Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Loji Rawatan Air Akut Sungai Sadit Mula Beroperasi Sepenuhnya |
SIBU: Projek pembinaan Loji Rawatan Air Akut di Sungai Sadit yang menelan belanja sekitar RM5 juta kini telah siap sepenuhnya dan telahpun beroperasi. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pembinaan loji bermula pada September 2024 itu berkapasiti pengeluaran 4 juta liter air sehari dan mampu mengurangkan tekanan terhadap dua loji utama iaitu Loji Rawatan Air Salim dan Loji Bukit Lima. “Dengan beroperasinya Loji Rawatan Air Akut ini, beban di Loji Salim yang kini menghasilkan 150 juta liter sehari serta Loji Bukit Lima dapat dikurangkan. “Ini membolehkan kedua-dua loji menumpukan bekalan air kepada kawasan bandar Sibu, manakala penduduk di Sungai Sadit dan kawasan berhampiran menerima bekalan yang lebih stabil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan loji tersebut pada Selasa. Tegas Dato Sri Julaihi, usaha berterusan masih diperlukan bagi memastikan semua kawasan di Sibu menerima bekalan air yang mencukupi dan berkualiti meskipun liputan bekalan air di bahagian itu kini berada pada tahap 87.2 peratus. “Kerajaan juga sedang menaik taraf Loji Rawatan Air Salim untuk mencapai kapasiti 300 juta liter sehari serta menjalankan kajian bagi menambah kapasiti Loji Bukit Lima, sejajar dengan keperluan masa hadapan,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan mengurangkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water), yang menurutnya kerap berlaku akibat paip bocor berpunca daripada faktor usia, pergerakan tanah atau kerosakan semasa kerja pembinaan. “Saya menyeru semua kontraktor dan pihak terlibat agar lebih berwaspada dan segera melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa untuk memastikan bekalan air tidak terganggu,” katanya. Sementara itu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa projek pembinaan loji ini dirancang untuk menambah baik sistem bekalan air sedia ada serta memenuhi permintaan bekalan yang semakin meningkat di kawasan Sungai Sadit dan sekitarnya, di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan. Projek dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak itu turut merangkumi pemasangan saluran paip baharu ke dalam sistem agihan sedia ada, dan dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh; ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek; Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Ir. Ts. Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Secretary Inspects Road Construction & Upgrading Project In Temalat, Song |
KAPIT: Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki continued his official working visit to Kapit with an inspection of the implementation and progress of road construction and upgrading works in Temalat, Song. The visit on Tuesday was joined by Deputy Minister in the Sarawak Premier’s Department (Native Laws and Customs), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Pelagus Assemblyman, Wilson Nyabong Ijang, Katibas Assemblyman, Lidam Assan, Kapit Division Resident, Elvis Didit, Song District Officer, Harry Bruce Edwin, as well as heads of departments. One of the key components of the project is slope protection works, which are currently underway with an estimated cost of RM1,998,510.33 and are expected to be completed before the Gawai Dayak celebration. This initiative aims to improve safety and travel convenience for the locals. In addition, slope remedial works have also been proposed with an estimated cost of RM4,987,726.65, and are expected to be completed within four months of implementation. The visit underscored the importance of regular monitoring and close cooperation between implementing agencies to ensure works progress smoothly and according to schedule. The presence of numerous leaders, including elected representatives and technical departments, clearly reflects the state government's strong commitment to prioritising rural development. Local residents were also present and given the opportunity to voice their views and feedback directly to the government on infrastructure matters and their daily needs. -UKASnews |
View |
|
news |
砂拉越推出建筑管理工程学士课程 |
古晋:砂拉越政府在砂多所大学推出一项全新课程,即建筑管理工程学士学位。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士今天在古晋婆罗洲会展中心(BCCK)为2025年婆罗洲国际建筑周(ICW Borneo)主持开幕及致词时,宣布这项消息。 他表示,这将是婆罗洲地区首个此类课程之一。 “砂拉越政府将在砂拉越的大学推出一个新课程,即建筑管理工程学士学位。我相信这是婆罗洲最早引进的课程之一。所有进入大学的砂拉越人都可享有此较育机会,因为这项教育的费用将全额由砂拉越政府承担。” 与此同时,拿督巴丁宜阿邦佐哈里在开幕仪式结束后,接受媒体访问时表示,低碳产业是必要的,因为建筑业是产生碳的行业之一。 他说,要找到新的方法,比如从材料的角度,不仅是绿色材料,还要涉及建筑行业的方法。 “因此,明年我们将送符合资格的孩子,到砂拉越所拥有的大学,修读特定领域的课程。” 受委开办该课程的大学有砂拉越科技大学(UTS),同时斯威本科技大学砂分校也表示愿意配合推行这项课程。 出席活动的嘉宾包括砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅、砂拉越交通部长拿督斯里李景胜、砂拉越总理署部长拿督斯里约翰西基、联邦工程部长拿督斯里亚历山大南达林吉,以及砂拉越和联邦的副部长们、各局局长和其他嘉宾。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sokong Usaha Perkasa Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Alternatif |
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menerima kunjungan hormat daripada Institut Timbang Tara dan Penyelesaian Pertikaian Sarawak (SiADR) di Astana Negeri di sini pada Rabu. Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi SiADR, Datuk Yew Jen Kie itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baharu institut tersebut serta memaklumkan perkembangan terkini aktiviti dan peranan SiADR dalam mempromosikan mekanisme penyelesaian pertikaian secara alternatif di negeri ini. Ditubuhkan pada tahun 2024, SiADR berhasrat untuk memperkukuhkan penggunaan timbang tara dan mediasi sebagai kaedah penyelesaian yang lebih cekap, kos efektif dan inklusif, selari dengan keperluan masyarakat dan sektor korporat di Sarawak. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan atas usaha murni yang digerakkan oleh SiADR dalam memperkukuh sistem penyelesaian pertikaian yang bebas, profesional dan diyakini semua pihak. Beliau turut menekankan pentingnya kerjasama strategik antara SiADR dan institusi kerajaan dalam membina kapasiti sumber manusia tempatan dalam bidang timbang tara, mediasi serta penyelesaian pertikaian alternatif, khususnya dalam landskap perundangan yang semakin kompleks. SiADR kini dalam usaha memperluas peranannya menerusi pelbagai program latihan, seminar dan kerjasama teknikal bagi mendidik masyarakat serta sektor swasta mengenai kelebihan penyelesaian pertikaian tanpa perlu melalui proses kehakiman yang panjang dan memakan kos tinggi. Langkah ini dilihat sebagai satu lagi inisiatif ke arah memperkukuh sistem perundangan alternatif di Sarawak yang lebih progresif dan mesra pelabur. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Timbalan Pengerusi, Senator Robert Lau Hui Yew; Penasihat SiADR, Dato’ Lee Heng Cheong dan Datuk Stephen Chung, Setiausaha, John Ko Wai Seng serta tetamu lain.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
New Hotel Set To Transform Tourism Appeal In Kapit |
KAPIT: The development of a new nine-storey hotel is expected to reshape the landscape and tourism appeal of Kapit upon its completion. To assess its implementation, Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki conducted an official working visit to the proposed project site on Tuesday. Also present during the visit on Tuesday were Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Native Laws and Customs), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Pelagus Assemblyman, Wilson Nyabong Ijang, Katibas Assemblyman, Lidam Assan, Baleh Assemblyman, Nicholas Kudi Jantai, Kapit Division Resident, Elvis Didit, as well as heads of departments. The visit to the site, located at the former GiatMARA Kapit premises near Lily Pond, was organised by Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd. in collaboration with a consulting firm Jurubina Unireka. The new hotel project features a design inspired by local culture and heritage, with the aim of harmoniously blending into the natural surroundings along the southern bank of the Rajang River. Its design highlights concepts of sustainability and tranquillity while enhancing the iconic and naturally scenic Lily Pond area. Cultural elements such as traditional motifs, patterns, and colours will be incorporated into both the exterior and interior design of the building. This includes heritage textile features such as pua kumbu and ngepan Batang Rajang, making the hotel not only a modern lodging facility but also an authentic cultural experience centre. The hotel is expected to boost the local tourism and economic sectors and serve as a new landmark positioning Kapit as a unique travel destination in Sarawak. -UKASnews |
View |
|
news |
双溪沙迪急性水处理厂全面投入运营 |
诗巫:耗资约 500 万令吉的双溪沙迪(Sungai Sadit)急性水处理厂建设项目现已全面竣工并开始投入运作。 砂拉越公用事业及通讯部长拿督斯里朱莱希诺拉威表示,该水处理厂自2024年9月动工,日产水量达400万升,可减轻沙林水厂(Loji Salim)和武吉利马水厂(Loji Bukit Lima)两座主要水厂的压力。 “随着这座急性水处理厂投入运营,目前每天生产 1.5 亿升水的沙林水处理厂和武吉利马水处理厂的负荷可以得到减轻。这将让两座水厂就可以集中向诗巫市区供水,而双溪沙迪和附近地区的居民则可以获得更稳定的供水。” 他星期二为水厂主持启用意识后,向记者做此表示。 拿督斯里朱莱希强调,尽管诗巫的供水覆盖率目前为 87.2%,但仍需不断努力,确保诗巫所有地区都能获得充足且优质的供水。 “政府还在提升沙林水处理厂,以使其日处理能力达到 3 亿升,并研究如何提高武吉利马水处理厂的处理能力,以满足未来的需求。” 同时,他还强调,减少无受益水的重要性,并指无受益水通常是由于管道老化、土壤移动或施工期间损坏而导致管道泄漏造成的。 “我呼吁所有承包商和相关方提高警惕,立即向当局报告任何损害,以确保供水不中断。” 与此同时,砂拉越乡村水供局(JBALB)在一份声明中宣布,该水厂建设项目旨在改善现有的供水系统,满足峇旺阿山选区内双溪沙迪地区及其周边地区日益增长的供水需求。 该项目由砂拉越政府全额资助,还包括在现有配送系统中安装新水管,预计将为当地居民带来巨大利益。 出席者还有峇旺阿山区立法议员拿督斯里黄顺舸、武吉阿瑟区立法议员钱进一、诗巫省长阿邦莫哈末波甘及砂拉越乡区水供局局长阿旺莫哈末法迪拉。 - UKAS 刊 |
View |
|
news |
RM58.5 Juta Dikemendar Dikena Ngaga Jalai Kampung Sawai Ke Sibu |
MATU: Perintah Sarawak udah ngemendar agih belanja sepenyampau RM58.5 juta dikena ngaga projek jalai ari Kampung Sawai ngelawa jalai besai ke Sibu. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad madah, projek tu disadang deka ngemuntang peranak menua nya mindah sereta ngerandang mayuh awak nyungkak ekonomi. “Projek jalai alun tu deka ngemuntang peranak Kampung Sawai ngelawa mengeri Sibu tauka ngagai menua bukai. “Kelimpah ari nya kitai andal projek tu deka nyungkak pemansang ekonomi rayat ditu,” ku iya maya bejaku ba Program Lan Berambeh SK Sawai & Pekit Lumba Sekula SK Sawai ditu, Hari Dua tu tadi. Nitih ku iya, jalai nya deka meri pengelebih ngagai peranak menua nya nganjung anak sida belajar ba mengeri baka ba Universiti Teknologi Sarawak (UTC) di Sibu. Ba pengerami nya, iya mega nerangka inisiatif pelajar enda bebayar ari perintah Sarawak ti deka berengkah ba taun 2026 seriris enggau pengeransing perintah nengeri deka nentuka nembiak ulih nampung pelajar enda ngira penatai tauka endur sida. Safiee enggau nya ngelalau bala apai indai ngambi nyadi ke pelajar sebagi ari pekara ke patut dikemerat ba ruang bilik laban pekara nya besai reti dikena ngubah landskap ekonomi ruang bilik. Kelimpah ari nya, iya bela dipebasa bejadika Projek Nyeleti Pendai SK Kampung Sawai ti beungkus RM100,000 lalu nyua Projek Tembu Nyeruri Surau Kampung Sawai ke beungkus RM100,000. Sama datai ba program nya, Kepala Pengajar SK Kampung Sawai, Yahya Lamuji; Yang Dipertua PIBG SK Kampung Sawai, Azreen Jul; Sapit Pegawai Pelajar Pelilih (PPD) Daro, Junaidi Mohamed sereta Pegawai Kaul Sekula, Norafizan Noor Azaam. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2025 Santuni 150 Penerima Bantuan Di Kota Samarahan |
KOTA SAMARAHAN: Seramai 150 penerima bantuan kebajikan menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan sempena Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai 2025 yang berlangsung di Dewan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak di sini pada Rabu. Majlis anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan itu bertujuan menceriakan golongan kurang berkemampuan dalam menyambut Hari Gawai serta meringankan beban kewangan mereka ketika musim perayaan. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato' Idris Buang berkata, inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang. “Program Sejambak Kasih harus diteruskan agar bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan sama ada di bandar, pedalaman mahupun kawasan persisiran,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat berkaitan individu memerlukan, termasuk pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Pengiran Mohamad Najib Pengiran Mohamad; wakil Residen Bahagian Samarahan, Zainap Halip; Ketua Cawangan Bantuan Kesejahteraan Sosial JKM Sarawak, Jaidah Marbawi serta Temenggong Masyarakat Melayu Samarahan, Chek Bujang. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
100 Penerima Sumbangan Gawai Dayak 2025 Di Simanggang |
SIMANGGANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2025 bertempat di BME Hotel pada Rabu. Majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dalam menyambut perayaan utama negeri dengan menyalurkan bantuan kepada penerima bantuan kebajikan bagi meringankan beban kos sara hidup serta mengeratkan perpaduan antara kaum. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Pendidikan dan Inovasi (Pembangunan Bakat) Datuk Francis Harden Hollis. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dan menitikberatkan prinsip inklusiviti dalam pelaksanaan setiap inisiatif tanpa mengira kaum dan agama. “Program ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan beban kewangan, tetapi juga memperkukuh ikatan komuniti terutama sempena musim perayaan,” katanya. Menurut beliau, sebelum ini, program Sejambak Kasih turut diadakan bagi sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Katanya, Sejambak Kasih Gawai Dayak merupakan program ketiga bagi tahun ini dan program serupa akan diteruskan sempena perayaan utama lain. Sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman ialah sebanyak RM13,210,350 kepada 5,831 penerima bantuan bulanan. Di kawasan DUN N.32 Simanggang sahaja, jumlah penerima terdiri daripada 856 kaum Iban, 238 Cina, 86 Melayu dan 11 etnik lain. Seramai 100 orang penerima telah hadir ke majlis bagi menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM100 dan satu hamper bernilai RM80. Penerima yang tidak hadir akan menerima wang tunai tersebut melalui pengkreditan ke dalam akaun masing-masing. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Wakil Residen Bahagian Sri Aman, Jackline Medan Ikon; Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang; Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Mordiah Syed Ali; Pengetua Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Jacquiline Ebby Ramli; serta pemimpin masyarakat termasuk Pemanca Denneil Saweng dan beberapa Penghulu komuniti Iban. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Tebedu Sumbang Dana Biayai Aktiviti JKKK, Insentif Pelajar Cemerlang |
TEBEDU: Ahli Dewan Undangan Sarawak (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) fasa 1/2025 kepada 34 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan 70 penerima insentif bertempat di Pusat Khidmat DUN N.21 Tebedu pada Rabu. Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai aktiviti JKKK termasuk pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia. Dalam ucapannya, Dr Simon berharap dana yang disalurkan itu akan digunakan sepenuhnya oleh JKKK untuk manfaat penduduk kampung sepanjang tahun ini. Pada masa sama, beliau berharap pelajar yang menerima insentif itu akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan cemerlang. Dalam majlis sama, Dr Simon menyampaikan sijil pelantikan semula kepada seorang Ketua Kaum dan seorang kapitan termasuk lantikan baharu iaitu Frisca Agin selaku Ketua Kampung Taee, Serian. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious811812813814815816817818819820NextLast |