Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Raptai Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Sarawak Berjalan Lancar

KOTA SAMARAHAN: Raptai penuh bagi Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak 2025 telah berlangsung dengan lancar di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ini. Raptai ini diadakan bagi memastikan kelancaran majlis sebenar yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam ini. Acara ini bakal menyaksikan penyampaian hadiah kepada para Qari, Qariah, Hafiz dan Hafizah yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan tilawah dan menghafaz Al-Quran yang berlangsung sebelum ini. Raptai ini melibatkan semua pihak yang terlibat termasuk wakil dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pejabat Residen Bahagian Samarahan, urusetia pertandingan serta peserta yang bakal menerima anugerah. Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak 2025 merupakan acara tahunan yang bertujuan mengangkat martabat seni tilawah dan menggalakkan penghayatan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pada malam ini akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis serta memberi sokongan kepada para peserta yang telah berusaha dengan gigih dalam pertandingan ini.-EDISI UKAS

Lihat

news

200 Penerima Bantuan Kebajikan Samarahan Terima Sumbangan Hari Raya

ASAJAYA: Seramai 200 penerima bantuan kebajikan bulanan dari bahagian Kota Samarahan menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri sempena Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Masjid An-Najah, di sini pada Khamis. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program ini juga membantu meningkatkan kualiti hidup golongan kurang berkemampuan. "Setiap penerima menerima wang tunai RM100 serta hamper bernilai RM80 di mana secara keseluruhan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak memperuntukkan sebanyak RM1.61 juta bagi membantu 16,118 penerima di seluruh negeri termasuk 2,436 penerima di Bahagian Samarahan," katanya. Dalam majlis itu, tiga penerima bantuan perubatan turut menerima sumbangan khas iaitu Suria Saji dari Kampung Sambir, menerima bantuan rawatan dialisis bernilai RM29,600 setahun. Sementara itu, Aulia Syalmia Abdullah dari Kampung Belimbing Besi, Sebuyau menerima alat sokongan S.W.A.S.H bernilai RM3,769 manakala Shasya Nurizzati Akma Alwi Abdullah dari Kampung Bilis, Sadong Jaya menerima 36 tin susu Peptigro bernilai RM2,605 serta alat sokongan ‘Bilateral Solid Ankle Foot Orthosis and Child CP Standing Frame’ bernilai RM3,250. Dato Sri Fatimah dalam pada itu menegaskan bahawa bantuan kewangan bulanan amat penting untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pendidikan anak-anak, tambang rawatan serta perbelanjaan khas seperti susu dan lampin pakai buang. Majlis ini turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang, Timbalan Pengarah JKM Sarawak Norhayati Abdul Rahman, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan Pengiran Mohamad Najib Pengiran Mohamad. -EDISI UKAS  

Lihat

news

COMAC Berminat Kembangkan Perniagaan Di Sarawak

KUCHING: Syarikat pengeluar pesawat dari China, Commercial Aircraft Corporation of China Ltd. (COMAC) sedang meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka ke Sarawak. Perkara ini dibincangkan di antara Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama delegasi COMAC yang diketuai Ketua Pegawai Kewangan, Yu Xihai dalam satu kunjungan hormat di Wisma Sumber Alam di sini pada Khamis. Dalam kunjungan hormat tersebut, delegasi COMAC telah memperkenalkan produk pesawat keluarannya serta membincangkan potensi kerjasama dengan Sarawak. Ini sejajar dengan usaha kerajaan Sarawak untuk memperkukuh sektor penerbangan dan industri berkaitan. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Xing Wei Ping, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Dzulkornain Masron serta pegawai kanan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Jalan Kampung Nyelitak Ditambah Baik Dengan Peruntukan RM3.1 Juta

BALAI RINGIN: Projek naik taraf Jalan Kampung Nyelitak, yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin kini giat dilaksanakan dan dijangka siap pada September 2025. Dengan peruntukan sebanyak RM3.1 juta, projek ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan dalam memajukan kawasan di bawah naungan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Tinjauan di tapak projek mendapati aktiviti pembinaan sedang berjalan lancar dengan kehadiran jentera berat, pekerja, serta bahan binaan seperti pembentung. Kerja-kerja ini dijangka dapat memberikan impak positif terhadap keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya penduduk setempat yang bergantung kepada laluan tersebut untuk aktiviti harian mereka. Datuk Snowdan menjelaskan, pembangunan infrastruktur yang berterusan merupakan salah satu keutamaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar seperti Balai Ringin. Beliau menambah bahawa Kerajaan Sarawak komited dalam membawa lebih banyak kemajuan untuk memperkasa kawasan ini. Penduduk Kampung Nyelitak pula menyambut baik inisiatif ini dan berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual. Mereka percaya bahawa projek ini akan memberi manfaat besar dalam meningkatkan taraf hidup serta kemudahan asas kepada komuniti setempat. Projek ini juga menandakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar, sejajar dengan aspirasi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mengukuhkan lagi kemudahan asas di Sarawak. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Projek Pembinaan Ban RM2.5 Juta Simunjan Langkah Besar Tangani Banjir

SIMUNJAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Samarahan telah mengadakan sesi dialog bagi membincangkan projek pembinaan ban yang bakal dilaksanakan di Kampung Tebuan Iban, ke Kampung Sekendu dan Taman Hijrah. Majlis yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris pada Selasa bertujuan untuk berbincang dengan penduduk dan pemilik tanah yang terkesan dengan projek ini. Projek bernilai RM2.5 juta ini dijangka memberi impak besar terhadap kawasan pertanian serta memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut. Awla dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan menyatakan bahawa projek ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan risiko banjir, tetapi juga memberikan ruang yang lebih baik untuk pembangunan sektor pertanian. “Dengan adanya sistem tebatan banjir yang lebih efisien, kami yakin ia akan meningkatkan hasil pertanian dan memastikan keselamatan penduduk dari ancaman banjir,” katanya. Beliau juga menegaskan bahawa tiada pampasan akan diberikan kepada pihak yang terkesan kerana projek ini bertujuan untuk kemajuan bersama. Projek sepanjang 3,299 meter ini termasuk pembinaan dua pintu air, dijangka memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat. Dengan kerjasama semua pihak, projek ini diharap dapat memberikan impak positif yang besar dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk, terutama dalam sektor pertanian dan mengurangkan risiko banjir. Sesi dialog ini turut memberi peluang kepada penduduk untuk menyuarakan kebimbangan mereka, dan segala isu yang timbul akan diberi perhatian serius oleh pihak DID. Hadir sama dalam sesi ini adalah Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) Anuar Da'an, Pegawai Daerah Simunjan Sanuyah Mohamad dan Tuai Rumah Kampung Sekendu Baru Taffy Minchong. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Pertimbangkan Usul Penanaman Nanas SG1, Bantu Kembang Industri Pertanian

MUKAH: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) menggesa agar penanaman nanas varieti Sarawak Gold 1 (SG1) dipertimbangkan segera untuk memperkukuhkan industri pertanian di wilayah ini. Saranan ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, semasa lawatan kerja sehari beliau ke tapak ladang nanas yang diusahakan oleh LCDA Agri Business Sdn Bhd (LABSB) di Mukah pada Rabu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Operasi LABSB, George Lentton Indang, yang membentangkan perkembangan terkini ladang nanas LCDA seluas 52 hektar, yang kini menanam nanas varieti MD2 dan Golden Diamond. Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Lembaga Pengarah LABSB turut berkongsi tentang usaha M-FICORD dalam menjamin kelestarian industri makanan dan merancang pengembangan industri nanas di Sarawak. “Lawatan ini menyokong perancangan pengembangan pertanian Sarawak menjelang tahun 2030 dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada ekonomi tempatan serta meningkatkan daya saing produk pertanian Sarawak di peringkat global,” katanya. Penanaman nanas varieti SG1 dianggap sebagai langkah penting dalam memperkasa sektor pertanian dan meningkatkan hasil pertanian Sarawak ke pasaran global. Langkah ini juga diharapkan dapat memberikan impak positif kepada ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Pegawai CEIO Perlu Berani Tegur Kesalahan Dalam Jabatan

KUCHING: Pegawai Certified Integrity Officer (CEIO) perlu berani menegur sebarang kesalahan dalam jabatan masing-masing bagi memastikan tiada salah guna kuasa berlaku, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Dr Juanda Jaya. Menurutnya, CEIO mempunyai amanah besar dalam membantu kerajaan memerangi salah guna kuasa bermula dari peringkat akar umbi. “Bila kita dah dapat amanah sebagai CEIO, kita punya banyak peluang untuk bantu pihak kerajaan memerangi salah guna kuasa bermula daripada peringkat akar umbi. “Sama ada dengan teguran secara langsung terhadap perlakuan berkenaan atau memaklumkan kepada ketua jabatan tentang hal pentadbiran. Ini kerana perlakuan rasuah bermula daripada ‘mild administration’ dan ia mesti disekat dari awal,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Citra Diri Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Sarawak di sini pada Khamis. Dato' Dr Juanda turut menegaskan bahawa pegawai CEIO tidak perlu takut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kerana perlindungan daripada pihak atasan adalah sesuatu yang pasti. “Kalau kita berani melakukan tindakan menjaga jabatan masing-masing, perlindungan dari pihak atasan itu adalah sesuatu yang pasti. “Jangan takut atau gentar fikirkan jika kita mengadu tidak akan dinaikkan pangkat atau dipindahkan jabatan, tapi apakan daya kita sudah menjadi CEIO,” katanya. Program Citra Diri CEIO Sarawak diadakan bagi memperkasakan pegawai integriti dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan serta memastikan amalan tadbir urus yang telus dan berintegriti dalam perkhidmatan awam.-EDISI UKAS  

Lihat

news

FGV Perkukuh Operasi Perladangan & Logistik Di Sarawak

KUCHING: FGV Holdings Berhad komited untuk memperluaskan operasinya dalam sektor perladangan sawit, logistik dan infrastruktur berkaitan di Sarawak dengan fokus kepada pelaburan strategik dan kerjasama dengan kerajaan negeri. Perkara ini menjadi tumpuan dalam kunjungan hormat Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa terhadap Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam di sini kelmarin. Menurut Tan Sri Rastam, FGV kini mengendalikan ladang dan kilang sawit di Lundu dan Miri, selain berminat untuk meluaskan kehadirannya dalam industri penyimpanan minyak kelapa sawit di Pelabuhan Tanjung Manis dan Sibu melalui kerjasama dengan rakan niaga tempatan. Beliau turut menegaskan komitmen FGV dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak, bukan sahaja dalam sektor perladangan tetapi juga pembangunan infrastruktur berkaitan. Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah menyambut baik usaha FGV untuk memperkukuh kehadiran di Sarawak dan menzahirkan sokongan kerajaan negeri terhadap langkah-langkah strategik syarikat tersebut. Perbincangan dalam kunjungan itu turut menyentuh peluang kerjasama masa depan antara FGV dan kerajaan negeri bagi memperkukuh sektor perladangan serta menyokong pembangunan ekonomi negeri secara mampan. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Najais dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah.-EDISI UKAS  

Lihat

news

COMAC Interested In Expanding Business In Sarawak

KUCHING: Chinese aircraft manufacturer, Commercial Aircraft Corporation of China Ltd (COMAC) is exploring opportunities to expand its business to Sarawak. This matter was discussed between the Deputy Premier of Sarawak and Minister of International Trade, Industry and Investment (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan and a COMAC delegation led by its Chief Financial Officer, Yu Xihai during a courtesy call at Wisma Sumber Alam on Thursday. During the courtesy call, the COMAC delegation introduced its aircraft products and discussed potential cooperation with Sarawak. This is in line with the Sarawak Government's efforts to strengthen the aviation sector and related industries. Also present were Consul General of the People's Republic of China in Kuching, Xing Wei Ping, MINTRED Deputy Minister, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, MINTRED Permanent Secretary, Dzulkornain Masron, and senior officials from the Sarawak Ministry of Transport. -UKASnew

Lihat

news

COMAC Bisi Ati Deka Ngemansang Pengawa Dagang Di Sarawak

KUCHING: Kompeni pengeluar bilun ari menua China iya nya Commercial Aircraft Corporation of China Ltd. (COMAC) benung nyidi awak ngerembaika dagang sida ke Sarawak. Pekara tu dirandau Sapit Premier Sarawak ke mega Menteri Dagang Antarabansa, Industri enggau Meranak Puku Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan enggau deligit COMAC ti betuaika Tuai Pegawai Pekara Wang, Yu Xihai maya penemuai basa di Wisma Sumber Alam ditu, Hari Empat. Maya penemuai basa nya, deligit COMAC nerangka produk bilun sida sereta berandauka pengulih kerejasama enggau Sarawak. Tu seriris enggau pengawa perintah Sarawak ti deka ngenegapka sektor penerebai bilun enggau industri ti bekaul. Sama bisi datai, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Xing Wei Ping, Sapit Menteri Dagang Antarabansa, Industri enggau Meranak Puku Sarawak Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Sekretari Mendam Opis Menteri Dagang Antarabansa, Industri enggau Meranak Puku Sarawak (MINTRED) sereta pegawai kanan ari Opis Menteri Pengangkut Sarawak.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya1691169216931694169516961697169816991700SeterusnyaTerakhir