Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

722 Walk Semai Gaya Hidup Sihat, Perkukuh Perpaduan Komuniti Bandar

KUCHING: Penganjuran program ‘722 Walk’ sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini bakal menjadi pemangkin kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat bandar di Kuching. Program yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif bersama tiga pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), sebagai simbol solidariti dan kesepakatan dalam menggalakkan penyertaan masyarakat melalui aktiviti berimpak tinggi. Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman berkata, penganjuran ‘722 Walk’ selari dengan hasrat DBKU untuk mewujudkan masyarakat bandar yang sihat, progresif dan inklusif. “Program ini bukan sekadar perarakan sempena Hari Sarawak, tetapi menjadi medium untuk menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui aktiviti yang sihat dan bermanfaat,” ujarnya dalam sidang media di sini, pada Khamis. Beliau menambah, semangat kebersamaan yang ditonjolkan dalam program ini mencerminkan keutuhan hubungan antara komuniti bandar dan pihak berkuasa tempatan, sekaligus menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan warga Kuching. Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menyatakan bahawa inisiatif ‘722 Walk’ bermula daripada ilham yang sederhana tetapi penuh makna. “Kami hanya berdiri dan berkata apa yang akan kita lakukan untuk 722 ini? Ini hari masyarakat. Bukan untuk kita tidur, tetapi untuk kita bangun dan meraikan hari istimewa ini sebagai anak Sarawak,” katanya. Menurut beliau, meskipun acara utama Hari Sarawak pada tahun ini akan berlangsung di Miri, ia tidak menghalang warga Kuching untuk menganjurkan acara tersendiri di ibu negeri. “Kami temui satu cara yang sangat bermakna untuk menyambut Hari Sarawak dengan cara yang inklusif, menyatupadukan dan penuh kasih sayang terhadap negeri tercinta,” jelasnya lagi. Dato Wee turut memaklumkan bahawa cadangan penganjuran ini telah mendapat sambutan pantas dan penuh sokongan daripada Datuk Bandar DBKU dan Pengerusi MPP, menandakan satu permulaan kukuh ke arah penganjuran tahunan secara bergilir. “Tahun ini MBKS sebagai hos, tahun depan giliran DBKU dan seterusnya MPP. Kita akan terus bergerak bersama demi kejayaan program ini,” tambahnya. Di samping itu, Datuk Bandar DBKU turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan termasuk MBKS, MPP, Community Joy Club (CJC) serta seluruh peserta yang akan menyertai acara itu nanti.-EDISI UKAS  

View

news

Ribuan Dijangka Sertai Unity Walk 2025, Persiapan Fokus Aspek Keselamatan

MIRI: Penganjuran Unity Walk Hari Sarawak 2025 dijangka disertai ribuan peserta, memerlukan penyelarasan rapi dan kawalan keselamatan menyeluruh bagi memastikan kelancaran program. Sebagai langkah awal, satu sesi lawatan tapak dan mesyuarat jawatankuasa pelaksana telah diadakan di dua lokasi utama iaitu Stadium Bandaraya Miri dan Dewan Suarah Miri, melibatkan lebih 20 wakil daripada agensi pelaksana serta jabatan berkaitan, pada Khamis. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Dato Sebastian Ting Chiew Yew, yang turut memikul tanggungjawab sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Program Unity Walk tahun ini. Menurut Dato Sebastian Ting, koordinasi antara semua pihak adalah teras utama kejayaan Unity Walk, memandangkan ia dijangka menghimpunkan 5,000 peserta dan melibatkan pergerakan sejauh 2.6 kilometer di sekitar kawasan bandar. “Kita perlu pastikan dari segi logistik, kawalan keselamatan, pengurusan trafik dan kebajikan peserta, semuanya diselaraskan dengan teliti. “Unity Walk ini bukan sekadar acara simbolik tetapi turut membawa imej negeri Sarawak sebagai penganjur program bertaraf tinggi,” katanya. Program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) melalui Pejabat MYSED Bahagian Miri itu dijadual berlangsung pada 22 Julai 2025, dengan Stadium Bandaraya Miri sebagai lokasi pelepasan. Acara Unity Walk kali ini turut mendapat penghormatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang dijangka hadir menyempurnakan acara pelepasan peserta. Turut hadir dalam mesyuarat ialah Pegawai Penguasa Pejabat MYSED Bahagian Miri, Chong Suk Thing serta yang lain.-EDISI UKAS  

View

news

RM43 Juta Bina Jalan Baharu Kampung Mentung - Kampung Mayang

SERIAN: Penduduk luar bandar di Serian bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih baik apabila projek pembinaan jalan baharu yang menghubungkan Kampung Mentung ke Kampung Mayang dan kawasan sekitarnya dilaksanakan tidak lama lagi. Projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM43 juta di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dan dijadualkan bermula pada tahun hadapan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben, mengumumkan perkara tersebut semasa Majlis Perasmian Jalan Baharu Kampung Mentung Mubuk pada Khamis. Bercakap mengenai projek jalan dan pembinaan jambatan baharu di Kampung Mentung Mubuk, ia telah berjaya disiapkan lebih awal iaitu pada 30 Jun 2025, berbanding tarikh asal siap pada 2 September 2025. “Siapnya jalan dan jambatan ini memberi kelegaan kepada penduduk kampung yang telah lebih 40 tahun berdepan dengan kesukaran, terutama apabila terpaksa melakukan ‘double handling’ untuk mengangkut hasil dan keperluan harian,” jelas beliau. Pada majlis yang sama, Datuk Martin mengumumkan perancangan untuk membina sebuah dewan baharu di Kampung Mentung Mubuk, tertakluk kepada penyediaan tapak oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Selain itu, kerja-kerja menaiktaraf jalan dalam kampung menggunakan konkrit turut dirancang dalam masa terdekat.-EDISI UKAS  

View

news

MPS Lancar Sistem Digital Tangani Kes Sosial Dengan Lebih Efisien

KUCHING: Majlis Pembangunan Sosial (MPS) mengambil pendekatan yang lebih efisien untuk menangani kes sosial dengan melancarkan Sistem Pengurusan Pembangunan Sosial dan Intervensi Bersepadu (ISDIMS). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ISDIMS ini dijangka menjadi tulang belakang transformasi digital pembangunan sosial Sarawak, menyokong penyelarasan data rentas agensi, pelaporan sosial masa nyata, dan perancangan dasar yang lebih responsif serta berimpak. “Ini merupakan satu lagi pencapaian penting bagi kami di MPS, di mana kes-kes sosial kini dapat ditangani dengan lebih cepat, tepat dan bersepadu. “Melalui sistem ini, data yang dikumpul dapat digunakan serta dikongsi secara efisien dengan agensi-agensi berkaitan dan ia bukan sahaja mempercepatkan tindakan intervensi, malah mengukuhkan kerjasama antara agensi untuk melaksanakan penyelesaian secara lebih menyeluruh dan efektif,” ujar beliau. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli MPS Bil. 1 yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Khamis. Berhubung dengan masalah sosial di Sarawak, beliau menegaskan bahawa MPS turut mengambil langkah-langkah baharu termasuklah penyelidikan, penilaian, program intervensi dan pemetaan kawasan-kawasan berlakunya masalah sosial di seluruh Sarawak yang melibatkan kesemua 13 kes lazim yang dilaporkan. Antara yang didedahkan ialah penyalahgunaan dadah dan substans, kehamilan remaja, gelandangan dan lain-lain. “Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, fokus kita sebelum ini hanyalah pada pemetaan bagi tiga isu sosial utama. “Namun kali ini, kita berjaya melaksanakan pemetaan lengkap bagi kesemua 13 isu sosial yang telah dikenal pasti yang menjadi asas yang sangat kukuh untuk kita melaksanakan program intervensi, kesedaran serta advokasi secara lebih menyeluruh. “Ia juga membolehkan kita merangka program dan aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta mengurangkan kes-kes sosial yang berlaku,” jelasnya lagi. Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) Datu Felicia Tan Ya Hua dan Setiausaha Eksekutif MPS Sarawak Riziandy Nawawi. -EDISI UKAS  

View

news

722 步行活动倡导健康生活方式,加强城市社区团结

古晋:配合7月22日砂拉越日庆典活动,古晋将首次举办“722步行”活动,以促进古晋城市社区培养健康生活方式,及加强团结。 首届活动由古晋南市市政局(MBKS)、古晋北市市政局(DBKU)和巴达旺市议会(MPP),3个地方议会联合句举办,旨在通过高影响力的活动,象征着团结一致,鼓励社区积极参与。 古晋北市市长拿督希尔米表示,“722 步行”活动与古晋北市市政局致力打造健康、进步和包容的城市社区的愿景一致。 “这项活动不仅仅是配合砂拉越日的活动,更是一种通过健康有益的活动团结社会各阶层的平台。” 他周四在新闻发布会上,做此表示。 他补充说,这项活动所展现的凝聚力,也体现城市社区与地方议会之间的紧密联系,从而促进古晋市民的和谐与福祉。 与此同时,古晋南市市长拿督黄鸿圣表示,“722步行”倡议源于一个简单而有意义的灵感。 “我们只是站在一起说,我们要为这个722做些什么?这是一个社区的日子,不是让我们睡觉,而是让我们作为砂拉越子民,一起来庆祝这个特殊的日子。” 他说,虽然今年砂拉越日的主要活动将在美里举行,但这并不妨碍古晋人民在砂首府以自己的方式庆祝。 “我们找到了一种非常有意义的方式来庆祝砂拉越日,以一种包容、团结和充满爱的方式,这对我们挚爱的砂拉越属来说意义重大。” 拿督黄鸿圣还表示,此次活动的提议获得古晋北市市长和巴达旺市议会主席的迅速响应和支持,并计划未来每年轮流举办此活动。 “今年由古晋南市市政局主办,明年将由古晋北市市政局接棒,之后是巴达旺帅撤回。我们将继续携手合作,确保活动取得成功。” 此外,古晋北市市长拿督希尔米也感谢所有促成活动的单位,包括古晋南市市政局、巴达旺市议会、CJC俱乐部以及即将参与活动的民众。—  UKAS 刊  

View

news

100 Warga Emas Terpilih Berpeluang Terima Suntikan Vaksin Influenza Percuma

KUCHING: Seramai 100 warga emas yang menepati kriteria berpeluang menerima suntikan Vaksin Influenza Kebangsaan secara percuma dalam satu program khas anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, program imunisasi itu diadakan sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Peringkat Bahagian Kuching 2025, bertempat di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya, pada Sabtu, 12 Julai 2025 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. “Program ini menyasarkan warga emas berumur 60 tahun ke atas (mesti genap umur 60 tahun) yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit pernafasan kronik, penyakit jantung dan vaskular kronik, obesiti (BMI > 30 kg/m²), darah tinggi, kolesterol tinggi dan penyakit buah pinggang kronik,” menurut kenyataan dalam hantaran Facebook rasmi agensi itu pada Khamis. Penerima vaksin diingatkan untuk membawa kad klinik masing-masing bagi tujuan pengesahan penyakit kronik semasa suntikan dijalankan. Vaksin diberikan secara percuma dan terhad kepada 100 unit sahaja, justeru orang ramai digalakkan untuk mendaftar lebih awal melalui pautan berikut: https://forms.gle/ZDpJrXoKVH4Kkx4J7. -EDISI UKAS Sumber: Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

View

news

Sarawak Perkukuh Persediaan Tangani Penyakit Zoonotik Dan Tropika

SIBU: Penganjuran Persidangan Zoonotik dan Penyakit Tropika yang diadakan dua tahun sekali disifatkan sebagai langkah penting untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi penularan penyakit berjangkit daripada haiwan kepada manusia. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berkata, zoonosis atau penyakit bawaan haiwan seperti HIV dan COVID-19 membuktikan risiko penularan sedemikian tidak boleh dipandang ringan. “Di Sarawak sendiri, malaria bawaan nyamuk monyet membuktikan ancaman ini wujud. Sebab itu kita tubuhkan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dengan kos lebih RM200 juta dan merupatkan yang pertama di Malaysia sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Asia-Pasifik Kedua mengenai Penyakit Zoonotik dan Tropika Terabai 2025 di sini, pada Khamis. Tambahnya, perubahan iklim juga menyebabkan penyakit tropika berpotensi menular ke negara-negara lain maka kerjasama antarabangsa dan perkongsian kepakaran sangat diperlukan. Kini jelasnya, Sarawak menjalinkan kerjasama dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta bagi mendapatkan keperluan kepakaran agar rakyat Sarawak boleh dilatih dan makmal dapat berfungsi dengan lebih baik. Mengulas mengenai ancaman rabies, Datuk Amar Dr Sim menegaskan pemilik haiwan peliharaan perlu lebih bertanggungjawab memastikan haiwan mereka divaksinasi. “Kadar vaksinasi anjing di kawasan sempadan sudah mencecah 80 peratus, tetapi di kawasan bandar, ramai masih ambil mudah. Rabies boleh dihapuskan jika semua pihak memainkan peranan,” jelasnya. -EDISI UKAS  

View

news

拿督斯里范长锡移交拨款给东华校董会

泗里街:天然资源与环境可持续发展部副部长拿督斯里范长锡周四接见民丹莪东华国民型华文中学及华小校董会主席Su Song Chuong及校董会成员。 此次访问旨在加强校董会与人民代议士之间的联系,并鼓励双方继续合作,共同提高民丹莪地区的教育质量。 会见期间,也是泗里街区国会议员的拿督斯里范长锡也移交特别拨款给学校,用于支持学校各项教育需求和活动。 他宣布,这笔拨款是通过乡村小型发展项目(MRP)下的年度拨款,用于资助学校营运开支。 同时,也是卢勃区立法议员的拿督斯里范长锡也捐赠校服、鞋子和书包给东华中小学的学生,以减轻家庭负担,并确保学生有动力继续学习。 对此,校董会对拿督斯里范长锡的持续支持表示感谢,并希望此次合作继续推动民丹莪教育领域的进步,为年轻一代的未来做出贡献。 -UKAS 刊

View

news

加帛企业家受促勇于开拓更广阔的市场

加帛:乡区企业家,尤其是加帛的企业家,受促更勇于跳出舒适区,开拓更广阔的市场,包括国内和国际市场。 工程部长拿督斯里亚历山大南达林奇表示,事实证明,加帛本地产品品质优良,如果能获得良好的支持和推广平台,将拥有巨大的发展潜力。 “我们不希望企业家仅仅是乡村冠军,因为加帛的产品已被证明品质优良,并且具有巨大的开发潜力。只要有正确的指导、自信心和数字营销策略,他们可以打入国外市场。” 他在周四出席2025年加帛企业家嘉年华闭幕仪式上,如是说。 为期10天的嘉年华取得骄人的成果,销售额达17万8104令吉30仙,共有26位本地企业家参与。此嘉年华也成为推出产品、收集客户反馈和建立新商业网络的重要平台。 拿督斯里亚历山大强调,利用社交媒体和数字平台,如TikTok和电子商务扩大市场覆盖面的重要性。 他说,全球正迅速走向数字化,如果乡村企业家想要可持续地竞争,就必须灵活地顺应这一趋势。 “现在连接加帛和诗巫的道路设施也为内陆企业家扩大分销网络提供更多机会并降低物流成本。” 也是加帛区国会议员的拿督斯里亚历山大认为,政府、私人领域和社区之间的协同作用,可以成为外国创业生态系统成功的催化剂,打造更具可持续性和竞争力的城市。 “我们的企业家同样优秀,现在是时候让他们敢于进一步发展,从加帛走向马来西亚,进而走向世界。” 出席活动的还有砂拉越总理署副部长(土著法律及习俗)拿督杰菲森查密、数码部副部长兼乌鲁拉让区国会议员拿督威尔逊乌加、柏拉固区立法议员威尔逊、峇类区立法议员尼克拉斯、加帛区县长埃尔维斯和加帛区县议会主席安迪劳伦斯。- UKAS 刊  

View

news

柏迈再也排水系统提升工程完工,有效解决水灾问题

美里:位于美里柏迈再也拿督柏玛苏里 2C 的排水系统提升工程顺利竣工,为长期饱受水灾和积水困扰的当地居民终于松一口气。 砂拉越交通部长兼史纳汀区立法议员拿督斯里李景胜表示,这项耗资30万令吉的项目是通过乡村转型计划(RTP)下进行,并于2025年1月6日动工。 他表示,由于天气因素和道路保留区清洁工程,使该项目面临一些延误,导致工期延长40天,最终在2025年6月14日竣工,比原定的竣工日期2025年5月5日稍迟。 他于周四前往现场视察中表示,该项目旨在解决住宅区经常发生的洪水和积水问题,同时也降低因积水滋生蚊虫而导致的骨痛热症风险。 拿督斯里李景胜解释说,该项目涉及建造一条长243米、宽2.5米的封闭式混凝土排水系统,以取代现有仅1.5英尺宽、规模较小且不足的排水系统。 他补充说,该项目是该地区今年唯一获批准的乡村转型计划,覆盖过去经常受灾的整个地区。- UKAS   

View
FirstPrevious1061106210631064106510661067106810691070NextLast