Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Penubuhan UNIFOR Bukti Kerajaan Sarawak Pastikan Keterangkuman Sosial Tanpa Kira Kaum & Agama |
LIMBANG: Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Premier Sarawak sejak tahun 2017 membuktikan Kerajaan Sarawak sangat serius dan komited untuk memastikan impian keterangkuman sosial, perpaduan dan kebajikan rakyat Sarawak tercapai tanpa mengira kaum dan agama. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, UNIFOR telah memberi dana bantuan sebanyak RM475 juta kepada rumah ibadat agama-agama lain di Sarawak, termasuk Buddha, Kristian, Tao, Baha’i, Sikh dan Hindu berasaskan prinsip inklusiviti sosial. Menurutnya, projek-projek ini termasuk projek bina baru, baik pulih, ubah suai, penyelenggaraan, dan/atau pembelian alat kelengkapan serta alat-alat keagamaan untuk rumah ibadat agama-agama lain. "Selain itu, bantuan dana UNIFOR berjumlah RM90 juta juga diberikan kepada sekolah-sekolah mubaligh di Sarawak sejak tahun 2021. Maksudnya, RM565 juta telah diperuntukkan kepada UNIFOR oleh kerajaan Sarawak. "Bantuan kewangan untuk rumah ibadat agama-agama lain dan sekolah mubaligh mencerminkan dedikasi Kerajaan Sarawak dalam mempromosikan keterangkuman sosial serta memastikan bangunan mereka berada dalam keadaan yang selesa dan selamat untuk digunakan promosi keterangkuman," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Kesyukuran Agama-agama Lain sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di sini pada Rabu. Premier Sarawak menambah, mlai tahun ini, UNIFOR telah berganding bahu dengan Juruukur Bahan dari Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk memperkukuhkan kepakaran teknikal UNIFOR dalam penilaian permohonan geran. Katanya, ini khususnya dalam pengesahan jumlah geran yang diminta berbanding skop kerja projek yang dicadangkan. "Inisiatif ini memastikan bahawa jumlah permohonan adalah telus, munasabah dan selaras dengan keperluan sebenar rumah ibadat," jelasnya. Majlis yang disambut secara tahunan ini turut dihadiri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Ke-17) Peringkat Sarawak Tahun 2025, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, Pengarah UNIFOR, Dato Georgina Apphia Ngau serta tetamu yang lain.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
RTP Kabong 2026 Fokus Pembangunan Seimbang, 25 Projek Dirancang Bernilai RM5 Juta |
KUCHING: Perancangan pembangunan fizikal yang lebih seimbang dan berimpak tinggi menjadi tumpuan utama dalam Bengkel Penyediaan Senarai Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong 2026. Bengkel diadakan pada 10 hingga 11 Jun di Kuching itu telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir. Dalam bengkel tersebut, beliau telah menyaksikan penyelarasan perancangan 25 projek pembangunan untuk kawasan Kabong dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta. Projek-projek tersebut merangkumi tiga sektor utama yang menyentuh keperluan asas rakyat iaitu jalan dan jambatan sebanyak 11 projek dengan peruntukan berjumlah RM2.16 juta, kemudahan pembinaan sebanyak tujuh projek dengan peruntukan berjumlah RM1.42 juta dan sektor sosial sebanyak tujuh projek dengan peruntukan RM1.42 juta. Tiga agensi pelaksana utama dikenal pasti untuk menjayakan projek-projek berkenaan ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Saratok (MDS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID). Menurut Dato Mohd Chee, setiap projek yang dicadangkan bukan sahaja bersifat prasarana, tetapi juga menyasarkan kesejahteraan dan kemudahan rakyat. Justeru, beliau menegaskan keperluan kerjasama strategik antara semua agensi pelaksana agar hasil pembangunan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
UNIFOR Exemplifies Sarawak’s Commitment To Social Inclusivity |
LIMBANG: The establishment of the Unit For Other Religions (UNIFOR) under the Sarawak Premier's Department in 2017 is a clear reflection of the Sarawak Government’s commitment in ensuring social inclusivity, unity, and the well-being of all Sarawakians, irrespective of race or religion. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said UNIFOR has channelled a total of RM475 million in aid to houses of worship across Sarawak, including Buddhist, Christian, Taoist, Baha’i, Sikh, and Hindu houses of worship, based on the principle of social inclusivity. He said this includes funds for projects involving new constructions, repairs, renovations and maintenance, as well as the procurement of equipment and religious items for the respective houses of worship. “Additionally, UNIFOR has disbursed RM90 million in funding to missionary schools across Sarawak since 2021. This means that a total of RM565 million has been allocated to UNIFOR by the Sarawak Government. “These financial grants to the houses of worship and missionary schools reflect the Sarawak Government’s unwavering dedication to promote social inclusivity, while also ensuring that their buildings remain safe and comfortable for use,” he said. He said this in his text of speech read by Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas during the Thanksgiving Ceremony of Other Religions in conjunction with the 2025 Sarawak-Level Yang di-Pertuan Agong's Official Birthday Celebration, here on Wednesday. Also present were Minister for Education, Innovation and Talent Development who is also the Minister-In-Charge of the celebration, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Deputy Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Member of Parliament for Lawas, Dato Henry Sum Agong, Batu Danau Assemblyman, Dato Paulus Palu Gumbang, Sarawak Police Commissioner, Dato Mancha Ata, UNIFOR Director, Dato Georgina Apphia Ngau, and other guests. The Sarawak Premier added that since this year, UNIFOR has partnered with quantity surveyors from the Sarawak Public Works Department (JKR) to strengthen the unit’s technical expertise in evaluating grant applications. He said this focuses on verifying the requested grant amounts against the proposed project scopes. “This initiative ensures that all grant applications are transparent, reasonable, and aligned with the actual needs of the houses of worship,” he pointed out. -UKASnews |
View |
|
news |
Tegas Digital Village Adakan Kunjungan Hormat Kepada Pengarah UKAS |
KUCHING: Pihak Tegas Digital Village telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan dengan tujuan untuk menjalin hubungan strategik jangka panjang serta memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelbagai inisiatif pada masa hadapan. Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tegas Digital Village, Udin Bujang, bersama barisan pengurusan kanan termasuklah Pengurus Kanan Tegas Community Innovation Learning, Fredick Kevin Buseli, Pengurus Program dan Perkongsian, Afida Khasuma; Pengurus Komunikasi Korporat & Sekretariat, Mohd Shafiee Emund; Eksekutif Korporat, Lista Narawi dan Penolong Eksekutif (Pejabat CEO), Komunikasi Korporat dan Sekretariat Sharifah Farah. Kunjungan tersebut dilihat sebagai satu langkah penting untuk merintis potensi kolaborasi strategik antara Tegas Digital Village dan UKAS, khususnya dalam bidang transformasi digital, inovasi komuniti, pembangunan belia serta komunikasi strategik di Sarawak. Pihak UKAS menyambut baik kunjungan tersebut dan menyatakan komitmen mereka untuk menyokong usaha pembangunan komuniti yang seiring dengan dasar serta objektif komunikasi strategik kerajaan negeri. Pertemuan ini turut membuka ruang bagi pertukaran pandangan dan perancangan awal dalam membentuk program bersama yang mampu memperkasakan komuniti melalui pendekatan teknologi dan inovasi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越政府参观上海电气总部 |
上海:由砂拉越公用事业部副部长(砂拉越能源公司和砂石油公司)拿督依布拉欣巴基率领的砂拉越政府代表团于周二前往位于中国闵行区的上海电气总部进行访问。 此次访问与昨日在中国上海举行的第18届2025年国际太阳能光伏与智能能源大会(SNEC PV)同时举行。 代表团获得了上海电气集团董事长吴磊及公司领导的欢迎。 砂拉越政府代表团成员还包括砂拉越公用事业及通讯部(MUT)常务秘书拿督杰菲里和砂拉越能源公司首席执行员拿督沙比尼苏海里。 此前,拿督依布拉欣与代表团听取了上海电气的经营情况的简报。 随后进行约一小时的双边会谈,讨论双边多项战略合作。 昨日上午,砂拉越政府通过砂拉越公用事业及通讯部与上海电气和中国三峡国际有限公司(CTGI)签署一份谅解备忘录(MoU),以开展各种研究合作并探索在峇贡水力发电站(HEP)集水区开发容量不超过 1000兆瓦(MW) 的浮动太阳能潜力。 - UKAS 刊 |
View |
|
news |
Jambatan Batang Igan Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi Luar Bandar |
IGAN: Projek Pembinaan Jambatan Batang Igan yang sedang giat dilaksanakan bakal menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di kawasan tengah Sarawak, khususnya di sekitar Kampung Igan dan DUN Jemoreng. Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, dalam satu lawatan kerja ke tapak projek menzahirkan keyakinan bahawa jambatan bernilai RM285.5 juta itu akan mempercepatkan hubungan antara kawasan pedalaman dan bandar, sekaligus membuka lebih banyak peluang ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat. “Projek ini bukan sahaja akan mempercepatkan akses antara kawasan pedalaman dan bandar, malah akan merancakkan aktiviti ekonomi penduduk sekitar. "Saya berharap agar momentum ini dikekalkan sehingga projek siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat bersama kontraktor dan jurutera projek pada Selasa. Setakat Jun 2025, projek ini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 82.81 peratus melepasi jadual asal (82.79%). Kejayaan ini dianggap petunjuk positif terhadap pengurusan projek yang cekap dan komitmen kukuh daripada semua pihak terlibat. Projek strategik ini merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam merapatkan jurang pembangunan luar bandar, melalui penyediaan infrastruktur yang mampan dan menyeluruh. Jambatan Batang Igan, apabila siap kelak, dijangka bukan sahaja memudahkan mobiliti rakyat, malah menjadi penyokong utama kepada pertumbuhan sektor pelancongan, pertanian, dan perusahaan kecil di kawasan sekitarnya. Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau beberapa struktur utama jambatan dan mengadakan sesi dialog bersama pegawai teknikal untuk meneliti sebarang isu yang timbul serta memastikan langkah susulan dapat diambil segera. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025, sekiranya cuaca dan faktor teknikal kekal terkawal.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Aidiladha Satukan Komuniti Mukah, Sembilan Ekor Lembu Dikorbankan |
MUKAH: Semangat Aidiladha menyatukan komuniti Mukah apabila program ibadah korban anjuran Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, berjaya dilaksanakan dengan kerjasama padu antara pelbagai pihak di kawasan Parlimen tersebut. Sebanyak sembilan ekor lembu korban telah disumbangkan oleh beliau dan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. Ibadah korban itu dilaksanakan secara berperingkat iaitu pada Hari Raya Pertama (3 ekor), Hari Kedua (2 ekor), dan Hari Ketiga (4 ekor), di Kala Dana Mukah. Turut menyumbang dua ekor lembu ialah pihak 101 Superman Speedmart Mukah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11 ekor lembu. Program korban ini turut melibatkan agihan daging kepada penduduk dan institusi di seluruh kawasan Parlimen Mukah termasuk Surau Al Qayum Kampung Tegak, JKKK Kampung Sg. Alo, Kampung Pulat Balingian, Kampung Tellian Laut, Kampung Judan Hilir, Kampung Teh Dalat, Kampung Balan, Kampung Medong, Kampung Jebungan, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Zon Sibu) serta Urusetia Saudara Kita. Turut menjadi tumpuan adalah semangat gotong-royong dalam proses melapah dan mengagihkan daging korban yang memperlihatkan kesatuan masyarakat pelbagai latar belakang di kawasan Parlimen Mukah. Program seperti ini jelas membuktikan bahawa sambutan Aidiladha bukan sahaja tentang ibadah, tetapi juga tentang membina ukhuwah, perpaduan dan keprihatinan sosial.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Inks MoU With CTGI & Shanghai Electric To Develop Floating Solar Farm At Bakun |
SHANGHAI: Sarawak’s ambition to become a regional leader in renewable energy took another step forward with the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) with China Three Gorges International Ltd (CTGI) and Shanghai Electric Power T&D Group Co. Ltd. The MoU was formalised during the 18th International Photovoltaic Power Generation and Smart Energy Exhibition & Conference held in Shanghai, China on Tuesday. Through this strategic collaboration, the Sarawak Government via the Ministry of Utility and Telecommunication (MUT) together with CTGI and Shanghai Electric will jointly conduct various studies and explore the development of a floating solar farm with a capacity not exceeding 1,000 megawatts (MW) at the Bakun Hydroelectric Plant (HEP) reservoir. The MoU was signed by MUT Permanent Secretary, Datu Jafri Lias, CTGI Vice President, Zhang Kai Hong, and Shanghai Electric Vice President, Yang Xing Hai. It was witnessed by Deputy Minister for Utility (Sarawak Energy Berhad and PETROS), Dato Ibrahim Baki who represented Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. In delivering the Sarawak Premier’s keynote speech, Dato Ibrahim expressed Sarawak’s enthusiasm for forming a strategic alliance with strong industry players like CTGI and Shanghai Electric as it aligns with the state’s goals of energy security and environmental sustainability. “Sarawak currently has a generation capacity of approximately 5,900MW, primarily from renewable hydropower sources. “By 2030, the state aims to achieve 10 gigawatts (GW) of generation capacity, and 15GW by 2035, with renewable sources accounting for more than 60 per cent of the mix. “With its abundant renewable resources, Sarawak has the potential to become a renewable energy powerhouse in the region,” he said. Dato Ibrahim who is also the Chairman of Sarawak Energy added that the state successfully generated electricity from its first large-scale floating solar installation at the Batang Ai HEP in December 2024. He said this initiative opens the door for further development of floating solar farms in other hydropower catchment areas in Sarawak, with investments driven by the private sector. -UKASnews |
View |
|
news |
35 Pegawai PANS Sertai Bengkel OQE Untuk Pelaksanaan SacSES |
SIBU: Seramai 35 orang pegawai dari pelbagai agensi di bawah Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) telah menghadiri Bengkel Kajian Semula Organizational Quality Ecosystem (OQE) bagi pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standards (SaCSES) bertempat di sebuah hotel di sini pada 9 dan 10 Jun ini. Bengkel anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) adalah untuk memperkenalkan SacSES menggantikan inisiatif ekosistem kondusif yang telah dilaksanakan selama ini selaras dengan standard yang lebih sesuai untuk konteks PANS. Pengarah STIU Superi Awang Said berkata, SaCSES dibangunkan berasaskan prinsip-prinsip OQE dengan penekanan terhadap pembudayaan persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik, selamat, kondusif dan berdaya tahan. "Sesi ini amat penting untuk menilai semula prinsip OQE berdasarkan pengalaman pelaksanaan inisiatif-inisiatif lain, mengenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi serta merangka garis panduan SaCSES yang lebih sesuai dengan keperluan PANS," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa. Superi menambah, bengkel ini juga menjadi platform untuk memastikan penyelarasan dan pemahaman bersama dalam kalangan agensi-agensi yang terlibat dengan matlamat memperkukuh budaya kerja yang berkualiti, sistematik, selamat, kondusif serta berdaya tahan di seluruh PANS. Jelasnye, ini sekali gus menyokong usaha transformasi kerajaan negeri dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
35 SCS Officers Attend OQE Workshop For SaCSES Implementation |
SIBU: 35 officers from various agencies under the Sarawak Civil Service (SCS) attended the Organisational Quality Ecosystem (OQE) Review Workshop for the implementation of the Sarawak Civil Service Environmental Standards (SaCSES), held at a hotel, here from 9 to 10 June. Organised by the Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU), the workshop aimed to introduce SaCSES as a replacement for the previous conducive ecosystem initiative, aligning with standards that better suit the SCS context. According to STIU Director, Superi Awang Said, SaCSES is developed based on the principles of OQE, with emphasis on fostering a work environment that is high-quality, systematic, safe, conducive, and resilient. “This session is crucial to reassess the principles of OQE based on past implementation experiences, identify constraints and challenges, and draft SaCSES guidelines that are more suitable for SCS needs,” he said in a press statement on Tuesday. Superi added that the workshop also served as a platform to ensure coordination and shared understanding among participating agencies, with the aim of strengthening a culture of quality, systematic, safe, conducive, and resilient work practices across the SCS. He noted that this effort also supports the state government's transformation agenda to enhance the effectiveness of the civil service. -UKASnews |
View |
| FirstPrevious1231123212331234123512361237123812391240NextLast |