Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
MAIS Dicadang Tubuh Pusat Adat, Budaya dan Tradisi: Langkah Strategik Perkasa Warisan Sarawak |
KUCHING: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) berpotensi melangkah ke fasa baharu dalam usaha memartabatkan warisan masyarakat asli (native). Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata penubuhan pusat khas ini adalah langkah strategik yang tepat pada masanya, bagi memastikan usaha memelihara, membangun dan mempromosikan adat serta budaya masyarakat asli Sarawak dapat dijalankan secara lebih sistematik, profesional dan berimpak tinggi. "Saya menyokong penuh cadangan untuk mewujudkan MAIS Adat, Culture and Traditions Centre. "Sudah tiba masanya MAIS memainkan peranan yang lebih padu dalam memperkukuh pemeliharaan adat dan budaya yang bukan sahaja menjadi identiti negeri ini, malah aset penting kepada pembangunan sosioekonomi Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Inovasi MAIS 2025 dan Majlis Pelancaran Lima Buku yang berlangsung di Hotel Waterfront, Kuching pada Jumaat. Tambah Dato Sri John, inisiatif ini dilihat bertepatan dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang menekankan transformasi masyarakat Sarawak melalui inovasi, keterangkuman sosial dan pembangunan lestari. “Oleh yang demikian, pembabitan MAIS dalam mencetuskan idea kreatif dan inovasi serta usaha untuk menerbitkan buku hasil kajian dan penulisan tentang adat, budaya dan tradisi masyarakat native di Sarawak amatlah tepat dan selaras dengan peranan dan fungsi MAIS dalam memelihara dan mempromosi adat, budaya dan tradisi masyarakat native di Sarawak, terutamanya di kalangan generasi muda,” tambah beliau. Cadangan penubuhan pusat tersebut hadir seiring dengan penerbitan lima buah buku berkaitan adat dan budaya yang dilancarkan hari ini, antaranya menyentuh budaya Bidayuh dan Melanau – membuktikan kesungguhan MAIS dalam mendokumentasi warisan negeri. Dengan sokongan kerajaan negeri dan keupayaan MAIS yang semakin berkembang, penubuhan pusat ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada kelangsungan warisan Sarawak dalam dunia moden yang semakin mencabar.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kemarau: Penduduk Mulu Terima Bantuan Air Mineral |
MULU: Penduduk di kawasan pedalaman Mulu, Baram yang terjejas akibat musim kemarau menerima bantuan bekalan air mineral melalui penghantaran udara yang dilaksanakan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Marudi dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Jumaat. Penghantaran bantuan yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 Ogos itu menyaksikan sebanyak 984 kotak air mineral disalurkan ke lima lokasi utama iaitu Kampung Batu Bungan, Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Kuarters CAAM di Lapangan Terbang Mulu, Klinik Kesihatan Taman Negara Mulu serta Pondok Polis Mulu. Kampung Batu Bungan menerima jumlah agihan tertinggi dengan 700 kotak air mineral untuk keperluan 350 penduduk dari 87 buah rumah. Manakala SK Batu Bungan menerima 190 kotak untuk 95 orang murid dan kakitangan sekolah. Lokasi lain turut menerima agihan berdasarkan jumlah penduduk dan keperluan masing-masing. Disebabkan laluan sungai yang cetek dan tidak dapat dilalui oleh bot akibat kemarau, bantuan hanya dapat disalurkan menggunakan helikopter JBPM, memandangkan satu-satunya jalan alternatif iaitu laluan air dari Pekan Marudi memakan masa sehingga 13 jam. Menurut Pegawai Menguasa PKMD Marudi Aziana Lasa, inisiatif penghantaran ini adalah langkah segera untuk memastikan penduduk mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi sepanjang tempoh cuaca kering yang melanda. Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban penduduk sementara menanti keadaan cuaca kembali stabil dan sumber air semula jadi pulih seperti sediakala.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Gotong-Royong Anjuran Pejabat Daerah Beluru Erat Kerjasama |
BELURU: Pejabat Daerah Beluru telah menganjurkan satu program gotong-royong melibatkan kakitangan pentadbiran sebagai inisiatif memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan terhadap kebersihan tempat kerja. Program yang berlangsung petang tadi menyaksikan penglibatan seramai 45 orang kakitangan daripada Pejabat Daerah Beluru dan Pejabat Daerah Kecil Tinjar. Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu turut hadir dan bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong tersebut yang bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program berkenaan bukan sahaja bertujuan membersihkan persekitaran fizikal pejabat, malah menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan melalui semangat kerja berpasukan. Penganjuran program ini mencerminkan keprihatinan Pejabat Daerah Beluru dalam membudayakan nilai kebersihan dan kekemasan, di samping memperkukuh budaya kerja positif dalam kalangan penjawat awam di daerah tersebut.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Bola Sepak Wadah Penyatuan Masyarakat Kapit, Selaras Aspirasi PCDS 2030 |
KAPIT: Bola sepak bukan sekadar sukan, tetapi satu wadah penyatuan masyarakat selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyambong Ijang berkata penganjuran kejohanan ini membuktikan sukan mampu menjadi jambatan perpaduan di samping memperkasakan modal insan, terutama golongan muda di pedalaman. “Kita mahu melihat belia Kapit bukan sahaja cemerlang di peringkat daerah, malah bersaing di peringkat negeri dan kebangsaan. Sukan adalah medium terbaik untuk membentuk disiplin, semangat berpasukan dan daya saing sihat,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Liga Kapit 2025, di sini, pada Jumaat. Kejohanan kali ini disertai tujuh pasukan dengan perlawanan pembukaan menyaksikan KATIBAS FC menentang OUNA. Beliau turut menyeru semua pemain agar menjadikan kejohanan ini sebagai medan mempamerkan bakat disertai semangat kesukanan yang tinggi, manakala jurulatih dan pengurus pasukan digalakkan terus membimbing generasi muda dengan penuh dedikasi. Hadir sama, wakil Pejabat Daerah Bukit Mabong George Janduk, Naib Presiden Kapit FA Mark Kayan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit Martin Sherman serta tetamu kehormat lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
安全互联网运动瞄准小学生,从小培养数字素养 |
古晋:马来西亚通讯及多媒体委员会(MCMC)推动的安全互联网运动,目前将重点放在小学生群体,旨在从小加强数字素养,培养网络安全意识。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生强调,早期教育对负责任地使用互联网至关重要,尤其是在人工智能(AI)技术日益复杂的数字时代。 “这项运动非常重要,因为如今,尤其是年轻人,接触互联网后,往往分不清是非对错。随着人工智能的出现,这种情况会变得更糟,因为人工智能现在会提供很多意见,例如ChatGPT。我最近在CNN上看到,有人说ChatGPT已经变得像老师和家长一样了。因此,我们必须教育我们的孩子。” 他周六主持石角国家信息传播中心(NADI)开幕仪式后接受媒体采访时,如是说。 也是石角区立法议员的拿督阿玛沈桂贤医生也提醒,网上分享的信息并非全是真实的,年轻用户需要具备判断信息来源真伪的能力。 “有些数据背后,可能是由一个不可信任的人操控的,我们对此一无所知。因此,这项活动的特别针对小学生。我刚才也和孩子们聊过,我告诉他们什么是正确的,什么是错误的。在我们步入数字社会之际,这一切至关重要。” 安全互联网运动是马来西亚通讯及多媒体委员会(MCMC)自去年8月成立的石角国家信息传播中心成立以来的重要倡议之一。自成立以来,该中心已帮助超过1600多名人士,涉及创业、数字学习和政府政策实施等各个领域。 -UKAS 刊 |
View |
|
news |
砂拉越习俗理事会 (MAIS) 拟设立习俗、文化与传统中心:加强砂拉越遗产的战略举措 |
古晋:砂拉越习俗理事会 (MAIS) 有潜力在弘扬原住民社区遗产方面迈入新阶段。 砂拉越总理署部长拿督斯里约翰西基表示,设立这个特别中心是及时的战略举措,旨在确保以更系统、更专业、更有效的方式开展保护、发展和弘扬砂拉越原住民社区风俗和文化的工作。 “我全力支持设立砂拉越习俗、文化与传统中心(MAIS ADAT)的提议。现在是时候让砂拉越习俗理事会(MAIS)在加强习俗和文化保护方面发挥更大作用,这些习俗和文化不仅是砂拉越的特色,也是砂拉越社会经济发展的重要资产。” 他周五为2025年砂拉越习俗理事会创新日暨五本新书的发布会上,做此表示。 拿督斯里约翰补充说,这项倡议符合2030年后冠病疫情发展战略(PCDS)的愿景,该战略强调通过创新、社会包容和可持续发展来推动砂拉越社会转型。 “因此,砂拉越习俗理事会在激发创意和创新,并通过研究和撰写出版有关砂拉越原住民习俗、文化和传统的书籍的努力,正符合砂拉越习俗理事会在保护和推广这些文化遗产,尤其是在年轻一代的角色与使命。” 成立该中心的提议,与当天发布的五本与习俗文化相关的书籍相呼应,其中包括比达友文化和马兰诺文化,展现了砂拉越习俗理事会在记录砂拉越遗产方面的卓越成就。 在砂拉越政府的支持与砂拉越习俗理事会不断增强的能力下,该中心的成立将在日益严峻的现代社会中,成为延续砂拉越文化遗产的重要动力。 - UKAS 刊 |
View |
|
news |
Pengurusan Risiko Diperkasa Sebagai Budaya Kerja Proaktif di JPS |
MIRI: Pengurusan risiko kini semakin ditekankan sebagai budaya kerja proaktif dalam kalangan penjawat awam Jabatan Premier Sarawak (JPS) selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2015 yang menekankan pendekatan berasaskan risiko demi penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam. Sehubungan itu, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Pelaksanaan Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 pada 5 hingga 6 Ogos 2025, bertempat di Hotel Meritz, Miri. Seramai 32 orang pegawai dari Unit-Unit di bawah JPS telah menyertai bengkel ini yang memberi fokus kepada pemahaman asas pengurusan risiko, kaedah penilaian serta pengaplikasian prinsip ‘risk-based thinking’ dalam sistem kerja harian. Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta dilatih mengenal pasti potensi risiko, menganalisis impak dan merancang tindakan mitigasi yang berkesan bukan hanya sebagai keperluan pematuhan, tetapi sebagai amalan kerja berdaya tahan. Pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan ketidakpastian dalam pelaksanaan tugas, di samping membuka ruang kepada penambahbaikan strategik dalam sistem pengurusan kualiti di JPS.–EDISI UKAS |
View |
|
news |
STIU Anjur Kursus Ketua Juru Audit Perkukuh Tadbir Urus Perkhidmatan Awam |
SIBU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. menganjurkan Kursus Ketua Juru Audit pada 4 hingga 8 Ogos 2025 di Hotel RH, di sini, sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. Kursus yang disertai 25 pegawai kerajaan dari Unit-Unit, Jabatan Premier Sarawak dan Pentadbiran Bahagian itu bertujuan meningkatkan tahap kompetensi, pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kualiti dan audit dalaman. Pengarah STIU, Superi Awang Said berkata, Ketua Juru Audit yang cekap memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti berada pada tahap cemerlang serta menjadi pemacu kepada penambahbaikan berterusan dalam organisasi. “Kursus ini merupakan strategi utama membina kepimpinan audit yang mantap demi menjamin kualiti dan ketelusan dalam setiap aspek pematuhan. “Ia penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan diyakini rakyat,” ujarnya ketika berucap merasmikan kursus tersebut. Fokus utama kursus ini adalah untuk melahirkan Ketua Juru Audit yang berwibawa dan berkredibiliti sejajar dengan keperluan piawaian antarabangsa ISO 9001:2015. Antara objektifnya termasuk memahami falsafah, konsep dan teknik pengauditan; memahami keperluan SPK; mentafsir piawaian ISO 9001:2015 secara menyeluruh; serta memperoleh kemahiran melaksanakan audit SPK yang berkesan. Sepanjang lima hari penganjuran, peserta turut didedahkan kepada simulasi audit dan perbincangan teknikal bagi meningkatkan keyakinan serta kecekapan dalam pelaksanaan audit. Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu agensi kerajaan negeri memperkukuh struktur tadbir urus melalui pelaksanaan audit dalaman yang berkesan, seterusnya membudayakan amalan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越癌症中心发展计划将于下周一在1963年大马建国契约(MA63)委员会会议上讨论 |
古晋:砂拉越癌症中心的发展计划将于下周一在1963年大马建国契约(MA63)委员会会议上提出并讨论。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,已与砂拉越卫生局(JKNS)进行讨论,以确保癌症中心的规划能够满足最终使用者的实际需求。 “这件事已经定案,因为我们要兴建一所医院,所以必须询问最终使用者,他们真正需要的是什么。至于病床数量,我在4月的会议上就已提到,因为砂拉越专科医生和砂拉越中央医院(HUS)建议设置310张床位,所以我坚持支持这个建议,因为200张床位根本不够。” 他周六主持石角国家信息传播中心(NADI)开幕仪式后接受记者采访时,如是说。 同时,也是砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部长的拿督阿玛沈桂贤医生也表示,8月11日举行的卫生领域相关讨论,将会继续在8月18日举行的MA63技术委员会协调会议上讨论。 据了解,8月18日的会议将由副首相拿督斯里法迪拉尤索夫主持,讨论结果将提交给首相拿督斯里安华主持的最终会议。 - UKAS 刊 |
View |
|
news |
砂拉越考虑设立卫生控制中心,提升乡区医疗服务可及性 |
古晋:砂拉越正考虑效仿西澳洲模式,设立综合卫生控制中心,以提升乡区医疗服务的可及性。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,他近期访问澳洲后,已与砂拉越多媒体管理机构(SMA)和马来西亚通讯及多媒体委员会(MCMC)沟通此事。 “他们(澳洲)现在有一项名为‘卫生控制中心’的计划,提供专家支持、护理支持、救护车支援,并与城市地区的医院进行全面的协调。 “因此,我们或许可以与砂拉越多媒体管理机构和马来西亚通讯与多媒体委员会共同研究这个探讨,以便在砂拉越中央医院(HUS)和砂拉越的部分乡区医院开展一项私人试点研究。” 他于周六主持石角国家信息传播中心(NADI)开幕仪式后接受记者采访时,如是说。 也是砂拉越公共卫生、房屋及地方政府部长的拿督阿玛沈桂贤医生强调,西澳和砂拉越在地域辽阔、人口密度低方面有相似之处,因此采用基于技术的方案对于确保乡区人民能够获得治疗至关重要。 他说,这种集中式系统可以减少对专科医生,包括来自马来西亚半岛的专科医生亲临现场的需求,从而能够更有效及更快速地引导医疗服务。 “也许在砂拉越,考虑到我们地域辽阔,我们负担不起派遣专科医生到所有地方的费用。事实上,从马来西亚半岛调派医生很困难,所以也许这是我们可以用来帮助解决乡区需要关注的医疗问题的一种方法。”— UKAS 刊 |
View |
| FirstPrevious511512513514515516517518519520NextLast |