News

 

Karnival STEM 2024 Anjuran SABATI & PETROS Tarik Minat Pelajar SMK Sebuyau

Posted on 13 Aug 2024
Source of News: UKAS



SEBUYAU: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) bersama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berjaya menarik minat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau dalam bidang reka cipta dan inovasi, melalui Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2024.

Karnival ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Pendidikan Luar Bandar SABATI-PETROS (PPLBS-P) yang bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran pelajar, serta menyokong matlamat negara menuju ke arah teknologi tinggi menjelang 2030.

Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Sebuyau, Noor Fazireen Yusuf bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau baru-baru ini.

Hadiah dan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang termasuk pemenang pertandingan secara berkumpulan juga disampaikan.

Turut hadir ialah Ketua Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan Hamsiah Lazim, Pengetua SMK Sebuyau Awang Abas Awang Lawi serta Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sebuyau Tr. Najel Achik.-Edisi UKAS