MINI KONVENSYEN INNOVATIVE AND CREATIVE CIRCLES (ICC) 2026
Sebanyak 49 kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daripada pelbagai agensi di bawah Jabatan Premier Sarawak dan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) menyertai Mini Konvensyen Innovative and Creative Circles (ICC) 2026 yang berlangsung dari 27 hingga 30 April lalu.
Mini Konvensyen ICC 2026 mempertandingkan kategori Unit-Unit di Jabatan Premier Sarawak, Pentadbiran Bahagian, Agensi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) serta kategori Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty).
Bagi kategori Unit-Unit di Jabatan Premier Sarawak, kumpulan “Lavender” daripada Unit Audit Dalam dinobatkan sebagai Johan, manakala “Evolve X II” daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Unit Pentadbiran muncul Naib Johan.
Tempat ketiga pula dimenangi bersama oleh kumpulan “Waraqat” daripada Majlis Islam Sarawak dan “The Divine’s Guardians” daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.