Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Ramadan Serlah Semangat Perpaduan dan Keharmonian Rakyat Sarawak

MIRI: Semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum begitu terserlah dalam sambutan Ramadan di Sarawak, menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat untuk terus memperkukuh ikatan silaturahim serta saling menyokong sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Ketika mengunjungi Bazar Ramadan di Emart Riam pada Ahad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut mengucapkan ‘Selamat Menunaikan Ibadah Puasa’ kepada semua umat Islam dan menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Beliau menegaskan bahawa keharmonian yang dinikmati di Sarawak harus terus dipelihara sebagai satu warisan yang membanggakan. Dalam lawatan itu, Dato Sri Lee mengambil kesempatan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung serta menyokong usahawan kecil dengan membeli pelbagai juadah tempatan. Kehadirannya mencerminkan komitmen kerajaan dalam membantu merancakkan perniagaan kecil dan sederhana, terutamanya dalam suasana Ramadan yang penuh dengan aktiviti ekonomi dan sosial. Bazar Ramadan Emart Riam terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum yang bersama-sama menikmati kemeriahan suasana menjelang berbuka puasa. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa keharmonian dan perpaduan tetap menjadi asas kehidupan rakyat di negeri ini. Dato Sri Lee menegaskan kepentingan aktiviti seperti ini dalam memperkukuh hubungan antara komuniti serta memajukan ekonomi setempat. Lawatan ini sekali lagi membuktikan bahawa Bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah, tetapi juga platform yang menyatukan masyarakat dalam semangat kebersamaan dan keharmonian. Turut menyertai lawatan beliau ialah barisan pemimpin dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin dan SUPP Riam serta pemimpin masyarakat Melayu setempat. - EDISI UKAS  

View

news

Sarawak Laksana Kajian Pantau Kesejahteraan Belia

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Kajian Indeks Belia Sarawak 2.0 bagi menilai perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup golongan belia di negeri ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kajian ini dilaksanakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan melibatkan penyertaan belia dari 45 daerah di seluruh Sarawak. “Ini merupakan kali kedua Sarawak bekerjasama dengan IYRES untuk mendapatkan maklum balas penyelidikan daripada belia di 45 daerah di Sarawak. Kali terakhir kajian seperti ini dijalankan adalah pada tahun 2018,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2025 di sini pada Isnin. Beliau menjelaskan bahawa kajian ini merangkumi enam domain utama, iaitu Pendidikan, Ekonomi, Kesejahteraan Mental dan Fizikal, Sosialisasi Politik, Kenegaraan & Demokrasi, Nilai dan Identiti, serta Media dan Digital Citizenship. Menurutnya, Sarawak adalah satu-satunya negeri yang telah melaksanakan kajian ini sebanyak dua kali dengan kali terakhir pada tahun 2018. Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dan Datuk Dr Ripin Lamat.-EDISI UKAS  

View

news

Datuk Abdullah Saidol Berbuka Puasa Bersama Warga UKAS

KUCHING: Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang diadakan di Muzium Budaya Borneo (BCM) pada Isnin. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Kehadiran beliau sekitar jam 6.45 petang diiringi bersama dif-dif kehormat yang hadir dan pegawai-pegawai kanan UKAS dan terus menunggu azan Maghrib berkumandang. Setelah azan berkumandang, dif-dif kehormat terus menjamu selera Iftar dan turut menunaikan solat Maghrib. Selesai iftar, Datuk Abdullah Saidol telah melakukan simbolik penyerahan kuih raya kepada warga UKAS sebelum bersama dif-dif kehormat merakam gambar bersama warga UKAS yang hadir di hadapan BCM. Dalam pada itu, Awang Putrayusrie juga berkesempatan untuk menyantuni kakitangan UKAS yang hadir di setiap meja bagi beramah mesra serta merakam gambar kenangan bersama. -EDISI UKAS  

View

news

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Rasmikan Masjid Darul Makmur Bahagian Serian

SERIAN: Masjid baharu yang dinamakan Masjid Darul Makmur Bahagian Serian telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan diteruskan dengan majlis perasmian masjid oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Selesai jamuan makan malam, majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-64, Mohd Faizil Affandi, bersempena dengan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak. Majlis turut diisi dengan tazkirah oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin. Para jemaah turut menunaikan Solat Isyak dan Tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Hadir sama, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Majlis Islam Sarawak Mual Suaud, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph serta tetamu kehormat lain. Masjid Darul Makmur kini menjadi mercu tanda baharu bagi komuniti Islam di Bahagian Serian dan menjadi pusat pembangunan sahsiah dan ukhuwah masyarakat setempat. EDISI UKAS  

View

news

AI Perlu Dipandu Oleh Nilai dan Hidayah

SERIAN: Seiring dengan perkembangan teknologi di dunia, Sarawak terus berusaha untuk tidak terpinggir daripada perkembangan teknologi terutamanya dalam bidang digital dan kecerdasan buatan (AI). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan bahawa perkembangan teknologi seperti AI harus dipandu oleh nilai murni serta berteraskan hidayah agar tidak disalahgunakan sehingga memberi kesan negatif kepada masyarakat. Menurut beliau, walaupun teknologi AI kini berkembang pesat dan mampu mengakses serta menterjemah data otak manusia melalui algoritma canggih, namun AI tetap tidak mampu menggantikan hidayah yang hanya datang daripada Allah SWT. “Teknologi ‘Artificial Intelligence’ ini ibarat otak buatan atau ‘artificial brain’ yang boleh membaca apa yang ada dalam fikiran manusia. “Tetapi walau secanggih mana teknologi ini, saintis masih tidak dapat mencipta atau meniru hidayah,” ujar beliau semasa berucap dalam Majlis Perasmian Menaiktaraf Masjid baharu Darul Makmur Bahagian Serian pada Isnin. Premier Sarawak turut mengingatkan generasi muda tentang peranan besar media sosial dalam era digital hari ini yang menurut beliau ibarat ‘pisau bermata dua’ di mana boleh membawa manfaat sekiranya digunakan dengan betul, namun juga mampu menghancurkan masyarakat jika disalahguna. Beliau turut menekankan bahawa walaupun AI berasaskan algoritma dan sains moden, namun setiap kemajuan teknologi harus dimulakan dengan asas akidah yang kukuh dan nilai moral yang tinggi. Dalam konteks ini katanya, Sarawak juga giat menggunakan teknologi moden termasuk AI dan hidrogen dalam usaha memacu pembangunan negeri serta meningkatkan kemudahan rakyat, selaras dengan agenda menuju negeri maju pada 2030. Majlis yang diadakan sempena perasmian Masjid Darul Makmur Bahagian Serian itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta barisan kepimpinan yang lain. Turut hadir memeriahkan majlis Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri. Hadir sama barisan Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Majlis Islam Sarawak Mual Suaud, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph serta tetamu kehormat lain.-EDISI UKAS  

View

news

Lawatan Kementerian Digital

SARAWAK, 14 Mac 2025 – Kementerian Digital telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi membincangkan usaha memperkukuh agenda pendigitalan perkhidmatan Kerajaan.   Delegasi Kementerian Digital diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Tuan Fabian Bigar dan disambut oleh Pengarah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), Puan Grace Huong Siew Hung bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), Encik Busiai Seman. Berita Sains: Sains Linkedin Berita Penuh: Facebook Kementerian Digital

View

news

STIDC & UTS Partner Up For International Conference on Advanced Applied Sciences & Sustainability 2025

KUCHING: Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) and the University of Technology Sarawak (UTS) signed a Collaboration Proposal on Monday, establishing a strategic partnership for the upcoming International Conference on Advanced Applied Sciences and Sustainability (ICAAS 2025). The partnership designates STIDC as the co-organiser of this significant event, which will take place at Raia Hotel Kuching, from 6 to 7 August 2025. STIDC General Manager Zainal Abidin Abdullah, who also serves as the co-chairman of ICAAS 2025, stated that the collaboration proposal signing ceremony marks a significant milestone in the shared vision of STIDC and UTS to promote sustainable practices and innovation in applied sciences. “As one of Sarawak’s leading organisations driving the timber industry, STIDC brings a wealth of expertise and industry leadership to ICAAS 2025. “While the conference covers a broad range of topics under applied sciences, STIDC’s involvement aligns with areas such as engineered wood, forest products, and wood science and technology. These are key areas where we can share our insights and contributions. “STIDC's collaboration with UTS reflects our dedication to advancing sustainable development in Sarawak,” he said. He said this during a briefing session with UTS representatives, discussing the upcoming ICAAS 2025 event at the STIDC Headquarters in Petrajaya. He also emphasised that this partnership underscores STIDC’s commitment to fostering sustainability within the timber industry and beyond. “ICAAS 2025 provides an excellent platform for industry leaders, researchers, and policymakers to exchange ideas and explore solutions for global challenges in sustainability,” he added. For the record, ICAAS 2025 is set to attract researchers, professionals, and policymakers from around the globe to discuss innovative solutions for sustainability challenges. Participants can expect engaging discussions, networking opportunities, and insights into emerging trends in applied sciences. Meanwhile, UTS representatives who are also Deputy Chairman for ICAAS, Ts. Dr Abdul Fattah Ab Razak stated that the collaboration between STIDC and UTS is poised to elevate ICAAS 2025 as a leading forum for knowledge exchange and innovation in applied sciences. “By combining academic expertise with industry perspectives, this partnership aims to drive meaningful progress toward sustainable development in Sarawak and beyond,” they said.-UKASnews  

View

news

AI需以价值观和指引为导向

西连:随着世界科技的发展,砂拉越致力于推动科技发展以确保不被时代淘汰,特别是在数字和人工智能(AI)领域。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士强调,人工智能等科技的发展必须以高尚的价值观为指引,并以指导为基础,以免被滥用到对社会产生负面的影响。 他说,尽管现在人工智能技术发展迅速,能够通过复杂的算法解析和翻译人类大脑数据,但人工智能仍然无法取代只有真主阿拉才能给予的指引。 “人工智能技术就像一个人工大脑,可以读懂人类的想法。但无论这项技术多么先进,科学家仍然无法创造或模仿指导。” 他周一在西连省新达鲁玛目清真寺提升工程的开幕仪式上,作此表示, 砂拉越总理还提醒年轻一代,社交媒体在当今数字时代的重要作用,他表示,社交媒体就像一把“双刃剑”,如果使用得当,可以带来好处,但如果使用不当,也可能毁灭社会。 他还强调,尽管人工智能基于算法和现代科学,但每项技术进步都必须始于坚实的信念基础和崇高的道德价值观。 他指出,砂拉越正积极运用人工智能和氢能等现代科技,推动砂拉越发展和改善人民福祉,以符合砂拉越在2030年成为发达区域的议程。 此项开幕仪式也获得砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士及其他领导人出席。 出席活动的还有砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚及夫人、砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡及夫人和砂拉越总理署副部长拿督阿都拉曼朱乃迪医生及夫人。 其他出席者还包括副部长、砂拉越伊斯兰理事会秘书穆尔苏奥、西连省长卡罗琳和其他贵宾。 - UKAS 刊

View

news

Bantuan Sejambak Kasih Aidilfitri Diteruskan Di Dalat

DALAT: Komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat sekali lagi dizahirkan melalui penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2025 Daerah Dalat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program Sejambak Kasih yang telah dilaksanakan lebih 25 tahun ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat terus terbela, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. “Majlis Sejambak Kasih bukan hanya diadakan untuk Aidilfitri, malah turut meraikan perayaan utama lain seperti Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Krismas dan Deepavali. “Walaupun bagi Deepavali, program ini hanya dilaksanakan di bahagian Kuching,” katanya ketika hadir menyempurnakan majlis tersebut pada Jumaat. Menurut Dato Sri Fatimah lagi, program tahunan ini selari dengan misi kerajaan negeri untuk memupuk kesejahteraan komuniti dan meringankan beban rakyat, khususnya golongan yang memerlukan. Pada majlis berkenaan, setiap penerima bukan sahaja menerima wang tunai RM100 dan hamper, malah turut menerima sumbangan berupa kampit beras daripada Dalat Food Convenience Store, kain pasang daripada Syarikat Jasmin Jawahar Sdn Bhd, serta dua buah katil ‘Homecare Bed’ daripada Yayasan Cinta Amal. Majlis yang berlangsung di Kompleks Kebajikan Dalat itu memberi manfaat kepada seramai 150 penerima dari kalangan golongan yang memerlukan sempena persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah Nurfathira Abdul Rashid, Pegawai Daerah Dalat Mathew Hubert dan Temenggong Bahagian Mukah Hendi Suhai.-EDISI UKAS  

View

news

200 Asnaf Terima Sumbangan Zakat dan Bakul Makanan Di Lundu

LUNDU: Seramai 200 orang asnaf daripada 35 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu telah menerima sumbangan zakat dan bakul makanan dalam Program Serahan Zakat dan Bakul Makanan kepada Golongan Asnaf di bawah Parlimen Santubong, yang diadakan di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem, pada Sabtu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri. Beliau menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir, dan menekankan pentingnya kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi swasta dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. “Usaha seperti ini perlu diteruskan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni, dan kami berharap manfaatnya dapat diperluaskan agar lebih ramai yang dapat dibantu,” ujar beliau. Program ini turut dimeriahkan dengan Agihan Bubur Asyura yang dikendalikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKM) Nordina Haron, Pengarah YADIM Sarawak Awang Dulhadi Awang Mat, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie, Penolong Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhriyuddin Matamit serta Pemanca Jumahdi Sabian. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang terus memberi manfaat kepada golongan asnaf di kawasan tersebut. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious1791179217931794179517961797179817991800NextLast