BENGKEL PEMURNIAN MANUAL JURUAUDIT SARAWAK CIVIL SERVICE ENVIRONMENTAL STANDARD (SACSES) PERKUKUH KUALITI PELAKSANAAN AUDIT DI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK

Disiarkan pada 11 Nov 2026
Sumber Berita: STIU


KUCHING, 10–11 NOVEMBER 2026 – Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Manual Juruaudit bagi Pelaksanaan Audit Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) di Perkhidmatan Awam Sarawak bertempat di Kuching.

Bengkel selama dua hari ini bertujuan untuk meneliti dapatan pelaksanaan Audit Pensijilan SACSES Tahun 2026 dan menyelaras kefahaman serta tafsiran kriteria audit dalam kalangan juruaudit bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang lebih konsisten, objektif dan telus.

Sepanjang bengkel, para peserta telah terlibat dalam sesi perbincangan dan penelitian terhadap draf Manual Juruaudit SACSES, termasuk aspek prosedur audit, kaedah pemarkahan, keperluan bukti audit serta cadangan penambahbaikan berdasarkan pengalaman pelaksanaan audit di agensi-agensi yang terlibat. Hasil perbincangan ini akan dikompilasikan dan diperhalusi untuk dijadikan panduan dalam pelaksanaan audit pada tahun 2027 dan seterusnya.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen STIU dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kompetensi juruaudit serta membudayakan amalan kelestarian alam sekitar ke arah mewujudkan Perkhidmatan Awam Sarawak yang lebih hijau dan mampan, selaras dengan aspirasi PCDS 2030.