Service Sarawak


Service Sarawak diwujudkan oleh Kerajaan Sarawak sebagai salah satu inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan pelanggan perkhidmatan awam Sarawak. Service Sarawak dilancarkan oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 2 Disember 2018.
 
Pelaksanaan Service Sarawak adalah berlandaskan konsep “One Government at Your Service" di mana perkhidmatan agensi-agensi barisan hadapan perkhidmatan awam Sarawak disediakan untuk dicapai secara sehenti sepadu melalui saluran-saluran Service Sarawak iaitu kaunter, kiosk, portal dan mobil aplikasi.  Tujuan Service Sarawak dilaksanakan adalah untuk mempertingkatkan pengalaman rakyat semasa berurusan dengan Kerajaan. 
 
Operasi Service Sarawak adalah dikendali oleh Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak.
 
Laman web Service Sarawak:
https://service.sarawak.gov.my
 
| | | | | | |