受记者访问时。 他是在回应砂拉越行动党社青团(DAPSY)提议成立由土保党和行动党组成的跨党派石油与天然气委员会,以制定共同策略来争取砂拉越权益时,如此表示。 他解释说,石油与天然气权益的争取,可以通过议会投票来实现。 同时,针对砂拉越必需品价格飞涨的问题,拿督斯里法迪拉建议,向国内贸易及生活费部(KPDN)提出投诉。 “我将向国内贸易及生活费部部长(拿督阿米占)反映监控价格情况,包括商品库存等。” 出席仪式的还有乡村及地区发展部副部长拿督鲁比雅、乡村及地区发展部秘书长拿督慕凯尔、哥打三马拉汉省长莫哈末依旺和其他贵宾。 -UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
泛婆大道预计于 2026 年全面竣工 |
哥打三马拉汉:泛婆大道高速公路预计将于 2026 年全面竣工。 副首相拿督斯里法迪拉尤索表示,由于实务地的管道迁移问题,目前工程完成进度还处于 99%。 “据我了解,目前实务地的主要问题是管道迁移。由于新的管道尚未建成,施工无法开展,这也是为何泛婆达到的进度有所延误。 因此,预计该路段将在2026年完工,包括现有存在问题的泗里街椰甲地区的施工问题也接近解决。整体来说,泛婆达到已经基本完工。” 他周五在甘榜恩皮拉(Kampung Empila)的达鲁沙比林清真寺(Darul Sabirin Mosque)举行的乡村及地区发展部(KKDW)2025年砂拉越级斋戒月慈善活动后,接受记者访问时如是说。 他表示,目前新的重点是推进砂拉越 - 沙巴公路网络项目(SSLR)的开发,该项目的合同已经授予,目前工程进展顺利。 “至于跨婆罗洲大道(Trans Borneo Highway),该项目将通过汶莱连接到老越和林梦。第三是,‘红线’路线,即沿着跨婆罗洲大道与该项目下的发展计划的路线,这条‘红线’路是一条老路,道路标准不符合需求,所以这条路需要升级。” 与此同时,乡村和区域发展部(KKDW)斋戒月慈善活动向159名受惠者移交物资,捐赠总额为 2771万693令吉90仙。 出席仪式的还有乡村及地区发展部副部长拿督鲁比雅、乡村及地区发展部秘书长拿督慕凯尔、哥打三马拉汉省长莫哈末依旺和其他贵宾。 -UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
拿督阿都拉走访斯莫立法选区进行工作访问 |
民丹莪:砂拉越总理署副部长(企业事务、资讯及公关组)兼斯莫区立法议员拿督阿都拉赛多连续两天在斯莫立法选举的多个甘榜展开工作访问。 拿督阿都拉于周五访问了甘榜瑟巴戈、甘榜古特、甘榜斯莫、甘榜瑟多、甘榜瑟当、丹绒布东民丹莪及甘榜马拉友民丹莪。 他还向甘榜甘榜贝达纳瑟里达长屋的乡村发展与安全委员会((JKKK)颁发10 万令吉的乡村小型项目 (MRP)特别补助金,用于修建长屋大厅。 除此之外,丹绒布东民丹莪的乡村发展与安全委员会也获得拿督阿都拉拨款6万769令吉40仙的乡村小型项目特别补助金,为丹绒布东民丹莪建设一座礼堂。 与此同时,拿督阿都拉也移交6800令吉给甘榜丹绒布东民丹莪清真寺和甘榜瑟叻玛斯民丹莪祈祷室,以提升清真寺和祈祷室的基础设施。 当天下午,拿督阿都拉也与土保党 N.46 马拉端区部执委会及民丹莪甘榜马拉友的社区领袖举行会议,以讨论在民丹莪甘榜马来友举行的 2025 年开斋节活动。 与此同时,对于双溪瑟叻玛斯和丹绒布东的甘榜马拉友活动,则在民丹莪的丹绒布东礼堂举行。 - UKAS 刊 |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1811181218131814181518161817181818191820SeterusnyaTerakhir |