Datuk Abdullah Saidol Berbuka Puasa Bersama Warga UKAS

Disiarkan pada 17 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang diadakan di Muzium Budaya Borneo (BCM) pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Kehadiran beliau sekitar jam 6.45 petang diiringi bersama dif-dif kehormat yang hadir dan pegawai-pegawai kanan UKAS dan terus menunggu azan Maghrib berkumandang.

Setelah azan berkumandang, dif-dif kehormat terus menjamu selera Iftar dan turut menunaikan solat Maghrib.

Selesai iftar, Datuk Abdullah Saidol telah melakukan simbolik penyerahan kuih raya kepada warga UKAS sebelum bersama dif-dif kehormat merakam gambar bersama warga UKAS yang hadir di hadapan BCM.

Dalam pada itu, Awang Putrayusrie juga berkesempatan untuk menyantuni kakitangan UKAS yang hadir di setiap meja bagi beramah mesra serta merakam gambar kenangan bersama. -EDISI UKAS