Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

砂拉越政府准备执行连接加里曼丹的边境道路计划

古晋:砂拉越政府通过公共工程局(JKR)已准备好执行连接砂拉越与印尼加里曼丹的边境道路项目。 砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯表示,砂政府此前已提交边境公路规划,目前已获得联邦政府批准,并进入后期规划阶段。 “我们正在制定这项计划,并已与吉隆坡方面磋商,目前已获得批准。所以,目前正处于规划阶段。” 他周五主持古晋市升格37周年庆典后,接受记者访问时,这么表示。 对于该项目的具体路线,拿督阿玛道格拉斯则指出,已有若干地点初步确认,相关选址将结合现有道路网络进行衔接与整合。 “目前已有多个主要道路项目,例如沙巴-砂拉越连通公路(SSLR)第一与第二阶段、泛婆大道等。我们也在边境地区展开多项基础设施建设,未来将视实际情况,决定如何衔接这些道路网络。” 此前,首相在国会提呈第13大马计划(RMK13)时宣布一系列关键基础建设项目,旨在加强边境互联互通与区域发展。 据马新社报道,相关倡议包括提升吉打黑木山与兰斗班让(Rantau Panjang) 的移民、关税、检疫及安全大厦(ICQS)、沙巴与砂拉越的移民、关税、检疫及安全大厦设施,以及兴建连接马泰两国的兰斗班让-哥乐河(Sungai Golok)大桥。 政府同时也提出提升玻璃市内陆港为马泰战略贸易通道、改善沙巴与砂拉越通往印尼加里曼丹的边境道路网络,并推动马新跨境捷运系统(RTS Link)建设计划。-UKAS刊

Lihat

news

《2025砂拉越女性人物志》礼赞27位杰出女性

古晋:《2025砂拉越女性人物志:砂拉越女性创造遗产》正式隆重推介,以表扬27位女性人物,以表彰她们对砂拉越发展所做出的贡献。 砂拉越妇女、儿童与社区和谐发展部长拿督斯里花蒂玛阿都拉指出,这本由砂拉越妇女与家庭局(JWKS)出版的第12版人物志,收录了来自教育、体育、企业及公共服务等不同领域的女性代表性人物,展现她们坚韧不拔的奋斗精神与远见卓识。 “这本书体现了砂拉越女性的韧性、愿景与坚持。她们不仅为本地社会带来深远影响,也在国家乃至国际舞台上为砂拉越争光。” 她于周五在推介礼上致词时,这么说。 她也向所有入选的女性人物致以祝贺,其中许多人曾荣获国家级乃至国际性的奖项与殊荣。 这本厚达217页的图文书籍,采用专属优雅的封面设计,象征砂拉越女性独特、自信与无私奉献的风貌。 拿督斯里花蒂玛希望这本书能更广泛地走入公众视野,不仅作为记录历史的文献,也成为激励年轻一代女性勇敢逐梦、传承榜样精神的重要平台。 出席活动的嘉宾还包括该部副部长拿督罗茜尤努斯、砂社会福利局局长瑟玛威莫哈末,以及该部常务秘书拿督陈月花。-UKAS刊

Lihat

news

MRP拨款用于强化当地社区组织

民都鲁:为了加强基层发展和提高当地社区福祉,丹绒峇都区立法议员潘隆铭于周四在丹绒峇都服务中心将乡村小型发展基金(MRP)拨款移交给数个当地组织。 获拨款单位包括民都鲁灾难管理委员会、民都鲁中华公会、民都鲁潮州公会,以及第三期甘榜阿沙克林妇女组,各单位皆由社区领袖代表出席接受拨款。 潘隆铭致词中强调,各团体应妥善运用相关拨款,积极推动社区团结与社会、经济发展,让拨款产生真正效益。 他强调,社会组织在弘扬正面价值与推动社区和谐方面扮演关键角色,并呼吁团体持续吸引青年参与更多富有教育性、文化性及公益性质的活动,培育更具素质的社区公民。 移交仪式结束后,潘隆铭亦特别与民都鲁福州公会舞蹈团及民都鲁彬彬幼稚园代表交流,聆听她们对文化与教育如何助力社区建设的看法与建议。-UKAS刊

Lihat

news

砂公共卫生、房屋及地方政府部有意在公共场所配备AED设施

古晋:砂拉越公共卫生、房屋与地方政府部计划在全砂所有公共场所安装自动体外除颤器(AED),以提升应对心脏骤停等紧急情况的准备水平。 砂副总理兼砂公共卫生、房屋及地方政府部长拿督阿玛沈桂贤医生表示,当局正推动修订《建筑条例》,以纳入相关新规定,其中就包括强制在公共场所设置AED的条文。 “我们已经拟定了《建筑条例》的修正案,目前正等待砂拉越律政署进行审查,希望能在下一次砂议会会议中提呈。修正案中的其中一项新规定,就是在公共场所设立AED的要求,这项举措非常及时。” 他是在出席砂拉越其他宗教事务单位(UNIFOR)与古晋红新月会AED移交仪式后,接受记者访问时,如是表示。 拿督阿玛沈桂贤医生补充,心脏疾病是砂拉越的头号杀手,而许多时候,人们常目睹有人突然倒地的情况。 他说,在这种突发情形下,若附近设有AED,便有机会挽救生命。 不过,他也强调,光是设置AED还远远不够,关键还在于公众是否具备使用相关设备的知识。 “我们必须确保人民懂得进行心肺复苏术(CPR),以及正确操作AED。正因如此,来自马来西亚红新月会、马来西亚圣约翰救伤队,以及砂大(UNIMAS)等机构的培训就显得格外重要。” 此外,砂公共卫生、房屋及地方政府部也正借此机会更新各项与建筑相关的条例,包括即将推出的“绿色指数(Green Index)”,以呼应砂拉越总理所倡导的可持续发展愿景。-UKAS刊

Lihat

news

Garnishee Proceedings Tingkatkan Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran

KUCHING: Projek inovasi pemenang pertama Anugerah Kelestarian Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS-NEXT) 2024, iaitu Kumpulan KIK SIRIUS PRIME dari Majlis Bandaraya Miri bertajuk “Kesukaran Mengutip Cukai Taksiran Tahunan Tertunggak” memperkenalkan penggunaan kaedah Garnishee Proceedings bagi meningkatkan kecekapan kutipan tunggakan cukai taksiran. Ketua Kumpulan SIRIUS PRIME, Ahsleen Atma Joshua berkata, kaedah ini terbukti lebih efektif dalam mempercepatkan proses kerja dan mengurangkan kos operasi. “Projek ini berjaya memendekkan tempoh proses kerja daripada 9 bulan 4 minggu kepada hanya 3 bulan 2 minggu. “Penjimatan masa dan kos turut meningkatkan produktiviti serta mengurangkan keperluan tenaga kerja,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat berhubung sesi temu bual KIK SIRIUS PRIME anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU). Sementara itu, Pemangku Setiausaha Bandaraya Miri, Abdul Rahman Taupek, memaklumkan projek ini telah direplikasikan oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain seperti Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Perbandaran Sibu. Malah jelasnya, kaedah Garnishee Proceedings kini dalam proses untuk digunapakai oleh semua PBT di Sarawak. Pengarah STIU, Superi Awang Said dalam kenyataan yang sama menyifatkan kejayaan projek ini sebagai bukti bahawa inovasi dalam sektor awam mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan sistemik merentas agensi. Beliau menekankan kepentingan mereplikasi dan menyeragamkan projek KIK bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). “Keupayaan projek ini untuk direplikasi membuktikan bahawa inovasi sektor awam bukan sekadar penyelesaian dalaman, tetapi mampu mempercepatkan pencapaian agenda transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak,” ujarnya. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Pendekatan Outreach Bawa Perkhidmatan Sosial Terus Kepada Rakyat

SERIAN: Program Outreach atau jangkauan komuniti Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWKK) Bersama Rakan Strategik bukan sekadar aktiviti tahunan, tetapi merupakan pendekatan turun padang yang membawa perkhidmatan sosial terus kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pendekatan ini dilaksanakan dengan penuh empati bagi memastikan masyarakat luar bandar bukan sahaja mendapat bantuan material, tetapi juga akses kepada maklumat, peluang dan hubungan langsung dengan agensi kerajaan. “Objektif utama program ini adalah untuk memastikan rakyat di seluruh Sarawak mendapat akses kepada inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. “Di samping itu, ia turut bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui pendekatan yang inklusif dan mesra rakyat,” katanya ketika merasmikan majlis penangguhan program tersebut di Dewan Panglima Damu/Panjang, Kampung Merian Bedup di sini pada Jumaat. Tambahnya, Program Outreach ini berperanan menyantuni komuniti secara langsung, meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan sosial yang disediakan kerajaan, memperkukuh kolaborasi rentas agensi dan memupuk solidariti komuniti. Datuk Mohammad Razi turut mengumumkan nilai bantuan kebajikan yang disalurkan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian mencecah lebih RM4.68 juta, melibatkan pelbagai skim bantuan termasuk Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak dan Elaun Pekerja OKU. “Ini jelas menunjukkan usaha dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat bagi meringankan beban rakyat,” ujarnya. Justeru, beliau berharap penduduk memanfaatkan segala ilmu, maklumat dan peluang yang disediakan kerana kesejahteraan komuniti juga bergantung kepada keterlibatan aktif masyarakat itu sendiri dan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus -EDISI UKAS  

Lihat

news

Garnishee Proceedings Improves Assessment Tax Arrears Collection

MIRI: A proposed initiative to adopt Garnishee Proceedings aims to enhance the collection of annual assessment tax arrears for local authorities across Sarawak. Developed by the Innovative and Creative Circle (KIK) group, SIRIUS PRIME of the Miri City Council (MBM), the project titled ‘Kesukaran Mengutip Cukai Taksiran Tahunan Tertunggak’ emerged as the top winner of the Sarawak Civil Service Sustainability Innovation Award (SCS-NEXT) 2024. The proposal introduces Garnishee Proceedings to replace the conventional method of tax recovery, reducing the process duration from 9 months and 4 weeks to just 3 months and 2 weeks. According to team leader, Ahsleen Atma Joshua, the method managed to cut down on manpower and operational costs while improving productivity. Meanwhile, Acting City Secretary of Miri City Council, Abdul Rahman Taupek said the project has already drawn interest from other local councils who are in the process of implementing the method within their respective jurisdictions. He added that the KIK project was also successfully replicated by local councils such as the Kuching South City Council (MBKS), Padawan Municipal Council (MPP), and Sibu Municipal Council (MPS). In this regard, Abdul Rahman expressed hope that more agencies will participate in the KIK Convention, noting how innovation-driven and out-of-the-box solutions like this reflect the capability of civil servants to address administrative challenges. Director of the Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU), Superi Awang Said commended MBM’s forward-thinking project and highlighted the importance of harmonising such initiatives across government agencies to ensure effectiveness and sustainability in public service delivery. “The ability of this project to be effectively replicated proves that innovation in the public sector is not merely an internal solution, but a catalyst for systemic improvement across agencies. “STIU views this success as evidence that investing in creative thinking and strategic implementation can accelerate the achievement of the Sarawak Civil Service transformation agenda,” he said. -UKASnews  

Lihat

news

MPHLG Cadang Semua Tempat Awam Dilengkapi AED

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bercadang supaya semua tempat awam di negeri ini dilengkapi dengan peranti Automated External Defibrillator (AED) sebagai salah satu usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan berkaitan serangan jantung. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, berkata pindaan terhadap Ordinan Bangunan sedang diusahakan bagi memasukkan peraturan baharu, termasuk keperluan pemasangan AED di lokasi awam. “Kita telah meminda Ordinan Bangunan dan sedang menunggu semakan oleh Peguam Besar Sarawak dengan harapan ia dapat dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. Salah satu peraturan baharu yang tepat pada masanya ialah keperluan AED di tempat awam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian AED antara UNIFOR dan Bulan Sabit Merah Daerah Kuching, di sini pada Jumaat. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menambah, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Sarawak dan sering kali orang awam menyaksikan kejadian individu rebah secara tiba-tiba. Katanya, dalam situasi ini,,kehadiran AED yang berdekatan boleh menyelamatkan nyawa. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa pemasangan AED sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan rakyat untuk menggunakannya. “Kita perlu pastikan rakyat tahu melakukan CPR dan mengendalikan AED. Sebab itu latihan melalui agensi seperti Bulan Sabit Merah Malaysia, UNIMAS dan St. John Ambulans Malaysia sangat penting,” jelas beliau. Selain itu, MPHLG juga mengambil peluang untuk mengemas kini pelbagai peraturan berkaitan bangunan termasuk memperkenalkan “green index” selaras dengan visi Premier Sarawak ke arah pembangunan mampan.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Pendaftaran Safari Perahu Padawan 2025 Kini Dibuka, Acara Berlangsung 5 Oktober Ini

PADAWAN: Pendaftaran bagi acara tahunan Safari Perahu Padawan 2025 kini dibuka secara rasmi menawarkan pengalaman unik menyusuri Sungai Sarawak Kiri menggunakan perahu buluh tradisional dan kayak pada 5 Oktober ini. Perlumbaan berkonsepkan sukan air berteraskan alam semula jadi ini akan bermula dari beberapa perkampungan ikonik termasuk Kampung Annah Rais, Kampung Timurang, Kampung Danu dan Kampung Semadang, sebelum berakhir di Kampung Git. Acara ini dijangka menarik penyertaan ramai peminat sukan air serta pencinta ekopelancongan dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh Padawan sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti. Safari Perahu Padawan bukan sekadar perlumbaan air, malah merupakan platform mengetengahkan budaya tradisional, keindahan landskap semula jadi serta gaya hidup luar bandar masyarakat Bidayuh di kawasan Padawan. Peserta juga berpeluang menginap di homestay kendalian komuniti tempatan, selain menikmati aktiviti riadah seperti berkelah di kawasan air terjun, yang secara langsung menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi setempat. Safari Perahu Padawan 2025 dijangka bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal peserta, malah memperkukuh nilai budaya dan identiti ekopelancongan Sarawak di peringkat antarabangsa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini serta melakukan pendaftaran melalui laman web rasmi www.borneoraftsafari.com atau mengikuti halaman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Padawan dan Grit Event Management.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Peruntukan MRP Digunakan Perkasa Komuniti Setempat

BINTULU: Dalam usaha memperkukuh pembangunan akar umbi serta memantapkan kesejahteraan masyarakat setempat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa pertubuhan tempatan dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat N.68 Tanjong Batu pada Khamis. Antara penerima sumbangan ialah Jawatankuasa Bencana Alam Bintulu, Persatuan Cina Bintulu (Bintulu Chung Hua Association), Persatuan Teochew Bintulu, serta Kumpulan Zikir Wanita Fasa 3 Kampung Assyakirin yang diwakili masing-masing oleh pemimpin komuniti setempat. Dalam ucapannya, Johnny Pang menekankan agar peruntukan yang disalurkan dimanfaatkan secara berhemah untuk memperkukuh perpaduan rakyat serta mempergiatkan pembangunan sosial dan ekonomi di peringkat komuniti. Beliau turut menegaskan peranan penting pertubuhan masyarakat sebagai penggerak nilai murni dan agen perpaduan, serta menyeru agar pertubuhan-pertubuhan terus aktif melibatkan golongan muda dalam aktiviti yang berunsurkan pendidikan, kebudayaan dan kebajikan. Selesai sesi penyerahan, Johnny Pang meluangkan masa bersama wakil Kumpulan Tarian Fuzhou Wanita Persatuan Foochow Bintulu dan Tadika Bin Bin, bagi berbincang dan mendengar pandangan berkaitan peranan budaya dan pendidikan dalam memperkasa komuniti.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya371372373374375376377378379380SeterusnyaTerakhir