BENGKEL LIBAT URUS PELAKSANAAN GARIS PANDUAN INISIATIF KELESTARIAN PROJEK TRANSFORMASI DAN INOVASI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK BERSAMA CHIEF TRANSFORMATION OFFICER (CTO) DAN TRANSFORMATION OFFICER (TO)

Disiarkan pada 18 Aug 2026
Sumber Berita: STIU

KUCHING- 21 Ogos 2026. Bengkel ini dianjurkan bagi mendapatkan input, maklum balas dan cadangan berhubung garis panduan kelestarian dari perspektif isu, cabaran serta rekomendasi penyelesaian.

CTO dan TO yang dijemput terdiri daripada pelbagai agensi melibatkan lima (5) kategori utama iaitu:

  1. Kementerian

  2. Jabatan Kerajaan Sarawak

  3. Pejabat Residen Bahagian

  4. Pihak Berkuasa Tempatan

  5. Badan Berkanun Sarawak

Objektif bengkel ini adalah untuk:

i. Menerangkan secara terperinci objektif, skop dan mekanisme pelaksanaan Garis Panduan Inisiatif Kelestarian Projek Transformasi dan Inovasi.
ii. Mewujudkan kesefahaman yang jelas mengenai peranan dan tanggungjawab CTO dan TO dalam memastikan kelestarian projek di peringkat masing-masing.
ii. Memuktamadkan draf garis panduan berdasarkan resolusi perbincangan bengkel.

Penganjuran bengkel ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh peranan CTO dan TO sebagai penggerak utama kelestarian projek transformasi dan inovasi, sekaligus menyokong agenda pembangunan mampan Perkhidmatan Awam Sarawak.