12 Mei 2026 - Selari dengan tema Hari Sukan Negara 2026 iaitu “Malaysia Aktif”. Itulah yang disematkan oleh warga Unit Audit Dalam dan Program Sukan Berkala adalah salah satu inisiatif oleh Kelab Kebajikan Kakitangan Audit Dalam untuk melestarikan sukan dalam kalangan warga Unit Audit Dalam. Bertempat di Dewan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak, perlawanan sukan badminton telah diadakan bagi warga Unit Audit Dalam yang berkelapangan untuk bersukan bersama-sama. Selain daripada menyihatkan badan, aktiviti ini juga mengeratkan silaturahim antara kakitangan serta mengasah bakat terpendam masing-masing yang mungkin boleh digilap untuk mewakili Unit Audit Dalam dalam pertandingan badminton pada masa akan datang. Majulah Sukan Untuk Negara!