SACSES (SARAWAK CIVIL SERVICE ENVIRONMENTAL STANDARD) UNIT AUDIT DALAM (UAD), JABATAN PREMIER SARAWAK
SACSES (Sarawak Civil Service Environmental Standard) Unit Audit Dalam (UAD), Jabatan Premier Sarawak merupakan inisiatif penambahbaikan persekitaran dan budaya kerja di UAD yang memberi penekanan kepada pewujudan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat, kondusif dan lestari.
Pelaksanaan SACSES di UAD bertujuan memperkasa amalan kerja yang sistematik, produktif dan mesra alam dalam kalangan warga kerja UAD. Inisiatif ini turut menggalakkan pembudayaan amalan terbaik dalam pengurusan tempat kerja secara berterusan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti warga kerja UAD.
Seiring dengan aspirasi perkhidmatan awam Sarawak, pelaksanaan SACSES mencerminkan komitmen UAD dalam mewujudkan persekitaran kerja lestari dan organisasi yang unggul, seterusnya menyokong peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam Sarawak.