Fungsi Kami



Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 8 Disember 2022, kewujudan unit ini adalah bertanggungjawab untuk pendigitalan perkhidmatan awam Sarawak di mana fungsi­-fungsi unit ini adalah seperti berikut:-
 
  1. Merancang, membangun, melaksana dan menyelaras polisi, strategi dan hala tuju pendigitalan perkhidmatan di Perkhidmatan Awam Sarawak;
  2. Merancang, membangun, melaksana dan menyelaras program dan pelan pendigitalan perkhidmatan;
  3. Merancang, menyedia dan mengurus belanjawan program pendigitalan Kerajaan Sarawak;
  4. Merancang, mengurus dan menyelaras perolehan peralatan ICT dan peralatan pejabat Kerajaan Sarawak;
  5. Merancang, membangun dan mentadbir urus perkhidmatan gunasama infrastruktur, keselamatan ICT dan keselamatan siber Kerajaan Sarawak;
  6. Merancang, mengurus dan mentadbir data ICT Kerajaan Sarawak;
  7. Urusetia kepada Digital Government Committee (DGC);
  8. Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program pembudayaan ICT;
  9. Merancang, mengurus, melaksana dan mentadbir program dan inisiatif penyampaian perkhidmatan bersepadu Service Sarawak;
  10. Mewakili Kerajaan Sarawak berurusan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai ICT dan kandungan digital.
 
| | | | | | |