Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

敦丕显斯里旺朱乃迪博士抵达吉打,并出席玻璃市苏丹银禧王室晚宴

亚罗士打:砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士和砂拉越元首后杜潘拿督巴丁宜弗兹雅今日下午2时50分安全抵达苏丹阿都哈林机场,出席在玻璃市亚娄皇宫举行的王室晚宴。 此次访问是敦丕显斯里旺朱乃迪博士上任以来的首次应玻璃市拉惹端姑赛西拉祖丁殿下的邀请,配合殿下登机 25 周年银禧庆典而进行的官式访问。 他与杜潘拿督巴丁宜弗兹雅及随行人员一起抵达,陪同的还有砂拉越旅游、创意产业和表演艺术部长拿督斯里阿都卡林和妻子拿汀斯里祖莱妮。 代表团受到玻璃市州务大臣莫哈末苏克里、玻璃市州法律顾问再米卡查里及妻子祖海妮达,以及玻璃市州行政议员(旅游、艺术、文化及乡村发展部)阿布巴卡韩扎和妻子法丽达的热烈欢迎。 出席者还有玻璃市州政府高级官员,包括拿督哲苏莱曼沙比。 星期四在亚娄王宫举行的王室晚宴是银禧庆典的亮点。 预计汶莱苏丹、统治者以及来自全国各地的王室代表和政都将出席这一盛大的仪式。 -UKAS 刊  

View

news

艾芬银行主席人选将在获得国家银行批准后决定

古晋:艾芬银行(Affin Bank)的主席人选将在获得马来西亚国家银行(BNM)的批准后决定。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,目前砂拉越已有一名候选人担任该职位,但仍在等待国行的任命程序完成。 “候选人已经有了,但我们需要考虑国家银行的程序,因为这项任命需要得到国家银行的批准。目前看来,艾芬银行董事会运作良好。” 他周四参加区域走廊发展机构(RECODA)主办的 2025 年开斋节活动后接受媒体采访时,如是说。 拿督巴丁宜阿邦佐哈里补充说,艾芬银行迄今为止的表现令人满意,他们未来计划为砂拉越的项目提供融资。 同时,他也对马来西亚第五任首相已故敦阿都拉巴达威致词,感谢他在任内在全国范围内推动成立区域走廊发展机构(RECODA),为砂拉越留下了宝贵的遗产。 “区域走廊发展机构是前首相已故敦阿都拉巴达威所提议的成果,也是他在马来西亚各地建立发展机构时留下的宝贵遗产。其中,已启动的机构包括马来西亚半岛的北部走廊经济特区(NCER)、砂拉越的区域走廊发展机构,以及沙巴州的另一个类似机构。这是我们一直延续至今的重要遗产。” 活动上,拿督巴丁宜阿邦佐哈里还见证 Pertama Ferroalloys 捐赠1万5000令吉给砂拉越孤儿福利局(PERYATIM)。 同时,他还向砂拉越孤儿福利局孩童派发开斋节青包。 出席者包括砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯、拿督阿玛阿旺登雅及拿督阿玛沈桂贤医生、砂拉越总理署副部长(协调区域发展机构、古晋北市市政局及伊斯兰事务)拿督阿都拉曼朱乃迪医生、砂拉越公用事业及通讯部副部长(砂拉越能源公司及砂拉越石油公司) 拿督依布拉欣巴基、砂拉越基础设施及港口发展部副部长拿督艾登拉里伍、砂拉越青年、体育及企业家发展部副部长拿督里宾拉玛、砂拉越总理署副部长(廉正与监察)拿督祖安达再也博士、砂拉越总理署副部长(劳工、移民及项目监督)拿督格拉瓦、砂拉越总理署副部长(土著法律与习俗)拿督菲森查密、数码部副部长拿督威尔森和区域走廊发展机构首席执行员拿督依斯玛威。 -UKAS 刊  

View

news

LAKMM Perkukuh Peranan Dalam Kebajikan Masyarakat Miri Melalui Program Syawal

MIRI: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi kebajikan masyarakat Melayu di bandaraya ini menerusi penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025M/1446H yang berlangsung meriah di Dewan Serbaguna LAKMM, di sini, pada Khamis. Majlis tahunan itu bukan sahaja menjadi simbol keprihatinan LAKMM terhadap masyarakat setempat, malah menjadi wadah bagi menghimpunkan komuniti pelbagai latar belakang untuk meraikan lebaran dalam suasana penuh harmoni dan mesra. Timbalan Datuk Bandar Bandaraya Miri, Kr. Ariffin Mohamad, yang turut hadir memuji usaha berterusan LAKMM dalam memelihara kebajikan masyarakat Melayu di samping merapatkan hubungan antara kaum menerusi program berimpak tinggi seperti ini. “Majlis seperti ini mencerminkan semangat kesepaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat Miri. “LAKMM telah memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membantu masyarakat Melayu, tetapi juga dalam membina jambatan perpaduan antara komuniti,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan. Pelbagai juadah tradisional Hari Raya disediakan sebagai tanda kemesraan dan muhibah, sekali gus menghidupkan suasana lebaran yang penuh warna. Kehadiran masyarakat pelbagai kaum turut memperlihatkan sambutan yang amat menggalakkan dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran LAKMM ini juga menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan lebih dekat peranan serta inisiatif kebajikan yang dilaksanakan oleh badan amanah tersebut kepada orang ramai. Sebagai organisasi yang telah lama bertapak di Miri, LAKMM terus komited dalam memperjuangkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti Melayu secara inklusif, seiring dengan usaha membina masyarakat yang bersatu padu, berdaya saing dan sejahtera.-EDISI UKAS  

View

news

Pembedahan Pemindahan Organ Pertama Dilaksanakan Di Hospital Miri

MIRI: Hospital Miri mencatat detik bersejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemindahan organ pertama di Sarawak bagi tahun 2025. Pembedahan tersebut melibatkan seorang penderma organ berdaftar sejak tahun 2014 yang berusia 43 dan disahkan telah meninggal dunia. Dalam prosedur yang diadakan pada Rabu, buah pinggang mendiang telah didermakan kepada seorang pesakit yang memerlukan, sekali gus menjelmakan hasrat mulia arwah untuk membantu sesama insan. Pembedahan ini dijalankan oleh pakar bedah dari Hospital Umum Sarawak (HUS), Aaron Goh dan Kamal Raj. Turut serta dalam pasukan perubatan ialah wakil dari Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) iaitu Dr Engku Emilia Engku Awang, SN Mohammad Aliff Abdullah serta dua jururawat urologi, Siti Zulaikha Md Sidek dan Liz Estevera Gabin. Usaha ini turut disokong oleh Dr Uma Devi Ramadass dari Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) HUS bersama Top Team Hospital Miri. Pembedahan ini bukan sahaja menandakan permulaan baharu dalam sejarah perubatan Sarawak untuk tahun ini, malah menjadi kes pendermaan organ kelima yang direkodkan oleh Hospital Miri. Pihak Hospital Miri turut merakamkan ucapan takziah dan penghargaan tidak terhingga kepada isteri dan keluarga mendiang atas keputusan penuh keberanian dan keikhlasan membenarkan organ beliau didermakan. Dalam saat berduka, keluarga mendiang memilih untuk memberi sinar harapan kepada insan lain yang memerlukan. Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang hadir memberikan penghormatan atas sumbangan mendiang kepada komuniti dan dunia perubatan. Pihak hospital menyifatkan tindakan ini sebagai satu contoh kasih sayang yang luar biasa dan bukti bahawa pendermaan organ mampu menyelamatkan nyawa serta memberi kehidupan baharu kepada orang lain.-EDISI UKAS  

View

news

Pengerusi Affin Bank Akan Diputuskan Setelah Mendapat Persetujuan Bank Negara Malaysia

KUCHING: Pengerusi Affin Bank akan diputuskan setelah mendapat persetujuan daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, buat masa ini, pihaknya sudah mempunyai calon untuk menjawat tugas tersebut yang mana masih menunggu prosedur pelantikan melibatkan BNM. “Calonnya sudah ada, tetapi perkara ini kita perlu mengambil kira prosedur bank negara kerana pelantikan ini perlu dipersetujui oleh BNM. “Sekarang kalau kita lihat, Lembaga Affin Bank berjalan dengan baik,” ujarnya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Rindok Raya 2025 anjuran Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis. Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, prestasi Affin Bank setakat ini berada pada tahap memuaskan, di mana mereka mempunyai perancangan masa depan untuk membiayai projek-projek di Sarawak. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah meninggalkan legasi besar kepada Sarawak dengan mencadangkan penubuhan RECODA semsa melancarkan agensi pembangunan di seluruh negara. “RECODA ini adalah hasil daripada cadangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana ini merupakan legasi yang ditinggalkan beliau semasa beliau melancarkan agensi pembangunan di seluruh Malaysia. “Antara yang dilancarkan termasuklah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia, untuk Sarawak pula RECODA dan satu lagi agensi serupa untuk negeri Sabah. “Ini adalah legasi Allahyarham yang kita teruskan hingga sekarang,” ujar beliau lagi. Dalam majlis tersebut, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM15,000 daripada Pertama Ferroalloys kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM). Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Duit Raya kepada penghuni PERYATIM. Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni. -EDISI UKAS  

View

news

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tiba Di Kedah, Hadiri Majlis Santapan Malam Diraja Sempena Jubli Perak Raja Perlis

ALOR SETAR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 2.50 petang tadi bagi menghadiri Majlis Santapan Malam Diraja di Istana Arau, Perlis. Lawatan rasmi ini merupakan yang pertama bagi Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sejak pelantikan beliau, dan diadakan atas undangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, sempena Sambutan Jubli Perak menandakan 25 tahun pemerintahan baginda. Ketibaan beliau bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah serta rombongan diiringi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, serta isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jaabar. Rombongan telah disambut meriah oleh Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli; Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Yang Zaimey Yang Ghazali bersama isteri, Zuhainita Ujud; serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Pembangunan Luar Bandar), Abu Bakar Hamzah bersama isteri, Faridah. Turut hadir, pegawai-pegawai kanan kerajaan Negeri Perlis termasuk Dato Che Sulaiman Shapie. Majlis Santapan Malam Diraja yang bakal berlangsung pada Khamis di Istana Arau merupakan acara kemuncak sambutan Jubli Perak. Majlis berprestij ini dijangka turut dihadiri oleh Sultan Brunei Darussalam, Raja-Raja Pemerintah serta wakil-wakil diraja dan Tuan-Tuan Yang Terutama dari seluruh negara. -EDISI UKAS  

View

news

Yayasan Sarawak Nurtures Quality Leaders In The Sarawak Civil Service

KUCHING: Yayasan Sarawak (Sarawak Foundation) continues to serve as an important platform in nurturing quality leaders within the Sarawak Civil Service. Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki said the success of former Yayasan Sarawak Director, Datu Mersal Abang Rosli is an achievement that should be emulated by civil servants, especially among young officers. According to him, Datu Mersal began his career in the civil service as a clerk and steadily rose through the ranks to eventually lead the organisation, thus proving that commitment, discipline, and personal development can pave the way towards professional excellence. “If we continue to show strong potential and persevere, nothing is impossible in achieving greater heights. “Datu Mersal is a clear example of self-development within the civil service,” he said. He said this when speaking at the Jasamu Dikenang Ceremony in conjunction with Datu Mersal’s retirement held at a leading hotel here, on Wednesday. Datuk Amar Mohamad Abu Bakar added, Datu Mersal’s accomplishments demonstrate that Yayasan Sarawak is not merely an educational institution, but also a platform that cultivates leaders with integrity and capability. “Yayasan Sarawak has produced many figures who are now leading various government agencies and departments. “This is the result of a strong work culture and the spirit of kinship that has always been practised within the institution,” he added. Datu Mersal served in the public service for 43 years, with the majority of that time dedicated to advancing education and human capital development through his role at Yayasan Sarawak. The ceremony was also attended by the new Director of Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin, Vice-Chancellor of i-CATS University College, Professor Emeritus Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, and other guests. - UKASnews  

View

news

Projek Kenyalang Smart City Dijangka Pacu Ekonomi Digital dan Bandar Pintar di Sarawak

MIRI: Sarawak bakal menyaksikan lonjakan besar dalam pembangunan bandar pintar serta pertumbuhan ekonomi digital menerusi pelaksanaan Projek Kenyalang Smart City (KSC) di Miri yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada transformasi landskap bandar dan sosioekonomi negeri ini. Projek berprofil tinggi itu dimeterai pada Rabu melalui majlis menandatangani perjanjian pelaburan antara Imasa Dinasti Sdn Bhd, China Energy Engineering Group Guangxi Electric Power Design Institute Co. Ltd. (CEEC-GXED) dan beberapa syarikat utama dari Shandong, China. Majlis berlangsung di Dewan Bandaraya Miri dan disaksikan oleh Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang. Menurut penganjur, KSC akan membawa pendekatan baharu dalam pembangunan bandar yang berteraskan teknologi pintar seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT), dan sambungan 5G seiring dengan prinsip kelestarian dan matlamat karbon rendah. “Projek ini bukan sahaja akan memacu pertumbuhan ekonomi digital dan teknologi hijau di Sarawak, malah bakal membuka ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada tenaga kerja tempatan,” kata wakil penganjur. Pembangunan Kenyalang Smart City juga melibatkan pelaburan dalam kemudahan bertaraf antarabangsa termasuk pusat konvensyen, pusat seni persembahan dan muzium warisan budaya menjadikannya mercu tanda baharu bagi Miri serta tarikan pelabur dan pelancong dari dalam dan luar negara. Delegasi tinggi dari China yang hadir termasuk Pengerusi syarikat-syarikat gergasi seperti Shandong Yutong Road and Bridge Group, Shandong Tianhua Industrial Group, Ublok New Materials Co serta Beijing Shenghui Construction Engineering Co. Selesai majlis menandatangani, delegasi dibawa melawat tapak projek KSC bagi meninjau potensi dan kesiapsiagaan kawasan pembangunan menjelang fasa pelaksanaan akan datang. Projek ini merupakan sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan dijangka memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju pembangunan bandar pintar serta ekonomi digital di rantau ini.-EDISI UKAS  

View

news

Datu Mohamad Junaidi Mohidin Appointed New Director Of Yayasan Sarawak

KUCHING: Yayasan Sarawak (Sarawak Foundation) has announced the appointment of Datu Mohamad Junaidi Mohidin as its new Director, effective today. He succeeds Datu Mersal Abang Rosli who has retired after serving Yayasan Sarawak for 43 years. The symbolic handing over of duties ceremony was witnessed by Sarawak Secretary and Deputy Chairman of Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki at Wisma Adenan, here. Meanwhile, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar extended his appreciation to Datu Mersal for his remarkable dedication and contributions over 43 years of service with the organisation. He also welcomed Datu Mohamad Junaidi to his new role and expressed hope that his leadership would bring renewed energy and fresh approaches towards further strengthening the education sector and the development of human capital among Sarawakian students across the country. -UKASnews Source: Yayasan Sarawak  

View

news

Kesan Tarif: Sarawak Perlu Sesuaikan Dasar Ekonomi Dengan Keadaan Terkini

KUCHING: Sarawak perlu menyesuaikan dasar ekonominya dengan situasi semasa susulan pengenalan tarif daripada Amerika Syarikat. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, impak minimal terhadap ekonomi tidak boleh dipandang enteng terutamanya memberi kesan terhadap harga minyak di seluruh dunia di mana komoditi gas dan minyak merupakan salah satu pendapatan utama Sarawak. "Harga minyak mentah kini adalah USD65 setong tetapi kita anggarkan dalam bajet yang kita hitung sekitar USD85 hingga USD90 setong di mana pengurangan sekitar USD20. "Hal ini bermakna hasil pendapatan kita akan berkurangan, maka kita tidak dapat menjangka dengan pasti apa yang akan berlaku sehingga hujung tahun ini dan menuju ke tahun 2026. "Dengan latar belakang ini, kita perlu menyesuaikan dasar ekonomi kita agar kita dapat terus kekal berkembang dan memastikan kita mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung komitmen yang telah kita buat," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu. Tambah beliau, antara langkah-langkah strategik yang bakal diatur adalah penyatuan aset bagi mendapat tahu nilai aset yang ada untuk tujuan analisa. Ujarnya, Kerajaan Sarawak akan cuba berinovasi dan menambah nilai kepada aset tersebut, selaras dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam kalangan negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). "Kita perlu mencari kaedah dan pendekatan pengurusan aset yang dapat memberi kesan positif kepada keseluruhan ekonomi, walaupun terdapat beberapa penyesuaian dalam ekonomi dunia. "Kita tidak boleh hanya bergantung kepada minyak dan gas semata-mata. "Kita perlu berinovasi dan memperkenalkan teknologi dalam usaha kita meningkatkan hasil pendapatan negeri berdasarkan aset yang ada," jelasnya. Tambahnya lagi, antara langkah strategik lain adalah dengan mencari sumber pendapatan baharu dalam rangka undang-undang yang ada, serta hak yang telah diperuntukkan kepada Sarawak menggunakan teknologi dan aset baharu. Jelasnya, ini bermakna semua agensi dan sektor ekonomi kerajaan akan disatukan termasuk menyatukan semua aset kerajaan di bawah satu platform. "Dengan cara ini, kita akan mencari kaedah dan pendekatan untuk menggunakan aset tersebut dan menjana pendapatan tambahan. "Sebagai contoh, hidrogen adalah sebahagian daripadanya. Kita perolehnya daripada air kita. "Jika kita menggunakan air untuk menghasilkan hidrogen, ini bermakna kita boleh mengenakan royalti ke atas penggunaan air tersebut. "Ini akan membuka ruang kepada sumber pendapatan tambahan daripada air. Selain itu, komoditi hidrogen itu sendiri juga pasti akan memberikan pendapatan tambahan kepada kita," jelasnya. Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Pengerusi SAINS Sdn Bhd Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, Ketua-ketua Jabatan serta dif kenamaan yang lain. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious921922923924925926927928929930NextLast