Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
36 Peserta Berjaya Tamat Kursus Asas Inap Desa INFRA |
KOTA SAMARAHAN: Seramai 36 peserta Kursus Inap Desa telah berjaya menamatkan Kursus Asas Inap Desa Bil.1/2025 yang diadakan dengan jayanya di Institut Latihan Kementerian Luar Bandar (INFRA), Cawangan Samarahan pada Khamis. Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula dari 19 hingga 21 Ogos 2025 itu telah menghimpunkan peserta yang datang dari pelbagai kawasan termasuk Limbang, Kuching, dan Lundu. Program latihan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif INFRA untuk memperkasakan operator Inap Desa, terutamanya dalam memastikan pematuhan terhadap syarat pendaftaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Ketua INFRA Samarahan Annie Liaw dalam ucapannya menegaskan kepentingan Kursus Asas ini sebagai syarat utama untuk menjadi operator Inap Desa yang sah di bawah seliaan MOTAC. "Tanpa Kursus Asas dan sijil pengiktirafan daripada INFRA, permohonan untuk mendaftar sebagai operator Inap Desa tidak akan diterima oleh pihak MOTAC. "Oleh itu, adalah sangat penting bagi semua pengusaha yang ingin beroperasi secara sah di kampung masing-masing untuk menyertai kursus ini," tegas beliau. Tambahnya, kursus asas ini juga memberi pendedahan berkaitan sektor pelancongan desa sebagai aktiviti yang boleh menambah sumber pendapatan keluarga dan membina individu dan komuniti yang berilmu dalam menjadikan kawasan luar bandar sebagai destinasi pelancongan yang menarik sekaligus mempromosikan budaya masyarakat setempat sebagai duta kecil negara. Antara modul yang ditawarkan sepanjang kursus termasuklah sesi ceramah pengenalan dan garis panduan program Inap Desa serta ceramah kedua yang dikendalikan oleh INFRA berkaitan 'promising', pemasaran termasuk housekeeping manakala ceramah ketiga pula memberi penekanan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan pengusaha serta pengunjung. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Lebih 1,000 Atlet Sertai SBAM Selangor 2025 |
SELANGOR: Lebih 1,000 atlet daripada operator bekalan air dari seluruh negara menyertai Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) 2025) yang membuka tirainya dengan penuh gilang gemilang di Arena MBSJ, pada Khamis. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dalam suasana penuh warna-warni yang turut diserikan dengan persembahan menarik serta perarakan kontinjen dari setiap negeri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak merangkap Ketua Kontinjen SBAM Sarawak Ir Ts Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd Malseni Jamal. SBAM yang berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos 2025, merupakan acara dwi-tahunan yang menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara warga kerja industri bekalan air serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan. Kontinjen Sarawak turut tidak ketinggalan dalam merebut kejuaraan, dengan semangat kesukanan dan azam tinggi untuk membawa pulang kejayaan yang diidam-idamkan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Royston Sokong Penuh Program UiTM Mukah Jelajah Aspirasi Ilmu |
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyatakan sokongan padu terhadap Program Jelajah Aspirasi Ilmu anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick, pada Rabu. Program yang bermula pada Isnin lalu di SMK Three Rivers Mukah ini merupakan hasil kerjasama antara UiTM Mukah, Biro Pendidikan Mukah, dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian yang kini diteruskan di SMK St Patrick dan akan menutup tirainya di SMK Mukah. Dengan tema ‘Say It Right: Public Speaking for Future Leaders’ dan ‘MATHgic Calculator Mode: ON’, program ini memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran komunikasi dan penguasaan ilmu matematik dalam kalangan pelajar dengan bimbingan pensyarah berpengalaman daripada UiTM Mukah sendiri. Royston dalam lawatannya menyatakan penghargaan terhadap usaha murni UiTM Mukah dan menyifatkannya sebagai satu inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa potensi pendidikan di daerah Mukah. Tambah beliau, kerjasama erat antara institusi pendidikan dan komuniti setempat merupakan elemen penting dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berketerampilan, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Alumaster Achieves Milestone With Dual Certification |
KUCHING: Alumaster, through its Classic Emas brand, has become the first aluminium provider in Sarawak to obtain dual certification from SIRIM and the Construction Industry Development Board (CIDB), marking a significant advancement for the state’s construction sector. Managing Director, William Koh, said the recognition reflects the company’s four decades of experience and its ability to adapt to evolving housing designs. “Architects today are building higher and taller, and our systems must evolve to meet those demands. Certification ensures we comply with international standards and remain competitive,” he said. The certification process, which took one and a half years, evaluated Alumaster’s PCW 1000 Window System and PSD 1000 Sliding Door System. Both products were tested for wind load resistance, energy efficiency, and noise reduction capabilities through double-glass technology. Koh also highlighted aluminium’s sustainability as a key strength, noting its recyclability rate of more than 90 per cent. “Unlike wood, aluminium can be recycled efficiently, making our solutions not only durable but also environmentally responsible,” he explained. With this achievement, Alumaster combines the Classic Emas legacy with modern innovation, offering developers and homeowners in Sarawak greater assurance in safe, sustainable, and future-ready housing solutions. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Manfaatkan Dana Kerajaan Sebaiknya |
SARIKEI: Penerima dana daripada pihak kerajaan diseru untuk memanfaatkan wang berkenaan sebaiknya menerusi penganjuran program yang memberi impak positif kepada masyarakat. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, dana yang diberikan bukanlah untuk perkembangan persatuan atau kelab semata-mata, sebaliknya memberi manfaat kepada komuniti setempat. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Parlimen Sarikei, pada Jumaat. Dalam majlis tersebut, Dato Sri Huang yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok telah menyampaikan cek kepada 15 pertubuhan di kawasan Sarikei. Penerima terdiri daripada pelbagai persatuan, kelab, pertubuhan kakitangan kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta sekolah dengan tujuan menyokong pelaksanaan program tahunan serta meningkatkan kebajikan komuniti setempat. Antaranya ialah Komuniti Madani Repok, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh, Badan Ibadah Kebajikan Islam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei, JKKK Empaling Lanyau dan banyak lagi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Alumaster Catat Sejarah Terima Persijilan Berganda Pertama Di Sarawak |
KUCHING: Alumaster, melalui jenama Classic Emas, mencatat sejarah sebagai penyedia aluminium pertama di Sarawak yang memperoleh pensijilan berganda daripada SIRIM dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), sekali gus menandakan satu kemajuan penting dalam sektor pembinaan negeri ini. Pengarah Urusan Classic Emas, William Koh Wee Loong berkata, pengiktirafan tersebut mencerminkan pengalaman syarikat selama empat dekad serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan reka bentuk perumahan yang semakin berkembang. “Arkitek pada hari ini membina bangunan yang lebih tinggi dan besar, dan sistem kami perlu berkembang bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pensijilan memastikan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan kekal berdaya saing,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Ekspo Hartanah SHEDA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini pada Jumaat. Proses pensijilan yang mengambil masa setahun setengah itu menilai PCW 1000 Window System dan PSD 1000 Sliding Door System keluaran Alumaster. Kedua-dua produk berkenaan diuji dari segi ketahanan terhadap beban angin, kecekapan tenaga, serta keupayaan pengurangan bunyi melalui teknologi kaca berganda. William Koh turut menekankan kelebihan aluminium dari sudut kelestarian, dengan kadar kitar semula melebihi 90 peratus. “Berbeza dengan kayu, aluminium boleh dikitar semula dengan lebih efisien, menjadikan penyelesaian kami bukan sahaja tahan lama tetapi juga mesra alam,” jelasnya. Dengan pencapaian ini ujarnya, Alumaster menggabungkan legasi Classic Emas dengan inovasi moden, sekali gus menawarkan keyakinan lebih tinggi kepada pemaju dan pemilik rumah di Sarawak terhadap penyelesaian perumahan yang selamat, lestari dan bersedia untuk masa depan. |
Lihat |
|
news |
Ordinan Pembangunan Perumahan & Bangunan Dijangka Dibentang Pada Sidang DUN Akan Datang |
KUCHING: Ordinan Pembangunan Perumahan (HDO) dan Ordinan Bangunan Perumahan dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian berkata ordinan tersebut penting bagi memastikan Sarawak terus seiring dengan keperluan semasa di samping memperkukuh autonomi negeri dalam urusan perumahan dan pembinaan. “Saya telah dimaklumkan oleh Peguam Besar Negeri (SAG) bahawa Ordinan Pembangunan Perumahan dan Ordinan Bangunan akan dibentangkan pada persidangan yang akan datang. "Kita benar-benar mahu perkara ini dilaksanakan kerana banyak pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Bomba dan Pertubuhan Arkitek Malaysia-Cawangan Sarawak telah memberi sumbangan besar dalam hal ini. "Ini adalah tentang mengejar perkembangan semasa serta mengukuhkan hak Sarawak di bawah autonomi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Ekspo Hartanah SHEDA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat. Jelasnya, ramai pihak termasuk SHEDA, Bomba dan Pertubuhan Akitek Malaysia-Cawangan Sarawak (PAM) telah memberi sumbangan dalam usaha ini kerana perlu bergerak seiring dengan perkembangan masa. Datuk Amar Profesor Dr. Sim turut menyentuh mengenai sokongan kewangan untuk SHEDA:ENCORE, dengan menyatakan bahawa sumbangan boleh disalurkan melalui pelbagai agensi, namun Premier Sarawak akan memainkan peranan utama. Beliau menambah bahawa agensi lain termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia juga boleh menyediakan peruntukan, namun sumbangan daripada Premier akan menjadi bahagian utama sokongan tersebut. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Ekspo Hartanah SHEDA 2025 Tonjol Trend Gaya Hidup Baharu & Kehidupan Lestari |
KUCHING: Ekspo Hartanah SHEDA 2025 bukan sahaja berfungsi sebagai platform pameran hartanah, tetapi turut mencerminkan kemajuan, inovasi serta komitmen Sarawak dalam membangunkan komuniti yang lestari dan inklusif. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan bahawa pemilikan rumah terus menjadi pemacu penting transformasi ekonomi. Beliau menekankan bahawa trend gaya hidup yang kian berkembang seperti rumah mini, pembangunan berorientasikan transit, taman menegak, serta ruang komuniti bersama mencerminkan aspirasi generasi baharu dalam cara mereka memilih untuk tinggal, bekerja dan berhubung antara satu sama lain. “Marilah kita menyambut perubahan dengan penuh ketabahan, dan bersama-sama membina bukan sekadar hartanah, tetapi masa depan yang lestari,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, sempena Ekspo Hartanah SHEDA 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat. Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030, Premier Sarawak menegaskan komitmen Sarawak untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik antara tahun 2026 hingga 2030. Jelasnya, projek-projek ini akan menggunakan teknologi pembinaan moden seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) bagi memastikan keberkesanan, kualiti serta kelestarian jangka panjang. Dalam pada itu, ekspo tersebut turut menyaksikan pelancaran logo baharu Institut SHEDA dan pelancaran SHEDA:ENCORE, sebuah platform kolaboratif yang bertujuan memudahkan perkongsian ilmu serta kerjasama dalam kalangan pemegang taruh industri. Berlangsung selama tiga hari, acara di BCCK ini menampilkan 52 reruai pameran selain ceramah mengenai perancangan kewangan, trend pasaran hartanah, serta feng shui rumah. Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Micheal Tiang Ming Tee, Ahli Parlimen Tanjung Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia Ir Yusuf Abdul Wahab serta dif-dif kehormat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sekretari Perintah Sarawak Nerima Penemuai Basa Ari Deligit SPANS |
KUCHING: Sekretari Perintah Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki nerima penemuai basa ari deligit Komiti Besai Servis Perintah Nengeri Sarawak (SPANS) di Wisma Bapa Malaysia, Hari Lima. Deligit nya betuai ke Chairman SPANS, Datu Kameri Affandi ke ngepunka pengawa kena 1 Ogos 2025. Tuju penemuai nya dikena Sekretari Perintah Sarawak bekelala enggau tiga raban SPANS ti baru dichiri taun tu, iya nya, Datu Ismail Mohamad Hanis, Datu Lau Hieng Ung enggau Dr Ahi Sarok. Kelimpah mai bekala enggau raban pemesai baru, pengawa betemu nya mega berandauka perambu dikena ngenegap kerejasama, tanggungpengawa enggau batang pengawa SPANS dudi hari. Bela datai, Sapit Chairman SPANS, Datu Antonio Kahti Galis, begulai enggau raban SPANS bukai iya nya Datu Jack Aman Luat, Dato Abdul Rahman Sebli Logo@Senusi enggau Sekretari SPANS, Mohamad Lotfi Tuah.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Housing Development & Building Ordinances Expected At Next DUN Sitting |
KUCHING: The Housing Development Ordinance (HDO) and the Housing Building Ordinance are expected to be tabled at the next Sarawak Legislative Assembly (DUN) sitting. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, said the ordinances are vital to ensure Sarawak keeps pace with present needs while reinforcing the state’s autonomy in housing and construction matters. “I have received confirmation from the State Attorney General that the bills will be tabled in the next sitting, as this is something we are eager to see happen,” said Datuk Amar Dr. Sim. He said many parties, including SHEDA, Bomba, and the Pertubuhan Akitek Malaysia-Sarawak Chapter (PAM), have contributed to this effort because we need to move in step with the times. “This also reflects Sarawak’s right to manage its own affairs,” he said in his speech, delivered after reading the Premier’s address at the SHEDA Property Expo at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) on Friday. Datuk Amar Dr. Sim also spoke on financial support for SHEDA\:ENCORE, noting that while contributions could be channelled through various agencies, the Premier of Sarawak would play a central role. He added, other agencies, including the Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia, can provide allocations. However, he noted that the Premier’s contribution will form the main share of support. -UKASNews |
Lihat |
| PertamaSebelumnya221222223224225226227228229230SeterusnyaTerakhir |