Perutusan Pengarah
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Salam Sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Unit Audit Dalam, Jabatan Premier Sarawak terus diberi kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam memperkukuhkan tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam Sarawak.
Sebagai fungsi bebas dan profesional, Unit Audit Dalam memainkan peranan penting dalam membantu memastikan pengurusan kewangan, pentadbiran dan operasi jabatan serta agensi Kerajaan dilaksanakan secara cekap, berkesan dan mematuhi segala undang-undang, peraturan serta prosedur yang ditetapkan. Melalui pelaksanaan pengauditan kewangan, pematuhan, prestasi dan teknologi maklumat dan komunikasi, Unit ini sentiasa komited dalam memberikan jaminan dan nilai tambah kepada organisasi.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan landskap risiko yang semakin kompleks, peranan audit dalaman turut berkembang melangkaui fungsi pengauditan tradisional. Penekanan kini diberikan kepada pendekatan audit berasaskan risiko, pengukuhan kawalan dalaman, pemantauan keberkesanan tadbir urus serta pemerkasaan integriti organisasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan diyakini rakyat.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Unit Audit Dalam dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, kerjasama dan dedikasi dalam melaksanakan amanah demi kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Sarawak.
Sekian, terima kasih.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE"
Jeferi Bin Darhman
Pengarah
Unit Audit Dalam (UAD)
"AN HONOUR TO SERVE"
Jeferi Bin Darhman
Pengarah
Unit Audit Dalam (UAD)