BENGKEL PEMURNIAN KEY FOCUS ACTIVITIES (KFA) 2.0 SIRI 1/2026
Disiarkan pada 28 Jul 2026
Sumber Berita: STIU

MIRI 28–30 Julai 2026 Sebanyak 8 kementerian, badan berkanun dan agensi telah menyertai Bengkel Pemurnian Siri 1 yang berlangsung di Mercure Hotel, Miri pada 28 hingga 30 Julai 2026.
Hari pertama bengkel pada Selasa, 28 Julai 2026 telah dihadiri oleh tiga agensi/kementerian iaitu MTCP, MIPD dan STIU. Seterusnya, pada Rabu, 29 Julai 2026, bengkel disertai oleh KPWK, MBM dan MFICORD. Manakala pada Khamis, 30 Julai 2026, iaitu hari terakhir, turut dihadiri oleh DBKU dan MOTS.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk:
- Menambah baik, memurnikan serta memperhalusi kertas kerja pembangunan berdasarkan hasil perbincangan dan pandangan SME Panel.
- Memastikan kualiti serta kesesuaian kertas kerja melalui semakan awal menggunakan Borang Adequacy Assessment (S.E.C.S.).
- Memperkukuhkan kefahaman dan kerjasama antara agensi serta SME Panel bagi memastikan pembangunan kertas kerja lebih tersusun dan berkualiti.
- Menyelaras penambahbaikan agar selaras dengan objektif dan hala tuju pembangunan yang ditetapkan.
- Memastikan kertas kerja yang dimurnikan dapat diselesaikan serta dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan untuk tindakan susulan.
Bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya kerja berasaskan hasil (outcome-based) serta memastikan setiap kertas kerja pembangunan memberi nilai tambah kepada organisasi dan masyarakat.