Sesi Post-Assessment Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah berlangsung pada 29 November 2024. STIU mencatatkan pencapaian bermakna dalam perjalanan ke arah kecemerlangan organisasi melalui pelaksanaan sesi Post-Assessment Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) yang menandakan penutupan kepada siri inisiatif strategik bagi memperkukuhkan proses organisasi dan menyemai budaya inovasi.