Showing search result:
Page | Title | Content/Description | Action |
---|---|---|---|
news |
Persatuan Perlombongan British Columbia Berminat Jalin Kerjasama Bangunkan Industri Perlombongan Mineral Di Sarawak |
Kuching: Persatuan Perlombongan British Columbia telah menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur dan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri perlombongan mineral di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama ini membawa peluang kepada pertukaran kepakaran, teknologi dan pelaburan yang boleh memberi impak positif kepada kedua-dua pihak. Katanya, ia selaras dengan aspirasi Sarawak untuk mengembangkan industri berkenaan kepada ekonomi cergas berdasarkan prinsip Tata Kelola dan Ekonomi (ESG) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Beliau berkata demikian semasa mengetuai delegasi Sarawak dalam sesi libat urus dan perkongsian bersama Persatuan Perlombongan Kanada di Vancouver, Kanada pada Jumaat. Sesi libat urus itu turut memberikan pandangan dalam penggubalan dasar, strategi dan hala tuju perlombongan mineral di Sarawak serta rangka kerja perundangan dan institusi yang diperlukan. Pada masa sama, delegasi Sarawak juga berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Vancouver. Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Datu Lester Matthew.-Edisi UKAS |
View |
news |
Sukarelawan Sedia Bantu Lancarkan Penganjuran SUKMA XXI Sarawak 2024 |
MIRI: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) sedang menganjurkan Kursus Asas Sukarelawan Am SUKMA XXI Sarawak 2024 sebagai persiapan penganjuran temasya dwitahunan itu pada 17 hingga 24 Ogos nanti. Kursus tersebut bermula dari 6 Jun hingga 17 Julai depan dengan Bahagian Miri menjadi lokasi pertama yang diadakan dari 8 hingga 9 Jun bertempat di Curtin University Malaysia. Untuk bahagian Miri, seramai 350 sukarelawan terdiri daripada kakitangan kerajaan, penuntut IPTA dan IPTS serta orang awam dijangka akan membantu melancarkan penganjuran SUKMA nanti. Hari pertama kursus tersebut diadakan pada Sabtu di mana pelbagai aktiviti berbentuk 'teambuilding' diadakan dari pagi hingga petang. Selain sebagai sesi suai kenal sesama peserta, kursus itu juga bertujuan menjelaskan mengenai peranan dan tugasan yang akan dilaksanakan oleh para sukarelawan nanti. Terlebih dahulu, mereka diberikan taklimat yang disampaikan oleh pihak JBSNS selaku Jawatankuasa Tenaga Kerja Sukarelawan Dan Pegawai Perhubungan SUKMA XXI Sarawak 2024, pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pelancaran kursus akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Ahad sekitar jam 2 petang. Ia akan turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri MYSED Datuk Dr Ripin Lamat. Untuk rekod, sebanyak enam jenis sukan akan dilangsungkan di Miri iaitu pencak silat, karate, ragbi, lawan pedang, sofbol dan pelayaran. - EDISI UKAS |
View |
news |
Gawai Celebration Ignites Spirit Of Unity, Strengthens Togetherness |
BETONG: The celebration of Gawai throughout Sarawak ignites the spirit of unity and togetherness among the multi-racial and religious communities in the state. Sarawak Deputy Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew said this atmosphere shows the beauty of the community in Sarawak which has 34 ethnic groups but is able to live together in harmony and peace. "This spirit has also been held by our leaders from the past until now, at the same time creating religious and racial harmony. "So, let each of us here together from the leadership to the grassroots to maintain this harmony and peace." He said this while speaking on behalf of Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas at the 2024 Betong Division Gawai Dayak Parade on Saturday. He said, the participation of many young people in the parade is a testimony that the spirit of harmony and unity in the Gawai Day celebration has been passed down to the new generation. A total of 40 contingents involving more than 3000 participants participated in the parade where they wore traditional ethnic clothing in Sarawak with the majority being Iban as well as some contingents from the Malay community, Chinese and invitations from Sabah, the Kadazan Dusun Culture Association (KDCA). This programme is one of the main contents of the 2024 Betong Division Gawai Dayak Celebration throughout the months of May and June 2024. The contingent is made up of 17 teams participating in category A which are Government Departments/Statutory Bodies/Private, 11 teams in category B which are Heads of Tribes/Longhouses/Villages/NGOs/Towns, six teams in category C which are PIBG/Secondary Schools and six teams participating in category D is PIBG/primary schools. Meanwhile, the Betong Divisional Health Office emerged as the winner of category A, followed by the Betong Divisional Agriculture Department in second place and CENTEXS Betong in third. Category B was won by Gerempung Tuai Rumah N.36 Layar, Dayak Bukit Kelingkang in secon place and Gerempung Bukit Saban in third. Meanwhile, SMK Saribas won category C, followed by SMK St Augustine in second place and Saratok Form 6 College in third. As for category D, the top spot was embraced by SK St Augustine, second SK Spaoh and third SK Abang Abdul Kadir. Sarawak's Deputy Minister of Youth, Sports and Entrepreneur Development Dato Gerald Rentap Jabu completed the prize-giving ceremony which took place at the Dewan Panglima Rentap Betong. The winner of each category will each take home RM3,000 in cash, the runner-up RM2000 and the third place RM1000 along with a certificate and trophy. In the meantime, the 'Overall Winner' selected from the Category Champions was SMK Saribas who took home a trophy and RM10,000 in cash. Earlier, Datuk Sebastian completed the symbolism of the inauguration and then led the parade from the Betong Sports Complex around Betong Town to the Rentap Commander's Hall with a route distance of 1.8km. Also present were Sarawak Science Research Advisor Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu and his wife Tan Sri Empiang Jabu, Betong Member of Parliament Dr Richard Rapu, Sarawak Tourism Board (STB) Chairman Dato Dennis Ngau, Krian Assemblyman Friday Belik, Kalaka Assemblyman Mohamad Duri and other dignitaries. - UKASnews |
View |
news |
木中成为2024年第21届砂拉越马运会和大马残运会火炬接力跑第8个目的地 |
木中:木中县今日成为2024年第21届砂拉越马运会和大马残运会火炬接力跑第8个目的地。 参与者们在天气晴朗的情况下,在进行健身操后,纷纷于早上7时15左右开始火炬接力跑。 此次共有500名来自不同政府机构、非政府组织、协会和学生组成的跑步参与者将在木中出生的大马残运会体育人物莫哈末依克玛带领下,完成长达3.5公里路程。 木中国会议员里察拉布博士与其他嘉宾也为此次火炬接力跑主持开跑仪式。 稍早前,嘉宾们与所有跑步者也一起跳健身操。 下周,这项火炬接力跑将开始进入南砂区,即从斯里阿曼至西连、哥打三马拉汉,并将于6月23日在古晋河滨公园结束。 据了解,木中县将成为举重比赛的东道主。-UKAS刊 |
View |
news |
Pesta Babulang & Lumba Kerbau Platform Perkenal Adat Budaya Kaum Bisaya |
BATU DANAU: Pesta Babulang dan Lumba Kerbau merupakan satu acara tahunan yang dinantikan oleh komuniti tempatan di mana ia kini turut menjadi satu platform penting untuk memperkenalkan serta mempertahankan adat budaya kaum Bisaya. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bertepatan dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030 dengan salah satu inisiatif pemangkin iaitu untuk mengadakan pelbagai acara, perayaan dan acara perniagaan yang unik untuk Sarawak. “Usaha penganjuran pesta ini harus disanjung tinggi dan diberi penghargaan yang secukupnya kerana dapat mengukuhkan warisan budaya kita di samping berperanan sebagai salah satu aset ekopelancongan yang berharga di Bahagian Limbang,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dalam ‘Adau Nakod Babulang’ & Perasmian Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2024 di Dewan Kebudayaan Bisaya, Kampung Batu Danau pada Ahad. Tambah Dato Sri Karim, kementeriannya mewakili Kerajaan Sarawak terus menyokong penganjuran Pesta Babulang dan Lumba Kerbau di masa-masa hadapan. Selain itu, beliau juga mengarahkan Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian Limbang untuk bekerjasama dengan Persatuan Bisaya Sarawak bagi menyediakan Pelan Pengurusan dan Pelan Tindakan Ekopelancongan di kawasan Batu Danau sebagai menyokong kepada Pelan Ekopelancongan Bahagian Limbang secara keseluruhannya. “Saya juga ingin mencadangkan supaya pakej ekopelancongan yang mengetengahkan budaya Masyarakat Bisaya ini digabungkan dengan pakej pengembaraan ke ‘Head Hunters’ Trail’ di Taman Negara Gunung Mulu. “Ini adalah disebabkan pakej ‘Head Hunter’s Trail’ juga mempromosi unsur budaya sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam perjalanan berkenaan,” katanya. Justeru, dengan mengabungkan pakej berkenaan ujarnya, agak mudah bagi agensi pelancongan untuk mempromosi produk ekopelancongan Masyarakat Bisaya di kawasan Batu Danau ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Timbalan Pengerusi Sarawak Bisaya Charitable Trust Datu Antonio Khati Galis, Timbalan Residen Bahagian Limbang Rozita Kulai, Pengurus Besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) merangkap Presiden Persatuan Bisaya Sarawak Joseph Blandoi serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS |
View |
news |
Sarawak Tidak Ambil Hak PETRONAS, Laksana Hak Industri Gas & Minyak Ikut Undang-Undang |
KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa tiada pengambilan hak Petroliam Malaysia (PETRONAS) dalam industri gas dan minyak di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, PETRONAS kekal sebagai rakan kongsi Sarawak secara keseluruhan dengan jalinan kerjasama kukuh melalui Petroleum Sarawak (PETROS) dalam industri gas dan minyak mengikut undang-undang. “Apabila saya melakukan bahagian saya dalam industri minyak dan gas, saya juga melihat hak yang kita ada dalam undang-undang kita. "Kami perlu beroperasi mengikut parameter undang-undang dan PETRONAS memahami perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pelancaran Kemudahan Pemasangan dan Pengedaran Elektroliser Sarawak (SEA-DF) di Taman Perindustrian Demak Laut di sini pada Khamis. Premier Sarawak menambah, sinergi antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Petronas melalui penubuhan bersama fasiliti kilang Kemudahan Pemasangan dan Pengedaran Elektrolizer Sarawak (SEA-DF) juga menunjukkan keberkesanan kerjasama mereka. Jelasnya, beliau percaya kerjasama ini akan menghasilkan bakat, pengalaman dan kepakaran teknikal daripada kedua-dua pihak memastikan kemajuan yang mampan dalam perniagaan hidrogen. “Ia juga berfungsi sebagai tempat latihan untuk rakyat Sarawak tempatan, dengan lapan individu kini dilatih untuk menjadi jurutera dalam fasiliti ini," ujarnya lagi. Pada kemuncak majlis, Datuk Patinggi Abang Zohari itu turut menyaksikan pertukaran beberapa dokumen berkaitan pembangunan tenaga baharu di Sarawak dan Malaysia amnya. Ia melibatkan memorandum persefahaman (MoU) antara SEDC Energy dan UOB Malaysia untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak yang mampan, MOU antara SEDC Energy dan ILS untuk penyepaduan trak sel bahan api hidrogen SEDC Energy ke dalam operasi logistik ILS, dan perjanjian bekalan antara SEDC Energy dan Hydrexia untuk bekalan hidrogen hijau untuk eksport dan pasaran domestik. Dokumen lain termasuk surat aku janji untuk membekalkan electrolyser antara Hydrexia, LHSB dan Peric, letter of intent (LOI) untuk potensi kerjasama untuk Solar PV dan teknologi pengeluaran hidrogen antara SEDC Energy, LHSB dan Solarvest, serta semua LOI untuk potensi kerjasama untuk pembangunan keupayaan kimpalan dan latihan industri antara LHSB dan Awisar. -EDISI UKAS |
View |
news |
Sambutan Hari Gawai Tiup Semangat Perpaduan, Perkukuh Kebersamaan |
BETONG: Sambutan perayaan Hari Gawai di seluruh Sarawak meniupkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata suasana ini memperlihatkan keindahan masyarakat di Sarawak yang mempunyai 34 kumpulan etnik namun mampu hidup bersama dengan harmoni dan aman damai. “Semangat ini juga menjadi pegangan pemimpin kita sejak dulu hingga sekarang, sekaligus mewujudkan keharmonian agama dan kaum. “Maka, marilah setiap kita di sini bersama-sama dari kepimpinan hingga ke akar umbi untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan ini.” Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2024 pada Sabtu. Katanya, penyertaan ramai golongan belia dalam perarakan tersebut menjadi testimoni bahawa semangat keharmonian dan perpaduan dalam perayaan Hari Gawai telah diwariskan kepada generasi baru. Sebanyak 40 kontinjen melibatkan lebih 3000 orang peserta menyertai perarakan tersebut di mana mereka mengenakan pakaian tradisional etnik-etnik di Sarawak dengan majoritinya etnik Iban serta beberapa kontinjen masyarakat Melayu, Cina dan jemputan dari Sabah iaitu Kadazan Dusun Culture Association (KDCA). Program ini adalah antara pengisian utama Sambutan Perayaan Gawai Dayak Bahagian Betong Tahun 2024 sepanjang bulan Mei dan Jun 2024. Pecahan kontinjen adalah 17 pasukan menyertai kategori A iaitu Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Swasta, 11 pasukan kategori B iaitu Ketua Kaum/Rumah Panjang/Kampung/ NGO/Pekan, enam pasukan kategori C iaitu PIBG/Sekolah-Sekolah Menengah dan enam pasukan menyertai kategori D iaitu PIBG/sekolah-sekolah rendah. Sementara itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong muncul johan kategori A, tempat kedua dirangkul Jabatan Pertanian Bahagian Betong dan CENTEXS Betong ketiga. Kategori B pula dimenangi Gerempung Tuai Rumah N.36 Layar, tempat kedua Dayak Bukit Kelingkang dan Gerempung Bukit Saban ketiga. Manakala SMK Saribas menjuarai kategori C, diikuti SMK St Augustine tempat kedua dan Kolej Tingkatan 6 Saratok ketiga. Bagi kategori D pula, johan dirangkul SK St Augustine, SK Spaoh kedua dan SK Abang Abdul Kadir ketiga. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu menyempurnakan upacara penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Panglima Rentap. Johan setiap kategori masing-masing membawa pulang wang tunai RM3000, naib johan RM2000 dan tempat ketiga RM1000 beserta sijil dan trofi. Dalam pada itu, 'Pemenang Keseluruhan' yang dipilih dari kalangan Juara Kategori telah dimenangi SMK Saribas yang membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM10,000. Terdahulu, Datuk Sebastian menyempurnakan simbolik perasmian dan seterusnya mengetuai acara perarakan dari Kompleks Sukan Betong mengelilingi Pekan Betong menuju ke Dewan Panglima Rentap dengan jarak laluan sejauh 1.8km. Hadir sama Penasihat Penyelidikan Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta isteri Tan Sri Empiang Jabu, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Pengerusi Sarawak Tourism Board (STB) Dato Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik, ADUN Kalaka Mohamad Duri serta dif-dif kenamaan yang lain. - EDISI UKAS |
View |
news |
Sarawak Malay Culture Shines At Getaran Kesenian Melayu Concert |
KUCHING: The Getaran Kesenian Melayu Concert on Saturday showcased the rich heritage and traditions of Sarawak's Malay culture. The main pillar of the concert is “without the old, there is no new,” where the concert features traditional music combined with orchestra, modern music, and traditional Sarawak Malay music, which also aims to introduce newer generations to the culture and art of Sarawak Malay people through traditional musical compositions with modern concepts. The concert featured six traditional Sarawak Malay arts: Gendang Nopeng, Bangsawan, Zapin Bandarsah Dance, Gurindam and Syair, Silat Pulut Sarawak, and Gambus Sarawak. Local talents such as Bob Yusuf, Datuk Sarbanun Marican, Safar Ghaffar, and many more have also been invited to perform traditional and modern songs at this concert. Free for the public to attend and immerse themselves in the wonderful Malay culture, this concert was organised by The Ministry of Tourism, Creative Industry, and Performing Arts Sarawak in collaboration with the Bandarsah Kuching Artists Organisation (PASBK). Also present during the concert were the Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg and his wife Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak State Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Deputy Minister for Tourism, Creative Industry and Performing Arts, Datuk Snowdan Lawan, Deputy Minister for Energy and Environmental Sustainability, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Sarawak Deputy State Secretary (Economic Planning and Development), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Consulate General of the Republic of Indonesia, Raden Sigit Witjaksono and other distinguished guests. -UKASnews |
View |
news |
Budaya Melayu Bersinar Di Konsert Getaran Kesenian Melayu Sarawak |
KUCHING: Budaya melayu bersinar di Konsert Getaran Kesenian Melayu Sarawak yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu. Dengan tema ‘tiada yang lama, tiada yang baru’, konsert anjuran Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Seniman Bandarsah Kuching (PASBK) itu mempamerkan kekayaan warisan dan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini menerusi dua segmen iaitu kontemporari dan tradisional. Dalam segmen kontemporari, semua lagu terkenal dari zaman 50an sehingga kini dipersembahkan oleh Orkestra PASBK dan Kombo PASBK. Manakala, penyanyi tanah air popular, Bob Yusuf dan penyanyi tempatan seperti Datuk Sarbanun Marican, Safar Ghaffar, Jamiah Lanbed, Firdaus Materang, Norafizah Busman, Shatila Kamil, Abdul Gapor Ros, Hazwani Alias, Dahlia Alias dan Nurhijrah Yahya pula dijemput bagi mendendangkan lagu berkonsepkan tradisional serta moden. Pada masa sama, konsert tersebut juga mengetengahkan enam seni irama Melayu iaitu Gendang Nopeng, Bangsawan, Tarian Zapin Bandarsah, Gurindam dan Syair termasuk Silat Pulut Sarawak dan Gambus Sarawak. Hadir menyerikan lagi konsert itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Konsulat Jeneral Republik Indonesia Raden Sigit Witjaksono dan tetamu kenamaan yang lain. -Edisi UKAS |
View |
news |
Betong Jadi Destinasi Ke-8 Larian Baton SUKMA & Para SUKMA XXI Sarawak 2024 |
BETONG: Bahagian Betong menjadi destinasi kelapan bagi acara Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 pada Ahad. Cuaca yang mengizinkan telah memudahkan para peserta memulakan larian sekitar jam 7.15 pagi sejurus selesai aktiviti senamrobik perdana. Seperti destinasi-destinasi sebelum ini, seramai 500 pelari dari pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pelajar akan berlari dengan jarak sepanjang 3.5 kilometer (km) yang diketuai oleh ikon sukan kelahiran Betong sendiri iaitu Mohd Ikmal Mohd Norhaslizam yang merupakan atlet Para SUKMA. Bagi simbolik acara lepas mula larian pula telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu bersama tetamu kenamaan yang lain. Terdahulu, tetamu-tetamu kehormat turut serta dalam acara senamrobik perdana yang berlangsung di dataran Dewan Panglima Rentap di sini bersama kesemua pelari yang terlibat. Pada minggu depan, larian baton ini akan memasuki zon Selatan bermula dari Sri Aman, Serian, Kota Samarahan dan melabuh tirai di Tebingan Kuching pada 23 Jun ini. Untuk rekod, Bahagian Betong akan menjadi tuan rumah bagi acara angkat berat. |
View |
FirstPrevious811812813814815816817818819820NextLast |