Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Klinik Kesihatan di Bintulu Perlu Ditambah |
KUCHING: Terdapat keperluan untuk menambah bilangan klinik kesihatan di Bintulu bagi menampung fasiliti kesihatan di situ. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, ia berikutan Hospital Bintulu semakin sesak berikutan peningkatan jumlah pesakit. “Klinik Kesihatan tambahan di Bintulu dijangka mampu mengurangkan beban yang kini ditanggung oleh Hospital Bintulu. “Jika klinik kesihatan bertambah, ia akan berfungsi sebagai pusat rawatan kesihatan harian bagi kes-kes ringan, menyediakan ruang kepada hospital utama untuk memberi tumpuan kepada kes-kes kritikal dan rawatan berintensiti tinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Tegasnya, langkah ini dilihat sebagai langkah efektif yang dapat memberikan pemilihan penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses oleh komuniti setempat, sekaligus mengurangkan waktu menunggu di hospital utama. Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai isu banjir yang teruk semasa musim monsun di kawasan perumahan lama Bintulu dan berharap agar pihak berkuatkuasa seperti Kerajaan Tempatan dapat memberi keutamaan terhadap peningkatan sistem perparitan di kawasan tersebut. Jelasnya, kawasan-kawasan ini mudah terdedah kepada banjir kerana sistem perparitan lama tidak lagi mampu menampung jumlah hujan yang tinggi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Lingga Mohon Siasat Isu Kerugian Ladang Kelapa Sawit Felcra Berhad Batang Lupar |
KUCHING: Ladang Kelapa Sawit Felcra Berhad Batang Lupar yang terletak di Kampung Lingga telah menghadapi kerugian hampir setiap tahun sejak penubuhannya pada 2008, yang berlarutan lebih 10 tahun lamanya. Statistik dan laporan perolehan ladang bagi tempoh 2013 hingga April 2022 menunjukkan bahawa 122 peserta atau waris ladang sawit tersebut hanya menerima dividen keuntungan sebanyak tiga kali, iaitu pada 2016, 2019 dan 2022. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, kerugian yang berterusan ini telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan peserta dan waris ladang yang mengakibatkan 95 orang daripada mereka berhasrat untuk menjual lot ladang seluas 470 hektar kepada Felcra Berhad atau pihak swasta bagi memastikan hutang kos operasi ladang tersebut dapat dilangsaikan. "Merujuk kepada Surat perjanjian antara Felcra Berhad dan peserta pada tahun 2010, Fasal 18 iaitu setelah peserta menjelaskan semua wang yang perlu dibayar mengikut perjanjian ini, pengurusan tanah tersebut akan diserahkan kembali kepada peserta tertakluk kepada persetujuan kedua belah pihak. "Bermaksud, lot tanah tersebut tidak dapat diserah atau dituntut oleh peserta mahupun waris sekiranya hutang kos operasi ladang sawit masih tidak dapat dilangsaikan kepada Felcra Berhad,"katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Sehubungan itu, Dayang Noorazah momohon Kerajaan Sarawak untuk menyiasat isu ini dengan lebih mendalam dan memberikan bantuan yang sewajarnya agar nasib rakyat di kawasannya tidak terabai memandangkan ladang tersebut merupakan sumber pendapatan utama bagi kehidupan mereka, yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Dalam perbahasan sama, turut dibangkitkan adalah isu mengenai Projek Kolam Ikan Air Tawar (PBAP) di Kampung Tanjung Jaya, Lingga yang ditubuhkan sejak 1983 di bawah Jabatan Perikanan Darat Sarawak dan Jabatan Pertanian. Beliau mencadangkan agar Kerajaan Sarawak melaksanakan projek pertanian baharu, di samping menetapkan syarat kepada mana-mana syarikat swasta yang terlibat dalam aktiviti pertanian untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) terlebih dahulu bagi memastikan kawal selia yang lebih efisien dan teratur. Selain itu, Dayang Noorazah juga memohon agar Kerajaan Sarawak memperuntukkan projek membina infrastruktur pertanian dan projek 'Flood Mitigation' Fasa 2 di Daerah Kecil Maludam dalam Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas (RMK-13) yang akan datang.-Edisi UKAS |
View |
|
news |
MA63: 10 Matters Agreed By Federal Government On Education Management |
KUCHING: About 10 matters have been agreed upon by the Federal Government in the management of education administration through the Malaysia Agreement 1963 (MA63). Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Law, MA63 and State-Federal Relations), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali said, among the matters agreed were strengthening the involvement between the Sarawak State Education Department and the Sarawak Ministry of Education, Innovation and Talent Development, and the Sarawak Government's permission to employ Contract of Service Teachers subject to appointment by the Education Services Commission. Meanwhile, implementing assessments for year six and form three students subject to conditions from the Ministry of Education Malaysia, implementing Technical and Vocational Education and Training (TVET) programmes based on the needs of the Sarawak Government as well as the Sarawak Government's involvement in planning education development projects were also agreed upon by the Federal Government. "Others include setting the time allocation for Islamic education that does not interfere with other subjects especially STEM, sharing information on the transfer of senior officers from the Sarawak State Education Department to the headquarters of the Ministry of Education Malaysia, channelling allocations for the Professional Development Programme, channelling expenses and managing operations to the Sarawak State Education Department and sharing education data," she said. She said this when answering a question posed by Opar Assemblyman, Billy Sujang during the 19th Sarawak Legislative Assembly Sitting on Friday. For health services, she said several working committees have been established to discuss and resolve requests submitted by the Sarawak Government. Meanwhile, the Federal Government has provided close cooperation to the Sarawak and Sabah Governments to improve the smooth running of health services, especially the improvement of the Digital License Renewal (CKAPS) work process. "Various issues were discussed showing positive developments, including improving the standard of health facilities and dilapidated health clinics and the Sarawak Health Facilities Pilot Project," she said. -UKASnews |
View |
|
news |
PBT Perlukan Lebih Peruntukan Untuk Berkhidmat |
KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan lebih banyak peruntukan agar berada dalam kedudukan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang berkata, PBT seperti Majlis Bandaraya Miri merupakan barisan hadapan kerajaan negeri tetapi sedang menghadapi kekangan kewangan yang serius selama ini. Menurutnya, tidak terdapat sebarang peningkatan dalam pendapatan hasil kerana pendapatan hasil utama daripada kadar taksiran tidak dinaikkan sejak tahun 2004 tetapi peningkatan minimum 0.5 peratus pada tahun 2024 dalam kes Majlis Bandaraya Miri. “Itu adalah peningkatan minimum dalam selang 20 tahun. Pada masa yang sama, perbelanjaan Majlis Bandaraya Miri telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun berikutan peningkatan kos bahan, perkhidmatan dan upah,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa membahasakan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Katanya, peranan majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Miri telah berkembang dengan ketara selaras dengan perubahan masa dan keadaan. “Sebagai contoh, perkhidmatan menyah cemar tangki septik yang wajib dikenakan kos tambahan RM5 hingga RM6 juta setahun dan kos pengurusan sisa telah meningkat seiring dengan pertambahan penduduk,” ujarnya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
RM3.9 Bilion Diperlukan Bina Jalan Hubungkan Daerah Kecil Long Bedian |
KUCHING: Kira-kira RM3.9 bilion diperlukan untuk membina jalan baru sejauh kira-kira 300 kilometer (KM) bagi menghubungkan Daerah Kecil Long Bedian di Telang Usan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau berkata, anggaran kos tersebut dibuat berdasarkan survei dan data yang dikumpulkan, di mana cadangan jalan yang akan dibina itu adalah standard JKR jenis R3 termasuk beberapa jambatan dan kemudahan lain. Katanya, apabila siap kelak, jalan tersebut bakal memberi manfaat kepada kira-kira 33 penempatan etnik Penan dan Kayan. Antara perkampungan Penan dan Kayan yang bakal menikmati jalan baru tersebut adalah Long Atip, Long Watt, Long Tujang, Long Buang, Long Bemang, Long Win, Long Bangan, Long Jenalong, Long Latei, Long Liwok, Long Nen, Long Karangan, Long Kevuk, Long Leng, Long Urang, Long Kawa, Ba Selulong, Ba Siang, Long Belok, Long Sayan, Long Daloh, Long Daloh Bistari, Long Anyat, Long Luteng, Long Itam Bunau, Long Itam Asal, Long Lilim, Ba Pakan, Ba Kabeng, Long Melangit, Long Senyai, Long Tebangan dan Long Tap. “Permohonan ini saya kemukakan dalam ucapan perbahasan pada persidangan Ogos lepas pada Mei 2024. “Saya bersyukur kerana Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah meminta perkara ini untuk dikaji lebih lanjut.” Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Menyentuh perkara lain, beliau mahu kerajaan negeri meneruskan inisiatif kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur asas di kawasan luar bandar yang dilaksanakan oleh tiga syarikat tempatan. Katanya, inisiatif di bawah ‘Kontrak Bertempoh Untuk Penyelenggaraan Jalan Luar Bandar’ itu telah membawa kelegaan kepada beberapa rumah panjang di kawasannya dan juga di Mulu. “Sebagai sebuah kawasan yang luas dan sangat ‘ulu’ lagi dengan beribu-ribu kilometer jalan bumi yang menjadi rangkaian talian komunikasi asas, saya menggesa kerajaan negeri untuk meneruskan inisiatif itu sambil melihat cara untuk menambah baiknya terutama mengenai jumlah dana yang diperuntukkan.” - EDISI UKAS |
View |
|
news |
西连省卫生局采取行动解决B型肝炎问题 |
古晋:西连省卫生局已采取各种公共卫生措施,以应对在该地区日益令人担忧的B型肝炎问题。 砂拉越公共卫生、房屋和地方政府副部长拿督程明智表示,将彻底调查每一起报告的B型肝炎病例,同时建议患者的密切接触者接受筛查测试。 此外,他表示,患者及其密切接触者也会接受有关病毒危险性和预防措施的个别健康教育。 “在新生村医疗诊所和巴莱林吟医疗诊所都右家庭专科医生值班,而在西连医院也有专科医生和儿科医生负责管理和监测B型肝炎病例。西连医院还为感染B型肝炎的母亲的新生儿提供B型肝炎免疫球蛋白,以防止母婴传播。” 他是在周五第19届砂拉越立法议会会议上回答打必祿区立法议员西蒙西南提问时,如是说。 早些时候,西蒙西南询问,砂公共卫生、房屋及地方政府部在处理该区和砂拉越的肝炎问题方面所采取的行动。 对此,拿督程明智表示,西连省卫生局每年积极为儿童举办社区健康讲座,以提高人们对B型肝炎感染危险的认识。 当被问及西连的B型肝炎病例时,拿督程明智表示,截至2024年10月,病例数量已减少至 76宗,而2023年记录的病例为223宗。 B型肝炎是一种危险的疾病,但可以通过疫苗接种等有效的预防措施来预防。 马来西亚卫生部已推出B型肝炎疫苗,作为国家免疫计划(NIP)的一部分,为新生儿注射B型肝炎疫苗,以预防从小感染,从而有助于减少该病毒在社区的传播。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Pejabat Kesihatan Bahagian Serian Ambil Tindakan Tangani Isu Hepatitis B |
KUCHING: Pejabat Kesihatan Bahagian Serian telah melaksanakan pelbagai langkah kesihatan awam untuk menangani isu Hepatitis B iaitu penyakit hati yang semakin membimbangkan di kawasan tersebut. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, setiap kes Hepatitis B yang dilaporkan akan disiasat secara menyeluruh, manakala kontak rapat pesakit dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan. Selain itu menurutnya, pesakit dan kontak rapat mereka turut menerima pendidikan kesihatan secara individu mengenai bahaya dan langkah pencegahan virus tersebut. "Terdapat Pakar Perubatan Keluarga (FMS) yang bertugas di Klinik Kesihatan Siburan dan Klinik Kesihatan Balai Ringin, manakala doktor pakar dan pakar kanak-kanak juga tersedia di Hospital Serian untuk menguruskan dan memantau kes-kes Hepatitis B. "Hepatitis B Immunoglobulin juga disediakan di Hospital Serian bagi bayi yang ibunya dijangkiti Hepatitis B, sebagai langkah pencegahan penularan dari ibu kepada anak,"katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Terdahulu, Dr Simon telah bertanya mengenai tindakan MPHLG dalam menangani isu penyakit Hepatitis di kawasan beliau dan Sarawak amnya. Dalam pada itu, Datuk Michael memberitahu, Pejabat Kesihatan Bahagian Serian juga telah aktif menganjurkan ceramah kesihatan komuniti dalam kalangan kanak-kanak sekolah setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya jangkitan Hepatitis B. Ditanya mengenai bilangan kes hepatitis B di bahagian Serian pula, jawab Datuk Michael, jumlah kes setakat Oktober 2024 mencatatkan penurunan kepada 76 kes, berbanding 223 kes yang dicatatkan pada 2023. Hepatitis B adalah penyakit yang berbahaya tetapi boleh dicegah melalui langkah-langkah pencegahan yang berkesan seperti vaksinasi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan vaksin Hepatitis B sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), yang diberikan kepada bayi baru lahir bagi mencegah jangkitan berkenaan sejak usia muda, sekali gus membantu mengurangkan penularan virus ini dalam kalangan masyarakat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
EIC Connect Energy Borneo Inisiatif Capai Emisi Karbon Sifar 2050 |
KUCHING: Persidangan EIC Connect Energy Borneo dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 26 Februari 2025 akan menjadi platform utama bagi memperkukuhkan kerjasama dalam usaha mencapai emisi karbon sifar bersih menjelang 2050. Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, persidangan akan diadakan di Hikmah Exchange ini bakal menghimpunkan pemimpin kerajaan dan pakar industri dari Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan dengan matlamat untuk menerajui peralihan tenaga yang lebih bersih dan mampan di rantau ini. “Perkongsian yang akan terjalin sepanjang dua hari konferensi ini akan memberi tumpuan kepada pencapaian sifar karbon sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, tindakan kolaboratif dalam mencapai sinergi serantau, serta strategi untuk memperkukuh keselamatan tenaga. “Komitmen-komitmen ini amat penting kerana kita berusaha menyelaraskan objektif dengan matlamat tenaga global, sambil memperkukuh kestabilan ekonomi di kawasan kita,” ujarnya dalam sidang media EIC CONNECT di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat. Tambahnya lagi, platform ini sekaligus menawarkan peluang kepada pemimpin-pemimpin negara untuk menjalin hubungan strategik menerusi pertemuan eksklusif, serta membina perkongsian yang berpotensi menghasilkan inisiatif yang memberi impak besar dalam sektor tenaga. Pada masa sama, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut diberi platform untuk mempamerkan inovasi dan kebolehan mereka, membuka peluang bagi mengembangkan perusahaan dalam bidang tenaga yang lebih berdaya saing. Hadir sama ialah Pengarah Serantau APAC untuk Energy Industries Council merangkap penganjur EIC CONNECT Energy Borneo 2025, Azman Nasir. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pertimbang Cadangan Jadikan Long San Sebagai Daerah Penuh |
KUCHING: Masyarakat di Long San, Telang Usan menaruh harapan agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan permohonan untuk menjadikan kawasan itu sebagai daerah kecil. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau berkata cadangan itu berikutan Daerah Kecil Long Lama telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh. Menurutnya, perancangan awal adalah untuk Pejabat Daerah Telang Usan menjadi tapak di Bandar Baru Telang Usan dalam Pelan Induk Hidro Baram. Dennis turut mencadangkan agar pusat perkhidmatan Kerajaan diwujudkan di Long San bagi membolehkan penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan kerajaan dengan baik. “Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk meneliti perkara ini dan mungkin untuk memulakan pelaksanaan Daerah Kecil Long San secepat mungkin bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan berkualiti yang dijanjikan kerajaan dapat dibuat.” Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Dalam perkembangan lain, Dato Dennis menawarkan kawasan Long Lama untuk dipertimbangkan sebagai salah satu tapak untuk dibangunkan menjadi zon Perindustrian di negeri ini. Ujarnya, antara industri yang boleh berkembang di situ ialah proses hiliran sarang burung serta industri berasaskan kayu dan buluh. “Dengan perhubungan jalan raya yang lebih baik yang menghubungkan Long Lama ke bandar dan bandar utama di negeri ini, ini akan menyediakan pemangkin pertumbuhan.” Beliau turut menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan skim perumahan di Pusat Pertumbuhan Luar Bandar Long Lama. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Tuntut Hak Minyak & Gas Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan |
KUCHING: Tuntutan Kerajaan Sarawak terhadap sumber minyak dan gas di dasar laut serta tanah bawah pelantar benua adalah berasas dan sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menegaskan bahawa Sarawak menjunjung tinggi hak-hak yang diperuntukkan di bawah undang-undang negara dan negeri, termasuk hak untuk mengeluarkan lesen penerokaan, pajakan perlombongan serta sijil perlombongan petroleum. "Ordinan Perlombongan Minyak merupakan undang-undang yang berada dalam bidang kuasa perundangan Sarawak untuk digubal. "Ordinan ini kekal sah, berkuat kuasa dan belum dimansuhkan," katanya. Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Dato Ibrahim turut menegaskan bahawa hak Kerajaan Sarawak untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undangnya tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Beliau menyifatkan sebarang tindakan yang mencabar hak dan kuasa perundangan Sarawak sebagai melanggar peruntukan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai pembangunan Pusat Inovasi Digital di kawasan Satok yang dijangka siap dalam masa terdekat. "Pusat inovasi ini memiliki potensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dengan menyediakan ruang kepada syarikat pemula (start-up) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan pusat ini sebagai pangkalan operasi mereka," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Dato Ibrahim turut mencadangkan agar Pusat Sukan Satok dinaik taraf, bagi meningkatkan kapasiti pusat tersebut supaya dapat menampung lebih ramai penduduk setempat bagi melaksanakan aktiviti serta pertandingan sukan. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1351135213531354135513561357135813591360NextLast |