LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang yang juga Assistant ‘Chef De Mission’ (ACDM) Sarawak bagi sukan bola tampar pantai merasmikan hari pertama sukan itu sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Union YES Retreat Lundu pada Sabtu.
Berucap ringkas semasa perasmian tersebut, Billy berharap semua kontinjen bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi tanpa mengira kalah atau menang memandangkan ianya adalah adat pertandingan.
Perlawanan pertama pada pagi ini dimulakan dengan kategori lelaki iaitu pasukan Kelantan B menentang Terengganu B.
Acara bola tampar pantai akan diadakan di Union YES Retreat Centre pada 17 hingga 23 Ogos 2024 manakala acara kabaddi akan diadakan di Dewan Masyarakat Lundu pada 20 hingga 23 Ogos 2024. - EDISI UKAS