KUCHING 17 -18 Ogos 2026 Bengkel ini dianjurkan dengan tujuan untuk melakukan penyemakan semula, penambahbaikan dan pemurnian terhadap draf garis panduan sedia ada agar kekal relevan, praktikal serta selaras dengan hala tuju strategik organisasi.
Objektif utama bengkel adalah untuk:
i. Menyemak dan mengemas kini kandungan garis panduan agar lebih mantap dan menyeluruh.
ii. Memastikan setiap butiran serta Key Performance Indicators (KPIs) sejajar dengan standard kelestarian terkini dan matlamat jangka panjang organisasi.
iii. Mendapatkan input, maklum balas dan persetujuan bersama daripada pemilik inisiatif kualiti serta pihak pengurusan.
iv. Mengintegrasikan Inisiatif Kelestarian Projek ke dalam Kerangka SCS Transformation and Innovation Framework (SCSTIF).
Penganjuran bengkel ini menjadi langkah strategik dalam memastikan garis panduan yang dibangunkan bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi juga mampu menyokong agenda kelestarian jangka panjang Perkhidmatan Awam Sarawak.