BENGKEL PEMANTAPAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INISIATIF KELESTARIAN PROJEK TRANSFORMASI DAN INOVASI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK

Disiarkan pada 05 Aug 2026
Sumber Berita: STIU

4 – 5 Ogos 2026 Sheraton Hotel Kuching Bengkel ini telah diadakan di peringkat Bahagian Pengurusan Inovasi (STIU) untuk memantapkan garis panduan kelestarian bagi memberi panduan yang jelas kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Sarawak dalam memantau dan melestarikan projek-projek tranformasi dan inovasi sedia ada serta projek baharu yang dibangunkan.

Objektif bengkel ini adalah untuk: i. Mengemas kini dan memantapkan draf Garis Panduan Pelaksanaan Inisiatif Kelestarian Projek Transformasi dan Inovasi ii. Memastikan garis panduan dibentuk praktikal, teratur dan mudah dilaksanakan di peringkat agensi iii. Menghasilkan draf akhir garis panduan berserta Pelan Tindakan Pelaksanaan (Action Plan) untuk diguna pakai oleh perkhidmatan awam Sarawak