ISU AUDIT BERTUKAR STATUS “SELESAI” DALAM AUDITOR GENERAL’S DASHBOARD (AGD) MELALUI SESI LIBAT URUS
Posted on 04 Sep 2026
Source of News: UADnews
KUCHING, 12 Ogos 2026 – Sebanyak 11 isu audit berstatus “Dalam Tindakan” dalam Auditor General’s Dashboard (AGD) bagi Negeri Sarawak berjaya bertukar status “Selesai” menerusi Sesi Libat Urus yang diadakan pada 12 Ogos 2026 di Wisma Bapa Malaysia.
Pencapaian tersebut menjadikan 24 isu audit telah berjaya diselesaikan sepanjang tahun 2026, termasuk 13 isu yang diselesaikan pada sesi libat urus pada 15 Jun 2026. Jumlah isu audit belum selesai kini berkurang daripada 46 isu kepada 22 isu setakat 12 Ogos 2026.
Pengurangan tersebut turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan Negeri Sarawak dalam statistik Isu Audit Belum Selesai Negeri-negeri di Malaysia, daripada kedudukan ke-8 tertinggi kepada ke-10 tertinggi (ke-4 terendah).
Sesi Libat Urus pada 12 Ogos 2026 telah dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Amar Haji Abu Bakar bin Hj Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Yang Berbahagia Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Yang Berbahagia Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap, Ketua Jabatan, Pengarah Audit Dalam, Jabatan Premier Sarawak, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Sarawak dan Jabatan Audit Negara.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan tindakan susulan berterusan oleh agensi Kerajaan Sarawak, dengan sokongan penyelarasan dan pemudahcaraan Unit Audit Dalam, Jabatan Premier Sarawak melalui sesi libat urus bersama Jabatan Audit Negara (JAN) dan agensi-agensi berkaitan.
UADnews
BersatuBerusahaBerbakti
SarawakMajuMakmur